Showing posts with label Gelagat manusia. Show all posts
Showing posts with label Gelagat manusia. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Takut

Tiba-tiba hari ini mengada nk post sampai 2 entries lah kan.. Hahaha. Sekali sekala buleyh la kott nooo. Ahahaha, sebenarnya benda dah bermain-main lama dalam kaplahotak sejak beberapa hari nan lalu. Jadi drpd membiarkannya terus bersarang dlm kaplahotak yg hakikatnya buat menyemak je kalau ada, mari mengada-ngadakan diri post 2nd entry.

Oh, ceritanya mudah. Jamban klasik kat rumah ni yg kat tingkat atas memang silingnya abah biarkan terbuka sbb loteng tuh da jadi second store kat rumah nih. Sebab dah biasa dia terbuka luas mcm tu, jadi selamba je la tak ada rasa apa-apa. Cuma kadang-kadang memang tak dinafikan ada satu suara berbisik, "Yuz, kalau ada something menjenguk dari atas nun. Amacam? Ada beran? Gaaaa~" Hahaha. Tapi sbb tak pernah lagi ada mende menjenguk, maka bisikan itu semakin lama dah jadi bahan gurauan hati je.

Inilah lubangnya. Siap ada tangga tuh!
So, ada satu malam (oh pagi dah kot) pukul 3 pagi. Perut bagai menggodak-godaklah nk minta 'barangnya' dilepaskan. Oh, berlari-lari naik tingkat atas (tak tidur lagi masa tuh. Oh, duduk rumah mmg kalah rekod pungguk dlm mencelikkan mata! haha). Tiba-tiba malam tu ruang loteng berlampu. Selama ni gelap tanpa cahaya jeh. Pastu nampak jejak-jejak warna hitam kat lantai dan dinding yg menandakan ada kesa-kesan pencerobohan. Seriously! Terbantut! Aigooo~ Sambil berlari turun semula, otak da fikir macam-macam.

"Oh, bila masa ada lampu?", "Ada orang duduk ke kat atas?", "Huntahaha ke yg sdg berjimba secara senyap-senyap kat situ?", "Eh, tah2 ada pencuri dah berjaya menyelinap masuk?".

Persoalan terakhir tu yg paling aku takut. Dah lah tido sorang-sorang kat tingkat bawah. Lepas tu dan-dan lah kan nk bunyi macam-macam kat luar rumah, bunyi macam ada org melompat masuk rumah, pastu melalui ruang bawah pintu bilik yg berkunci rapi nampak pulak mcm ada bayang-bayang lintasan. Pejam-pejam mata rasa mcm ada bayang-bayang lalu. Jantung jangan katalah degupnya laju mana! Hahaha~ Masa tu, barulah nk terfikir buat 'pagar' rumah dgn ayat Kursi keliling 7 kali! (sbb pernah dgr ada pencuri gagal cari pintu keluar sbb amalkan bacaan tu.) Pastu terus kelubung diri dlm selimut dan paksa diri tidur sementara tunggu subuh!

Siang tu, lepas abah balik menoreh dengan tekad tanya abah, "Abah, ada naik loteng tak smlm?" Konon-konon nk buat saspen lah kat abah nk bagitau yg loteng bernyala malam tadi. Entah-entah ada penceroboh 'menumpang'. Tapi selamba abah jawab, "Aah, ada. Cari barang. Eh, lampu abah lupa tutup ek?" Cis! Sia-sia je perasaan cemas semalam! haih~ Sia-sia je tahan benda dalam perut tu drpada dibuang pagi-pagi buta tuh! "Alah abah nih... Buat cuak je." Abah tambah lagi, "Haha. Takutlah tu." Cis lagik! Kantoi di situ! Hahaha.

Sia-sia je ketakutan pagi itu! Cis!
Then, terfikir dalam hati dan fikiran. Sebenarnya "TAKUT" adalah permainan perasaan yg sengaja di-exaggerate-kan sampai mampu meracuni fikiran akal sihat. Ingat tak cerita 3 Idiots yg Aamir Khan berlakon jadi student engineering? Kan ada bestfriend dia yg pakai banyak gila tangkal sbb takut fail subjek every semester. And Ranchoddas (betul ke eja nama watak amir khan ni? haha. malas nk check!) said to that friend that fear is just in your mind. It creates anything that exaggerated and super duper hyperbola until you find yourself cannot hold on it anymore! Haha. Betul juga apa yg Rand ni cakap. Kalau pasal huntahaha, mungkin itu juga yg berlaku kan? Mungkin. Aku tak berani nak kata lebih sbb belum pernah lah kena 'serangan' dengan huntahaha. Ngee~

Aih, nasib baik malam tu tak mengada menggelabah ketuk pintu bilik abah nk bagitau pasal 'pencerobohan' itu. Kalau tak, pasti sedas aku kena lepuk dgn mak sbb pagi-pagi buta buat orang terkejut! Pheww~

Tuesday, January 4, 2011

Gampang tu apa?

Ini kisah mahu mengingatkan dan mahu diingatkan. Ya kita memang sedia maklum kan yg manusia ni punya perangai yang jelas-jelas ada macam-macam bentuk, rupa dan warnanya. Ada yg menyenangkan sampai tak jemu-jemu nak sentiasa berdamping dengan mereka. Rasa sejuk saja sama ada bila ada bersama atau hanya sekadar ingat akannya. Tapi ada juga yang mashaAllah punya tahap hampeh perangai sampai nk jeling ke dia pun rasa mcm nak terjeluak semua isi perut. Itu baru nk jeling. Kalau dah tertengok betul-betul, mesti rasa dah meletup isi perut. Tak pun dah terbakar habis rentung bersepai sebab rasa panas je hatinya.

Tapi adakah adil kita punya perasaan keterjeluakan itu? Tadi kata dah tahu memang manusia tu macam-macam ragam. Kenapa tak cuba nak menerima? Bukankah secara tak langsung anda pun jelik juga pada perangainya? Dan anda juga antara manusia yg patut dirasa yg macam "dah tak boleh jeling" punya tahap tadi? Sama je lah kan? Cuba fikir.

Semalam aku rasa macam dah bengang gila bila tengok orang yg mendongak langit tak mahu nak menunduk-nunduk lagi. Nak kata tulang tengkuk patah dah terkulai patutnya menunduk je lah kan. Nama pun terkulai. Eh, tapi kalau terkulai ke belakang mendongaklah dia kan? Atau mungkin tulang tengkuknya ada penyendal kot sampai dah tak boleh tunduk. (Oh, apa kau merepek ni yuz?Menggagau-gagau plak kau meraban. Sila fokus!) Masa rasa keterjeluakan tu melanda, sampailah hati aku kata org mcm tu berperangai gampang. (Oh, tak baik kan ckp org camtu. Ini mencarut. Tak baik okkeh! Tak baik.18 SG ni. haih~) Masa marah, mmg akal dah kena tutup dengan syaitan. Blocked habis sampai terfikir yg tak patut-patut. Astaghfirullah....

Bangun pagi, rasa mcm bersalah. Reverse balik apa yg dah diluahkan. Rasa diri lebih hina dari manusia yg dikata gampang semalam. Kenapa? Sebab aku bercakap pasal maaf manusia lain yg mungkin akan jadi sebab kita menggagau tanpa arah, tergantung urusan di akhirat. Terhalang redha Allah sebab berasa besar diri. Marah punya pasal semua tu aku letak pada manusia yg dikata gampang tadi. Dan, bamkebabom! Sekali terasa kalau akulah manusia yg manusia dikata gampang itu tidak mahu maafkan, maka akulah juga yg dah secara automatik jadi golongan yg bakal terhalang urusan di alam barzakh dan di akhirat kelak. Ah! Terkena balik. Hamik kau! Nasib baik masih ada akal yg mampu berfikir. Lepas ni, kena lebih berhati-hati dengan diri. Rasa org lain teruk, padahal at the same time diri sendiri jauh lebih teruk. Oh, lepas ni kena pi minta maaf. Tak mahu terpalit sama jadi manusia gampang itu juga. Sebab tahu betapa annoying-nya bila dirasa kegampangan itu dilihat manusia lain. 

