Sebelum saya merangkak, melangkah dan mungkin berlari lebih jauh elok rasanya kamu-kamu semua baca dahulu link ini yg saya baca dahulu tentangnya di laman Malaysia Kini.
Saya tak tahu apa yg kamu-kamu punya perasaan lepas baca pendedahan itu. Tapi bagi saya yg saya rasa dah cukup matang bg diri saya sebagai manusia utk membuat penilaian, benar-benar sy rasa jantung macam nk meletup! Mungkin ada segelintir anak-anak muda kat Malaysia yg menjadi peminat kipas susah mati artis-artis hollywood, bollywood, korea, jepun dan mana-manalah artis kayu-kayan yg "hebat-hebat" tuh akan merasakan bahawa ETP ini sgt memberi kepuasan dan kegembiraan yg tak terhingga pada mereka. Yelah, lepas2 nih makin keraplah Adam Lambert ke Malaysia, makin galaklah Paramore ke Bukit Jalil, makin hangatlah group-group lelaki jambu dan perempuan berseluar pendek dr Korea menggoyang-lenggok kaki mereka di Kuala Lumpur...Oooh, masakan tak seronok. Kat negara Malaysia yg "aman makmur" ini, mereka sudah mampu ke konsert2 artis2 kayu kayan itu. Yg ni tak kira lagi konsert2 artis Malaysia sendiri..Uuuh...tarik nafas...~ Lagi syok bg mereka, lepas ni dah makin macam2 jenis pub dan spa mereka2 ini boleh kunjungi utk menghilangkan "stress". Bagus... Bagus... Impian kalian bakal jadi kenyataan! Uuurgghh...tarik nafas lagi...~
Memetik sebuah hadis yg dibawa oleh Ustaz Zaharuddin yg bunyinya: "Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu) dan lorong ke neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu." jadi bagi kes ini? Faham-fahamlah kan... Anda juga manusia berakal seperti saya. Tapi entah mengapa manusia-manusia yang memegang tanggungjawab negara tidak nampak akan hal ini? Aah...mungkin ada kepentingan besar di sebalik agenda pelan rancangan ini. Itu saya tidak pasti walaupun apa yg dibahaskan ini semua utk memacu perkembangan ekonomi negara. Agaknya sudah tak ada cara dan jalan lain agaknya yg boleh difikirkan utk menjana ekonomi negara. Kenapa pilih lorong ke neraka ini? Anak-anak bangsa sendiri mahu dimangsakan? Aahh.. Berhentilah berbicara, bertempik, berkempen menggegar satu dunia soal gejala sosial remaja, buang bayi, "urut batin" di kelab2 dan rumah urut, arak di kalangan remaja, perkosaan dan apa jualah kalau ini yg mahu ditanamkan dalam negara Malaysia yg "aman makmur" ini. Sia-sia Tuhan bg peluang ramadhan dalam bulan Ogos (supaya tiada konsert2 lagho), sia-sia usaha pencegahan maksiat, sia-sia segala usaha mengurangkan kes buang bayi kalau inilah jalan yg dirasakan baik utk negara.
Ibu kasihan dengan anak-anak ibu masa hadapan nanti. Ibu susah hati membayangkan persekitaran anak-anak ibu dan rakan-rakan dalam beberapa tahun mendatang ini. Sedang ibu telah melihat banyak kesannya pada hari ini, ibu tak sanggup utk membayangkan apa yg akan terjadi pada anak-anak ibu nanti. Masa ini, ibu rasa macam mahu shj realisasikan impian seorang ibu yg lain itu yg mahu membina menara tinggi yg ternina di kawasan terpencil dan yg memiliki seekor naga sakti gergasi sbg penjaga di luarnya yg bisa menghambur api berkuasa tinggi, yg memiliki sepasang mata nan merah bengis, jaluran gigi yg menakutkan, bayangan wajah yg menggerunkan dan mampu menghancurkan kuasa-kuasa dan anasir jahat yg berniat merosakkan dan mengusik anak-anak ibu. Ooohhh...hembus nafas. Tapi ibu tahu, itu mustahil. Maka Tuhan... Bantulah kami ya Tuhan. KAsihanilah kami ya Allah. Lindungilah kami ya Allah... Semoga bukan jalan ke neraka itu yg kami pilih... Amin.~
No comments:
Post a Comment