Showing posts with label Saya. Show all posts
Showing posts with label Saya. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Lelaki itu

Dia lelaki terhebat.
Dia lelaki pertama yang mendapat tempat di hati aku.
Dia yang paling istimewa berbanding yang lainnya.
Dia adalah contoh hidup yang aku sangat2 kagumi.
Dia adalah jodoh yg Allah izinpinjam dalam hidup aku selama hampir 28 tahun.

Belum sembuh luka 2 tahun yg lalu, diberi lagi yang ini.
Kami semua lemah longlai dan rebah tak berdaya.
Emak yg lebih lama diizin hidup susah senang suka duka bersama hampir 40tahun lebih terasa, yg pastinya.
Dan yang penuh dulu kini semakin kosong. Kosong. Kosong.
Entah apa caturan Tuhan, namun sesungguhnya aku dia dan kami semua wajib yakin itu yang terbaik.

Al Fatihah Allahyarham Hj Matori bin Hj Markom. 28 April 1951~21 April 2014

Tentang Abah.

Lahirnya seorang Abah

Monday, September 23, 2013

2014 - More to Expect

Eh? Minggu depan nk masuk 1st year anniversary lah! Minggu depan? Ahad ni lah! 2 tahun berkenalan, setahun perkahwinan dan berpuluh-puluh tahun lagi utk dihadapi bersama, InshaAllah. Alhamdulillah pahit payau manis, masam busuk wangi, nangis sedih ketawa semua berjaya dihadapi dengan jayanya (pada perasaannya lah.hahaha). 

Another 3 months to go to end 2013. Bila toleh belakang sebentar, rasa mcm tak percaya Tuhan dah sediakan macam2 rencah hidup yang kena kami blend bersama utk dapatkan rasa masakan yg ehhhmmm... kdg2 sedap, kdg2 inedible (kot!). Tapi bila toleh ke depan semula, rasa malu pula dengan Tuhan sbb Dia bagi juga ganti bila kami tersalah blend rencah dan perasanya. AllahuAkbar. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. :')

Jadi, ayuh bangun! Baki masa yg tinggal ni jgn disia2kan. Rugi jadi manusia tak berwawasan. (Ecewah!) Lagi rugi jadi manusia lupa bersyukur dan bersifat redha. InshaAllah menanti 2014 dgn penuh harapan dan cahaya lebih terang di samping tetap bersedia dengan apa jua ujian Tuhan yang selanjutnya. Allahu rabbuna. Bismillahi tawakkaltu 'alla Allah. 

Sekilas yang menarik 2013:

1. Senyuman sebuah keluarga yang hidup kembali.

Semua.

2. Buah hati kami suami isteri dan seluruh keluarga.
17w. Skrg dh masuk 22w. Dah mula prektis boxing.

3. Rumah idaman 2014.
Curi insta laki sdri. hiks!
Semoga semuanya dipermudahkan. InshaAllah! Senyumlah ahai cik mek molek! :)

p/s: teringat zaman bercinta dolu2. Love you, Boboncet!
Zaman Boncet mengorat! Suweet kan? :P



Tuesday, May 7, 2013

Rezeki itu hak Allah.

After 3 months, it still nothing.
No news. Just blank.
People advised me, others waiting years by years
yet Allah still won't give
People added, others have to adopt
yet Allah destined they won't have them.
Indeed, they smile. And they celebrate the happiness.
Am I being ungrateful and/or not believing Allah's will?
Astaghfirullah al 'azim...
When I am ready and accepting, He is testing me again.
People start talking about me. ME. Not US.
And that's sometimes tears me down.
I watched family type movie and never fail to cry.
It reminds me of all things that had happened previously
and this blanko-thing.
And the husband noticed that.
"How fragile you are, Love."
I am sorry. I just can't resist this emotional feelings.
It just happen.
I know there are many other people being tested even harder than me.
But when I tried to change the destiny and rearrange everything
Things just can't be even better.
"Without Allah's will, nothing will happen. And that always comes with reasons"

Relax. Calm. Breathing. Do the works. Let Allah do the rest. And SMILE. He needs that.


Tuesday, March 5, 2013

Favorite Quote



"People don’t care how much you know until they know how much you care." [Saifulislam,2012]



Monday, March 4, 2013

Misi Besar 2013.

Selepas apa yg telah ditakdir berlaku awal tahun ini, sekarang sudah move on utk Misi Mega 2013.

Officially launching the "Misi Dec 13" and "Misi Sep 14".

Ternyata, perkahwinan 2012 sedang mengajar banyak erti hidup. Erti cinta, pengorbanan, kesetiaan, keredhaan sedang dlm ujian dan pemerhatian Tuhan yg Maha Esa. Semoga Tuhan izinkan 2 misi mega ini terlaksana.

Rezeki itu hak Allah. Dengan peluang dan ruang utk usaha yg telah Dia buka seluas-luasnya, mari menyimpul kekentalan diri!

Allah telah menetapkan takdir. Dia merancang. Kita juga diberi peluang merancang. Jadi berusahalah. dan sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan perancangan Allah juga yg lebih tepat terbaik. Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, aku mohon bagi kami panjangkanlah umur kami dlm iman yg utuh, kesihatan tubuh badan, kekuatan akal fikiran, dan kesetiaan tak berbelah bagi antara kami suami isteri. Berilah jalan keluar dan penyelesaian bg setiap lorong gelap yg kami lalui dan simpulan masalah yg Kau takdirkan utk kami. Semoga jalan hidup kami dipermudahkan walaupun dlm 1001 ujian cabaran dan dugaan dari-Mu. Amin ya Rabbal 'Alamin.



***Muhammad faiz bakal mencecah umur setahun 30 Mac 2013 ini. Arwah Maryam juga sudah setahun pergi meninggalkan kami. Semoga Allah mudahkan juga urusan Maryam (jannatul barzakh inshaAllah), kehidupan anaknya dan kami semua. Ameen.***




Wednesday, February 13, 2013

Dengar sangat kata orang.

Muslim's Show - Consultation

Ikut hati, mati.
Ikut kata, binasa.
Ikut Allah, selamatlah!

Boleh nak dengar pandangan orang. Tapi, jadi manusia biar rajin banyak. Setiap apa yang orang kata bukan untuk ditelan terus. Kunyah kasi lumat dulu baru telan. Nak lalu tekak pun tak tercekik. Nak lalu perut pun senang hadam. Nak lalu nyahtinjaan utk pembuangan pun senang lepas. 

Iman, ilmu dan kewarasan akal perlu selari. InshaAllah yang lainnya, Allah uruskan.

Monday, January 28, 2013

19 Januari 2013. I lost the baby.

Nothing much to say. I lost the baby. That is real. That is the fact.

Sad. Regret. Stress. I am complete insane if I said I don't feel that. TIPU.

Nevertheless. Alhamdulillah, with the iman of the thinnest as the onion's I can feel Allah is always beside me. A true companion. Affectionately. With the tears all nights. The sadness all day along, hidden in a fake smiles. I manage to send my message to Allah. And indeed HE heard mine. Sunnatullah, HE took the baby. But HE actually is giving me a bunch of loves that i get from the people around me. Parents. And families. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ya ni'mal mujib (3x).

Recovering I am. Supports I called forth. A shoulder to lean. And a pillow for rest.

Tuesday, January 15, 2013

Ibu and Babah's love

Our dearest
I am suppose to be in my 8++ weeks of pregnancy. But the baby only 5 weeks in size. Doctor gave another 2 weeks to see the progress. If Allah's will and everything ok, alhamdulillah. If not, abortion is a must. 

Nothing in this world is ours. All are Allah's. Dia boleh bagi semua ni dan Dia jugalah boleh ambil kembali drpd kita hambaNya yg lemah ni. Above of all, miracle can happen.

Teringat pesanan Prof Muhaya:

     "Siapa kita untuk memaksa Allah memberi kita zuriat. Bersihkan hati perbetulkan niat apa kita mahukan anak? Jika dgn zuriat kita berniat mendidiknya menjadi hamba dan khalifah Allah yg terbaik, inshaAllah Tuhan akan permudahkan. Elakkan berniat membangga diri dan menunjuk2."

Submit all and let Him do the rest. Bimillahi tawakkaltu ala Allah.



Wednesday, January 2, 2013

New life. New Beginning.

2012 left us officially.
The cries, laughs, happy and sorrows, hurts and heals, all had been collected in the 2012 diary.

Being proposed by a stranger whom now i called husband. The man whom i love most. New family new faces.
Being left by beloved sister whom now we cherish her baby. The cries that won't stop.
New career improvement with lots of networks and teamwork upgraded. New experience working oversea.
New improvement in family relationship. From sourness to sweetness. Rebinding.
Little sister's graduation and new employment. First time being apart from my shadow.
Health condition dropping down. More visits to doctors.
Living alone and now two.
.....and lots more that aren't able to be explained here.

2nd day 2013;

Restructuring. New employment. New job role and hoping for more career improvement.
From two becoming three. Awaiting the presence of our sweetheart. New family member. After Aidilfitri inshaAllah.
Hub's career stability and business improvement.
New house, new home, new living environment.
.....and of course with lots of Allah's plan for us.

We plan, Allah plan. And verily, Allah is the Most Ultimate Planner.

Bismillahirrahmanirrahim. Memulakan 2013 dgn langkah lebih teguh dan lebih kuat. Bersama semua insan tersayang dan yg akan terus diingati.


Friday, June 8, 2012

Buai Laju-laju

Saya teringin nak main buai. Hayun laju-laju. Tinggi-tinggi. Sampai rasa gayat. Seronok. Puas.

Dulu abah selalu tolak buai saya. Tinggi. Masa tu rasa macam bebas terbang dengan abah sentiasa menjaga. Supaya tak jatuh dan tak luka.

Dulu saya tolak buai yang ain naik. Tinggi-tinggi saya cuba buat ain pergi. Ketawa suka bukan main. Sebab saya nak ain rasa seperti yang saya rasa. Sampai akhirnya hidung sendiri berdarah terhantuk buai yg laju tu. Dan abah juga yang jadi penyelamat saya.

Oh. How I miss my childhood time. How I miss the time we have spent together. Tanpa rasa prejudis dan menyembunyikan perasaan apa pun.

Saya sayang keluarga saya. Saya sayang mereka semua. Walaupun tak pernah terluah tapi itulah hakikatnya.

And I miss both of them yang dah pergi tinggalkan kami. Selama-lamanya. I really do.


P/s: Saya memang sangat teringin naik buai sekarang ni. Hayun laju-laju. Tapi dgn berat sekarang, agak-agak boleh putus tak tali buai tu? Huhu~ :P

(8hb Jun 2012, Gombak, 1:07am)

Thursday, May 24, 2012

It's hurt. and i am escaping.

I know this is called fate.
Say it as Takdir.
I know Allah Maha Mengetahui.
He know best and He will always the MOST.
But being a normal person, i am hurt.
I cry inside though I create smile.
And now i am escaping everything.
Inside here, it is empty.
I am not that tough.
I am tired though i tried hard.
I need the space which is until now i cant describe and determine how it shall be adequately big enough for me.
So allow me to run freely. to where that i am not sure.
As on 1 beautiful sunny day, i'll be back with a new ME.
Please keep your hand behind me.your eyes close to me.
That's how I know when
The perfect time should i coming back.

Missing her. Both of them,to be exact.
He is the reason we stay.

Monday, October 24, 2011

Day 30: Allah juga yg lebih tahu.

Sebulan sudah.
Misinya takkan pernah berkesudahan
Sebab kemudian ini akan dtg
lebih banyak dan lebih banyak lagi
Alhamdulillah, syukur itu mmg layak utk Allah
Semoga hari2 berikutnya ini
Ada Allah menemani
Dalam redha
Dalam keutuhan iman
Dan dalam limpah kasih seluruh umat manusia.

p/s: to Mr. You-know-who-you-are, welcome to my world and be well prepared! :)

Thursday, October 13, 2011

Tentonet and Cottoncandy

1. Ah. Siries. Konfem. Sekali dengar mmg macam tah apa tah tak ada makna. (ok.ada org kata mcm nama toyol ;p). Tapi bkn ke suatu perkataan atau nama itu boleh dicipta dgn makna yg boleh ditafsir sendiri oleh org yg menciptanya. Kan? kan? ok. Senang cite meh nak btau Tentonet ni is a person who is demok busuk dengki tapi comel. (comel ke? em.em.em. *krik3.bunyi cengkerik*) Heee~ boleh tak?boleh tak? boleh kan aje. apa sy kisah! :P

2. Aih. yang ni tak payah la susah2 nk describe atau define kan. Cotton candy. Sweet lovely dan disukai ramai! Sekali sebut je semua org pon tahu dah maksud yg nak disampaikan. Hehe. Thank you! Sambung perasan lebih. Eh. jap. kau kan perempuan bermuka garang. Cottoncandy? Aaaaaa...pelislah! (diam boleh?!)

3. Kaitan pelis! Tentonet lah cotton candy lah. Apelah. Tah. Manade kaitan! Takde. Takde. Tp org kate, dlm perbezaan dlm tiada kaitan tu mgkin akan ada satu titik persilangan antaranya. Em. Kena ada research team kot.Baru boleh cipta nama gilang gemilang mcm saintisyg jumpe bakteria baik namanya ke-sha-shi-ro-ta tu. (ok.fine.ni suketi mengeja namanya!)

Aigooo. Tolong jgn buat perangai boleh tak yuz? Erk! Ok. Dah. Bai!

p/s: hari ke berapa ek ni?uuuhh~

Saturday, October 1, 2011

Ekpresi diri.

Aha. Ni cuma entri mengada2. Jalur ekspresi diri yg tah apa2. Oh. Ke ni namanya gila glamer? Haha. Tak peduli sama itu semua! Agagaga~

Ini TENGIN. (Motif: memburukkan diri.)

Ini DENGKI dan PUJUK tipu-tipu.

Ini SENYUM over-acting. (kiri: BehindTheScene)

Ini MERAIKAN kegembiraan.

Luahkan ekpresi diri. Macamana gaya? Itu pilihan sendiri. Senyum, nangis, gembira suka duka. Itu semua manusia berhak meluahkan rasa. Yang dilihat juga pada wajah terpampang di depan. Rahsia hati? Biar Allah dan diri sendiri mengetahui. Menyenangkan itu bukankah lebih baik? Ok. Bai.

Wednesday, September 28, 2011

Cebis-Cebus Bercerita

1. Kacang Sempalit
Ah. Pelik sungguh nama. Terus teringat perkataan jawa yg Gendut sebut masa raya aritu; sempelat (maknanya comot2 tak kemas) tah betul jawa tah tak. Tak pernah nye aku dgr! hahaha

Kacang nama asing ni aku 1st time jumpe masa otw gi Mines nak jumpe kawan2 last week. Kt dlm kete, dah gelak2 sbb terus terbayang aksi si Gendut dgn sempelatnya. hahaha. Pastu dlm jem2 mse mgu terakhir syawal tu, so smpatlah snap gambar van yg membawa kacang sempalit ni. (oih.kalau pules trafek ensem nmpk, agak2 kne saman tak?aha.takde pon pulesnye.ngeee~ *kurg keimanan betul!*)

Kacang Goreng Sempalit.
Dengan semangat inquiry yg tinggi, maka sy pun membuang masa lah utk meminta bantuan en gugel bg mengetahui apakah sbb kacang goreng itu dinamakan sebegitu canggih. Nah. Baca sini utk tahu lanjut. Haaa... Berdasarkan entry tersebut dan bbrapa penemuan lain, maka tahulah aku bhw Sempalit tu adalah nama tempat (kot) di Raub, Pahang. Nak cari sejarah di sebalik nama sempalit tu? Ah. Lain kali lah. Dah jumpa kang, nnt ai hapdet okkeh! huuu~

2. Saya Kacak?
Taklah. Saya cantik dan ayulah. Manade kacaaakkkk...hek! Dulu masa muda remaja zaman2 masih perlu pegi skola, mak kata aku punya perangai macam jantan. (ganasnye bunyik!hahaha.layankan je) Sbb semua pon BOLEH bg aku. Tagas kata org. Lemah lembutnya kurang. Sungai, paya, parit, kebun getah, pokok mangga, rambutan, langsat semua aku redah. Lombong je tak jumpe tym tu. Luka kudis toksah cite lah. Layan je sume. Masa main bola utk kejohanan skolah pon, pantang kne jentik. Abislah pihak lawan tu aku rempuh. Biarlah tak berapa berlemak, tp jgn main lah dgn siku dan kaki aku. (ceh!mcmlah hebat sgt bunyi kan...wek!)

Lepas arwah abg aku meninggal pun, mak kata aku punya perangai byk ikot arwah. Kire mak menguatkan lg lah yg aku ade perangai2 lelaki semulajadi. (Heh...Apakah?angkat2 kening.) Time mula keluar rumah utk melanjutkan pelajaran (chewah.mcm cerita gadis kg yg gigih kan?wek!), mak abah dgn sng hati lepaskan aku berdiri di atas kaki sendiri yg lebar dan lepek ni. Huuu~actually, takdelah sng ati sgt. Nama pun ank pmpn, kmpem lah risau mesti ade. Tp lebih mempercayailah.

Lantaran itu, aku pon berfikir2. Lama belek2 muke, buat aksi2 pastu tacap2 sikit dpan cermin pada suatu hari tu. Pastu... *ching3!* "A'ah la.ada sikit2 muka lelaki. oh-em-geeee!" Last week, adik aku a.k.a Gendut tu knon2 jd artis lah melakar potret (lah sgt!) aku mse tgh tgk tv. Lantas die bersuara, "Ni bukan cantik. Ni kacak." *puk!* hamik ko! Tak syg mulut! Bak meh sini tgk!


Ni bukan kacak. Cantik pun bukan. Ni tua kerepot! Cis!
Hampeh punya Gendut! Nampak sgt kau tgn kayu! Hish! Ala. Takpelah. Kacak ke cantik ke. Laki ke pmpuan ke. Ni namanya ciptaan Tuhan. Syukurlah yg diberi ni alhamdulillah sempurna dan masih belum ada kecacatan apa2 atau kekurangupayaannya. Eh, tp sies sy tidak KACAK, tp CANTIK dan AYU! (ahahaha. Masih tak boleh terima hakikat ke?wek!). Chop3x! Kacak=cantik dlm bhs sarawak lah. Haaa~ok2. terima dah terima. Hihihihihi..~

3. Puasa 6: Ultimate Rayaaaa!!
Heh! Dah 30 syawal, baru nk celebrate ultimate raya? Eh, maaf. 29 syawal dah setel okkeh! Konon2 nk buat smbal kcg smlm mkn ngn ns impit sedaplah nye oooi! Pastu sbb malas dan memikirkan makan pun sorang2 jd terus posponlah. Lagi pun, arini ade Prasarana's Eid Celebration. Haaa~ raya kat Seri Pacific Hotel lah. Hebat tak? Hebat tak punya ultimate raya tahun ni? Hehe. Alhamdulillah. Ok. Lepas ni smbg pose ganti okkeh. Kang dah hujg2, lupe tak sempat sia2 je!

ok. bai. cukup cebis-cebus. bai. assalamualaikum!

Friday, September 23, 2011

Gagal yg Ditempah.


Siap highlight bulat merah tu...!
  
