Monday, March 4, 2013

Misi Besar 2013.

Selepas apa yg telah ditakdir berlaku awal tahun ini, sekarang sudah move on utk Misi Mega 2013.

Officially launching the "Misi Dec 13" and "Misi Sep 14".

Ternyata, perkahwinan 2012 sedang mengajar banyak erti hidup. Erti cinta, pengorbanan, kesetiaan, keredhaan sedang dlm ujian dan pemerhatian Tuhan yg Maha Esa. Semoga Tuhan izinkan 2 misi mega ini terlaksana.

Rezeki itu hak Allah. Dengan peluang dan ruang utk usaha yg telah Dia buka seluas-luasnya, mari menyimpul kekentalan diri!

Allah telah menetapkan takdir. Dia merancang. Kita juga diberi peluang merancang. Jadi berusahalah. dan sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan perancangan Allah juga yg lebih tepat terbaik. Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, aku mohon bagi kami panjangkanlah umur kami dlm iman yg utuh, kesihatan tubuh badan, kekuatan akal fikiran, dan kesetiaan tak berbelah bagi antara kami suami isteri. Berilah jalan keluar dan penyelesaian bg setiap lorong gelap yg kami lalui dan simpulan masalah yg Kau takdirkan utk kami. Semoga jalan hidup kami dipermudahkan walaupun dlm 1001 ujian cabaran dan dugaan dari-Mu. Amin ya Rabbal 'Alamin.



***Muhammad faiz bakal mencecah umur setahun 30 Mac 2013 ini. Arwah Maryam juga sudah setahun pergi meninggalkan kami. Semoga Allah mudahkan juga urusan Maryam (jannatul barzakh inshaAllah), kehidupan anaknya dan kami semua. Ameen.***




No comments: