Sunday, May 22, 2011

Babi tu apa?

Babi itu yg juga dipanggil khinzir utk kedengaran lebih sopan, adalah binatang 4 kaki yg berstatus najis mughallazah berhidung "cantik" terletak di depan mukanya nan gebu dan seringkali mengeluarkan bunyi "grok..grok" (instead of meow.meow-sbb die bkn kucin kaaannn~dang!) busuk dan selalu digambarkan tmpt tinggalnya berlumpur dan berbau "segaaaarrrr". Selalu juga digambarkan binatang bernama babi ini adalah sgt gelojoh, gemuk dan mementingkan diri sendiri.

Camna rupanya? Aaahh...kau pandai sampai blog aku ni, kau gugel imej je. kmpem beratur2 gamba babi keluar nanti! nnt musti kamu jumpe babi2 yg digambarkan comel dan adorable walopun die gemuk, senggrok dan memiliki sepasang alat bantu hidu yg tak memerlukan plastik surgeri pon. Hahaha.

Ok. Aku merepek. Tak. Aku tahu sgt tak best utk keluarkan perkataan babi tu dlm masyakat kita. Seolah2 mcm satu taboo dan rasa mcm tak sopan gila bila sebut nama binatang ciptaan Tuhan tu. Kalau tgk dan dgr org yg mulutnya lancar je bermain2 perkataan tu dari mulutnya, pasti dlm kepala kebanyakan kita akan ternganga dan geleng kepala sambil tersenyum kelat. Mungkin akan sampai tahap nk sedekahkan pelempang campur extra flying kick and extra hot back hand je kot pada manusia bermulut 'manis' itu. Kenapa ek nk rasa mcm tu? Ok. Kalau kau bukan org Malaysia dan kau dah terbiasa dgn omputih, slalu kalau dorang sebut F*** atau Bu*****t depan org lain, apa yg akan org lain tu rasa? Haaa~ samalah kesnya dgn Babi ni. (Eh kenapa perlu "bintang2" tu? eja je la cm biasa. Hahaha. Cukup. Jgn bg kotor blog aku. Huuu~ Taboo.)

Tapi tu lah. Kadang2 bila marah, manusia ni lupa kat mana dia letak akalnya yg patut ditunjangkan dgn ilmu dan agama kan. Kau berdegar2 nk kata org lain babi smbil menyumpah seranah dgn campuran bak rojak petis melalui lain2 perkataan tahap hampes berkuasaganda2 tak best didengar, apa sebenarnya kau dapat? Ingat marah boleh hilang? Tak weh. Buat dosa je. Lagi mcm ko simbah minyak kat api org adal ah. Lagi mcm kau undang bala dtg kat kau ada lah. Silap2, lebam bijik mata kau. Lebam je ok lagi weh. Kalau kau mati terus tak sempat nk taubat? Haaa~ nayalah weh!

Jadi, mari sama2 kita belajar menenangkan diri dlm waktu diri diselubungi kemarahan yg meluap2 mcm gunung berapi krakatoa tu. Sila guna ilmu dan agama bg mengelakkan si api kemeluapan itu meletus merebak lantas memusnahkan apa jua benda di sekitarnya. Satu je la aku nk pesan bg peringat kita semua lah nooo... Aku pon kdg2 tergelincir gak mulut ni. Ahaa~ kantoi di situ! Astaghfirullah. Sehari semalam kita tunggang tungging solat siap tambah mcm2 amalan sunat lagi, kalau hubungan sesama manusia pun kita tak pandai nk tackle dan boleh pulak buat "taik" sana sini, ooohhh... Allah tu pun Maha Adil. Mencarilah kita menggagau2 org yg dgn selamba "taik" kita tinggalkan tu sampai semua urusan lain di akhirat tergantung2 sdgkan sepatutnya kita dah sng dah nk terus direct lepas sbb dah rasa mcm terjaga urusan dgn Allah kan..

Tp bukanlah aku nk ckp yg org sembahyang ni pon sama je tak baik dgn yg selambe tinggal solat. Taaakkkk. Tak sama sekali. Kalau cukup solat siap ngn amalan2 sunat lain, mmg dah cukup cantiklah tu kan menyempurnakan tggjwb terhadap Allah. Cumanya nk bg finishing baik punye, biarlah kita pun sama2 jaga hubungan kita sesama manusia. Sedang kita dah tahu yg babi ni termasuk dlm kategori perkataan tak berapa senonoh nk dituturkan pd org lain sbg tanda mengutuk, marah, menyumpah dan sewaktu dgnnya jadi cuba2lah dielakkan. Jgn bikin hati org lain pulak panas dgn kepanasan kita. Ok? Perbaiki diri. Tahan diri drpd perkara2 yg tidak disukai Allah, mudah2an DIA membantu kita berjaya dlm ujian kehidupan di dunia ni. InshaAllah. Amin. "Sabar itu indah". Tapi jgn sabar sgt sampai jadi BODOH dan BENGAP! Orang pijak kepala pon, Sabaaarrrr.. Pergh! Aku pulak panas hati tiba2 tgk org mcm tu! Nabi pun sabar jugak weh tp Baginda sabar tu dgn ilmu dan juga agama. Jom follow Baginda! ^^;

Friday, May 20, 2011

Kecil pada kau, dah cukup besar bg aku.

Benda pertama yg dpt terbayang bila ayat tu dikeluarkan oleh seseorang, for sure kita akan terfikir tentang 'pengorbanan'. Sebabnya, selalu secara logik org yg berkorban ni mesti die kata "Oh, tak ada apa2 lah. Benda kecik je." Dan selalu yg dihulurkorbanan itu sure kata, "Terima kasih banyak2. Tak tahu lah kalau kau takde cmne aku ni." Terbayang tak begitu? Terbayang kan?

Tapi cuba kita tuning sikit pd sisi yg lain. Let say, adalah minah/mamat ni buat salah yg mcm terasa nk kecik ati sgt. Minah/mamat tu confirm kat blkg kita ckp, "Ek'ele. Asal gelabah ayam? Aku tak tutup pintu toilet je pon! Kecoh!" Yang kite smpai kecik2 ati ni bukan apa, cuma mungkin sbb dia punya tak tutup pintu bilik air tu selalu sangat buat padahal dah tegur byk kali dah. Yang buat lg hangin tu, bukan tahu nk mintak mahap! Haish~ So berkecil hatilah kita ni berpanjang2an.

Ok. dah tgk kan dua2 sisi positif dan negatifnya? Nmpak tak persamaannya? Kat mana? Kat poin maaf da terima kasih tu. Tak kira lah kecik atau besar mana pun satu perbuatan kita pada seseorang, cubalah utk letakkan diri kita pd kasut org tu. Ingat kalau diberi kasut koyak, selesa ke kalau hujan turun petang2 time balik kerja? Taaakkk ok! Kecut kaki tu silap2 boleh kene penyakit! Atau ingat selesa ke kalau kita bg kasut Jimmy Choo yg harga riban2 tp besor gabak atau ketat gilak! Oooh..jgn buat gile lah nk pki kasut yg bg sakit kat kaki weh!

Jadi, sebenarnya nk ckp kat sini jadilah manusia yg ada sifat empati. Dan bg org yg rasa BESAR sgt perkara/perbuatan org lain pd dia janganlah sampai tahap tak boleh nk fikir logik kaaannn... Kalau nk menghargai tu, jgn smpai kdg2 jadi merosakkan diri. Contoh minah2 kurang kesedaran yg duk gadai body sbb terhutang budi dgn mamat tak berbudi langsung! Atau contoh sbb tak ckp MAAF tu nk kecik ati smpai nk putus sedara! Oih! Agak2lah kannn....

Memang susah nk puaskan ati semua orang. Tp at least kalau bersifat memahami perasaan org lain dan menjadi manusia yg sedaya mungkin banyak sifat redhanya, InshaAllah semua akan ok. Kalau tak pd org lain kebaikannya, sekurang2nya kita sendiri dapat merasai tenangnya hati dlm diri.

Ayuh. Sama2 perbetulkan diri sendiri sblm terasa hebat nk betulkan org lain! huuuu~ Bersifat redha itu mmg kdg2 sesuatu yg SUSAH tp ia bukanlah sesuatu yg MUSTAHIL!

Friday, May 6, 2011

Makin tua, makin penakut!

I am not sure if this is normal. Tapi baru-baru ni memang terasa sangat yg dah nak masuk jubli perak ni mulalah nk jadi penakut macam2. Dulu masa zaman muda remaja, kamikaze je semua benda. Tak pernah kisah dan berani je nk tanggung risiko pd setiap keputusan.

La ni, bila terfikir-fikir balik. Seriously speaking. Memang terasa benar. Penakut. Atau to be exact, pengecut!. Alahai. Bagaimanakah ini? Plan banyak terangka dlm kepala tp yg dilaksanakan rasanya tak sampai pun 10%. Pengecut ke hape. Entah. Kadang terfikir lepas diberikan 'pengajaran' dlm setiap tindakan kamikaze dulu, mmg rasa sgt jeran (bak kata dilla) lah nk buat something especially yg berkaitan "hidup dan mati" ni. Ayayai~

I think I dah transform jadi manusia lain lah. Adakah ini kesan kedewasaan? Oh, mana best mcm ni weh kalau makin dewasa, makin penakut. Makin pengecut. *dang! ketuk pale* Kalau dulu, masa tgh belajar selalu je ckp, "Nantilah. Dah kerja nantilah baru boleh mengatur langkah." Tapi bila dah kerja ni lain pulak keluar, "Nantilah. Tggu stabil dulu lah. Hidup pun tunggang langgang lagi." Nanti bila dah berdepan dgn byk masalah kerja pulak, keluar ayat ni plak "Tunggu kahwin ada suami lah. Baru ada sokongan." Kang dah sibuk ngn anak, "Tunggu anak2 besar dulu lah." Last2 mati nanti semua pon tak sempat nak buat! Hah. Hamik kau!

So, apa lagi. Ayuh menjadi manusia yg penakut pd tempatnya. Berani pd benarnya. Allah kan ada weh. Kau nk rasa tersokong dan terdorong macam mana lagi weh? Yea, mmg Allah kdg2 suruh kau bergerak sendiri. Tapi ko kena ingat Allah tak pernah lepas memerhati dan terus memastikan kau pada yg terbaik. Kau tgk pemain layang-layang. Ada dia biar je tali tu pjg tu je? Tak weh, die lepaskan tali tu sikit2 supaya layang2 boleh terbang tinggi dgn angin yg kwsnnya org main layang2 tu jugak yg pilih. Dia takkan lepaskan talinya weh sbb dia sygkan layang2 die. So, stand tough. Being alone is not a reason to weaken you. Move on. Life is short. So enjoy it!

Thursday, May 5, 2011

Ada lg yg lebih susah dari aku...

Hari ini aku rasa seperti seorang yg sgt lemah berdepan masalah kehidupan aku sendiri. Aku rasa macam berat sgt nk menanggung rasa bersarang2 dalam hati ini. Pada satu ketika pada malam ini, mmg air mata kemanusiaan aku akhirnya jatuh. Ya, aku manusia biasa. Aku juga perlu rasa hangatnya air mata itu mengalir di pipi agar aku tahu aku masih normal. Aku rasa Allah paling hampir dgn aku mlm ini utk mendengar rintihan aku.

Manusia hidupnya akan lebih kukuh dan tuntas bila dia mampu menegakkan satu asas pendirian dan prinsip memacu kehidupannya. Tapi yakinlah bahawa jalan utk menegakkan prinsip dan pendirian itu bukan mudah. Bukan seringan lidah berbicara. Bukan sepantas jari mengetuk papan kekunci komputer. Dan bukan sekadar mudahnya lintasan perasaan biasa. Natijahnya berat. Kerana jalan pilihannya penuh sgt cabaran menanti. Salah meniti, tanggung sendiri akhirnya.

Ini bukan kepenatan biasa. Memang sebahagian waktu rasa seperti tidak mahu bergerak dan hanya mahu membiar sahaja yg lain bergerak ikut rentaknya yg tak pernah terkejar. Allaaaaahhh... Sakitnya ya Tuhan. Aku tahu Kau Maha Mengetahui kesakitan ini. Bukan aku tak redha dgn-Mu Tuhan. Tapi aku cuma manusia biasa yg Kau telah kurniakan perasaan sedih dan hiba ini. Dan malam ini aku mengaku aku mahu dipeluk-Mu ya Tuhan.

Aku tahu ada orang yg mungkin aku tak kenal atau nk senang cerita sahabat-sahabat seperjuangan aku yg lain tu lebih susah rasanya drpd apa yg aku rasa. "Ada lagi orang yg lebih susah dr kau, yuz". Tapi sekali lagi, aku cuma manusia biasa. Barisan ayat pengingat itu bukanlah lagi yg berkesan memujuk hati rajuk ini. Hanya satu yg pasti. Rajuk ini bukan lama. Rajuk ini bukan utk dibawa ke mati. Pegun hari ini bukan utk smpai hari-hari minggu depan. Cuma bagi aku ruang dan peluang merasa pelukan dari Tuhanku agar aku dpt bangkit semula dgn rasa berTuhan dlm dada. InshaAllah. Dengan izin Tuhan. Amin.

Allah, aku tak tahu cara apa lagi mahu memohon kekuatan yg rupanya entah bagaimana lagi dari-Mu ya Tuhan. Tapi kali ini ya Allah, bg petunjuk yg jelas pd jln penyelesaian ungkaian permasalahan ini ya Allah. Lepaskan lelahku, ya Allah. Terlalu banyak perkara pada lintasan hati itu telah Kau berikan padaku. Tapi aku mohon kali ini ya Tuhan. Pada perkara ini ya Allah. Aku mohon jalan keluar darinya. Aku mohon sgt2 yg Tuhan. Malu itu bukan lagi utk aku kerana aku tahu Kau Maha Mendengar dan Maha Memberi Makbul doa2 hamba-Mu ya Allah....

p/s:: Get a life, yuz. Kata kau hebat. Maka buktikan utk kali ini. Buktikan! Bismillah.