Kunci kepada rasa tenang ialah redha dalam sabar. Memang senang untuk bercakap dari melaksanakannya. Tapi sebagai Muslim yg percaya Allah ada di man-mana, sangat tidak mustahil utk dilaksanakan.
Graduan menganggur. Aaah, itu bukan lagi suatu perkara asing. Semua berusaha. Semua bersungguh menjual kebolehan dan potensi diri. Semua teramat gigih memastikan diri dilihat sebagai terbaik untuk dipilih. Tapi! Tuhan juga yg menentukan di mana rezeki pengakhiran episod pengangguran itu berlaku. Bagaimana caranya, Tuhan juga yg tentukan. Bila tarikh masanya, itu juga kerja Tuhan. Sebab itu, rezeki adalah rahsia Tuhan.
Dalam usaha, dalam sungguh, dan dalam gigih pasti kadang-kadang ada rasa putus harap. Dah tak boleh 'go' (dalam bahasa muda-mudinya), ada rasa penat dan sampai kadang-kadang ada rasa mcm nk mengamuk bila orang tak paham asyik menekankan dan membingitkan perkataan 'graduan menganggur' itu di telinga saban waktu. Oh, seolah memerli. Belajar sampai dipanggil graduan, tapi menganggur. Apa kes?
Hah! Mahu kepala tak berasap dengar macam tu. Tapi Allah lebih berkuasa. Usaha yg tak putus, doa sendiri dan orang-orang yg menyayangi, dan senyum yg tak putus diukir dengan rasa redha, pasti akhirnya Allah akan bagi juga bahagian rezeki itu.
Aku mungkin (bukan mungkin. ADALAH yg lebih tepat.) antara manusia graduan yg berdepan keadaan macam tu. Memang rasa macam dah 'down' siap golek-golek dah. Tapi bg kes aku, diri sendiri yg ada sifat M yg besar tu dalam diri. Walaupun dah 2 bulan abis belajar, lepas mjlis konvokasi baru terhegeh-hegeh nk jual potensi. Lepas tu, bosan dan menyesal. Nasib baik smgt hidup masih tinggi. Hahaha~ sempat jugalah telinga bernanah. Sempat jugalah rasa dada berasap. Tapi aku yakin Tuhan kata sabar itu cantik dan Allah kata rezeki itu kerjaKu.
When feel like losing hope. Think Allah. I made my feet to keep moving. I made my sabar grows bigger. And I keep saying, "InsyaAllah. Rezeki aku ada kat mana-mana."
When Allah gives me His approval to enter the door of rizk. Berbondong-bondong Dia bagi. (bondong-bondong? Exaggerate nye kau nih! Hahaha.) RahmatNya makin terasa. Dan pilihan harus dibuat. Serendah-rendahnya dahi tertunduk ke lantai mengucap syukur bila berita dinanti tiba. Allahu Rabbuna. Alhamdulillah.
Allah masih bagi aku ibubapa untuk doa-doaku disampaikan lebih afdhal padaNya. Allah masih beri aku sahabat-sahabat baik yg antara doa mereka juga telah sampai padaNya. Aku mungkin bukan antara anak solehah. Tapi aku syukur kerana doa ibu bapaku masih ada utk aku. Alhamdulillah.
Ayuh! Semangat hidup perlu diteruskan. Masih mahu mencuba nasib 14 Januari ini namun mungkin terpaksa melupakan peluang 17 Januari atas saranan orang tua dan akal sihat aku sendiri. Dan sekarang. Aku menanti kunjungan 'surat cinta' dari yg satu itu.
Keep in mind. Allah knows best. Keep on trying and working hard. Redha dalam sabar itu kunci yg perlu dicari dan dipegang erat. Allah takkan zalim pada hambaNya yg berusaha dan yakin padaNya. Percayalah!
No comments:
Post a Comment