Thursday, January 27, 2011

Rayyan. Nama itu cantik.

Selepas nama indah "Hannan", saya akui saya minat dgn nama lembut dan tegas Rayyan. Oh. Ok. tak ada kaitan. Tiba-tibalah kan.

Ok. Kali ini cerita 'thriller' buah tangan penulis kegemaran; Ramlee Awang Murshid. Walaupun dah agak terlambat, tapi sy masih percaya 'something is better than nothing'. Haha. Semalam baru habis naskhah ini. Uih, seriously. Melewati penghujung cerita ini, terdetik dalam hati; "Yuz, kau baca cerita apa ini?" Memang terkesan dengan tajuknya, "Rayyan Fantasi - Apa yang terfikir...Itu ada." Saya tahu cerita kali ini sgt tak logik. Sangat fantasi. Tapi Ramlee berjaya buat saya seronok dan leka dalam fantasi rekaannya.


Rayyan @ Aiddin bukanlah manusia. Dia juga bukanlah jin mahupun syaitan. Tapi dia juga makhluk Tuhan yg telah berjaya menemui erti hidup berTuhan. Mengenal Allah. Oh, walaupun ada je cara hidup Aiddin yg tak selari dgn islamisasi yg mahu diketengahkan. Tapi tak apa. Mungkin Ramlee nak lari dari klise 'islamic novel'. Mungkin. Sepanjang telah didefinisikan Aiddin dan bapanya yg dikatakan memiliki tamadun teknologi melebihi manusia di Bumi tetapi mereka bukan manusia, jin mahupun syaitan, saya rasa macam tertimbul persoalan; "Ada lainkah selain itu? Mutant? Robot? Apa?"

Apabila diungkai satu persatu asal kewujudan Rayyan dan Mij Gillion @ Ibrahim (bapak dia), terus saya tergelak! Makhluk asing? Alien? Hahahahahaha. Boleh pulak tu bila Ramlee sebut kapsul yg membawa mereka merentasi antara Bumi dan Planet Yuk'kaa, saya terus terbayang UFO dan Planet Zargus! Tahu planet Zargus? Nama planet yg selalu disebut-sebut dalam komik Ujang. K.O.M.I.K okkeh! Seriously said. Tak pernah nak terbayang "Yuz is reading such thing!" Dang! Ramlee oh, Ramlee... Jauh sungguh kali ini saya dibawa mengembara.

Permulaan novel, mmg sy akui saya sedikit 'kecut perut' dan goosebumps. Rasa macam Aiddin yg bermata putih tu ada sama sebelah sy ketika pembacaan dijalankan. Lebih-lebih lagi masa part Mika mula-mula buat bisikan-bisikan di luar rumah Aiddin di Kundasang. Aiyaaa... Itu series mmg terngiang-ngiang bisikan halus seakan-akan ada di luar rumah! Hahaha. Pastu terus tutup bukunya dan tidur. Kihkihkih. Memang terbawa-bawa. Ramlee berjaya lagi. Dia cerita sampai saya mampu terbayang-bayang Aiddin yg agak menakutkan itu. Ooooh. Apakah? Sampai goosebumps segala! Aiyayai~

Tapi. Saya tetap tak menyesal dgn ini novel. Terbaik. Walaupun mcm tak percaya Yuz membaca sesuatu yg lari dari realiti yg saya kira kali ini mmg sgt-sgt 'kemakhlukasingannya'. Ada nilai yg boleh diambil dr cerita Rayyan ini.

1.  Cinta. Ada masa perlu melupakan. Hidup perlu diteruskan.
2.  Sahabat. Kawan. Datang dan pergi. Hidup perlu diteruskan.
3.  Keluarga. Tetap nombor satu. Yg pertama datang tak kira susah ke senang. Hidup perlu diteruskan.
4.  Rahsia. Sampai masa pasti perlu dibongkarkan. Suka atau tidak. Hidup perlu juga diteruskan.
5.  Iman. Dicari. Tidak diwarisi. Dipegang bawa ke mati. Allah jua yg izinkan hidup untuk diteruskan.

Lain-lain, sila alami sendiri menerusi "Rayyan Fantasi". *Ching. Ching.* Menanti buah tangan seterusnya, "Sutera Bidadari" Hihi. =)

No comments: