Thursday, January 6, 2011

Ok2. I admit I cuak!

Lutut belum lah sampai menggigil. Tapi badan dah start panas-panas dan gigi dah mula nak ketap-ketap. Kepala pun dah macam nk pening-pening tapi belumlah sampai tahap jem dah tak boleh gerak lagi. Hahaha. Ini confirm tanda-tanda org tgh cuak kebebeh! Sindrom ini mmg biasa terjadi.

Oh, alhamdulillah rezeki Tuhan itu walaupun adalah suatu rahsia Allah yg tidak mampu disingkap namun dgn penuh sikap redha dan ada doa-doa insan mustajab di sebalik kehidupan ini, maka tak mustahil rezeki itu Tuhan datangkan dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Minggu depan, lagi sekali akan berdepan dengan manusia-manusia yg tidak dikenali yg akan sentiasa mencari peluang mencari kekurangan utk melihat kelebihan sendiri. Oh, semua ini peringkat biasa utk masuk dunia bekerjaya. Hahaha. Kali ini siriesly jauh baeeek punya.. Nun jauh di Pulau Pinang sana! Memang terbaik lah! Kamikaze sungguh minah seketul nih! Huhu~ Perjalanan kali ini mmg bersungguh jauh dan berseorangan. InsyaAllah dari Tangkak akan ke Kuala Lumpur sbg tempat persinggahan pertama sebelum terus ke Penang on the next day. Dengan bantuan seorang teman lama di sekolah dulu, bakal tersedia singgahsana istimewa (oh, lebih-lebih lah kan.haha. yg ptg, secara percuma. nge~) dan pemandu pelancong yg willingly nk tolong. Ehe.. Terima kasih, cik Zarina Tardan. Lebih 8-9 tahun tak jumpa, sekali jumpa terpaksa menyusahkan kamu pula. Muga Allah terus memudahkan kerja kamu di masa hadapan. Amin. Dan pulang ke KL utk ke sesi soalsiasat kedua.

Berusaha dengan gigih, bik Yuz!

Em, mudah-mudahan semua akan berjalan lancar. Seandainya benar rezeki memang telah tertulis di situ, maka dipohon sgt-sgt Tuhan ada bersama. Di samping yg paling penting, doa org-org sekeliling yg mungkin akan menjadi antara doa yg Tuhan izinkan untuk dimakbulkan.

Memikirkan perjalanan yg agak panjang ini, mmg kena mengaku "I memang dah mula cuak!" Hahaha. Tapi kenalah juga berlagak 'kool' paling hebat. Sebab ini semua permainan psikologi. Kena yakin dengan Tuhan. Maka Tuhan akan sentiasa ada bersama untuk menolong. InsyaAllah. Senyum. Hilangkan rasa cuak ini dan bersedia dengan kesediaan yg sedia! Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bilkhair. Allahu Akbar!

Gambatte ne yuz-chan! Kipas2!! Haha

Sumber gambar pertama dipinjam dari sini dan gambar kedua dari sini.

6 comments:

F. said...

Best of luck Fairuz. :)

FairuzMatori said...

tenkiu, nono thayang! xoxo

F. said...

;)

Sifrulmind said...

Haha..tiba2 aku terjumpa namaku disebut di sini, dengan tarikh post adalah tarikh lahir aku. Rasa cam nostalgik skit2. Haha..

FairuzMatori said...

hahaha. dan kita masih belum berjodoh utk berjumpa selepas 8-9 tahun terpisah. uhuk3~

Sifrulmind said...

Xpa, walau kita masih belum dapat bersua muka, kehadiran fb dan ym bisa mengubat kerinduan yg bersarang di hati. Hahaha...

Ok yuz, dh keja ni, kalau aku balik kg, bleh blanje makan. Ngeh3..Kalau belanja nasik minyak lg aku suka. Ngah3..