What else to say? Try again next time (perhaps). Kecewa? InshaAllah tak sbb sendiri yg tempah tiket kegagalan ini. Ahahaha. Dah2. Sambung koje! =) Eh, kejap. JPA cmne? Ahaha. Tu pikir esok lah! Bai. Yang berjaya, selamat berkhidmat kepada negara. Eh, salah2. Selamat menjalani ujian seterusnya. Bila ada rezeki lulus, biar jd pekerja gomen yg berhemah! YOSH!

Thursday, August 11, 2011

25.Berhenti.Dan masih terus mengira.

26th next year, InshaAllah. :)
Alhamdulillah. Masih ada peluang lagi dr Tuhan utk meneruskan perjalanan dalam hari2 ke 25 tahun.
Alhamdulillah. Masih diberi kesihatan yg baik utk melalui detik2 tidak terduga dlm tahun ke 25.
Alhamdulillah. Masih ada ruang merasai setiap detik kebahagiaan dan keindahan dlm kehidupan yg dijanjikan Tuhan.
Alhamdulillah. Masih diberi izin Tuhan utk tersenyum melihat hari2 yg berlalu dgn pelbagai corak dan warna dlm mencapai tahun ke 25 ini.
Alhamdulillah. Masih lagi diberi nikmat iman dan merasai keagungan Tuhan dlm setiap detik selepas 25 tahun diizin menghuni dunia sementara ini.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Aku tak minta umur panjang yg tidak ada sudah jika tanpa redhaNya.
Aku tak minta harta banyak melimpah ruah jika tanpa keberkatan.
Aku tak minta bahagia yg tak tergambar jika tiada Dia memimpin jalan.
Aku tak mahu meminta apa-apa jika dgn adanya aku terlepas dr tali Allah.

Memang langit takkan selalu cerah. Tapi jgn lupa malam juga bukan selalu suram. Benar, yg sering dicari mentari dan sinarnya. Tapi bulan bintang juga ada cinta sinar pada malam hadirnya.

Terima kasih kepada yg masih mengingati dan mendoakan. Semoga terus doa itu dipanjangkan pada jalan hidupnya kalian semua. Amin. Kerana Allah, aku sayang kalian. InshaAllah.

Thursday, April 21, 2011

Mencari hobi baru.

Aku bukan nk mengikut2. Tapi dalam keadaan sekarang aku rasa aku perlu ada hobi baru. Yang boleh buat waktu2 aku terisi. Kalau tidak memberi banyak input pun, sekurang2nya aku rasa aku melakukan sesuatu.

Fotografi dan muzik? Rasanya aku memilih utk mendekati muzik lah. Lebih ekonomi dan lebih hampir dengan jiwa seni aku. Chewah! Perlu kah? Seni lah sangat... Tangan kejung semacam walaupun hati tu mmg ada taman macam2 lah kan. hahaha. Ok. We'll see how it goes then. Abis lari bajet aku blan nih. Aaah... Layankan aje. Bila lagi kan... huuu~

Baiklah. InshaAllah kalau dah muncul direalisasikan step pertama tu, nnt aku hapdet okkeh! Ayuh. Mari menyimpan azam dan berusaha merealisasikannya.

p/s: tadi kat opis sy terlelap and you know what? sy dengar alunan muzik dr alat muzik tuh! aiyaaa~

Saturday, January 15, 2011

Kalau Dilema

Kalau dilema, apa kena buat? Ini bukan soal buah delima ok! (Memanglah. Ejaan pun lain. Kelas pembezaan pun jauh beza! Haish~) Ini soal pilihan hidup. Ini soal arah perjalanan hidup. Ini pasal pendirian dan pegangan. Ini soal maruah hidup! (Hahaha. Over!) Jadi ni list perkara kena buat kalau dilema mengasak-ngasak dalam kaplahotak:

