Showing posts with label kurang siuman. Show all posts
Showing posts with label kurang siuman. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Love Note.

"I have sent you love note. Did you received it?"

Ah. Gilo. Ini post senget namanya! Abaikan. Ok. Bai.

Lebih baik menumpukan perhatian pd hidup di depan skrg daripada mengejar pd hidup yg belum tentu adanya. Sekurang2nya kehidupan yg didepani skrg menjanjikan kehidupan masa depan. Yang belum pasti itu tentu saja bersifat sementara. Merancang bukan tak boleh. Tapi biar realistik dan sentiasa ada keyakinan pada Allah yg utuh! Sekian, terima kasih. Sila datang lagi. Assalamualaikum!

Sunday, January 30, 2011

Manusia Biskut itu.

Kadang dalam ketika ini
terasa amat ingin sekali mengetahui
mana perginya manusia itu
Kadang dalam saat celaru ini
terasa sangat ingin tahu
apa keadaannya manusia itu
Kadang dalam tanda tanya ini
terasa sangat perlu terjawab
akan mana letak duduknya manusia itu
Kadang dalam antara selang
degup jantung ini
terasa bayang lalu menyinggah ruang tak tersedar
Bukan mahu diambil peduli hadir diri
bukan mahu diambil kisah susah hati
bukan mahu ditanya segala gerak diri
bukan mahu disapa setiap detik waktu punyanya
Cukup sekadar wujud pada masanya
cukup sekadar ada pada perlunya
cukup sekadar menghulur semangat barang seada
cukup sekadar menitip khabar diri seadanya
Tak banyak diminta
tak banyak dicari
Hilanglah hilang andai mahu
Kerna itu urusan hidupnya
Tapi salahkah kalau perlu mengucap pergi
sebelum langkahnya?

::Sometimes, it is better to munch couple of biscuits without dipping it into a cup of hot chocolate.::

[Ok. Hot chocolate probably misses the biscuits. Dayyyum!]

Saturday, January 15, 2011

Cis!

Aku ni kalau nak dah lama dah aku boleh dapat. Tapi sebab aku rasa aku tak nak lagilah aku tak rasa aku perlu dapat itu. 

Tapi bila kau buat macam, "Eleh, kau apa ada?" Oh, enough said. Aku mmg kadang-kadang rasa kalau tak nak pun, aku rasa nak tunjuk-tunjuk ke depan mata kau je senang-senang aku dapat. Janganlah pandang aku hina sangat. Aku tak kelapaq lah! Cis! Apa kau fikir hah? Aiyayai~

Ok, tak apa. Aku tak nak lagi. Jadi aku tak kisah tak dapat. Sbb aku tak nak zalim pada orang tu hanya kerana nk tumjuk-tunjuk pada kau. Kau? Suka hatilah nk kata apa. Aku tak nak ada kaitan dah! Ok, bai!

Wednesday, December 29, 2010

Andai dia pergi...

Pergi...

Sejenak aku terfikirkan
Dalam jalan hidup yg mungkin panjang ini
Mampukah diri menahan ujian
Menerima takdir
Merelakan sepenuhnya
Andai dia pergi dulu
Aku menangis
Hanya cuma memikirkannya
Membayangkan realitinya pun
sudah cukup memeritkan
Apalagi mendepani realiti kebenarannya
Tuhan... Aku cuma mohon satu
Hilangkan rasa perit ini
Datangkan rela dan redha itu
Kerana antara kami belum ada kisahnya.

Wednesday, December 22, 2010

Maybe



I don't want to be the first to let it go,
But I know,
If you have the last hands that I want to hold,
Then I know I've got to let them go,
The only way to really know is to really let it go.

Itu antara yg menangkap perhatian saya tentang lagu ini. Macam bagi satu jawapan. Macam bagi satu kekuatan. Oooh, terasa mmg ada kesan-kesan tercarik sikit2 (aaah, tipu! sebenarnya banyak jugalah kan kesan itu pada diri.) Hahaha. I will, I will oh yes I will let it go. Fly away. Go, go... Shuh...shuh! Haaa~ dah banyak kali kan saya cakap mcm nih. Tapi ntah lah. Semua orang pun tahu bahawa hati yg berbolak-balik ini adalah sentiasa berada di bawah penguasaan dan kekuasaan Allah Ta'ala. Alhamdulillah sekarang semakin teguh. Semakin kukuh. Semakin jelas. Dan apa pun jua, saya serahkan pada Allah juga untuk menentukan bahagian itu utk saya. 

Saya memangnya tak pasti pelepasan ke'let-go'an ini adalah jalan yg sebenarnya atau tidak. Tapi satu kebaikan yg pasti, ia membuat hati saya bebas bergerak dan tidak terikat. Itu hakikat. Makanya jelas, sy dah kurangkan satu maksiat hati. Kan? Kan? Oooh...alhamdulillah. Satu nikmat kehidupan lalu yg sy dah dapat balik! Ya, sy mengaku kdg2 teringat juga tapi sy dah dapat rasakan bahawa ini akan berkurangan dan mungkin juga berlalu pergi akhirnya. If he won't come back again in future pun, saya redha. Ia cuma 'maybe'. Tiada kepastian di situ. Saya tak rasa bahawa ini adalah sesuatu yg worth fighting for lagi. Banyak perkara lagi yg sy perlu fikirkan. 

Enough said. I won't ask for more. I have had enough. Thank you. Satu pun saya tak menyesal atas tindakan lalu itu. Sebab saya banyak pelajari daripadanya. Tanpa tindakan itu, saya tak tahu apa itu kebenaran. Tanpa tindakan itu, saya tak akan tahu apa itu erti berhenti apabila keperluan itu wujud. Aah! Saya ada ramai lagi tangan2 yg bersedia menghulur ketika saya perlukan sokongan utk bertatih, berjalan mahupun berlari. Dan saya tahu tangan2 itulah yg amat layak utk sy bawa terbang bersama. Mungkin bukan tangan miliknya, tp sy dah cukup bertuah dgn anugerah Tuhan yg tak banyak itu tapi sudah cukup menyenangkan. Depan-depan mata saya dah terbukti. I couldn't ask for more as Allah have given me ENOUGH for what I need.

If maybe in future, you really do come back to me. Hahahaha~ sy memang tunggu masa nk gelak kuat2, guling2 macam tenggiling, dan pukul kamu kuat2 sbb sampai hati buat saya sampai macam ni. Kejam okkeh! Dan banyak benda yg akan saya ungkit nanti. Sampai mati! Hahaha~ padan muka kamu! (mode kejam membalas dendam tiba-tiba datang! Hahahaha~)

Ok, bubbye. Setakat masa ini, pergilah jauh-jauh yeh. So long~ Maybe itu adalah mungkin tak pasti! (hahaha, memanglah, ngok!)

Saturday, December 4, 2010

Your Call


Tiba-tiba saya teringat lagu ini. About a year and six months ago I was started to love this song. Ketika itu, saya di Adelaide. Lagu-lagu 2ndhand Serenade nih lah yg teman sy hari-hari berseorangan dalam train nk pergi uni sambil sy suka usha budak lelaki comel nk pergi sekolah yg berhampiran dgn UniSA. Huhu~ Rindu pula dgn budak demok bawak beg hijau yg gelebeh2 itu. Masa tu sempat terfikir, org Msia sibuk-sibuk kecoh-kecoh pasal beg berat-berat dakwanya membebankan anak-anak, tp mereka kat Adelaide sy rasa lagi gelebeh kott... Selamba jeh saya tengok dorang gendong beg itu. Huuu~ Saya dulu masa sekolah juga tak kisah pun bawak beg gelebeh-gelebeh sbb kalau tertinggal buku penting pada hari itu, pasti rasa tak best. Silap-silap kena denda diri atas kerusi! huhu~ (ooh, menyimpang jauh lak nih! :p) ^^; 

Berbalik pada "Your Call". For some reason, yes for some reason tonight this song really means something to me. Suddenly I feel like "Your call" really does calling me again. Deep, far away, yet very clear. Macam ada rasa sedikit palpitasi yg indah di situ. (Palpitasi sepatutnya kah indah? Hahaha) Huuu~ Clearly and obviously, it's calling me. ("Your Call" really calls me or me actually feels like calling someone?hahaha~kantoiiii...!) Ooooh... Kenapakah? Tapi bila difikir2kan balik, it's okay. Sometimes, it is good to feel like this. It means I'm still alive! Hahaha. Dan saya sesungguhnya sangat merindui Adelaide ketika ini. Uhuk3~ 8 years to go utk capai target itu! (berniat menyimpangkan tajuk di sini. hik3.) Huuu~ Oh, btw ini lirik lagu "your call" ni yeh...~

Your Call - Secondhand Serenade
Waiting for your call, I'm sick, call I'm angry
call I'm desperate for your voice
Listening to the song we used to sing
In the car, do you remember
Butterfly, Early Summer
It's playing on repeat, Just like when we would meet
Like when we would meet

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight

Stripped and polished, I am new, I am fresh
I am feeling so ambitious, you and me, flesh to flesh
Cause every breath that you will take
when you are sitting next to me
will bring life into my deepest hopes, What's your fantasy?
(What's your, what's your, what's your...)

