Kalau dilema, apa kena buat? Ini bukan soal buah delima ok! (Memanglah. Ejaan pun lain. Kelas pembezaan pun jauh beza! Haish~) Ini soal pilihan hidup. Ini soal arah perjalanan hidup. Ini pasal pendirian dan pegangan. Ini soal maruah hidup! (Hahaha. Over!) Jadi ni list perkara kena buat kalau dilema mengasak-ngasak dalam kaplahotak:
1. Kau tanyalah Allah. Macamana? Istikharah lah. Sebelum itu buat jugalah solat taubat, tahajjud dan hajatnya. Kalau mampu, puasa. Ingat! Petunjuk tak mesti dtg melalui mimpi. Yang penting, akal kena sentiasa berfikir dan menilai.
2. Kau tanya org-org yg berpengalaman bertanggungjawab dan arif dlm bidang kedelimaan yg kau tanggung.
3. Kau tanya mak abah kau. Walaupun dorang akan tanya balik "Kau rasa mana baik?" Tapi sekurang-kurangnya tanya aje lah. Berkat ada dalam tuh. betul. Tak tipu!
4. Kau kena yakin dgn kata hati kau. Mungkin dari situ Tuhan cetuskan petunjuk dan jawapannya.
5. Sila buat checklist timbalbalik. Mana berat? Banyak baik ke banyak buruk? Guna otak dan ilmu. Jangan guna nafsu!
6. Yakin dan teguh dengan keputusan yg kau ambil. Menyesal? Jangan difikirkan sangat. Itu pelajaran redha. Ada sebab Tuhan takdirkan kau pilih itu.
7. Orang lain bingit? Tak payah susah-susah nk tutup mulut orang. Kau pakai ear plug dan blah! Jangan kisahkan orang yg tak membina. Kalau ada bricks lebih, hulur pada mereka. "Nah! Belajar bina dengan ni!"
Sekian, selamat mencuba. Jangan sekali-kali hilang rasa yakin pada Allah. Bismillah. Tuntas dan padat!
No comments:
Post a Comment