1.  Kau tanyalah Allah. Macamana? Istikharah lah. Sebelum itu buat jugalah solat taubat, tahajjud dan hajatnya. Kalau mampu, puasa. Ingat! Petunjuk tak mesti dtg melalui mimpi. Yang penting, akal kena sentiasa berfikir dan menilai.
2.  Kau tanya org-org yg berpengalaman bertanggungjawab dan arif dlm bidang kedelimaan yg kau tanggung.
3.  Kau tanya mak abah kau. Walaupun dorang akan tanya balik "Kau rasa mana baik?" Tapi sekurang-kurangnya tanya aje lah. Berkat ada dalam tuh. betul. Tak tipu!
4.  Kau kena yakin dgn kata hati kau. Mungkin dari situ Tuhan cetuskan petunjuk dan jawapannya.
5.  Sila buat checklist timbalbalik. Mana berat? Banyak baik ke banyak buruk? Guna otak dan ilmu. Jangan guna nafsu!
6.  Yakin dan teguh dengan keputusan yg kau ambil. Menyesal? Jangan difikirkan sangat. Itu pelajaran redha. Ada sebab Tuhan takdirkan kau pilih itu.
7.  Orang lain bingit? Tak payah susah-susah nk tutup mulut orang. Kau pakai ear plug dan blah! Jangan kisahkan orang yg tak membina. Kalau ada bricks lebih, hulur pada mereka. "Nah! Belajar bina dengan ni!"

Sekian, selamat mencuba. Jangan sekali-kali hilang rasa yakin pada Allah. Bismillah. Tuntas dan padat!

Thursday, January 13, 2011

Ungu Pilihanku

Aku bukanlah pengobsesi terhebat warna biru kundang ni. Pakaian dan barang-barang peribadi aku pun tak adalah sampai semuanya nak dipilih dengan tema warna itu. Tapi sesuatu yg menarik tentang warna ungu ini, sedar atau tidak, pada banyak hal selalunya ia akn beri satu ketenangan dan rasa yakin diri. Lagi pula, bila soal pakaian biasanya ungu lebih rasa 'masuk' pada diri. Kadang-kadang boleh perasan manis je. Hahaha.

Setelah pernah membaca sebuah artikel tentang kajian akan kaitan warna pada emosi manusia beberapa tahun lalu selepas tamatnya zaman persekolahan, aku nekad cari sepasang kurung biru kundang. Setiap kali permulaan (paper pertama) peperiksaan di pusat matrikulasi, kalau rasa macam nervous semacam seboleh mungkin mesti akan cari baju tu utk disarungkan. Entah. Macam terkesan. Sebab mungkin mainan psikologi sdri sbb tahu akan "kebolehan" warna tersebut. Mungkin. Tapi bg aku, mmg berkesan.

Esok, akan ada tarikh penting juga. Bosanlah tanam anggur. Rasa mcm nk try test power nk jadi engineer. ada beran? Hahaha. Jadi rasa-rasa macam nk tarik baju ungu jugalah! Memang dah macam bosan sbb tak byk pilihan. Tp sbb rasa mcm nervous juga, jadi mmg rasa confirm tarik warna tu lah! Hahaha. Tak jadi tarik warna merah sbb Gendut komen, "Buruknya baju kau!" Cis! Baju tu mahal tau. Lain sikit dari baju ungu yg pakai aritu. "Mahal, tapi buruk. Ungulah!" Hahaha. Dah kena sound dgn pengkritik paling ikhlas, jadi tegas dan confirm. Ungu pilihanku!

Oh, sebenarnya itu semua hanya bg kesan sikit je. Selebihnya, rasa yakin diri dan rasa percaya pada Tuhan. Without HIM, we are nothing. Kalau DIA tak izinkan, pakailah warna apa pun nothing will affect you. Kan? Jadi, BISMILLAH. Kalimah itu ringkas, padat dan tuntas. Mulakan! Yeah!

Nah. Baca link ini. Ini cuma sebagai bahan bacaan tambahan. Seperti yg aku katakan tadi, it is all up to you. At least kalau kau rasa warna biru atau oren lebih boleh bg kau rasa confident dan yakin diri, sarung je! tak ada masalah. Hihi