Saturday, February 12, 2011

Hadiah tanda penghargaan

Ini bukan hari utk saya sepenuh
Ini bukan hari penghujung zaman saya
Ini juga bukan hari saya rasa hampir sempurna
Tapi ini juga hari utk kami
Ini hari pemula zaman baru ahli kami
Ini hari dia merasakan hampir pada sempurna
satu urusan agama
Mudah-mudahan Tuhan izinkan ia berkekalan
Amin... Omedetto, budak gelabah! hahaha =)

Satu taken, dua free and available. (gila jual saham!;p)

Hadiah tanda penghargaan

Tema suka hati. Hahaha

Lelaki hebat.

Adik kecik tapi BESAR!

Adik tengah yg suppa sweet! Dang!

Dengan ibu dan adik suppa sweet.

Tanpa adik BESAR. hahaha.

Ketika perbincangan.

Itu cekgu skola agama saya dulu! huuuu~

Hadiah tanda setuju.

Yang diraikan.

Haaa..~ majlis yg sekejap tapi pereparation yg suppa penat. Tukang masak sdn bhd. Hahaha. Mmg rasa nak tercabut kaki dan tulang belakang. Tapi berbaloi sbb ada sesuatu yg diberikan utk meraikan hari penting satu drpd ahli kami. 5th February 2011. Moga-moga kekal jodoh sampai ke akhir hayat. Amin.

7th February 2011 then came my big day. Alhamdulillah, I am employed now. Baru seminggu dalam suasana bekerja, kelihatan seperti semua akan berada dalam kawalan. Mudah-mudahan Tuhan lancarkan segala urusan dan tanggungjawab yg majikan beri nanti. Seminggu yg bersenang lenang. I am expecting next week is the starting of a hectic unexpectable day! Huuuu~ bismillah. Aku mohon Tuhan tetapkan iman dalam diri agar terus melaksanakan amanah dan syiarNya setiap masa. Amin ya Rabb.

Yaaa. Ini (bg aku) merupakan hadiah tanda penghargaan buat mak dan abah. Mungkin tak banyak dan tak seberapa tapi sekurang-kurangnya, mereka senyum melihat hari ini Tuhan izinkan terjadi. Alhamdulillah. Aku mohon hari esok lebih baik kalau itu mmg bahagian utk kami semua. InshaAllah.

Sunday, January 30, 2011

Manusia Biskut itu.

Kadang dalam ketika ini
terasa amat ingin sekali mengetahui
mana perginya manusia itu
Kadang dalam saat celaru ini
terasa sangat ingin tahu
apa keadaannya manusia itu
Kadang dalam tanda tanya ini
terasa sangat perlu terjawab
akan mana letak duduknya manusia itu
Kadang dalam antara selang
degup jantung ini
terasa bayang lalu menyinggah ruang tak tersedar
Bukan mahu diambil peduli hadir diri
bukan mahu diambil kisah susah hati
bukan mahu ditanya segala gerak diri
bukan mahu disapa setiap detik waktu punyanya
Cukup sekadar wujud pada masanya
cukup sekadar ada pada perlunya
cukup sekadar menghulur semangat barang seada
cukup sekadar menitip khabar diri seadanya
Tak banyak diminta
tak banyak dicari
Hilanglah hilang andai mahu
Kerna itu urusan hidupnya
Tapi salahkah kalau perlu mengucap pergi
sebelum langkahnya?

::Sometimes, it is better to munch couple of biscuits without dipping it into a cup of hot chocolate.::

[Ok. Hot chocolate probably misses the biscuits. Dayyyum!]

Thursday, January 27, 2011

Rayyan. Nama itu cantik.

Selepas nama indah "Hannan", saya akui saya minat dgn nama lembut dan tegas Rayyan. Oh. Ok. tak ada kaitan. Tiba-tibalah kan.

Ok. Kali ini cerita 'thriller' buah tangan penulis kegemaran; Ramlee Awang Murshid. Walaupun dah agak terlambat, tapi sy masih percaya 'something is better than nothing'. Haha. Semalam baru habis naskhah ini. Uih, seriously. Melewati penghujung cerita ini, terdetik dalam hati; "Yuz, kau baca cerita apa ini?" Memang terkesan dengan tajuknya, "Rayyan Fantasi - Apa yang terfikir...Itu ada." Saya tahu cerita kali ini sgt tak logik. Sangat fantasi. Tapi Ramlee berjaya buat saya seronok dan leka dalam fantasi rekaannya.


Rayyan @ Aiddin bukanlah manusia. Dia juga bukanlah jin mahupun syaitan. Tapi dia juga makhluk Tuhan yg telah berjaya menemui erti hidup berTuhan. Mengenal Allah. Oh, walaupun ada je cara hidup Aiddin yg tak selari dgn islamisasi yg mahu diketengahkan. Tapi tak apa. Mungkin Ramlee nak lari dari klise 'islamic novel'. Mungkin. Sepanjang telah didefinisikan Aiddin dan bapanya yg dikatakan memiliki tamadun teknologi melebihi manusia di Bumi tetapi mereka bukan manusia, jin mahupun syaitan, saya rasa macam tertimbul persoalan; "Ada lainkah selain itu? Mutant? Robot? Apa?"

Apabila diungkai satu persatu asal kewujudan Rayyan dan Mij Gillion @ Ibrahim (bapak dia), terus saya tergelak! Makhluk asing? Alien? Hahahahahaha. Boleh pulak tu bila Ramlee sebut kapsul yg membawa mereka merentasi antara Bumi dan Planet Yuk'kaa, saya terus terbayang UFO dan Planet Zargus! Tahu planet Zargus? Nama planet yg selalu disebut-sebut dalam komik Ujang. K.O.M.I.K okkeh! Seriously said. Tak pernah nak terbayang "Yuz is reading such thing!" Dang! Ramlee oh, Ramlee... Jauh sungguh kali ini saya dibawa mengembara.

Permulaan novel, mmg sy akui saya sedikit 'kecut perut' dan goosebumps. Rasa macam Aiddin yg bermata putih tu ada sama sebelah sy ketika pembacaan dijalankan. Lebih-lebih lagi masa part Mika mula-mula buat bisikan-bisikan di luar rumah Aiddin di Kundasang. Aiyaaa... Itu series mmg terngiang-ngiang bisikan halus seakan-akan ada di luar rumah! Hahaha. Pastu terus tutup bukunya dan tidur. Kihkihkih. Memang terbawa-bawa. Ramlee berjaya lagi. Dia cerita sampai saya mampu terbayang-bayang Aiddin yg agak menakutkan itu. Ooooh. Apakah? Sampai goosebumps segala! Aiyayai~

Tapi. Saya tetap tak menyesal dgn ini novel. Terbaik. Walaupun mcm tak percaya Yuz membaca sesuatu yg lari dari realiti yg saya kira kali ini mmg sgt-sgt 'kemakhlukasingannya'. Ada nilai yg boleh diambil dr cerita Rayyan ini.

1.  Cinta. Ada masa perlu melupakan. Hidup perlu diteruskan.
2.  Sahabat. Kawan. Datang dan pergi. Hidup perlu diteruskan.
3.  Keluarga. Tetap nombor satu. Yg pertama datang tak kira susah ke senang. Hidup perlu diteruskan.
4.  Rahsia. Sampai masa pasti perlu dibongkarkan. Suka atau tidak. Hidup perlu juga diteruskan.
5.  Iman. Dicari. Tidak diwarisi. Dipegang bawa ke mati. Allah jua yg izinkan hidup untuk diteruskan.

Lain-lain, sila alami sendiri menerusi "Rayyan Fantasi". *Ching. Ching.* Menanti buah tangan seterusnya, "Sutera Bidadari" Hihi. =)

Wednesday, January 19, 2011

Denyut..Nyut..Nyut..~

Hahaha. Macam nak buat tajuk lagu dangdut pula lah kan. Huhu~ Sebenarnya nk membebel pasal novel baru beli. Ahaha~ dari penghujung-hujung tahun lepas, konon dok semangat cari novel ini. Sbb semua komen dengar orang kata best... Menarik, dabom! Aaaah, semua orang ada pendapat sendiri kan. Semua orang ada minat dan cenderung sendiri kan. Jadi tak apa. Sekurang-kurangnya aku juga ada pendapat sendiri. Bukan dok rely on others' kan. 

Ok, ringkasnya novel ini mmg pengisiannya bagus. Ye lah daripada buat buku "Panduan Syariah Dalam Perubatan" baik buat dalam bentuk novel yg nyata akan lebih strategik menarik minat pembaca. Daripada hunting bahan ilmiah yg kedengaran berat dan terlalu formal, baik ckp "aku tengah cari novel baru ni." Barulah remaja kan bunyinya! Hahaha. Ada kaitan ke? Adalah!


Sambil baca-baca secara santai-menyantai di atas lantai beralas karpet hangat, ada baiknya bila bahan bacaan ringan itu memberi input dan ilmu yg berguna terutama tentang hukum hakam dan syariat yg mungkin ramai tak tahu dan tak pernah terfikirkan pun betapa Islam itu tak pernah menyusahkan umatnya. Isu yg dibangkitkan termasuklah perihal solat jamak yg boleh dilaksanakan yg bukan sahaja dlm keadaan musafir 2 marhalah, hukum dan hikmah berkhatan bagi bayi perempuan, penjelasan dan penerangan tentang darah istihadhah, panduan dan persediaan memilih jodoh, dan macam-macam lagilah. 

Selain itu, banyak juga penulis cuba menerangkan dan memperbetul stigma masyarakat tentang hukum perancangan keluarga, penggunaan ubat dari sumber tidak halal (cth ubat beku darah 'clexane' yg selalu para doktor guna sedangkan ada menggunakan sumber dr khinzir sedangkan ada alternatif lebih halal, 'heparin'. Sikap ignorance dan kurg sensitif perlu dihapuskan.), soal solat ketika sakit (walaupun selepas menjalani pembedahan pembuangan usus yg mengakibatkan kantung najis terpaksa dilekap di luar tubuh, solat tetap WAJIB dilaksana.) dan banyak lagi lah.

Cuma yg kurangnya tentang novel ini pengembangan plot mcm kurang menarik lah. Terlalu mendatar dan sangat boleh dijangka walaupun aku bukanlah pelajar perubatan yg sedang menjalani houseman. Lebih membuatkan jiwa rasa tertekan (oh, bg peminat novel mcm aku mmg rasa kecewa yg sengaja dilebih-lebihkan lah. Padahal tak ada menda pun kalau fikir-fikir logik. ahahaha) bila pengakhirannya sgtlah tak novel okkeh. Macam nak cakap; "Laa, abis?", "Eh, aku baca novel ke tadi?" Hahahaha. Apa-apalah! 

Overall, alhamdulillah ilmu telah disebarkan dengan baik. Daripada tidak tahu, menjadi faham dan lebih tahu. Keluar dah ramai umat manusia ni dari kejahilan dan dr kebiasaab yg terjadi akibat ikut-ikutan. Oh, itu lebih baik kan. Positifnya "Denyut Kasih Medik" ni terletak pada penerangan ilmiah yg tak terlalu sarat dan sangat formal sebaliknya disampaikan melalui contoh pada kejadian-kejadian yg banyak  berlaku dalam kehidupan manusia. Jadi, thumbs up! Ilmu telah berkembang. Tahniah penulis!


Ok, selamat membaca dan menjadi insan berilmu!

Saturday, January 15, 2011

Kalau Dilema

Kalau dilema, apa kena buat? Ini bukan soal buah delima ok! (Memanglah. Ejaan pun lain. Kelas pembezaan pun jauh beza! Haish~) Ini soal pilihan hidup. Ini soal arah perjalanan hidup. Ini pasal pendirian dan pegangan. Ini soal maruah hidup! (Hahaha. Over!) Jadi ni list perkara kena buat kalau dilema mengasak-ngasak dalam kaplahotak:

1.  Kau tanyalah Allah. Macamana? Istikharah lah. Sebelum itu buat jugalah solat taubat, tahajjud dan hajatnya. Kalau mampu, puasa. Ingat! Petunjuk tak mesti dtg melalui mimpi. Yang penting, akal kena sentiasa berfikir dan menilai.
2.  Kau tanya org-org yg berpengalaman bertanggungjawab dan arif dlm bidang kedelimaan yg kau tanggung.
3.  Kau tanya mak abah kau. Walaupun dorang akan tanya balik "Kau rasa mana baik?" Tapi sekurang-kurangnya tanya aje lah. Berkat ada dalam tuh. betul. Tak tipu!
4.  Kau kena yakin dgn kata hati kau. Mungkin dari situ Tuhan cetuskan petunjuk dan jawapannya.
5.  Sila buat checklist timbalbalik. Mana berat? Banyak baik ke banyak buruk? Guna otak dan ilmu. Jangan guna nafsu!
6.  Yakin dan teguh dengan keputusan yg kau ambil. Menyesal? Jangan difikirkan sangat. Itu pelajaran redha. Ada sebab Tuhan takdirkan kau pilih itu.
7.  Orang lain bingit? Tak payah susah-susah nk tutup mulut orang. Kau pakai ear plug dan blah! Jangan kisahkan orang yg tak membina. Kalau ada bricks lebih, hulur pada mereka. "Nah! Belajar bina dengan ni!"

Sekian, selamat mencuba. Jangan sekali-kali hilang rasa yakin pada Allah. Bismillah. Tuntas dan padat!