Jalan jangan menongkat langit selalu. Ada masa kena menunduk ke bawah kerana paku berkarat yg bahaya tu yg boleh memungkinkan gangren dan dipotong habis, bukan selalu jatuh dr langit. Tusukannya jelas akan masuk dari bawah (straight to the point) ke tapak kaki sendiri. (Kecuali anda adalah pontianak yg dicari-cari utk dipaku kepalanya. Tam! Lekat! Kompem dari atas! Hahaha~) Ok. Dah kool dah. Mari maafkan manusia itu. Dan belajar dari sekarang utk menerima. Yeah! Anda takkan berkurang walau secebis pun kalau memohon maaf. Anda tak hina secalit pun dengan ikhlas meminta maaf. Untuk dimaafkan atau tidak, terpulang pada dia. Itu hak dia kan. Bahagian kita dah lepas. Allah Maha Mengetahui.

Eh, gampang tu apa? Haha. Anda definisikan sendiri. 

Nenek-cucu yg complicated. Pitcha borrowed from here.

Ingat cerita Gilmore Girls nih? Tahu kan perangai nenek ni mcm mana kan? For sure anak perempuan Lorelai (betul ke eja nama nih? Haha. Bantai!) ni kadang-kadang rasa bengang gila tak boleh nak hangkat je ngn grandma dia ni kan? Tapi tu lah. Manusia macam-macam jenis. Even keluarga sendiri pun kita belum cukup kenal dan boleh menerima sepenuhnya. 


Tuesday, August 17, 2010

Hukuman tanpa ruang membela diri...


gambar diambil melalui google image yg asalnya dr web ini

Apabila kesalahan diletakkan di atas pundak diri yang masih xmampu nk memikul beratnya lebih2 lagi bg kesalahan yg tiada langsung diberi ruang utk membela diri adalah satu saat di mana terasa dunia seperti amat kejam terhadap diri.

Benar..manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan dan kesalahan...namun, setiap insan punya hak untuk menyuarakan haknya bagi membela dirinya sendiri...menghukum atas dasar "kamu bersalah kerana kamu salah" adalah satu bentuk ketidakadilan yang pasti tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang.

Bila difikir2 balik, kekadang ruang itu pernah wujud tapi respon mutlak yang hanya akan diterima, "ya, saya bersalah." selebihnya utk penjelasan, semua itu hanyalah alasan! Apakah?apakah yang bersalah itu tidak ada langsung ruang utknya menyatakan sebab dan alasan atas tindakannya sendiri...?setidak2nya jika ruang itu diberi sebaiknya, ada sikap redha yang akan wujud atas hukuman yg dijatuhkan.

Ingatlah apabila telah dinafikan hak bersuara itu, kebanyakannya akan cenderung berkeputusan utk berdiam diri dan mungkin kadangkala menerima shj hukuman yg diberikan padanya...kesannya?mari difikir2kan bersama yeh...
bg pihak yg menghukum: Ketidakadilan telah berlaku...anda juga seorang manusia yg punya ruang melakukan kesilapan dan kesalahan..satu hari nnt apabila anda pula dihukum, berhentilah bertanya mengapa anda diperlakukan begitu begini dan berhentilah bertempik menyatakan anda tidak bersalah kerana hari ini anda mungkin telah menzalimi seseorang...

bg pihak yg dihukum:: Silence is golden (blaja term ni dr acap...kredit to him..hahaha.indeed, it is true.) anda berpendapat lebih baik berdiam diri daripada anda bising2 smpi boleh mencetuskan perbalahan...tapi anda harus ingat...xsemua manusia mampu menanggung rasa yg berat itu selama-lamanya...sampai satu tahap, apabila anda meletup, maka ketika itu tunggulah bahawa amarah mampu memusnah kebaikan...

