Wednesday, November 16, 2011

Sakit kan Ujian Tuhan.

Rata-rata sekarang ni semua orang pun kata yg tahap kesihatan semua pun berada pada tahap yg kurang memuaskan. Ah, termasuklah aku yg dah seminggu genap bersuara asing ni. Dari gelaran Gorilla lah, Ramli sarip selepas konsert lah, bapok lah, jantan tertelan katak lah. Ah, layankan je lah. Atlis ade juga yg ambil berat. Hee~ Abah slalu pesan, "jangan cakap NAK demam. nnt jd demam betul." pastu aku fikir kalau dah mmg rasa badan dah panas, idung gatal dan tekak pun rse mcm nk kene garu dgn penyodok apa ayat yg nk describe tu sume? abah jawab cakaplah, "TAK NAK demam.nnt tak demam lah." erk..!apakah? -_-" Dalam sakit2 ni, kdg2 org jd mcm kurang sabar kan?

     "Aish!susahlah batuk2 ni.sakit perot.nk terkencing rasa!"

     "Apa lambat sgt baik demam ni.ubat semua dah makan dah."

     "Selsema pulak.tersumbat hidung.dua hari dah tak tido nyenyak!"

Emmm.macam2 lah ayat keluar. takut2 ayat yg keluar tu boleh menggugat iman kita yg dah mmg nipis ni. nauzubillah. tp sedar tak yg setiap kesakitan yg Tuhan beri pada kita adalah salah satu bentuk ujianNya yg secara natijah pengakhirannya adalah utk mendidik jiwa hambaNya supaya menjadi manusia yg dpt mempraktikkan sabar dan bersikap redha dlm usaha mencari penawar pada penyakitnya. Mak aku pernah ingatkan dulu, "Sakit ni dtgnya macam kilat. Perginya macam semut." Sebab apa jadi mcm tu? Sebab Allah syg pada kitalah.

Cuba kita seluk2 perasaan dan keadaan iman kita masa sakit tu. Cuba kita ingat2 balik apa yg kita ucapkan dr mulut kita sendiri bila rasa sakit tu mcm menggigit2 tulang dan mematah2kan seluruh tubuh kita. (ok.description over yeh.gila sakit teruk cmtu.haha.) Masa tu, adakah kita jd sebahagian manusia yg mengungkapkan baris2 ayat spt cth di atas? Atau kita berjaya memperbanyakkan istighfar dan melafazkan Allahuakbar semampunya? Tak payah pergi jauh lah. Aku sendiri kdg2 tersasar. Tapi bila kita mampu kembali pulang pd track yg asal dgn mengingati Allah kembali, itukan lebih baik kan? Mcm tren yg derailed pastu berjaya dinaikkan semula di atas landasannya, walaupun dgn menggunakan kenderaan tunda setidak2nya tren tu boleh gerak balik ke depoh dan dibaiki mana2 kerosakannya kan? same goes with our iman lah. dlm sakit2 tu yg kdg2 dah termenjadikan manusia kurg sabar dan kurg iman, bila kita jd manusia yg MAMPU dan MAHU berfikir dgn istighfar balik ingat Allah, InshaAllah kita akan jd manusia lebih baik dan lebih redha dgn ujian Allah.

Again, ingatlah sakit kan ujian dr Tuhan. ALLAH tu Maha Penyayang. Sakit yg DIA bagi bukan nk menyusahkan kita tp nk menunjukkan bahawa DIA mahu kita terus mengingatiNYA yg mungkin (atau sah2) dlm hari2 sebelum ni dlm sihatnya kita yg DIA izin kita utk hidup dlm macam2 nikmat dan kesenangan, entah berapa saat sgt la (pd hakikatnya) yg kita ni ingat kat DIA betul2 kan? Jadi, gunakan waktu sakit ini utk merasai kasih sayang Tuhan yg sebaik mungkin. Nanti at the end, sakit pun boleh jadi sesuatu nikmat yg kita perlukan dan nanti2kan kan? Mudah2an. InshaAllah.

2 comments:

Mohd Nurul Amin said...

oi apdet la!

FairuzMatori said...

ahaha.sebuk.tgu hujung tahun, baru nk hapdet! :P