Tuesday, August 9, 2011

Mati itu Pasti, Hidup InsyaAllah.

Alhamdulillah. Tahun ini Ramadhan datang lagi. Kesempatan masih diberi utk menyambutnya. Malam pertama tarawikh didirikan, ada satu perasaan aneh menyinggah hati. Apakah ini tanda Allah sedang marah pada aku yg selalu sgt lupa leka dan tidak mengambil endah? Apakah ini tanda Allah mahu memberi amaran padaku bahawa sudah sekian lama Dia memberi rasa senang dlm setiap detik kehidupan aku tp syukurnya tak pernah nampak?


MATI. Tiba-tiba meremang bulu roma memikirkannya. Pagi Ramadhan pertama, usai solat subuh dan mahu bersiap diri ke tmpt kerja seolah2 tilam bujang tempat pembaringanku memanggil utk menatapnya. Kenapa? Apa kau nak beritahu? “Kalau pada satu saat Allah mencabut nyawamu dan kau keseorangan di atas badanku ini. Apakah kau sanggup membayangkan keadaan jasadmu terbiar dan terbujur kaku tanpa siapa mengetahui?”

Ramadhan ke2, melawati laman blog seorang pendidik di IIUM dikhabarkan pula seorang saudara Islam dari Afrika ditemui mati di kamar asrama tempat tinggalnya. Seminggu selepas Allah memerintahkan Izrail menziarahinya, barulah jasad beliau ditemui. (Lihat sini utk sambungan bacaan) Berseorangan Allahyarham tu di asramanya.

AllahuAkbar! Sentap jantung! Menggigil badan. Kalau itu nanti pengakhiran hidup aku, apakah aku sanggup melaluinya? Tidak. Ahaih, utk membayangkannya pn sudah cukup membuat badan bergementar. Dan saat kematian itu tersangat aku takuti saat ini. Dengan dosa yg gunung tingginya, dengan kesalahan yg belum terampun, dengan amalan yg belum cukup banyak tersedia dan hakikat aku diam berseorangan di rumah itu. Apakah aku mampu menghadap Tuhan ketika ini? Tidak.

Mati itu pasti, hidup inshaAllah. Benar. Aku sedar hakikat itu. Tapi aku mohon padaMu ya Tuhan. Kau berilah aku pengakhiran yg baik. Kau jadikanlah pengakhiran bukan suatu beban kepada manusia lain di sekelilingku. Kau jadikanlah juga kematianku sbg suatu yg tidak mengaibkan pada aku dan keluargaku. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Sebagai peringatan bersama. Mari susun plan tindakan Ramadhan 1432H. Tingkatkan amal ibadah, berikan kemaafan, salurkan sumbangan dan lakukan pembersihan diri. Sebulan. Pejam celik. Sekejap akan berlalu. Semoga plan tindakan Ramadhan dapat berterusan diamalkan sehingga saat nyawa diambil kembali oleh yg Maha Berkuasa.

“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga.” (Ar-Rahman: 46)

No comments: