Wednesday, December 29, 2010

Andai dia pergi...

Pergi...

Sejenak aku terfikirkan
Dalam jalan hidup yg mungkin panjang ini
Mampukah diri menahan ujian
Menerima takdir
Merelakan sepenuhnya
Andai dia pergi dulu
Aku menangis
Hanya cuma memikirkannya
Membayangkan realitinya pun
sudah cukup memeritkan
Apalagi mendepani realiti kebenarannya
Tuhan... Aku cuma mohon satu
Hilangkan rasa perit ini
Datangkan rela dan redha itu
Kerana antara kami belum ada kisahnya.

Tuesday, December 28, 2010

Flash back

Entah kenapa. Semua bagai mengasak-asak mahu menerjah masuk. Rasa dulu macam dah lupa dah. Tiba-tiba dah nak masuk tahun baru ni semua dok menyibuk nk mengada-ngada buat come back! Haha. Lawak tapi tak de lah berapa nk lawak pun.

Tahun 2011 dah nk masuk dah. Ada baiknya tiba-tiba nk flash back ni kan? Ye lah, balik semula awal tahun 2010 lepas tengok-tengok apa yg dah berlaku, apa yg dah terancang, apa pula yang dah terlaksana. Rasa macam baru semalam je semua benda tu terjadi. Ketawa, menangis, jatuh, bangun, jatuh balik, bangun balik dgn larian... Ahh, terlalu banyak nk di-flash back-kan. Patutlah mengasak-asak perilakunya. Haha.

Ada benda terlalu nak sangat dilupakan. Ada perkara terlalu-lalu nak sgt diingat dan dilalui setiap saat. Ada kejadian yg tersangatlah mahu diulang keterjadiannya. Dan ada juga semestinya peristiwa-peristiwa yg mahu dibiar ia terus sebagai kenangan 2010. 365 hari dalam tahun yg dikira mendewasakan aku yg memang dah patut dikira dewasa ini sesungguhnya teramat manis utk ditinggalkan. Dalam rasa perit, sebenarnya ada manis yg terselit. Apa itu? Mengenal Tuhan dengan sifat redha. Tapi hakikat tetap hakikat. Masa akan terus bergerak. Yg berlalu takkan mungkin dapat dikembalikan. Yang akan datang kena dihadapi dengan kesediaan dan tidak boleh leka. 

Aku mengharapkan 2011 yg lebih cemerlang. Aku membayangkan 2011 yg lebih membahagiakan. Aku mengatur langkah tahun baru dengan lebih rasa kedewasaan. Dan aku menitipkan harapan penuh bermakna semoga setiap saat dalam hari-hari 2011 akan sentiasa ada rahmat Allah melimpahi agar keberkatannya dapat dirasai. Mungkin aku bukanlah manusia yg agresif merancang masa depan dan aku mungkin manusia yg suka mengikut arus yg membawa aku atas pilihan aku sendiri. Kedengaran sangat tidak optimistik kan? Oh, tapi percayalah ada perkara yg perlu dikhabarkan kepada yg lain dan ada perkara yg perlu dikhabarkan hanya pada diri sebagai titik kekuatan dlm setiap ujian yg didatangkan tanpa terduga-duga. Ah, pastinya ada beberapa perancangan arus kehidupan yg dah diolah. Kejayaannya? Semua atas izin Allah S.W.T.

Mungkinkah 2011 akan menjadi satu lagi perjalanan setahun yg penuh tanda tanya? Atau adakah tahun mendatang ini akan menyimpul jawapan pada persoalan dan tanda tanya yg berserakan sepanjang 2010? Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akn semua itu. Ajal, jodoh dan rezeki itu adalah rahsia Allah yg nyata. Berusahalah. Dalam setiap usaha, titipkan rasa redha dan syukur. InsyaAllah 2011 akan dirasai lebih baik daripada 2010 ini. Sehingga detik terakhir 2010, mari telusuri bersama jalan-jalan yg telah dilalui dulu. Flash back! Ding!

Friday, December 24, 2010

Masih suka tengok dia.