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight

And I'm tired of being all alone, 
and this solitary moment makes me want to come back home
x4
(I know everything you wanted isn't anything you have)

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight
(I know everything you wanted isn't anything you have)

Aaahhh... Saya rasa saya rindu seseorang lah! Toing2!

Wednesday, November 10, 2010

Aku nak ketawa.Ini mmg ajaib!

Sebelum apa-apa, baik kamu-kamu baca dulu post dari blog laksamana bentan ini. Klik sini utk baca. Seriously, tiba-tiba lepas sesi beramah mesra dengan member baik dr "jaman" sekolah, ini yg aku jumpa. Dah la lepas sesi penuh "emosi" (emosi lah sgt kan...siap kutuk mengutuk lagi dan ketawa besar2..emosilah kan...~hahaha) dan2 la pulak terbit ubat mujarab utk mendatangkan ketenangan dan ketenteraman jiwa... Nak tahu? Meh consult personally dengan aku. Baaeekkk punya aku bagi nnt! Hahaha~ Siries! Memang nk ketawa, dan ini memang ajaib lah!

Part paling terkesan dalam blog en Laksamana itu, yang ini:

"Well, apabila seseorang yang you all sangat harapkan untuk jatuh cinta tetapi tidak menjadi…of all you know, it is not because of you personally. Maybe you sudah lakukan yang terbaik dalam hidup you tetapi…tiada BAUAN yang serasi, tiada NAFSU semulajadi yang menarik, dan mungkin tiada hormon yang memberitahu OTAK nya yang anda adalah cintanya…

Semua ini tidak dikawal oleh orang yang anda minati itu, tetapi semuanya sudah ada didalam diri masing-masing sejak azali. So, kalau dia tak berminat tu, or dia kata nak ambil masa ke, or dia nak berkawan sahaja tu…that is mean TARIKAN SEMULAJADI itu sebenarnya tidak ada. Jadi, tak perlulah bersedih."

Sedih? Haha~ LOSER gila lah kan sampai nak sedih2 bagai. Tp kecelaruan fikiran tu adalah timbul juga. Huuu~ Ini mungkin hanya suatu kebetulan, tapi kan ke lebih baik kita jgn jadi org yg tak berapa betul, mereng dan sewel sampai nk terfikir itu dan ini yg bukan2, nak sakit kepala tak tentu pasal, nk sakit hati tak kena punca, nk garuk hati dan tiba-tiba nk give up tak semena-mena kerana mende yg sebenarnya simple and under control kite sendiri nih. Seriously, not worth it. Mungkin ada banyak pertimbangan bg sesetengah kes tapi lebih baik fokus pada mende yg lebih bermanfaat dan lebih mendatangkan berfaedah drpd duduk tercanguk memikirkan benda yg tak pernah nk pasti. Come on lah! EGO itu kena dibalas dengan pernyataan LIMIT dan PRIDE. Move on lah! Orang yg perasan lebih2 ni lagilah bahaya okkeh! Jadi, silalah bangun semua dan bergerak! Ayuh!

Chommel dan Kiyut je kan?
Haaa...~ Kalau mampu nk jamin cinta tu sampai ke akhir hayat macam uncle and aunty chommel and kiyut kat gambar nih, teruskanlah. Tapi kalau awal-awal dah dapat macam-macam excuses kau kena hadap, uuhhmmm... Forget it! Berkawan sahaja lebih baik. Itu lebih menarik utk dipertahankan...! Kau mesti tak sanggup hilang kawan yg baik kan? Lebih-lebih lagi kalau dia memang tak pernah lah nk treat kau yg sampai tahap menghina kau kan... Jadi kalau dapat dipertahankan friendship itu, it would be nice. Sbb berkawan ada byk batasnya dan tiada nk sesak2 fikir pasal komitmen! Kan? Kan? Kalau dah memang jodoh kau dgn dia, no worries.. Kau akan jumpa balik dgn dia pada sesi yg lebih nyaman, aman dan damai. Bau, Nafsu dan Otak tu punya kesan mungkin lambat kott. Hahaha~ Tapi percayalah, janji Allah itu pasti!

Wednesday, October 27, 2010

Nama itu...

