Tuesday, December 27, 2011

Satu Langkah. Kecil tapi Bermakna.

25 Disember 2011. 2 hati. Korea-Malaysia. Hajat disampai dr Bandar Diraja bersaksi tanah lembah Gunung Ledang menerima tanda niat penyatuan hati. (bapaklah rasa jiwang habis hamba kali ni!hahaha)

Tanda risikan.

Hadiah pasukan perisik
 Semoga Tuhan terus memudahkan segala urusan berikutnya. Semoga tidak pengsan2 ketaq lutot dan gigil badan sekali lagi. Dan semoga Tuhan terus pelihara hubungan yg telah dimulai dgn baik, diusahakan dgn mengisinya dgn kebaikan dan mudah2an diakhiri dgn kebaikan juga. Sampai syurga. Dalam redha Allah. Dihindari dr bisikan syaitan dan perkara2 yg tidak Allah redhai. InshaAllah. Ameen.

Monday, December 12, 2011

Ikhlaskah diri?

Kenapa Tuhan masih belum izinkan semua ini berakhir?

Kenapa Tuhan masih belum izinkan dia utk berubah?

Kenapa Tuhan masih belum mengizinkan aku merasai dipunyai dlm sebuah kasih syg?

Ikhlaskah aku atas setiap perbuatan dan mungkin atas nama pengorbanan yg aku lakukan selama ini?

Mana pergi ketenangan itu dan redha itu andai benar ikhlas itu ada dlm diriku?

Kenapa masih perlu ada rasa berharap utk dibalas sesuatu pd setiap perbuatan atau mungkin atas nama pengorbanan yg dilakukan?

Jadi hilangkah ikhlas aku utk mereka?

Ya Allah.aku cuma manusia biasa Tuhan. Bukan balasan sebenar yg aku harapkan. Aku cuma mahu dihargai dan dirasakan wujud aku, ya Tuhan. Rasa dipunyai dan mempunyai. Cukup mereka mendoakan yg terbaik utk aku biarpun tidak pernah aku ketahui akannya dan sentiasa aku tahu bhgn ku ada utk itu. Tp jika yg dihidang hanya caci maki dan amarah diri, apa mampu aku utk bersabar sepanjangnya Tuhan? Aku bukan malaikat. Nabi pun bukan. Dan aku cuma manusia biasa yg punya perasaan dan mungkin imannya yg sentiasa berbolak balik.

Maka Tuhan, aku mohon ampunilah dosa2ku ya Allah. Pada mereka, Kau izinkanlah mereka fahami aku ya Allah. Tidak pernah rasanya aku membiar diri menyusahkan apa lagi rasa disusahkan. Tp jika yg dilihat aku hanya membebankan dan tak pernah menyenangkan, maka aku mohon Tuhan Kau berikanlah padaku kesabaran yg tidak terbatas utk aku meredhai penerimaan mereka terhadapku ya Tuhan.

Hidup ini sudah cukup indah bg ku selama apa banyak nikmat yg telah Kau kurniakan padaku. Tapi jika kerana ini aku boleh menjadi lemah dan hilang keimanan dan keyakinan padaMu ya Tuhan, maka Kau bantulah aku ya Allah lindungilah imanku dan kekuatanku, utk aku terus bersyukur dan redha dgn bahagian takdirMu utkku ya Allah.

Bismillah. Aku mahu mulakan hari baru hari ini dgn rasa tenang dan lebih redha dgnMu ya Tuhan. Biarlah semalam berlalu dan aku menyesali akan keterlanjuranku yg mungkin membelakangi kekuasaanMu ya Allah. Terima kasih Tuhan kerana aku masih mampu merasai kasih sayangMu padaku. Alhamdulillah.
Bertahanlah diri. Kembalikan ikhlas dirimu. Mungkin sukar tp ia bukanlah mustahil. Ini bukan hanya utk dirimu. Tp juga utk org2 yg disayangi sekelilingmu. Innallaha ma'as sobirin.