Haha. Ini kisah admire kat orang. Lama dah mula suka tgk beliau. Boleh kata sejak zaman suka dan dah pandai tengok manusia-manusia berlainan jantina ni. Haaa...~ Lama tak agak-agak tu ek? (Gediks okkeh!) Oh, pertama kali tgk mmg rasa "Oh, baik lah budak nih. Manis pula." Alhamdulillah, ada peluang menghulur salam perkenalan. Alhamdulillah lagi ada beberapa sebab membuatkan aku tambah2 nak over-over get close ngan beliau. Gila! Kes syok sendiri! hahaha~ Tapi tu lah, pada kebanyakan kes admire-admire nih, mana ade org yg admire org ni berani nk confess secara terang kan? Oh, mgkin ada kott. Tapi bukan kes aku! Hahaha~

Sesuatu yg seronok menjadi org yg admire org lain ni ialah apabila kita sentiasa ada sebab utk tersenyum bila mengingatkan apatah lagi melihat beliau. Oh, cukup hanya sekadar gambar. Tak payah nk tgk secara live. Itu dah cukup nk buat pipi pecah-pecah merah. (nampak sangat ada ciri-ciri stalker berjaya kan? Haha. Jangan risau. Aku tak pernah langkah sempadan. InsyaAllah, tidak lagi setakat ini.) Ahaks! Gila over! Kalau jumpa live, aku tak tahu lah apa nak jadik! Memang mencabar kalau aku dah mula rasa nak menggelabah! Hahaha~

Tiba-tiba tambah gedik melampau nk fikir kalau org yg di-admire tu dengan sukarelasenanghatinya kata dia pun admire gak kat kita. Sejak saat kita admire dia. Ooohh... Dunia pasti rasa macam nak terbalik! Golek-golek, terbang-terbang, lari-lari, lompat-lompat.... Tak reti duduk diam! Series! Tak keruan! Hahahaha. Gembirakah itu? Ah! Lagi mau tanya! Hahahaha~

Tapi tu lah. Mungkin kes admire ni hanya akan tinggal kes yg dilupus zaman yg berlalu pergi. Satu hari nanti pada masa hadapan, dia mungkin dah tak tahu ke mana pergi. Cuma yg diketahui dia adalah org yg pernah aku admire. Sebab admire tak semestinya kita sebenarnya dah jatuh schenta kan? Mungkin kita cuma suka tengok dia. Bak kata org, sejuk hati melihat dia. Lebih-lebih pulak kita memang kenal dia dengan watak dia yg menyenangkan. Sama jugak lah macam beliau ni. Apa yg aku pasti sampai hari ini, aku masih suka tengok dia. Masih! Hahaha~ I love to see the smile. Walaupun nampak malu-malu tapi saya tetap fikir dia schweet sangat! Sangat! Wewuuu...~ Terbang.. Terbang..!

Dia memang kachak kan? Admire dia boleh?
Oh, walaupun dalam trailer "The Tourist" En Johnny yg hensem tak hengat tak boleh nak kate hape ni (pada mata aku lah! Ahh, aku yakin ramai juga dah cair nk admire jugak encik hensem tak hengat2 nih!hooo~) kelihatan seperti Tok Moh, Pensyarah kesayangan Dept Mechanical IIUM, saya tetap masih suka JUGA tengok dia. (Sebab aku rasa Tok Moh tu ensem juga walaupun sgt cengih!) Samalah macam kes ni kan? Aku admire dia. Aku suka tengok dia yg mmg selalu nk berlagak macho (ah! memang macho pon. Tak payah nak berlagak2!), tapi bukanlah maksud aku nk sampai berchenta dengan dia kan? Eh, wet-a-menet! Kalau dapat jadi realiti tu yg aku cakap tadi, diri jadi tak keruan! Hahaha. Ok. Bai!

(Resource photo from here)

Wednesday, December 22, 2010

Maybe



I don't want to be the first to let it go,
But I know,
If you have the last hands that I want to hold,
Then I know I've got to let them go,
The only way to really know is to really let it go.

Itu antara yg menangkap perhatian saya tentang lagu ini. Macam bagi satu jawapan. Macam bagi satu kekuatan. Oooh, terasa mmg ada kesan-kesan tercarik sikit2 (aaah, tipu! sebenarnya banyak jugalah kan kesan itu pada diri.) Hahaha. I will, I will oh yes I will let it go. Fly away. Go, go... Shuh...shuh! Haaa~ dah banyak kali kan saya cakap mcm nih. Tapi ntah lah. Semua orang pun tahu bahawa hati yg berbolak-balik ini adalah sentiasa berada di bawah penguasaan dan kekuasaan Allah Ta'ala. Alhamdulillah sekarang semakin teguh. Semakin kukuh. Semakin jelas. Dan apa pun jua, saya serahkan pada Allah juga untuk menentukan bahagian itu utk saya. 