Ya. Nama itu. Sekali ia pernah disebut.
Muka nak buat-buat gagah. Jadi biarkan sahaja.
Kali ni, disebut lagi. Nyata lebih hebat.
Itu tak tambah saing bersama lagi. Aneh. Terancam tiba-tiba.
Rasa macam rendah sangat. Dan tak hebat lagi.
Oooh... Sampai sekarang masih fikir-memikir.
Ini boleh mengundang Mai-Ge-Ren dgn sukahati.
Tak mahu. Tak suka. Jangan fikir dah.
Kamu ada bahagian kamu.
Dia ada bahagian dia.
Empunya nama itu pun ada bahagiannya.
Jadi, marilah bertenang!

** Dayyuum! Susah gila nk bertenang dalam keadaan tak hebat ini!!! Aiyaaaarrkkhh!!! (-_-") **

Saturday, October 16, 2010

Jangan Ingatkan Aku...

Yang dulu.Yang lalu.Malu.Menyesal.Padan Muka.

Kau suka.Silakan.Tapi aku tak suka.Maaf sahajalah.

Aku faham rasa ini.Jengkel kalau tak suka.Rasanya palsu jelas kalau suka.

Betul.Betul tak tipu.Itu Menyakitkan.Kalau terbongkar.

Lepas ini.Tak buat.Nekad tak buat.Tapi aku tahu siapa aku.Kalau terbuat jugak.Maaf.Masa tu aku tak kisah.Kau suka.Kau tak suka.Aku suka nk buat.

Kau nak kata aku tak malu.Silakan.Kau nak kata aku pipi tersorong.Silakan.Kau nak kata aku apa sahaja.Teruskan.

Satu masa.Bila tak ada.Kau pasti ingat.Dan masa tu.Aku tentu malu diri.Maka, jangan ingatkan aku!

Thursday, September 30, 2010

Funny Little Thing

Unazukin yg choms2!!
Gambar ini macam tiada kaitan.Tapi sebab dia comel dan kiut, maka saya nk letak juga!Saya pinjam dari sini dengan bantuan encik gugel image yg berjasa...heee~

Ketawa aku seorang diri
Sibuk kejar sana sini
Rupanya bocor sebelah diri
Leka alpa lihat sini

Cari-cari sejauh alam
Penat sudah bertukar gerak
Kadang berlari, sekejap berjalan
Berhenti lepas lelah nan penat
Sakit sudah tidak tercerita
Rupanya dia di sisi sebelah

Menari gembira hati senang
Menangis duka jiwa galau
Gelak tawa melihat ada
Murung muncung pergi jauh

Janji Tuhan tak pernah mungkir
Yakin ada itu tenang
Bukan menolak siapa hadir
Cuma hati sudah bercorak...

::Aahhh...ini semua mmg kerja gila...!!!bon voyage...selamat berperang...moga pulang dgn kejayaan (dan juge bersama2 Mr. Adorebel-suwit-gagahperkasa-matured bin KayaRaya saya yg dijanjikan itu!!hahahaha~)...kompem, Projek Mega 365 terpaksa dibatalkan sbb sy rasa keperluan untuknya belum benar2 wujud...nge~~~::


Monday, September 27, 2010

Sedih yg tak terjelas...

Memandu sendirian dari kuala lumpur ke tangkak...
Petang hari yg basah...hujan sepanjang jalan...
Lagu itu berkumandang dari corong radio tidak bernafsu....
Sayu itu membungkus hati...
Pedih dan hampir menyesakkan...
Memandu 60km/j di atas lebuhraya,
nyata itu bukan diri yang sebenar...
Berpusar, berpintal, berpusing...
Ooohh....sedih teramat rasanya....
Mengapa itu yg disuka?
uhmm...uhmm...uhmm...
Semua ini tak pernah dipaksa utk datang,
Tapi semacam ada satu dinding
menghalang jalannya...
Kaki ini tak mampu lagi bergerak,
berjalan mahupun berlari...
Berlawan dan berperang apatah lagi...
Kecewakah?
Ini perasaan sedih yg tak terjelas...

Mendung langit di lebuhraya...

Tuesday, September 7, 2010

Tiada berperasantan...!

ooohh...mengapa agaknya
semakin dekat kini raya nk dtg
ooohhh...ini bukan pasal raya...
perasantan...oit, perasaan...
kosong.tiada umph.tiada apa-apa...
semakin rasa jauhlah...
dan kini umpama fasa
membuang satu-satu...
buang bukan lupa...
ini tetap tiada perasantan!

Sunday, August 15, 2010

Semangat rasa spt dah hilang...

