Showing posts with label Hari Ini dan Saya Berfikir.... Show all posts
Showing posts with label Hari Ini dan Saya Berfikir.... Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Ibu dan ayah sayang kamu semua.

Sebelum ibu diizin bertemu ayah, kamu semua yg ibu bayangkan.Layakkah ibu menjadi pelindung kamu semua. Layakkah ibu memberikan sepenuh kasih syg ibu pd kamu semua. Layakkah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu... Tapi ibu tetap yakin bahawa janji Tuhan itu pasti. Doa ibu tak pernah putus ibu titipkan pd Tuhan utk anak2 ibu. Dan ibu berharap apa yg ibu jaga ibu pertahankan dan ibu tegakkan atas jalan Allah ada dlm redhaNya. Agar ibu tahu kamu semua terpelihara. Sejak dari mulanya.

Setelah ibu bertemu ayah, kamu semua juga yg ibu bayangkan. Dan ibu semakin kuat yakin pada janji Allah bahawa ayah akan jadi pembimbing pelindung dan yg akan sentiasa bersama-sama kita semua menuju ke jalan Allah yg diredhai. Setiap waktu ibu berdoa semoga cinta dan kasih syg ibu kepada ayah yg kami pelihara akan berterusan membuah cinta dan kasih kami kepada kamu semua smpai syurga Ilahi.

Saat ibu mendengar lafaz ijab dan kabul ayah dan wali ibu pada tarikh keramat itu, kamu semua juga yg masih ibu bayangkan. Harapan terus mengiring doa ibu membawa keyakinan ibu yang kuat dan utuh bahawa ayah adalah calon imam terbaik buat ibu dan anak-anak ibu semua. Ibu dan ayah bukanlah manusia sempurna tp ibu dan ayah tetap berusaha membina masjid yg terus hidup diimarahkan dgn segala amalan dan ibadah dlm keredhaan Allah mudah2an mendapat berkat yg berpanjangan agar bila lahirnya kamu semua, sinar iman ada dlm mahligai kasih syg ibu dan ayah utk kita semua.

Apabila sampai waktu kamu semua melihat dunia, maka tiada apa yg dpt ibu gambarkan utk menjelaskan betapa ibu dan ayah bersyukur dgn kehadiran kamu semua atas izin Allah. Melihat kamu membesar hari demi hari merupakan hadiah dan harta paling bernilai yg tiada tolok bandingnya. Biar segunung emas, selautan harta Qarun dtg diberi pd ibu bukan itu yg boleh membeli kamu semua drpd kehidupan ibu dan ayah. Mendidik dan membesarkan kamu bukanlah tugasan mudah namun ibu dan ayah percaya Allah ada bersama-sama kami kerana kamu semua amanah dan anugerah terhebat yg Tuhan kurniakan kepada kami.

Maka ibu titipkan terus doa ibu pada Allah utk putera puteri ibu semoga kamu semua menjadi anak yg soleh dan solehah agar kamu semua kuat dan dipandu iman yg utuh utk menghadapi cabaran kehidupan. Ibu dan ayah mohon maaf seandainya ada antara usaha didikan ibu dan ayah sampai melukakan hati anak-anak ibu semua. Ibu dan ayah mohon maaf sekiranya apa yg ibu dan ayah usahakan utk melindungi dan membimbing kamu semua sampai membuat kamu malu dan marah dgn kelilingmu. Rajuk ibu dan ayah tak panjang. Sungguh. Kerana ibu dan ayah lakukan semua itu kerana Allah. Maka ibu dan ayah mohon pengertian anak-anak ibu semua agar kita terus berada dlm redha Allah.

Jadi, berjanjilah bahawa semua putera puteri ibu dan ayah ini akan terus menjaga iman dan keyakinan pd Tuhan yg Maha Esa. Sampai akhir hayat kalian. Itulah hadiah terbaik buat ayah dan ibu atas rasa cinta kasih dan syg yg Allah itipkan sejak mula dulu. Kerana itu yg akan meneruskan jalur cinta kita semua yg hanya sanya kerana Allah Ta'ala. InshaAllah. Ibu dan ayah sayang dan cinta kamu semua.

p/s: kepada Encik Bakal-Soamey, sila bantu dan sokong sy yeh! Perjalanan ini masih jauh. :)

Wednesday, November 16, 2011

Sakit kan Ujian Tuhan.

Rata-rata sekarang ni semua orang pun kata yg tahap kesihatan semua pun berada pada tahap yg kurang memuaskan. Ah, termasuklah aku yg dah seminggu genap bersuara asing ni. Dari gelaran Gorilla lah, Ramli sarip selepas konsert lah, bapok lah, jantan tertelan katak lah. Ah, layankan je lah. Atlis ade juga yg ambil berat. Hee~ Abah slalu pesan, "jangan cakap NAK demam. nnt jd demam betul." pastu aku fikir kalau dah mmg rasa badan dah panas, idung gatal dan tekak pun rse mcm nk kene garu dgn penyodok apa ayat yg nk describe tu sume? abah jawab cakaplah, "TAK NAK demam.nnt tak demam lah." erk..!apakah? -_-" Dalam sakit2 ni, kdg2 org jd mcm kurang sabar kan?

     "Aish!susahlah batuk2 ni.sakit perot.nk terkencing rasa!"

     "Apa lambat sgt baik demam ni.ubat semua dah makan dah."

     "Selsema pulak.tersumbat hidung.dua hari dah tak tido nyenyak!"

Emmm.macam2 lah ayat keluar. takut2 ayat yg keluar tu boleh menggugat iman kita yg dah mmg nipis ni. nauzubillah. tp sedar tak yg setiap kesakitan yg Tuhan beri pada kita adalah salah satu bentuk ujianNya yg secara natijah pengakhirannya adalah utk mendidik jiwa hambaNya supaya menjadi manusia yg dpt mempraktikkan sabar dan bersikap redha dlm usaha mencari penawar pada penyakitnya. Mak aku pernah ingatkan dulu, "Sakit ni dtgnya macam kilat. Perginya macam semut." Sebab apa jadi mcm tu? Sebab Allah syg pada kitalah.

Cuba kita seluk2 perasaan dan keadaan iman kita masa sakit tu. Cuba kita ingat2 balik apa yg kita ucapkan dr mulut kita sendiri bila rasa sakit tu mcm menggigit2 tulang dan mematah2kan seluruh tubuh kita. (ok.description over yeh.gila sakit teruk cmtu.haha.) Masa tu, adakah kita jd sebahagian manusia yg mengungkapkan baris2 ayat spt cth di atas? Atau kita berjaya memperbanyakkan istighfar dan melafazkan Allahuakbar semampunya? Tak payah pergi jauh lah. Aku sendiri kdg2 tersasar. Tapi bila kita mampu kembali pulang pd track yg asal dgn mengingati Allah kembali, itukan lebih baik kan? Mcm tren yg derailed pastu berjaya dinaikkan semula di atas landasannya, walaupun dgn menggunakan kenderaan tunda setidak2nya tren tu boleh gerak balik ke depoh dan dibaiki mana2 kerosakannya kan? same goes with our iman lah. dlm sakit2 tu yg kdg2 dah termenjadikan manusia kurg sabar dan kurg iman, bila kita jd manusia yg MAMPU dan MAHU berfikir dgn istighfar balik ingat Allah, InshaAllah kita akan jd manusia lebih baik dan lebih redha dgn ujian Allah.

Again, ingatlah sakit kan ujian dr Tuhan. ALLAH tu Maha Penyayang. Sakit yg DIA bagi bukan nk menyusahkan kita tp nk menunjukkan bahawa DIA mahu kita terus mengingatiNYA yg mungkin (atau sah2) dlm hari2 sebelum ni dlm sihatnya kita yg DIA izin kita utk hidup dlm macam2 nikmat dan kesenangan, entah berapa saat sgt la (pd hakikatnya) yg kita ni ingat kat DIA betul2 kan? Jadi, gunakan waktu sakit ini utk merasai kasih sayang Tuhan yg sebaik mungkin. Nanti at the end, sakit pun boleh jadi sesuatu nikmat yg kita perlukan dan nanti2kan kan? Mudah2an. InshaAllah.

Tuesday, September 20, 2011

Jual ikan?

Kalau di pejabat, kita boleh berlainan pendapat dan mungkin sampai naik tegang2 urat tengkuk urat muka dengan rakan sekerja ataupun bos sendiri utk menegakkan pendapat masing2. “Saya resign. Buat la sendiri!”

Kalau di rumah, kita boleh bermasam muka dan berkecil hati dengan pendapat dan tatacara ibubapa kita yg pd hemat pemikiran kita sendiri tidak memahami keadaan, keperluan dan kemahuan kita sbg anak mereka sendiri. “Ah, dia sahaja yg betul!”

Kalau soal rumahtangga, laki bini pun boleh bercakar2an bertumbukterajang sampai berpaling sorang ke timur dan sorang ke barat semata-mata kehendak isteri utk membeli sebuah kabinet baru yg mahu dipenuhi telah dihalang sekeras2nya oleh suami yg pada hematnya yg dirasakan yg terbaik bhw kabinet tersebut tak patut masuk dlm list keperluan rumah. “Saya nak kabinet tu lah! Nak!”

Kalau dengan adik-beradik, kita boleh sampai berdendam tak bertegur sapa bertahun2 dengan saudara sendiri atas sebab2 kecil kerana mempertahankan hak yg dirasakan hak itu mmg adalah haknya yg mutlak dan tak boleh disentuh sesiapa waima saudaranya yg lahir satu rahim dgnnya. “Tanah ni mmg aku punya! Atas nama aku. Over my dead body!” Uik. Pandai terus berbahasa Inggeris. Haaa~

Hem, apatah lagi kalau dgn kawan2 mahupun jiran tetangga. Pantang terpercik setitik air siraman bunga ke lantai laman rumah, habis diungkit semua air longkang, air basuhan, air mata air (eh masuk ak ke?) dan segala mcm air yg pernah masuk (tak sengaja pun) dlm rumah kita. Pantang terambil pensel sebatang yg tak dipulang2, abis semua ilmu dikongsi dulu masa exam final semester diungkit abis2an. Silap2 boleh hilang nyawa kalau dah yg dikacau tu isteri sendiri. Opps! Itu terlebih sudah.

Marahnya pada org2 tu semua macam tak siapa pun nak faham! Penat tau marah ni! Jantung rasa tak reti berhenti. (mmg la.kalau berhenti, kne pggil imam dn org kampung solatkan lah!haaa) Huh. (Ok. Kool down balik. Mari sambung cerita utama.)

Keperluan, kemahuan, keinginan semua tu ada dlm diri setiap manusia. Sbb dlm hidup ni, semua org ada matlamat dan impian yg nak sgt dicapai sblm mati. Ada org yg jenis: “Tak kira apa cara sekalipun, I want it done!”. Ada org yg jenis: “Yea2. Dia kan ketua keluarga, dia ade superiority. Dialah menang. Dialah betul.” Ada juga jenis org: “Ini hari kau. Esok kne balik kat kau, lantak aku nk tolong!” Yg lg hebat, jenis org ni: “Allah tu kan Maha Adil. Sabar itu cantik.” (dlm hati org lain, tgklah smpi mane sabar kau boleh pergi.)

Ah, bukan mudah utk sampai tahap manusia yg terakhir tu. Yang sabarnya tinggi dan hanya yakin sepenuhnya dengan janji Tuhan. 99.99% manusia definitely dan sure pastilah akn bertukar menjadi penjual ikan (selfish) semata2 mahu memastikan matlamat kehidupan yg telah dirancang sebaik2nya (pd hematnya lah!) dapat dipenuhi sblm mata tertutup. Tapi lupakah manusia (mmg lupa lah tu), bahawa matlamat kehidupan di dunia ni kan utk redha Allah dan mengumpul bekal sebanyak mungkin utk kehidupan akhirat kelak. Habis dah semua org nk di”jual ikan”kannya, tentu2lah ada hati yg terusik, terguris, terluka dan mengundang marah dan ketidakredhaan manusia lainnya. Dah kalau manusia tak maafkan kesalahan dan kekhilafan kita, bayang shj lah nasib di akhirat kelak. Tergantung2 urusan di sana tah ke mana harus menghala. Syurga ke aku, neraka ke aku?

Kata puan Martinelli Hashim dlm tulisannya, “Semakin berilmu, semakin tawadhu’.” Klik sini utk baca lanjut. Kalaulah manusia tu boleh kurangkan aktiviti men-jual ikan-nya dan cuba memahami keperluan kehendak kemahuan org lain, kan ke dunia akn kurang manusia2 yg sakit jantung yg stress sbb asyik tahan marah tak puas hati je memanjang. Kalaulah manusia tu boleh tahan sabar sikit dan berubah kepada kebaikan dgn melihat sesuatu ketidaksefahaman dan ketegangan urat yg berlaku mungkin berpunca drpd silap sendiri, kan ke dunia akan jadi lebih aman dengan memaafkan dan berkasih syg antara satu sama lain.

Pokoknya sbg Muslim, solat itu kena dijaga. Dlm kuliah ramadhan lepas, dikhabarkan dan diingatkan bhw solat itu pendinding dan pembersih jiwa. Apa yg didindingkan? Muslim mu’min yg menjaga solatnya seharusnya dgn solatnya itu akan mampu mendinding diri drpd melakukan perkara2 mungkar dan meningkat kesabaran dlm diri. Apa yg dibersihkan? Jiwa yg rosak yg penuh amarah, hasad, riak, tamak dan sewaktu dgnnya. Solat itu kan melatih diri utk malu di depan Tuhan. Malu itu kan imam yg akan memimpin diri menjadi mu’min yg terbaik.

InshaAllah. Mari tukar kerja. Jangan asyik sibuk jual ikan je. Buat malu je jual ikan kalau yg dijual tu semuanya busuk2 belaka.

Tuesday, August 9, 2011

Mati itu Pasti, Hidup InsyaAllah.

Alhamdulillah. Tahun ini Ramadhan datang lagi. Kesempatan masih diberi utk menyambutnya. Malam pertama tarawikh didirikan, ada satu perasaan aneh menyinggah hati. Apakah ini tanda Allah sedang marah pada aku yg selalu sgt lupa leka dan tidak mengambil endah? Apakah ini tanda Allah mahu memberi amaran padaku bahawa sudah sekian lama Dia memberi rasa senang dlm setiap detik kehidupan aku tp syukurnya tak pernah nampak?


MATI. Tiba-tiba meremang bulu roma memikirkannya. Pagi Ramadhan pertama, usai solat subuh dan mahu bersiap diri ke tmpt kerja seolah2 tilam bujang tempat pembaringanku memanggil utk menatapnya. Kenapa? Apa kau nak beritahu? “Kalau pada satu saat Allah mencabut nyawamu dan kau keseorangan di atas badanku ini. Apakah kau sanggup membayangkan keadaan jasadmu terbiar dan terbujur kaku tanpa siapa mengetahui?”

Ramadhan ke2, melawati laman blog seorang pendidik di IIUM dikhabarkan pula seorang saudara Islam dari Afrika ditemui mati di kamar asrama tempat tinggalnya. Seminggu selepas Allah memerintahkan Izrail menziarahinya, barulah jasad beliau ditemui. (Lihat sini utk sambungan bacaan) Berseorangan Allahyarham tu di asramanya.

AllahuAkbar! Sentap jantung! Menggigil badan. Kalau itu nanti pengakhiran hidup aku, apakah aku sanggup melaluinya? Tidak. Ahaih, utk membayangkannya pn sudah cukup membuat badan bergementar. Dan saat kematian itu tersangat aku takuti saat ini. Dengan dosa yg gunung tingginya, dengan kesalahan yg belum terampun, dengan amalan yg belum cukup banyak tersedia dan hakikat aku diam berseorangan di rumah itu. Apakah aku mampu menghadap Tuhan ketika ini? Tidak.

Mati itu pasti, hidup inshaAllah. Benar. Aku sedar hakikat itu. Tapi aku mohon padaMu ya Tuhan. Kau berilah aku pengakhiran yg baik. Kau jadikanlah pengakhiran bukan suatu beban kepada manusia lain di sekelilingku. Kau jadikanlah juga kematianku sbg suatu yg tidak mengaibkan pada aku dan keluargaku. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Sebagai peringatan bersama. Mari susun plan tindakan Ramadhan 1432H. Tingkatkan amal ibadah, berikan kemaafan, salurkan sumbangan dan lakukan pembersihan diri. Sebulan. Pejam celik. Sekejap akan berlalu. Semoga plan tindakan Ramadhan dapat berterusan diamalkan sehingga saat nyawa diambil kembali oleh yg Maha Berkuasa.

“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga.” (Ar-Rahman: 46)

Friday, May 20, 2011

Kecil pada kau, dah cukup besar bg aku.

Benda pertama yg dpt terbayang bila ayat tu dikeluarkan oleh seseorang, for sure kita akan terfikir tentang 'pengorbanan'. Sebabnya, selalu secara logik org yg berkorban ni mesti die kata "Oh, tak ada apa2 lah. Benda kecik je." Dan selalu yg dihulurkorbanan itu sure kata, "Terima kasih banyak2. Tak tahu lah kalau kau takde cmne aku ni." Terbayang tak begitu? Terbayang kan?

Tapi cuba kita tuning sikit pd sisi yg lain. Let say, adalah minah/mamat ni buat salah yg mcm terasa nk kecik ati sgt. Minah/mamat tu confirm kat blkg kita ckp, "Ek'ele. Asal gelabah ayam? Aku tak tutup pintu toilet je pon! Kecoh!" Yang kite smpai kecik2 ati ni bukan apa, cuma mungkin sbb dia punya tak tutup pintu bilik air tu selalu sangat buat padahal dah tegur byk kali dah. Yang buat lg hangin tu, bukan tahu nk mintak mahap! Haish~ So berkecil hatilah kita ni berpanjang2an.

Ok. dah tgk kan dua2 sisi positif dan negatifnya? Nmpak tak persamaannya? Kat mana? Kat poin maaf da terima kasih tu. Tak kira lah kecik atau besar mana pun satu perbuatan kita pada seseorang, cubalah utk letakkan diri kita pd kasut org tu. Ingat kalau diberi kasut koyak, selesa ke kalau hujan turun petang2 time balik kerja? Taaakkk ok! Kecut kaki tu silap2 boleh kene penyakit! Atau ingat selesa ke kalau kita bg kasut Jimmy Choo yg harga riban2 tp besor gabak atau ketat gilak! Oooh..jgn buat gile lah nk pki kasut yg bg sakit kat kaki weh!

Jadi, sebenarnya nk ckp kat sini jadilah manusia yg ada sifat empati. Dan bg org yg rasa BESAR sgt perkara/perbuatan org lain pd dia janganlah sampai tahap tak boleh nk fikir logik kaaannn... Kalau nk menghargai tu, jgn smpai kdg2 jadi merosakkan diri. Contoh minah2 kurang kesedaran yg duk gadai body sbb terhutang budi dgn mamat tak berbudi langsung! Atau contoh sbb tak ckp MAAF tu nk kecik ati smpai nk putus sedara! Oih! Agak2lah kannn....

Memang susah nk puaskan ati semua orang. Tp at least kalau bersifat memahami perasaan org lain dan menjadi manusia yg sedaya mungkin banyak sifat redhanya, InshaAllah semua akan ok. Kalau tak pd org lain kebaikannya, sekurang2nya kita sendiri dapat merasai tenangnya hati dlm diri.

Ayuh. Sama2 perbetulkan diri sendiri sblm terasa hebat nk betulkan org lain! huuuu~ Bersifat redha itu mmg kdg2 sesuatu yg SUSAH tp ia bukanlah sesuatu yg MUSTAHIL!

Monday, April 11, 2011

Hari ini 11 April 2011

15 tahun yg lalu...
Aku tak pernah merasa sgt susah atas takdir itu utk kami.
Aku tak pernah rasa sgt dukacita atas berita itu.
Benar.
Aku mungkin ambil masa bertahun menerima
apa yg Tuhan aturkan utk kami.
Tp bg hati2 kecil dua insan tua yg pd redhanya mereka,
tetap menangis kecil dgn kehilangan itu.
Itu lebih byk membuat aku kuat
Al-fatihah utk arwah Muhammad Syukri bin Matori.

Tuesday, December 28, 2010

Flash back

Entah kenapa. Semua bagai mengasak-asak mahu menerjah masuk. Rasa dulu macam dah lupa dah. Tiba-tiba dah nak masuk tahun baru ni semua dok menyibuk nk mengada-ngada buat come back! Haha. Lawak tapi tak de lah berapa nk lawak pun.

Tahun 2011 dah nk masuk dah. Ada baiknya tiba-tiba nk flash back ni kan? Ye lah, balik semula awal tahun 2010 lepas tengok-tengok apa yg dah berlaku, apa yg dah terancang, apa pula yang dah terlaksana. Rasa macam baru semalam je semua benda tu terjadi. Ketawa, menangis, jatuh, bangun, jatuh balik, bangun balik dgn larian... Ahh, terlalu banyak nk di-flash back-kan. Patutlah mengasak-asak perilakunya. Haha.

Ada benda terlalu nak sangat dilupakan. Ada perkara terlalu-lalu nak sgt diingat dan dilalui setiap saat. Ada kejadian yg tersangatlah mahu diulang keterjadiannya. Dan ada juga semestinya peristiwa-peristiwa yg mahu dibiar ia terus sebagai kenangan 2010. 365 hari dalam tahun yg dikira mendewasakan aku yg memang dah patut dikira dewasa ini sesungguhnya teramat manis utk ditinggalkan. Dalam rasa perit, sebenarnya ada manis yg terselit. Apa itu? Mengenal Tuhan dengan sifat redha. Tapi hakikat tetap hakikat. Masa akan terus bergerak. Yg berlalu takkan mungkin dapat dikembalikan. Yang akan datang kena dihadapi dengan kesediaan dan tidak boleh leka. 

Aku mengharapkan 2011 yg lebih cemerlang. Aku membayangkan 2011 yg lebih membahagiakan. Aku mengatur langkah tahun baru dengan lebih rasa kedewasaan. Dan aku menitipkan harapan penuh bermakna semoga setiap saat dalam hari-hari 2011 akan sentiasa ada rahmat Allah melimpahi agar keberkatannya dapat dirasai. Mungkin aku bukanlah manusia yg agresif merancang masa depan dan aku mungkin manusia yg suka mengikut arus yg membawa aku atas pilihan aku sendiri. Kedengaran sangat tidak optimistik kan? Oh, tapi percayalah ada perkara yg perlu dikhabarkan kepada yg lain dan ada perkara yg perlu dikhabarkan hanya pada diri sebagai titik kekuatan dlm setiap ujian yg didatangkan tanpa terduga-duga. Ah, pastinya ada beberapa perancangan arus kehidupan yg dah diolah. Kejayaannya? Semua atas izin Allah S.W.T.

Mungkinkah 2011 akan menjadi satu lagi perjalanan setahun yg penuh tanda tanya? Atau adakah tahun mendatang ini akan menyimpul jawapan pada persoalan dan tanda tanya yg berserakan sepanjang 2010? Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akn semua itu. Ajal, jodoh dan rezeki itu adalah rahsia Allah yg nyata. Berusahalah. Dalam setiap usaha, titipkan rasa redha dan syukur. InsyaAllah 2011 akan dirasai lebih baik daripada 2010 ini. Sehingga detik terakhir 2010, mari telusuri bersama jalan-jalan yg telah dilalui dulu. Flash back! Ding!

Friday, December 10, 2010

Dia yg tetap akan dirindui

Busuk saya yg disayangi
Ooohh... Malam ini rasa sangat-sangat rindu dengan si busuk nih. 6 tahun berlalu, perkenalan yg dimulai dengan sapaan yg mungkin tak berapa mesra pun daripada saya tapi alhamdulillah akhirnya melahirkan rasa bersahabat yg paling dalam dan bermakna utk saya. Susah senang saya, gelak tangis saya, banyak yg tersimpan bersama si busuk nih. Bila ada masa lapang bermalam bersama, mesti dan sgt pasti mulut takkan berhenti mengomel sampai azan subuh memanggil utk solat.

Kecil, "toet-toet" je kalau tgk zahirnya. Tapi jiwanya besar. Senyumnya manis dan menyenangkan. Semangatnya kental. Kata-katanya perangsang ajaib. Pendapatnya sering membuah bernas. Hadirnya tak pernah membawa sesal. Dalam kenal, selalu diingatkan tentang rasa bertuhan dan itu sangat menenangkan. Itu sangat inspirasi. Itu antara penggerak hidup dan langkahnya kaki.

Masa busuk anta kat epot
Ketika pernah merasa kejauhan, rindu mmg tak dapat nak diungkap. Tapi itu juga yg mengajar utk menghargai. Itu yg mengajar utk menilai diri yg kdg-kdg lupa utk menghadir diri ketika diperlukan. Itu juga yg membenih rasa sayang yg tak rasa ada penghujung. Tak sependapat itu perkara normal. Tapi beza itulah yg mendekatkan.

Masa sama2 dlm kursus kahwin
Setahun yg lalu. Kami sama-sama dalam kursus perkahwinan di Taman Ilmu dan Budi. Alhamdulillah panggilan jodohnya dipermudahkan dan dicepatkan oleh Allah. Dalam beberapa hari dari sekarang (dah boleh start countdown in hours kot skrg. haha) si busuk yg disayangi ini akan menjadi isteri orang. Lelaki yg juga sudah semestinya disayanginya dan dicintainya. Mudah-mudahan kekal jodohnya hingga ke akhir hayat dan bersamanya anak-anak, zuriat yg soleh dan solehah. InsyaAllah, amin. Fasa kehidupan kita mungkin berubah tapi sayang ini takkan hilang, takkan luput. Rindu ini akan tetap bertandang. Terima kasih utk segalanya, busuk! Kamu antara yang terbaik pernah hadir dan akan tetap ada dalam hidup saya. :)

Bakal suami busuk ::gamba dengki::
Ahaaa... Ini bakal suami si busuk ni. En Ngy a.k.a Akmal Isa. Hahaha. Gambar ini memang berniat utk mendengki. Mungkin ini kedengkian terakhir sblm kamu bergelar suami orang. (yeke terakhir?berdoalah yeh! hahaha. Sebenarnya dah korek-korek album program di IIUM, tapi ternyata tak byk simpanan gambar kamu. huhu)

Oh, kepada encik ini. Terima kasih juga kerana banyak juga mengajar sy tentang hidup, berkongsi tanpa lokek tentang ilmu dan pendapat yg memberangsangkan dan bernas juga, menasihati barang mana yg ada silapnya, disusahkan dalam banyak hal dan terima kasih juga kerana mahu berkawan dengan budak garang ni. Semoga masjid yg akan dibina kelak akan ada rahmat dariNya, dapat jadi imam dan pemimpin yg terbaik dan dapat mengemudi dengan penuh yakin, adil dan saksama serta penuh kesabaran.

Jalan ini masih jauh utk ditempuhi
Yaaa, perjalanan ini memang masih jauh bersisa utk dihabiskan ke garisan penamatnya. Busuk, selamat menjadi isteri orang. Sila jangan nakal-nakal dan sila behave yeh. Kamu dah tak boleh poya-poya macam saya lagi lepas nih. (pssst...tapi kalau nk join skali skala lepas dapat izin en suami, boleh aje join semula!haha) Mari berusaha utk cita-cita dan impian kita yeh. Gitar dan piano perlu direalisasikan. Hahaha. Kamu tetap akan sy rindui sampai bila-bila. Oh, hugssss kamu ketat-ketat dan kuat-kuat la busuk!!! ngeeee~ Kita jumpa ahad nanti yeh. Saya akan cuba terpacak awal pagi sebelum majlis nikah kamu nanti. Oh, harap-harap tak sesat. Haaa~ (tak dapat nk dtg lebih awal sbb mak tak ada kat rumah smpai ahad ni. Maaf.)

Tahniah bakal raja sehari, Cik Siti Mu'minah Marjom dan Encik Akmal Ahmad. Barakallahulakuma wabaraka'alaikuma. :)

Thursday, October 28, 2010

Apa Nak Jadi?

Sebelum saya merangkak, melangkah dan mungkin berlari lebih jauh elok rasanya kamu-kamu semua baca dahulu link ini yg saya baca dahulu tentangnya di laman Malaysia Kini.

Saya tak tahu apa yg kamu-kamu punya perasaan lepas baca pendedahan itu. Tapi bagi saya yg saya rasa dah cukup matang bg diri saya sebagai manusia utk membuat penilaian, benar-benar sy rasa jantung macam nk meletup! Mungkin ada segelintir anak-anak muda kat Malaysia yg menjadi peminat kipas susah mati artis-artis hollywood, bollywood, korea, jepun dan mana-manalah artis kayu-kayan yg "hebat-hebat" tuh akan merasakan bahawa ETP ini sgt memberi kepuasan dan kegembiraan yg tak terhingga pada mereka. Yelah, lepas2 nih makin keraplah Adam Lambert ke Malaysia, makin galaklah Paramore ke Bukit Jalil, makin hangatlah group-group lelaki jambu dan perempuan berseluar pendek dr Korea menggoyang-lenggok kaki mereka di Kuala Lumpur...Oooh, masakan tak seronok. Kat negara Malaysia yg "aman makmur" ini, mereka sudah mampu ke konsert2 artis2 kayu kayan itu. Yg ni tak kira lagi konsert2 artis Malaysia sendiri..Uuuh...tarik nafas...~ Lagi syok bg mereka, lepas ni dah makin macam2 jenis pub dan spa  mereka2 ini boleh kunjungi utk menghilangkan "stress". Bagus... Bagus... Impian kalian bakal jadi kenyataan! Uuurgghh...tarik nafas lagi...~

Memetik sebuah hadis yg dibawa oleh Ustaz Zaharuddin yg bunyinya: "Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu) dan lorong ke neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu." jadi bagi kes ini? Faham-fahamlah kan... Anda juga manusia berakal seperti saya. Tapi entah mengapa manusia-manusia yang memegang tanggungjawab negara tidak nampak akan hal ini? Aah...mungkin ada kepentingan besar di sebalik agenda pelan rancangan ini. Itu saya tidak pasti walaupun apa yg dibahaskan ini semua utk memacu perkembangan ekonomi negara. Agaknya sudah tak ada cara dan jalan lain agaknya yg boleh difikirkan utk menjana ekonomi negara. Kenapa pilih lorong ke neraka ini? Anak-anak bangsa sendiri mahu dimangsakan? Aahh.. Berhentilah berbicara, bertempik, berkempen menggegar satu dunia soal gejala sosial remaja, buang bayi, "urut batin" di kelab2 dan rumah urut, arak di kalangan remaja, perkosaan dan apa jualah kalau ini yg mahu ditanamkan dalam negara Malaysia yg "aman makmur" ini. Sia-sia Tuhan bg peluang ramadhan dalam bulan Ogos (supaya tiada konsert2 lagho), sia-sia usaha pencegahan maksiat, sia-sia segala usaha mengurangkan kes buang bayi kalau inilah jalan yg dirasakan baik utk negara.

Ibu kasihan dengan anak-anak ibu masa hadapan nanti. Ibu susah hati membayangkan persekitaran anak-anak ibu dan rakan-rakan dalam beberapa tahun mendatang ini. Sedang ibu telah melihat banyak kesannya pada hari ini, ibu tak sanggup utk membayangkan apa yg akan terjadi pada anak-anak ibu nanti. Masa ini, ibu rasa macam mahu shj realisasikan impian seorang ibu yg lain itu yg mahu membina menara tinggi yg ternina di kawasan terpencil dan yg memiliki seekor naga sakti gergasi sbg penjaga di luarnya yg bisa menghambur api berkuasa tinggi, yg memiliki sepasang mata nan merah bengis, jaluran gigi yg menakutkan, bayangan wajah yg menggerunkan dan mampu menghancurkan kuasa-kuasa dan anasir jahat yg berniat merosakkan dan mengusik anak-anak ibu. Ooohhh...hembus nafas. Tapi ibu tahu, itu mustahil. Maka Tuhan... Bantulah kami ya Tuhan. KAsihanilah kami ya Allah. Lindungilah kami ya Allah... Semoga bukan jalan ke neraka itu yg kami pilih... Amin.~

Tuesday, October 12, 2010

Tiada pernah sayang?

Ada janji sebelum bersatu...
Owh, ini mungkin kesan menonton drama bersiri korea...Ini cuma mainan emosi yg berjaya pengarah dan penerbit drama itu timbulkan di kalangan penontonnya...Tapi di sebalik mainan emosi yg mungkin cuma difikirkan dilebih-lebihkan, sedikit sebanyak telah membuatkan saya berfikir...

"Tak pernah sesaat pun saya sayang akan awak." Bagaimana rasanya apabila suami yg disayangi dan dihormati sepanjang tempoh perkahwinan yg sah dan sama-sama suka, tegar mengatakan itu setelah bertahun-tahun berkongsi hidup bersama?Kejam bukan?Saya tak menafikan bahawa benar, hati manusia berbolak balik akan perasaannya sendiri..Tapi tolonglah....Jadilah orang yg boleh menyenangkan orang lain dengan kata-kata kau...Mustahil dalam bertahun-tahun bahtera itu kau layari bersama, tak kan tiada sesaat pun rasa sayang kau utk wanita yg banyak berjasa dan berkorban utk kau?

Mana-mana perempuan pun yg waras dan logik akalnya pasti terguris dgn pernyataan itu. Yang berani dan kuat, akan mampu bangkit sama ada dengan perasaan benci yang meluap-luap dan dendam yg tinggi atau bangun berlari dengan rasa kemaafan yg tulus... Tapi yg lemah, yg rasa diri tak punya apa-apa selain suami "kejam" yg disayangi itu, yg rse diri sebatang kara, saban hari bergenang air mata mengenang nasib diri...Bagi saya, "kammon laaahhh...bangun!sedarlah...!lelaki itu bukan lagi layak menerima kasih sayang anda...banyak kekuatan yg boleh dikumpul...banyak benda yg boleh anda buat selain mengis dan mengenang diri yg dirasa malang..."

Tapi bila masa berlalu,janji itu ke mana?
Oohhh...mungkin ada yg tak setuju dgn pendapat saya...Mungkin mereka akan kata saya tidak faham bagaimana perasaan mereka kerana saya masih bujang...Saya masih belum pernah menerjah dunia rumahtangga...Jadi mereka akan berjegil mata dan meminta dengan keras, "You just stay on your site and shut up!You'll know when you are in!"

Ehem!Terima kasih kerana mengingatkan saya dengan cara itu tapi saya tetap kata maruah wanita itu tinggi...Tak kiralah kau jadi orang yg merampas kebahagiaan wanita lain itu atau kau adalah orang yg menjadi isteri lelaki yg "kejam" itu, kita sama-sama manusia yg dijadikan Tuhan dengan sebab dan tujuan...Apa yg kau bagi, itulah yg akan kau dapat balik...Tuhan itu Maha Adil dan Dia tak akan mensia-siakan hambaNya yang yakin akan kekuasaanNya...Yea, sabar itu perlu...Tapi pada satu tahap kau perlu bertindak, silalah jgn ragu-ragu sbb kau juga punya hak utk dihormati, disayangi dan dihargai..Tapi bukan oleh lelaki bernama suami yang "kejam" itu...InnaAllaha ma'ana... =)

Friday, October 8, 2010

Ruang kesalahan untuk peluang bersyukur

Setuju tak jika dikatakan bahawa Tuhan memberi setiap hambaNya yg beriman satu ruang melakukan kesalahan dahulu supaya pada hari ini orang itu mampu memiliki peluang untuk tersenyum dan mungkin menangis kesyukuran?

