Entah kenapa. Semua bagai mengasak-asak mahu menerjah masuk. Rasa dulu macam dah lupa dah. Tiba-tiba dah nak masuk tahun baru ni semua dok menyibuk nk mengada-ngada buat come back! Haha. Lawak tapi tak de lah berapa nk lawak pun.
Tahun 2011 dah nk masuk dah. Ada baiknya tiba-tiba nk flash back ni kan? Ye lah, balik semula awal tahun 2010 lepas tengok-tengok apa yg dah berlaku, apa yg dah terancang, apa pula yang dah terlaksana. Rasa macam baru semalam je semua benda tu terjadi. Ketawa, menangis, jatuh, bangun, jatuh balik, bangun balik dgn larian... Ahh, terlalu banyak nk di-flash back-kan. Patutlah mengasak-asak perilakunya. Haha.
Ada benda terlalu nak sangat dilupakan. Ada perkara terlalu-lalu nak sgt diingat dan dilalui setiap saat. Ada kejadian yg tersangatlah mahu diulang keterjadiannya. Dan ada juga semestinya peristiwa-peristiwa yg mahu dibiar ia terus sebagai kenangan 2010. 365 hari dalam tahun yg dikira mendewasakan aku yg memang dah patut dikira dewasa ini sesungguhnya teramat manis utk ditinggalkan. Dalam rasa perit, sebenarnya ada manis yg terselit. Apa itu? Mengenal Tuhan dengan sifat redha. Tapi hakikat tetap hakikat. Masa akan terus bergerak. Yg berlalu takkan mungkin dapat dikembalikan. Yang akan datang kena dihadapi dengan kesediaan dan tidak boleh leka.
Aku mengharapkan 2011 yg lebih cemerlang. Aku membayangkan 2011 yg lebih membahagiakan. Aku mengatur langkah tahun baru dengan lebih rasa kedewasaan. Dan aku menitipkan harapan penuh bermakna semoga setiap saat dalam hari-hari 2011 akan sentiasa ada rahmat Allah melimpahi agar keberkatannya dapat dirasai. Mungkin aku bukanlah manusia yg agresif merancang masa depan dan aku mungkin manusia yg suka mengikut arus yg membawa aku atas pilihan aku sendiri. Kedengaran sangat tidak optimistik kan? Oh, tapi percayalah ada perkara yg perlu dikhabarkan kepada yg lain dan ada perkara yg perlu dikhabarkan hanya pada diri sebagai titik kekuatan dlm setiap ujian yg didatangkan tanpa terduga-duga. Ah, pastinya ada beberapa perancangan arus kehidupan yg dah diolah. Kejayaannya? Semua atas izin Allah S.W.T.
Mungkinkah 2011 akan menjadi satu lagi perjalanan setahun yg penuh tanda tanya? Atau adakah tahun mendatang ini akan menyimpul jawapan pada persoalan dan tanda tanya yg berserakan sepanjang 2010? Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akn semua itu. Ajal, jodoh dan rezeki itu adalah rahsia Allah yg nyata. Berusahalah. Dalam setiap usaha, titipkan rasa redha dan syukur. InsyaAllah 2011 akan dirasai lebih baik daripada 2010 ini. Sehingga detik terakhir 2010, mari telusuri bersama jalan-jalan yg telah dilalui dulu. Flash back! Ding!
No comments:
Post a Comment