Kalau di pejabat, kita boleh berlainan pendapat dan mungkin sampai naik tegang2 urat tengkuk urat muka dengan rakan sekerja ataupun bos sendiri utk menegakkan pendapat masing2. “Saya resign. Buat la sendiri!”
Kalau di rumah, kita boleh bermasam muka dan berkecil hati dengan pendapat dan tatacara ibubapa kita yg pd hemat pemikiran kita sendiri tidak memahami keadaan, keperluan dan kemahuan kita sbg anak mereka sendiri. “Ah, dia sahaja yg betul!”
Kalau soal rumahtangga, laki bini pun boleh bercakar2an bertumbukterajang sampai berpaling sorang ke timur dan sorang ke barat semata-mata kehendak isteri utk membeli sebuah kabinet baru yg mahu dipenuhi telah dihalang sekeras2nya oleh suami yg pada hematnya yg dirasakan yg terbaik bhw kabinet tersebut tak patut masuk dlm list keperluan rumah. “Saya nak kabinet tu lah! Nak!”
Kalau dengan adik-beradik, kita boleh sampai berdendam tak bertegur sapa bertahun2 dengan saudara sendiri atas sebab2 kecil kerana mempertahankan hak yg dirasakan hak itu mmg adalah haknya yg mutlak dan tak boleh disentuh sesiapa waima saudaranya yg lahir satu rahim dgnnya. “Tanah ni mmg aku punya! Atas nama aku. Over my dead body!” Uik. Pandai terus berbahasa Inggeris. Haaa~
Hem, apatah lagi kalau dgn kawan2 mahupun jiran tetangga. Pantang terpercik setitik air siraman bunga ke lantai laman rumah, habis diungkit semua air longkang, air basuhan, air mata air (eh masuk ak ke?) dan segala mcm air yg pernah masuk (tak sengaja pun) dlm rumah kita. Pantang terambil pensel sebatang yg tak dipulang2, abis semua ilmu dikongsi dulu masa exam final semester diungkit abis2an. Silap2 boleh hilang nyawa kalau dah yg dikacau tu isteri sendiri. Opps! Itu terlebih sudah.
Marahnya pada org2 tu semua macam tak siapa pun nak faham! Penat tau marah ni! Jantung rasa tak reti berhenti. (mmg la.kalau berhenti, kne pggil imam dn org kampung solatkan lah!haaa) Huh. (Ok. Kool down balik. Mari sambung cerita utama.)
Keperluan, kemahuan, keinginan semua tu ada dlm diri setiap manusia. Sbb dlm hidup ni, semua org ada matlamat dan impian yg nak sgt dicapai sblm mati. Ada org yg jenis: “Tak kira apa cara sekalipun, I want it done!”. Ada org yg jenis: “Yea2. Dia kan ketua keluarga, dia ade superiority. Dialah menang. Dialah betul.” Ada juga jenis org: “Ini hari kau. Esok kne balik kat kau, lantak aku nk tolong!” Yg lg hebat, jenis org ni: “Allah tu kan Maha Adil. Sabar itu cantik.” (dlm hati org lain, tgklah smpi mane sabar kau boleh pergi.)
Ah, bukan mudah utk sampai tahap manusia yg terakhir tu. Yang sabarnya tinggi dan hanya yakin sepenuhnya dengan janji Tuhan. 99.99% manusia definitely dan sure pastilah akn bertukar menjadi penjual ikan (selfish) semata2 mahu memastikan matlamat kehidupan yg telah dirancang sebaik2nya (pd hematnya lah!) dapat dipenuhi sblm mata tertutup. Tapi lupakah manusia (mmg lupa lah tu), bahawa matlamat kehidupan di dunia ni kan utk redha Allah dan mengumpul bekal sebanyak mungkin utk kehidupan akhirat kelak. Habis dah semua org nk di”jual ikan”kannya, tentu2lah ada hati yg terusik, terguris, terluka dan mengundang marah dan ketidakredhaan manusia lainnya. Dah kalau manusia tak maafkan kesalahan dan kekhilafan kita, bayang shj lah nasib di akhirat kelak. Tergantung2 urusan di sana tah ke mana harus menghala. Syurga ke aku, neraka ke aku?
Kata puan Martinelli Hashim dlm tulisannya, “Semakin berilmu, semakin tawadhu’.” Klik sini utk baca lanjut. Kalaulah manusia tu boleh kurangkan aktiviti men-jual ikan-nya dan cuba memahami keperluan kehendak kemahuan org lain, kan ke dunia akn kurang manusia2 yg sakit jantung yg stress sbb asyik tahan marah tak puas hati je memanjang. Kalaulah manusia tu boleh tahan sabar sikit dan berubah kepada kebaikan dgn melihat sesuatu ketidaksefahaman dan ketegangan urat yg berlaku mungkin berpunca drpd silap sendiri, kan ke dunia akan jadi lebih aman dengan memaafkan dan berkasih syg antara satu sama lain.
Pokoknya sbg Muslim, solat itu kena dijaga. Dlm kuliah ramadhan lepas, dikhabarkan dan diingatkan bhw solat itu pendinding dan pembersih jiwa. Apa yg didindingkan? Muslim mu’min yg menjaga solatnya seharusnya dgn solatnya itu akan mampu mendinding diri drpd melakukan perkara2 mungkar dan meningkat kesabaran dlm diri. Apa yg dibersihkan? Jiwa yg rosak yg penuh amarah, hasad, riak, tamak dan sewaktu dgnnya. Solat itu kan melatih diri utk malu di depan Tuhan. Malu itu kan imam yg akan memimpin diri menjadi mu’min yg terbaik.
InshaAllah. Mari tukar kerja. Jangan asyik sibuk jual ikan je. Buat malu je jual ikan kalau yg dijual tu semuanya busuk2 belaka.
No comments:
Post a Comment