Wednesday, January 19, 2011

Denyut..Nyut..Nyut..~

Hahaha. Macam nak buat tajuk lagu dangdut pula lah kan. Huhu~ Sebenarnya nk membebel pasal novel baru beli. Ahaha~ dari penghujung-hujung tahun lepas, konon dok semangat cari novel ini. Sbb semua komen dengar orang kata best... Menarik, dabom! Aaaah, semua orang ada pendapat sendiri kan. Semua orang ada minat dan cenderung sendiri kan. Jadi tak apa. Sekurang-kurangnya aku juga ada pendapat sendiri. Bukan dok rely on others' kan. 

Ok, ringkasnya novel ini mmg pengisiannya bagus. Ye lah daripada buat buku "Panduan Syariah Dalam Perubatan" baik buat dalam bentuk novel yg nyata akan lebih strategik menarik minat pembaca. Daripada hunting bahan ilmiah yg kedengaran berat dan terlalu formal, baik ckp "aku tengah cari novel baru ni." Barulah remaja kan bunyinya! Hahaha. Ada kaitan ke? Adalah!


Sambil baca-baca secara santai-menyantai di atas lantai beralas karpet hangat, ada baiknya bila bahan bacaan ringan itu memberi input dan ilmu yg berguna terutama tentang hukum hakam dan syariat yg mungkin ramai tak tahu dan tak pernah terfikirkan pun betapa Islam itu tak pernah menyusahkan umatnya. Isu yg dibangkitkan termasuklah perihal solat jamak yg boleh dilaksanakan yg bukan sahaja dlm keadaan musafir 2 marhalah, hukum dan hikmah berkhatan bagi bayi perempuan, penjelasan dan penerangan tentang darah istihadhah, panduan dan persediaan memilih jodoh, dan macam-macam lagilah. 

Selain itu, banyak juga penulis cuba menerangkan dan memperbetul stigma masyarakat tentang hukum perancangan keluarga, penggunaan ubat dari sumber tidak halal (cth ubat beku darah 'clexane' yg selalu para doktor guna sedangkan ada menggunakan sumber dr khinzir sedangkan ada alternatif lebih halal, 'heparin'. Sikap ignorance dan kurg sensitif perlu dihapuskan.), soal solat ketika sakit (walaupun selepas menjalani pembedahan pembuangan usus yg mengakibatkan kantung najis terpaksa dilekap di luar tubuh, solat tetap WAJIB dilaksana.) dan banyak lagi lah.

Cuma yg kurangnya tentang novel ini pengembangan plot mcm kurang menarik lah. Terlalu mendatar dan sangat boleh dijangka walaupun aku bukanlah pelajar perubatan yg sedang menjalani houseman. Lebih membuatkan jiwa rasa tertekan (oh, bg peminat novel mcm aku mmg rasa kecewa yg sengaja dilebih-lebihkan lah. Padahal tak ada menda pun kalau fikir-fikir logik. ahahaha) bila pengakhirannya sgtlah tak novel okkeh. Macam nak cakap; "Laa, abis?", "Eh, aku baca novel ke tadi?" Hahahaha. Apa-apalah! 

Overall, alhamdulillah ilmu telah disebarkan dengan baik. Daripada tidak tahu, menjadi faham dan lebih tahu. Keluar dah ramai umat manusia ni dari kejahilan dan dr kebiasaab yg terjadi akibat ikut-ikutan. Oh, itu lebih baik kan. Positifnya "Denyut Kasih Medik" ni terletak pada penerangan ilmiah yg tak terlalu sarat dan sangat formal sebaliknya disampaikan melalui contoh pada kejadian-kejadian yg banyak  berlaku dalam kehidupan manusia. Jadi, thumbs up! Ilmu telah berkembang. Tahniah penulis!


Ok, selamat membaca dan menjadi insan berilmu!

No comments: