Anak seperti yg kita semua sedar adalah anugerah yang sangat2 dinanti oleh setiap pasangan suami isteri yg memahami hakikat sebuah perkahwinan...kehadiran cahaya mata yg lahir atas nama cinta dan yg ada keredhaan Tuhan di antaranya pasti akan membawa 1001 cerita dlm sesebuah rumahtangga.
Cabaran sebenar perkahwinan akan terserlah dalam cara dan jalan pasangan suami isteri itu mendidik dan mengasuh anak2 yang telah Tuhan kurniakan pd mereka...umum biasa mengatakan bahawa menjaga sekandang lembu di ladang lebih mudah daripada menjaga anak dara seorang...memang lah kan...manusia dan lembu kan jauh bezanya...tapi itulah...melihat anak2 membesar di depan mata dan melihat perkembangan mereka dr kecil hingga menjadi dewasa akan banyak membuatkan ramai ibubapa xsenang tidur setiap malam2nya...kerana apa?kegelisahan, kegusaran dan kebimbangan pasti akn melanda diri takut2 apa2 yg telah dididik, ditanamkan dan diasuh tidak menjadi seperti yg dimahukan...
Sampai ada yg berseloroh, "saya nk kurunglah ank dara sy kat tower smpi umur 25 tahun..bg naga skali jaga kt lua tower.." maka ketawalah sang suami mendengar cadangan si isteri itu.tapi hakikat kebimbangan itu memang patut dan jelas wujud...mengetahui sang anak dara mula menginjak ke alam dewasa...memberi faham akn tggjwb dan perihal2 kehidupan yg lainnya agar tidak terpesong jauh, pasti membuatkan sang ibu dan ayahnya turut sama memikir cara terbaik agar pemahaman itu sampai padanya; atas landasan syariat yg betul...
Setiap keluarga pasti ada method tersendiri mendidik anak mengikut acuan masing2..apa yang penting, terapkanlah nilai2 iman dan takwa dalam setiap perkara...insyaAllah, Tuhan ada bersama sentiasa...agar kelak di kemudian hari, seorang bisa memahami dan tidak akn berkecenderungan untuk menyalahkan ibu bapa atas musibah yg byk menimpa kehidupan kelak...seorang sahabat pernah bercerita pada saya, apabila adik kecilnya tidak mahu dan sengaja melengah2kan waktu ke masjid utk solat jumaat..apa yg bliau katakan pd adiknya, "dik, ko da akil baligh kan?mak ayah da bg didikan yg sempurna ttg agama pd ko kan?tgjwb mak ayah da lepas,dik..satu masa bile ko ditanya tentang dosamu..ko da tabley da nk salahkan mak ayah tau..sbb ni pilihan ko sdri.."
Untuk anak saudara sy yg disayangi...selamat datang ke alam baru ini...mudah2an jadi anak yg baik yeh...mudahkan mama dan papa...dan ingatlah kamu da ada tgjwb kamu sdri terhadap diri kamu... "dia sudah semakin besar..dan ibunya semakintidak lena tidur..adakah menara itu ingin dicipta juga?hahaha..sekadar gurauan...no offence..."