Busuk saya yg disayangi |
Ooohh... Malam ini rasa sangat-sangat rindu dengan si busuk nih. 6 tahun berlalu, perkenalan yg dimulai dengan sapaan yg mungkin tak berapa mesra pun daripada saya tapi alhamdulillah akhirnya melahirkan rasa bersahabat yg paling dalam dan bermakna utk saya. Susah senang saya, gelak tangis saya, banyak yg tersimpan bersama si busuk nih. Bila ada masa lapang bermalam bersama, mesti dan sgt pasti mulut takkan berhenti mengomel sampai azan subuh memanggil utk solat.
Kecil, "toet-toet" je kalau tgk zahirnya. Tapi jiwanya besar. Senyumnya manis dan menyenangkan. Semangatnya kental. Kata-katanya perangsang ajaib. Pendapatnya sering membuah bernas. Hadirnya tak pernah membawa sesal. Dalam kenal, selalu diingatkan tentang rasa bertuhan dan itu sangat menenangkan. Itu sangat inspirasi. Itu antara penggerak hidup dan langkahnya kaki.
Masa busuk anta kat epot |
Ketika pernah merasa kejauhan, rindu mmg tak dapat nak diungkap. Tapi itu juga yg mengajar utk menghargai. Itu yg mengajar utk menilai diri yg kdg-kdg lupa utk menghadir diri ketika diperlukan. Itu juga yg membenih rasa sayang yg tak rasa ada penghujung. Tak sependapat itu perkara normal. Tapi beza itulah yg mendekatkan.
Masa sama2 dlm kursus kahwin |
Setahun yg lalu. Kami sama-sama dalam kursus perkahwinan di Taman Ilmu dan Budi. Alhamdulillah panggilan jodohnya dipermudahkan dan dicepatkan oleh Allah. Dalam beberapa hari dari sekarang (dah boleh start countdown in hours kot skrg. haha) si busuk yg disayangi ini akan menjadi isteri orang. Lelaki yg juga sudah semestinya disayanginya dan dicintainya. Mudah-mudahan kekal jodohnya hingga ke akhir hayat dan bersamanya anak-anak, zuriat yg soleh dan solehah. InsyaAllah, amin. Fasa kehidupan kita mungkin berubah tapi sayang ini takkan hilang, takkan luput. Rindu ini akan tetap bertandang. Terima kasih utk segalanya, busuk! Kamu antara yang terbaik pernah hadir dan akan tetap ada dalam hidup saya. :)
Bakal suami busuk ::gamba dengki:: |
Ahaaa... Ini bakal suami si busuk ni. En Ngy a.k.a Akmal Isa. Hahaha. Gambar ini memang berniat utk mendengki. Mungkin ini kedengkian terakhir sblm kamu bergelar suami orang. (yeke terakhir?berdoalah yeh! hahaha. Sebenarnya dah korek-korek album program di IIUM, tapi ternyata tak byk simpanan gambar kamu. huhu)
Oh, kepada encik ini. Terima kasih juga kerana banyak juga mengajar sy tentang hidup, berkongsi tanpa lokek tentang ilmu dan pendapat yg memberangsangkan dan bernas juga, menasihati barang mana yg ada silapnya, disusahkan dalam banyak hal dan terima kasih juga kerana mahu berkawan dengan budak garang ni. Semoga masjid yg akan dibina kelak akan ada rahmat dariNya, dapat jadi imam dan pemimpin yg terbaik dan dapat mengemudi dengan penuh yakin, adil dan saksama serta penuh kesabaran.
Jalan ini masih jauh utk ditempuhi |
Yaaa, perjalanan ini memang masih jauh bersisa utk dihabiskan ke garisan penamatnya. Busuk, selamat menjadi isteri orang. Sila jangan nakal-nakal dan sila behave yeh. Kamu dah tak boleh poya-poya macam saya lagi lepas nih. (pssst...tapi kalau nk join skali skala lepas dapat izin en suami, boleh aje join semula!haha) Mari berusaha utk cita-cita dan impian kita yeh. Gitar dan piano perlu direalisasikan. Hahaha. Kamu tetap akan sy rindui sampai bila-bila. Oh, hugssss kamu ketat-ketat dan kuat-kuat la busuk!!! ngeeee~ Kita jumpa ahad nanti yeh. Saya akan cuba terpacak awal pagi sebelum majlis nikah kamu nanti. Oh, harap-harap tak sesat. Haaa~ (tak dapat nk dtg lebih awal sbb mak tak ada kat rumah smpai ahad ni. Maaf.)
Tahniah bakal raja sehari, Cik Siti Mu'minah Marjom dan Encik Akmal Ahmad. Barakallahulakuma wabaraka'alaikuma. :)
No comments:
Post a Comment