Saya memangnya tak pasti pelepasan ke'let-go'an ini adalah jalan yg sebenarnya atau tidak. Tapi satu kebaikan yg pasti, ia membuat hati saya bebas bergerak dan tidak terikat. Itu hakikat. Makanya jelas, sy dah kurangkan satu maksiat hati. Kan? Kan? Oooh...alhamdulillah. Satu nikmat kehidupan lalu yg sy dah dapat balik! Ya, sy mengaku kdg2 teringat juga tapi sy dah dapat rasakan bahawa ini akan berkurangan dan mungkin juga berlalu pergi akhirnya. If he won't come back again in future pun, saya redha. Ia cuma 'maybe'. Tiada kepastian di situ. Saya tak rasa bahawa ini adalah sesuatu yg worth fighting for lagi. Banyak perkara lagi yg sy perlu fikirkan. 

Enough said. I won't ask for more. I have had enough. Thank you. Satu pun saya tak menyesal atas tindakan lalu itu. Sebab saya banyak pelajari daripadanya. Tanpa tindakan itu, saya tak tahu apa itu kebenaran. Tanpa tindakan itu, saya tak akan tahu apa itu erti berhenti apabila keperluan itu wujud. Aah! Saya ada ramai lagi tangan2 yg bersedia menghulur ketika saya perlukan sokongan utk bertatih, berjalan mahupun berlari. Dan saya tahu tangan2 itulah yg amat layak utk sy bawa terbang bersama. Mungkin bukan tangan miliknya, tp sy dah cukup bertuah dgn anugerah Tuhan yg tak banyak itu tapi sudah cukup menyenangkan. Depan-depan mata saya dah terbukti. I couldn't ask for more as Allah have given me ENOUGH for what I need.

If maybe in future, you really do come back to me. Hahahaha~ sy memang tunggu masa nk gelak kuat2, guling2 macam tenggiling, dan pukul kamu kuat2 sbb sampai hati buat saya sampai macam ni. Kejam okkeh! Dan banyak benda yg akan saya ungkit nanti. Sampai mati! Hahaha~ padan muka kamu! (mode kejam membalas dendam tiba-tiba datang! Hahahaha~)

Ok, bubbye. Setakat masa ini, pergilah jauh-jauh yeh. So long~ Maybe itu adalah mungkin tak pasti! (hahaha, memanglah, ngok!)

Monday, December 13, 2010

My Bestfriend's Wedding

Inilah harinya! 12 Disember 2010. Si busuk sy telah sah menjadi isteri kepada En Akmal Ahmad. Oooh, perjalanan di awal pagi itu memang memihak kepada saya. Alhamdulillah berjaya mensampaikan diri tepat-tepat shj ketika majlis akad nikah hendak dilangsungkan. Selepas dikhabarkan yg majlis akn bermula seawal jam 9 pagi, ketika di Tangkak 11 Disember itu, sy mmg dah pasrah dah kalau tak sempat nk sampai. Ye lah JHY, kuda belang-belang habuk pinjaman abah tu bukanlah mampu sgt nk dipecut umpama "teticopta" doraemon. Lagi pulak, nyawa dan wang kerana saman juga perlu diselamatkan juga kan. Hahaha. Tapi alhamdulillah, mmg rezeki sy utk melihat si busuk ini dalam majlis yg paling bermakna itu. Oh, tahniah busuk dan suami! Kamu mmg schommel! Nah! Ini gambar-gambar sekitar akad nikah. Malas nak edit-edit segala. Jadi terimalah seadanya. Haha

Saat mahu dinikahkan oleh ayahanda.

Usai akad nikahnya. "Dia sah isteriku."

Toet yg busuk. Dia dah kawen!

Salam ini yang pertama tanda taat utk suami.

Hadiah dari suami

Hadiah dari suami (dari jarak dekat)

Oh, dia malu2 asalnya. Ini juga yg pertama utk isteri.

Ummi baru. Restu dipohon.

"Angah, jaga isteri baik2". Ummi ckp kat suami busuk

Busuk bersama ummi dan abah

Eh2, korang mmg chommel!

Dan suwit juge!

Budak gemoks bersama pengantin. (abaikan!dush!)
Alhamdulillah, semua berjalan lancar kelihatannya dan ramai juga sahabat handai yg berjaya ditemui dalam majlis tersebut. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan kekal bahagia hingga ke syurga. Busuk, tahun depan konvo sekali dgn baby yeh! Heee...~