Hari ini aku rasa seperti seorang yg sgt lemah berdepan masalah kehidupan aku sendiri. Aku rasa macam berat sgt nk menanggung rasa bersarang2 dalam hati ini. Pada satu ketika pada malam ini, mmg air mata kemanusiaan aku akhirnya jatuh. Ya, aku manusia biasa. Aku juga perlu rasa hangatnya air mata itu mengalir di pipi agar aku tahu aku masih normal. Aku rasa Allah paling hampir dgn aku mlm ini utk mendengar rintihan aku.
Manusia hidupnya akan lebih kukuh dan tuntas bila dia mampu menegakkan satu asas pendirian dan prinsip memacu kehidupannya. Tapi yakinlah bahawa jalan utk menegakkan prinsip dan pendirian itu bukan mudah. Bukan seringan lidah berbicara. Bukan sepantas jari mengetuk papan kekunci komputer. Dan bukan sekadar mudahnya lintasan perasaan biasa. Natijahnya berat. Kerana jalan pilihannya penuh sgt cabaran menanti. Salah meniti, tanggung sendiri akhirnya.
Ini bukan kepenatan biasa. Memang sebahagian waktu rasa seperti tidak mahu bergerak dan hanya mahu membiar sahaja yg lain bergerak ikut rentaknya yg tak pernah terkejar. Allaaaaahhh... Sakitnya ya Tuhan. Aku tahu Kau Maha Mengetahui kesakitan ini. Bukan aku tak redha dgn-Mu Tuhan. Tapi aku cuma manusia biasa yg Kau telah kurniakan perasaan sedih dan hiba ini. Dan malam ini aku mengaku aku mahu dipeluk-Mu ya Tuhan.
Aku tahu ada orang yg mungkin aku tak kenal atau nk senang cerita sahabat-sahabat seperjuangan aku yg lain tu lebih susah rasanya drpd apa yg aku rasa. "Ada lagi orang yg lebih susah dr kau, yuz". Tapi sekali lagi, aku cuma manusia biasa. Barisan ayat pengingat itu bukanlah lagi yg berkesan memujuk hati rajuk ini. Hanya satu yg pasti. Rajuk ini bukan lama. Rajuk ini bukan utk dibawa ke mati. Pegun hari ini bukan utk smpai hari-hari minggu depan. Cuma bagi aku ruang dan peluang merasa pelukan dari Tuhanku agar aku dpt bangkit semula dgn rasa berTuhan dlm dada. InshaAllah. Dengan izin Tuhan. Amin.
Allah, aku tak tahu cara apa lagi mahu memohon kekuatan yg rupanya entah bagaimana lagi dari-Mu ya Tuhan. Tapi kali ini ya Allah, bg petunjuk yg jelas pd jln penyelesaian ungkaian permasalahan ini ya Allah. Lepaskan lelahku, ya Allah. Terlalu banyak perkara pada lintasan hati itu telah Kau berikan padaku. Tapi aku mohon kali ini ya Tuhan. Pada perkara ini ya Allah. Aku mohon jalan keluar darinya. Aku mohon sgt2 yg Tuhan. Malu itu bukan lagi utk aku kerana aku tahu Kau Maha Mendengar dan Maha Memberi Makbul doa2 hamba-Mu ya Allah....
p/s:: Get a life, yuz. Kata kau hebat. Maka buktikan utk kali ini. Buktikan! Bismillah.
No comments:
Post a Comment