Aaahh...usai solat isyak tadi, tiba-tiba saya tersenyum (tapi belum sampai tahap menangis kot lagi...~) kerana kesalahan yg sy pernah lakukan dahulu smpai bengkak-bengkak mata menyesal kenapa buat..kenapa berani-berani cuba, sampai kena sesuatu yg tak disangka refleksinya pada perbuatan saya itu, sampai rasa nk putus harap shj waktu itu...tapi malam tadi, saya senyum dan sy bersyukur kerana Tuhan bg sy ruang utk melakukan kesilapan itu...bukan berbangga kerana salah..Bukan berbangga kerana saya tahu itu berdosa, tp sy sgt bersyukur natijah dan hikmah khilafnya saya dan terburu-burunya saya ketika itu, telah pun Tuhan sikit-sikit singkap di depan mata saya...

Memang diakui, dalam menjalani kehidupan yg panjang dan banyak dugaan ini, manusia seringkali didepankan dengan pilihan yg banyak dan bukan senang untuk dipilih...nama sahaja pilihan, tp ada org sampai nk meletup dada, sampai nk pecah kepala otak, sampai keruk-keruk hati sebab punyalah payah nk buat satu pilihan yg solid...Tapi satu shj yg saya yakin, apabila suatu pilihan itu ada Tuhan di antaranya, InsyaAllah natijah pemilihannya sangat manis...Kadang2 mmg lambat nk nmpk kesannya, tapi percayalah Tuhan itu Maha Adil dan DIA sangat Maha Mengetahui akan keperluan hamba-hambaNya...Ingat ya, keperluan bukan keinginan dan kemahuan...!

Saya teringat (akan apa yg dikatakan falsafah) seorang sahabat baik sy...Katanya;

"Bersukaria, bergurau senda...Berdukacita, bertawaduka...Ini perjalanan hidup...Harus terus melangkah dengan gagah...Harus senyum walau berduka. Akan tiba suatu masa, ini semua akan berakhir jua...~ (akan menangiskah apabila gembira?mungkin~)"

Signifikan kan?Dan apa yg sy lalui hari ini, membuatkan sy mempersetujui kata-kata sahabat saya itu... Kaki harus terus melangkah...Suatu masa, apabila kita menoleh ke belakang sejenak... Melihat jejak yg telah kita tinggalkan, saat itu kita tahu Allah sangat sayangkan kita...Dan saat itu kita mampu tersenyum dan mungkin menangis kegembiraan dan bersyukur...Subhanallah...~

I smile through my hard work...
Hahaha...suka ini gambar....saya pinjam dengan bantuan en GoogleImage dr web ini...

Friday, August 20, 2010

Dia sudah semakin besar

Anak seperti yg kita semua sedar adalah anugerah yang sangat2 dinanti oleh setiap pasangan suami isteri yg memahami hakikat sebuah perkahwinan...kehadiran cahaya mata yg lahir atas nama cinta dan yg ada keredhaan Tuhan di antaranya pasti akan membawa 1001 cerita dlm sesebuah rumahtangga.

Cabaran sebenar perkahwinan akan terserlah dalam cara dan jalan pasangan suami isteri itu mendidik dan mengasuh anak2 yang telah Tuhan kurniakan pd mereka...umum biasa mengatakan bahawa menjaga sekandang lembu di ladang lebih mudah daripada menjaga anak dara seorang...memang lah kan...manusia dan lembu kan jauh bezanya...tapi itulah...melihat anak2 membesar di depan mata dan melihat perkembangan mereka dr kecil hingga menjadi dewasa akan banyak membuatkan ramai ibubapa xsenang tidur setiap malam2nya...kerana apa?kegelisahan, kegusaran dan kebimbangan pasti akn melanda diri takut2 apa2 yg telah dididik, ditanamkan dan diasuh tidak menjadi seperti yg dimahukan...

Sampai ada yg berseloroh, "saya nk kurunglah ank dara sy kat tower smpi umur 25 tahun..bg naga skali jaga kt lua tower.." maka ketawalah sang suami mendengar cadangan si isteri itu.tapi hakikat kebimbangan itu memang patut dan jelas wujud...mengetahui sang anak dara mula menginjak ke alam dewasa...memberi faham akn tggjwb dan perihal2 kehidupan yg lainnya agar tidak terpesong jauh, pasti membuatkan sang ibu dan ayahnya turut sama memikir cara terbaik agar pemahaman itu sampai padanya; atas landasan syariat yg betul...

Setiap keluarga pasti ada method tersendiri mendidik anak mengikut acuan masing2..apa yang penting, terapkanlah nilai2 iman dan takwa dalam setiap perkara...insyaAllah, Tuhan ada bersama sentiasa...agar kelak di kemudian hari, seorang bisa memahami dan tidak akn berkecenderungan untuk menyalahkan ibu bapa atas musibah yg byk menimpa kehidupan kelak...seorang sahabat pernah bercerita pada saya, apabila adik kecilnya tidak mahu dan sengaja melengah2kan waktu ke masjid utk solat jumaat..apa yg bliau katakan pd adiknya, "dik, ko da akil baligh kan?mak ayah da bg didikan yg sempurna ttg agama pd ko kan?tgjwb mak ayah da lepas,dik..satu masa bile ko ditanya tentang dosamu..ko da tabley da nk salahkan mak ayah tau..sbb ni pilihan ko sdri.."

Untuk anak saudara sy yg disayangi...selamat datang ke alam baru ini...mudah2an jadi anak yg baik yeh...mudahkan mama dan papa...dan ingatlah kamu da ada tgjwb kamu sdri terhadap diri kamu... "dia sudah semakin besar..dan ibunya semakintidak lena tidur..adakah menara itu ingin dicipta juga?hahaha..sekadar gurauan...no offence..."

Tuesday, July 20, 2010

Semua saling berkaitan dan saling melengkapi...

Saya sdg bersiap2 mahu ke bengkel untuk menghabiskan kerja2 projek tahun akhir sy...Tiba2 byk pula cerita dan kisah yg menjadikan sy terfikir2..."semuanya saling berkaitan dan saling melengkapi"...

Tuhan itu Maha Adil...sungguh...!Tuhan sangat2 Maha Adil dan Dia Maha Mengetahui...Saya melihat kehidupan sy sudah cukup untuk membuktikan kebenaran kenyataan sy itu...Keluarga saya, sahabat2 saya, org2 sekeliling saya, even makhluk lain yg ade di sekitar sy mahupun mende2 yg xhidup mcm lappy sy yg da 'kiok', jam tgn pemberian mak sy, brooch yg da ilang satu batunya, tipon genggam sy yg slalu hang...ooohhh...~semua itu saling melengkapi dalam menghabiskan putaran waktu dan saat yg sy perlu lalui sehari2...

Abang saya, keluarganya dan keluarga saya (keluarga dia jugak lah kan?huuu~)....walaupun ada sahaja badai yg melanda...sure...kami saling melengkapi dan kami saling memerlukan...satu menghilang, terasa seolah2 entiti (entiti kah?oooh...mcm paranormal la plak...hahaha~layan je lah!) dan nilai sebuah keluarga itu kurang kesempurnaannya...Seperti gigi geraham yg sakit akibat di'baham' parasit tidak diundang...sakitnye buley memusnahkan nikmat enaknya makanan dan hebatnya rasa mengunyah...itu jika dipandang pada sisi ini...tp jika dipandang pada sisi itu (pada sisi sg parasit tidak diundang itu)?bagaimana?apa kaitan melengkapinya?haaa...~sbb pe parasit yg xdiundang tuh dtg?sbb malas gosok gigi dan ketidaksukaan pergi dental check up lah (antara sebabnya lah)...maka ketidakundangan tersebut sebenarnya pengundangan yg tidak diperasankan...(haaa...~bahasa melayu tahap tinggi)....jadi, ubatnya?fix the main prob...then all will come back to what u desired to be... Badai itu ada puncanya...kenali, fahami, hormati dan usahalah pembaikannya...InsyaAllah the coin will shine with those shining faces... :)

Sebab itu Tuhan jadikan manusia dan seluruh isi alam ini (secara amnya) utk saling melengkapi...utk apa?utk kite fahami bahawa Tuhan itu wujud dan Tuhan itu sgt sygkan hamba2Nya...dan akal yang MAHU berfikir akan membezakan manusia dengan makhluk yang lainnya...kerana selalunya manusia mmg MAMPU utk berfikir tapi seramai manakah manusia yg MAHU berfikir...?

aahhh..itu baru mende sikit yg mengaitkan kesalingmelengkapian itu...yg lain2?ooohhh...sgt banyak...kite cuma perlukan sedikit masa dan ruang dlm 24 jam yg kite ade utk berfikir dan bersyukur kepada Tuhan kerana kita ada peluang menjadi sebahagian entiti (entiti lagik?sukelah pki term nih...hahaha~) yg menjadi pelengkap yg lainnya...Terima kasih, Tuhan...hari ini sy belajar utk menerima dan bersyukur di atas nikmat, ujian, kesenangan dan kesusahan yg diberikan spjg sy diberi peluang bernafas ini...

"Hidup adalah sesuatu yang terindah..." :)


Sunday, July 11, 2010

Saya dan manusia lainnya...~

Beberapa hari yg lalu, sahabat saya membuka perbincangan yg amat menarik utk difikirkan bersama...Sehingga ke hari ini, saya seringkali tersenyum dan tentu terfikir2 kembali akan isi perbincangan tersebut...Dan saya pasti ada kebenarannya dengan setiap butir perbincangan yg kami utarakan itu..Bukan bermaksud mahu menghina dan merendah2kan sesiapa...Ia sekadar menjadi satu bahan utk difikirkan bersama...~

Yang egois dan sentiasa berlagak tidak bersalah...

bila dibaca2 kembali, rasa macam tiada kelainan pun antara kedua2 jenis manusia ini kan?tp semuanya pasti terletak pd penjelasan dan bgmana egois dan berlagak tidak bersalah itu dimanipulasikan...hummm...manusia kan mcm2 ragam dan pembawaan kan?yang egois ini, saya tafsirkan(dlm konteks perbincangan kami) adalah mereka yg seringkali berhubungan dgn manusia lainnya tanpa ada rasa keperluan untuk melapik2 setiap inci tutur kata dan perbuatannya...aaahh,katanya dia seorang yg jujur dan lebih baik dia berterus terang dalam menyatakan sesuatu...hummm...benar, jujur itu baik dan digalakkan..apatah lagi dalam menegakkan kebenaran.Tapi jika yg patot dilapik itu pon dibelasah utk berlaku "jujur" sampai melukakan hati orang lain, apakah itu juga digalakkan..?uuhm, sng cerita beginilah..jika kite berborak dgn org yg lebih tua..setiap tutur perbualan perlulah dijaga kan...agar ada rasa hormat terhadap mereka...tp jika dgn org tua pun dibantai hark jeh..apatah lg dengan rakan sebaya...ooohh...org yg dibantai itu pun mahu "panas" juga...Yang lebih tidak baik lg, apabila dinasihati...yang dipulangkan adalah paku buah keras..sebab tak mahu berasa kalah dgn org yg menasihatinya...aih~ apakah itu?Bagi saya, dlm menangani (humm...menangani kah?ummm..men"handle" lah kot) this kind of ppl is juz you give them your silence...once you can get the red spot button, push as soon as possible.if they cant accept it, babai lah from me..huuu~ i juz can say it once...take it or leave it...kdg2 buang masa nk melayan org sebegini...yg ptg satu, when u have the chance to push the red button, do it wisely...dont make urself as what u dont want them to do...cuz u r nothing juz as the same as them...

inesen si lempon dan inesen yg dibuat2...aaahhh, ini juga jenis segelintir manusia yg perlu ada cara utk meng'handle'nya...hahaha~sy mengakui saya kdg2 adalah seorang yg agak lambat men"digest" sesuatu perkara...smpi ada sahabat2 saya kata sy punye ram standard 256mb.. (ooohh, mereka mmg kejam kerana berlaku terlalu jujur..hahaha~gurau jeh) sy bukan buat2 inesen..cuma sy mmg xdapat nk digest sesuatu apabila topik perbincgn itu bukan bidang sy ataupun sy sdg berfikir sesuatu yg lain dlm kotak pemikiran saya. i'll try to catch up till the stage that i can reach...selebihnya, sy hanya akan mampu tersenyum atau mengatakan..."xfahammm~"...entahlah, mgkin ada yg suke melihat sy sebegitu sbb boleh jadi bahan menyakat saya..tp mungkin ada juga yg mungkin marah sbb fikir saya "lembab sangat"! hahaha~ jd bg saya, jika sy pula yg terjumpa insan sebegini...sy cume mampu tersenyum shj dan jika mmg sy rapat dgnnya, bersiap sedia la utk menerima :sekehan manja" saya...sbb sy faham apa yg mereka rasakn...jika dah diulang berkali2, xfaham2 juga...babai je la...i'll change the topic...hahaha~sian aku nengokkan! :p yg dibuat2 tuh, faham2 je la...sesuatu mende yg dibuat2 dan buley mengundang kekurangsabaran...humm..~bersdialah menerima "cepukan x manja langsung dr saya"..hahaha~annoyying!

lantas saya terus berfikir lagi...saya dan manusia lainnya..memang byk persamaan dan banyak perbezaan juga...antara persamaan dan perbezaan itu pasti ada satu titik dan garisan yg menyambungkan kedua2nya yg menjadikan setiap manusia melengkapi antara satu sama lain...usah dibahaskan perbezaan yg ada dgn panjang lebar...tp carilah titik pernyambung yg menutup perbezaan itu...insyaAllah dalam diri setiap individu pasti akan terselit rasa menghormati dan menyayangi serta menghargai kehadiran masing2...

"hidup adalah sesuatu yg terindah..."

Thursday, June 24, 2010

Syiling itu ada dua muka...~

The two faces coins
Source: gambar ini saya pinjam dr sini

Coin always has two faces...one of those faces may faded away...yet, it won't be ignored...it still needs those two faces to complete the coin...

Benar hati pernah terluka,
Benar juga hati pernah terhiris dalam,
Namun setiap yg berlaku pasti
penjelasan itu perlu
Kerana syiling itu ada dua muka...

Katanya luka menghakis segala
Satu mukanya telah memudar
Penjelasannya tak terasa didengar
Namun itu bukan sebab
mengapa perlu pergi meninggalkan?

Kerana syiling itu ada dua muka
Tak pernah umur mereka berpisah
Tak pernah sejarah
ia hanya tinggal semuka
Kerana kedua2nya melengkapi
sekeping syiling....

Oh-oh-ho...saya teringatkan dia dan mereka...Maafkan saya kerana berdiam diri... Maafkan saya kerana turut menjauh... Maafkan saya juga kerana meletakkan syiling itu pd tempat gelap itu.. Bukan saya melupakan.. Tapi sy hanya perlu masa yg tepat utk menggilap kembali syiling itu...

Monday, May 31, 2010

Yg aku dapat adalah yg aku perlukan...

Ketika ku mohon pd Allah akan kekuatan, Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat...

Ketika aku memohon pd Allah kebijaksanaan, Allah memberiku masalah untuk aku selesaikan...

Ketika Aku memohon pd Allah kesejahteraan, Allah memberiku akal untuk berfikir...

Ketika aku memohon pd Allah keberanian, Allah memberiku bahaya untuk kuatasi...

Ketika aku memohon pd Allah sebuah cinta, Allah memberiku orang2 bermasalah untuk kubantu...

Ketika aku memohon pd Allah akn bantuan, Allah memberiku kesempatan...

Aku tak pernah menerima apa yang aku pinta...tapi, aku menerima semua yang aku perlukan....


Terima kasih azah kerana mengingatkan....~ =)

Sunday, May 16, 2010

If it's worth having, it's worth fighting for...



Mula2 mendengar lagu ini, muziknya pertama kali menangkap telinga...bbrapa kali mencuba untuk mencari dan memuat turun lagu ini, tapi malangnya tiada info yg diperolehi ktika itu...dan akhirnya smlm sy berjaya menjejaknya...huuu...~~~misi berjaya!! ^^;

Sesuatu yang menarik ttg lirik lagu ini membuatkan saya berfikir panjang..."if it is worth having, it is worth fighting for"...benar, konteks perbincangan dalam lirik lagu ini adalah tentang CINTA yang dimaksudkannya..Tapi pd pandangan saya yang mgkin byk silapnya dan mungkin byk kelemahannya, sy membawa perkara ini kepada sesuatu yg lebih luas...Bukan sahaja kepada persoalan cinta, tp dalam kehidupan sehari2 keseluruhannya pendirian ini boleh digunapakai...

Berusahalah sampai ke akhirnya jika benar anda menginginkan kemilikannya...Tapi perlulah difahami bahawa setiap tindakan itu perlu dilandaskan kepada jalan yg benar dan dilapik dengan syarak...InsyaAllah Tuhan akan memudahkan segalanya...Sama jugalah dengan cinta...Setiap orang pasti, sy yakin, mencari cinta dan jodohnya walaupun yang jelas2 lagi telah bersuluh terang telah ditetapkan Tuhan sebelum lahirnya manusia ini...Maka sudah pastilah ada macam2 cara manusia menanti dan mencari cintanya...

Aaahh..jika mahu diulas cara2 dan ragam manusia mencari cinta, pasti berjelalah post ini nnt...Apa yang pasti, setiap matlamat kebaikan yang telah diletakkan dalam kehidupan haruslah diusahakan sebaiknya dengan keyakinan bahawa Tuhan akan membantu hambaNya yang berusaha ke arah kebaikan...InsyaAllah...Jodoh ke, kerjaya ke, keluarga ke, atau apa sahaja... Jika ia adalah sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki, maka benar ia berbaloi utk mati kerananya!! [macam extreme sgt je kan bunyinya??hahaha~]

Sunday, April 18, 2010

Lelaki vs Perempuan...perbincangan yang tak pernah sudah...

Awal tengah malam semalam sebelum saya berkeputusan untuk tidur awal, sempat lagi membenarkan mata malayari ruang maya sehingga sy menemui satu gambar yang di"tag" atas nama kawan2 saya.


Topik perbincangannya simple, "bagaimana lelaki dan perempuan dibezakan dr segi complexity nya". Tergelak saya membaca komen2 yang tertulis membincangkan gambar itu...Yang lelaki keep on saying that betapalah lelaki itu simple,mudah dan betapa la perempuan itu sgt complex smpi susah nk faham... Yang perempuan pula keep on saying yg simplenye lelaki tuh la yg menyebabkan lelaki juga sukar nk difahami perempuan...hahaha~saya pon berfikirlah bila usai membaca semua komen tu...Kenapa manusia ni slalu mencari perbezaan yg memang jelas ada? Menagapa tak pernah nk mencari titik persamaan yg dimiliki antara lelaki dan perempuan yeh? Bukankah itu akan menyebabkan setiap individu menghormati dan menghargai kehadiran masing2 kan? Saya telah sampaikan apa yang patut...Buat yg mahu berfikir seperti saya, alhamdulillah...Yang masih mahu mempertahankan kehebatan perbezaan masing2, silakan....Itu hak anda... :)

Dalam misi menyiapkan assignment dr tempat praktikal, skali lagi sy melayari facebook dan 'u noe wut'? Sekali lagi topik gender ini diperdebatkan....kali ini soal poligami..hahaha...sekali lagi...Satu topik yang xkan ade kesudahannya...


Sekali lagi saya tergelak...Berjela ramai manusia yang komen di bwh gambar tersebut...ya, masing2 ada pendapat tersendiri...Untuk topik poligami ini, selagi syariah tidak dilanggar dan keadilan bisa dilaksanakan, maka teruskanlah...Sangat banyak kot contoh keluarga Islam yg berpoligami yang bahagia..Kenapa? Asasnya mudah...Fahami syariah, laksanakan keadilan, dan menghormati satu sama lain...InsyaAllah..Seautu syariat dan sunnah itu bukan sia-sia diwujudkan Tuhan...Ada matlamat dan rahmat yg dibawa terutama bg mereka yg mahu berfkir dn tidak hanya mengikut nafsu...

"Ada manusia yang berbicara untuk menang...Ada juga manusia berbicara untuk menyampaikan...Ada pula manusia yang berbicara kerana mahu berbunyi (mengarut!tiada isi.)...Yang mahu berfikir, itulah yang terbaik...~"

Thursday, April 8, 2010

Alhamdulillah...

Semua ujian datang tanpa pernah tiada sebabnya...
Semua dugaan datang tanpa pernah meninggalkan manusia dlm kesia-siaan...
Semua kesakitan fizikal dan mental tak pernah pergi tanpa meninggalkan rasa kecintaan pada Tuhannya...
Oooohhh...dan hari ini saya berfikir...
Saya juga tanpa paksa memikir...
Bahawa titik penamatnya telah jelas kelihatan....
Untuk permulaan yang saya cetuskan 6 tahun nan lalu...
Dan saya kini menyambung pencarian kehidupan saya...
Yang mungkin telah jauh menyasar..
Atau yang xpernah memiliki target nya...
Kerana saya masih utuh meyakini,
Bahawa Tuhan ada sesuatu untuk saya....

Wednesday, April 7, 2010

Cuma mahu dihormati...

"Saya cuma mahu dihormati....
Tentang apa yang saya suka,
Tentang apa yang tidak saya suka,
Tentang prinsip dan pegangan saya..
Saya cuma mahu bebas berkeputusan...
Tanpa paksaan dan tekanan untuk menerima...
Kerana saya cuma mahu difahami dan dihormati..."

Aaahhh...bagaimana harus memperoleh semua ini andai diri sendiri gagal untuk menghormati dan memahami kehendak, kemahuan, prinsip dan pegangan orang lain? Kata orang, "what you give, you get back-lah!"...Hidup ini perlu ada komunikasi dua hala...Kerana persefahaman akan membuah sebuah penghormatan dan menanam penghargaan untuk menghargai kehadiran orang lain dlm hidup...