Kadang dalam ketika ini
terasa amat ingin sekali mengetahuimana perginya manusia itu
Kadang dalam saat celaru ini
terasa sangat ingin tahu
apa keadaannya manusia itu
Kadang dalam tanda tanya ini
terasa sangat perlu terjawab
akan mana letak duduknya manusia itu
Kadang dalam antara selang
degup jantung ini
terasa bayang lalu menyinggah ruang tak tersedar
Bukan mahu diambil peduli hadir diri
bukan mahu diambil kisah susah hati
bukan mahu ditanya segala gerak diri
bukan mahu disapa setiap detik waktu punyanya
Cukup sekadar wujud pada masanya
cukup sekadar ada pada perlunya
cukup sekadar menghulur semangat barang seada
cukup sekadar menitip khabar diri seadanya
Tak banyak diminta
tak banyak dicari
Hilanglah hilang andai mahu
Kerna itu urusan hidupnya
Tapi salahkah kalau perlu mengucap pergi
sebelum langkahnya?
::Sometimes, it is better to munch couple of biscuits without dipping it into a cup of hot chocolate.::
[Ok. Hot chocolate probably misses the biscuits. Dayyyum!]
No comments:
Post a Comment