Buruk kan kesannya?lebih buruk jika sampai mencetus dendam..aarrgghh...lagi panjang kisahnya nnt...apa pun jua, bg sy, berilah toleransi pada tempatnya yg benar...berlaku adillah pada mana tempatnya yang hak...benar, sang raja memiliki kuasa pemutus mutlak di dunia ini...tp janji Tuhan itu benar dan yakinlah, apa jua pun tindakan kita walau sebesar zarah, Tuhan dah kata ada bahagian untukknya...sama ada baik ataupun buruk..itu adalah janji yang pasti... 

Tuesday, August 3, 2010

Menggelabah!

Saya rase saya da sampai tahap nk termuntah! (bluweerk!muntah kaler ijo ketol2...~weks!)
saya rase sy da sampai tahap nk tengok pon da xlarat! (haaa...~tabley blah!)
semuanya menggelabah! (aduyai...~)
sy boleh menerima apa yg baik diberi utk saya dan keluarga saya..
sy boleh menyayangi org lebih dr org itu menyayangi saye.... (rasanye lah setakat ini!hahahaa~)
cukup dgn satu syarat...hormat sy seadanya...
sy ini mmg hipokrit...
atas sebab ape?
sbb sy masih rse mereka masih perlu dan layak utk dihormati...
sekian...~

Friday, July 23, 2010

Saya hampir menangis dan saya sangat takut...

Saya tak tahu apakah perasaan yg membelenggu saya sekarang ini...saya menelusuri laman maya berjaringan sosial...ahhhh, kamu2 tahu kan laman apa yg sy maksudkan?niat sy bukan utk mengata mana2 pihak...cume sy melihat semua ini dlm konteks diri saya....ooohhh...byk yg buley diambil pengajaran melalui laman maya ini...tp hari ini, penelusuran sy membuat sy hampir menangis dan saya sangat takut...

Mengapa?kerana sy gusar dan saya risau environment remaja sekarang...saya takot dan saya amat bimbang jika inilah yg tergambar, zaman kanak2 dan remaja anak2 saya bagaimana?saya membesar dalam suasana yg pd keremajaan saya, saya rase seperti mahu terbang jauh2...saya rasa seperti sangat2 terkurung dan terbelenggu...mak abah sy ada cara tersendiri mendidik kami...dan ada pada satu tahap, sy pernah merasakan kebencian sudah bertapak dalam diri sy dgn cara kehidupan itu...tp kedewasaan sy sekarang, alhamdulillah, mampu lagi rasanya utk memberi ruang sy berfikir bahawa kebelengguan itu amat sy perlukan...dan kebelengguan itulah yg membentuk diri sy skrg...walaupun tidaklah sesempurna jati diri seorang serikandi penegak bangsa yg masyhur, tp sy rse sy tahu kaki sy berpijak di bumi mana, dan kepala sy menjunjung langit mana....

Anak melayu..tp xsemestinya jiwanya ada Islam dan ada Tuhan yg memandu kehidupannya...aaahhh...series!sy bukanlah insan yg amat baik...tp kegusaran saya bertempat...melihat remaja zaman ini, mengapa sgt berbeza dgn zaman saya...?aaahhh...beza tahunnya bukan sejauh mana...tp mengapa begitu besar perbezaannya?kadang2 sy jadi malu...sumtimes i become fragile, brittle and in such way (teringat my lect yg suke gune this term...Dr Ataur Rahman...ngee..~) will be broken into pieces...dalam 20 ke 30 tahun mendatang, anak2 saya?apakah nasibnya?apakah harus kebelengguan sama yg berikan pd mereka??apakah kurungan yg sama perlu sy bina utk mereka??

Sy tidak mahu membenci skrg...sbb sy juga tak mahu dan tak suke dibenci atas apa yg sy pertahankan...jelas, remaja kini ada byk benda utk diperbetulkan..ada byk kisah yg perlu dijelaskan pd mereka...ada byk perkara perlu dibersihkan dan diperbaiki...oohh...adik2, anak2 semua....hati ini sgt sebak....hati ini rse seperti mahu pecah...benar, sy sgt gusar dan sgt takut...tp sy harus yakin bahawa Tuhan sentiasa bersama-sama saya...jika benar apa yg sy pertahankan selama ini, maka insyaAllah Tuhan akn membantu sy...amin ya rabb...~

Hati, sila bertabah...Air mata, sila bertahan...Hati dan air mata itu nntinya diperlukan utk melihat bhw Tuhan redha dgn hidupmu...~

Friday, July 16, 2010

Sedar tapi buat2 tak sedar...

Haaa....~ini agaknye knon2 nk test kot...
Sedar bhw ini salah..tp sengaja buat2 xsedar...
Kalau ikot hukum, mmg kompem la slh kan...
Tapi org melayu ckp kan, "Sudah terhantuk baru nak terngadah..."
Ahhh...pe kata natijahnya nnt, "Nasi sudah menjadi bubur"?
Hummm...buat laok baru, bilis goreng ngn kicap pon sdap juge mkn ngn bubur!
Ooohh...ini namanya hilang akal...

Saya tahu akibatnya, tapi sy buat juga....Slalu sy xkan buat mcm nih sbb sy dah buka ruang yg ade kemungkinan ke arah kegelapan...Tp sy mahu cubelah kebenaran kata2 orang, "We never know untill we dare to try..."...Ooohh...bismillah..mudah2an kesudahan yg baik...Di sini, kite mungkin bisa lihat how the control system to be functioning wisely and effectively....ngeee...~

::Test 1 - Saya yang kehilangan akalnya::

Saturday, June 19, 2010

Mengawal kemarahan...

Buruk kan marah nih?
source: gamba diambil dr web ini

Memang diakui, setiap kali kita berasa diri dalam belenggu kemarahan, confirm terasa mulut ni lancar je nk luah mcm2 kata...Sampai kadang2, bila smpi satu tahap tuh terasa tgn ni laju je nk hayun kat mana2 yg mse tuh dirasakan patut dilandingkan tgn itu...

Tapi sedar tak?Semasa kemarahan memuncak tuh, syaitan bergelak ketawa melihat "keletah" kite...Syaitan silap2 siap bertaruh lagi apa tindakan "terhebat" akan kita lakukan disebabkan dicucuk jarum kemarahan itu...Oooohhh....memalukan sungguh bila syaitan yg menjadi musuh kita itu sedang enak2 jeh mentertawakan manusia yg dikire dan sepatutnya berakal ni bertindak bila berdepan kemarahan...

Marah itu lumrah
Marah itu biasa mendatangi hidup
Kadang rasa mulut ringan semacam
Kadang rasa tgn terhayun sendiri
Tapi aku lebih memilih utk diam
Kerana diam itu jelas
Tanda aku marah dan aku tak suka....

Oooohh...memang saya selalunya memilih utk berdiam seribu bahasa bila sy marah...sebab sy tahu, bila sy gunakan mulut mahupun tgn atau kaki sy ketika sy marah yg betul2 marah...ooohh-oh-hoooo, sy tahu ia adalah satu tindakan yg sgt buruk, tidak ayu lagi menunjukkan ketidakhebatan saya [alamak...mengapa termembangga diri nih?huk3~] Tapi yg jelas, bila sy da berdiam diri tuh selalunya org akn nmpk la yg sy marah...hahaha, nmpk sgt muke sy pon buruk gak bile sy marah yg teramat...ngeee~at least, sy xdelah menyakitkan org kan (secara fizikalnya lah)..kan?kan?

Ummm..um-um...Yg paling penting, toksah lah marah2 selalu kan....urat2 kt muke tuh nnt kmpem sgt bekerja keras nk jana tenaga berlebihan bile marah tuh..last2, nnt kmpem muke kedut2 1000 tu timbul sblm masanya..O-M-G...nnt da x ayu lah kan...huhu~mari bersenyum..mari2!!!