Halaaaaaa...camane nih? Terasa seperti sudah hilang semangat mahu meneruskan projek mega 365 nih lah...aiyayai~ rasa macam da tawar hati...aduyai~ tu lah, org kate jgn overdo sgt pd satu2 mende tuh...kan da rse lain mcm da kan???hambek!jauh dlm hati nih, rasa mcm saya x sepatutnya meneruskan projek 365 nih lah...entah kenapa...mgkin kerana sy sudah semakin tawar hati kott...aiyak!

Tape2...mase masih pjg lagi...lau mood tu da dtg balik, mungkin sy akn lebih serius dgn projek mega ini...hahaha~mudah2an...jika tidak, maka akurlah bahawa itu adalah yg terbaik perlu saya lakukan...

Wednesday, July 14, 2010

I cant stop smiling... =)

Senyuman yg choms2!!
Semalam sy kate sy nk lari...sy nak terbang jauh kan..tp sy tahu sy tak boleh tipu diri sy sendiri...hahaha~

Hari ini sy dtg dgn rela hati...sy dtg dgn niat mendekat seperti biasa...sy dtg dgn niat menjadi sentiasa ada...

Hari ini terasa dia semakin mengkelakarkan....dan suwit juge dlm caranya yg tersendiri..hahahaha...

Always...i'll always be with you...then the reply: me too..always be here for you....

Ooohhh...and i cant stop smiling...and i wont stop smiling for you coz u hv said before that i have a sweet smile to be remembered for ever and ever... =) sorry for being too selfish and flying high without you.... =)

Tuesday, July 13, 2010

pergi..mencari ruang sendiri...

pergi tak lama
ruang itu dicari dlm sesaknya ramai
hilang bukan terus ghaib
cuma mahu melihat tanpa dilihat...

gentar hati terusik rasa
andai pulang segalanya turut pergi
namun yakin pd janji yg satu
pada Tuhan yg Maha Tahu
andai masih ada, kembang hati terlimpah syukur
andai sudah tiada, itulah letak redha seorang hamba...

maaf kerana semua ini perlu terjadi...ruang itu perlu wujud antara kehidupan kita...sy akan melihat tanpa dapat dilihat...jika kamu juga turut melihat, maka kita pasti ada sesuatu untuk diceritakan...

"hidup adalah sesuatu yang terindah..."

Wednesday, June 30, 2010

berhenti yg tidak statik...

Berlarilah andai keperluan itu wujud

Satu ketika dulu
apabila keperluan itu wujud
berlarilah menuju padanya
Pada ketika ini
apabila dtg keperluan yg lain
maka berhentilah
kerana itu yg lebih baik
Tp berhenti ini bukan bermaksud mati
Yang indah itu pasti akan bersama...

Terima kasih kerana pernah hadir..memberi ruang sy berlari...dan kini sy perlu berhenti....tp sebenarnya sy akan tetap terus berjalan perlahan2 kerana saya yakin janji Tuhan itu pasti... =)

Sunday, June 20, 2010

::Garurumon mode::

oh-oh-oh...
terasa dlm garurumon mode...
rasa mahu makan org...
rasa mcm mahu gigit telinga org...
oh-oh-hoo...
bagaimanakah ini?
dengan kuasa bulan,
akan menghukum mu!!!!

Sunday, May 30, 2010

Engkau aku lepaskan...

Terima kasih utk segalanya...
Maafkan jua atas semua salah silap...
Memang benar yang itu akn dipertahankan,
Tapi yg lainnya....
Biarlah cukup setakat ini,
Langkah harus terus,
Kini engkau aku lepaskan....

Tuesday, May 25, 2010

Tarik tangan ini..

Dalamnya gelap lama telah terbongkar,
Peritnya sakit telah lama terjangka,
Jauhnya pergi telah lama terukur,
Tapi hati masih lagi ingin menduga...

Gelap, sakit dan jauh semakin mengurung diri...
Tariklah tangan ini,
Jangan benar ia lepas bersama jasad,
Ke dalam kurungan kegelapan, kesakitan dan kejauhan...

Sunday, May 16, 2010

Saya tidak akan memaksa...~

Diri hanya mahu menyatakan
Kehadiran ini untuk menyenangkan
Bukan bermaksud menyesakkan
Mungkin terkadang diri terlupa
Bahawa kita perlu dipisah dgn hanya satu garisan
Garisan syarak yg memelihara kesucian diri
Maaf jika pernah dirasa
Garisan itu dilangkahi...
Dan benar,
Diri hanya mahu menyatakan
bahawa saya ada untuk kamu....

"Terima kasih kerana mengingatkan.... =)"