Thursday, April 28, 2011

Nota hidup bujang

Hidup bujang memang serba simple serba serbi macam tak perlu kelam kabut nk fikir. Ahah. Skali imbas mmg kelihatan aku adalah bujang perempuan yg hidup mcm bujang lelaki. Not so particular in things of my own life.

Alhamdulillah. Rezeki aku sampai dgn cara yg tak aku sangka2. Walaupun memanglah pendapatan tak sebesar dan tak setaraf gaji kawan2 jurutera yg lain, tp aku tetap syukur dgn bahagian yg Tuhan beri pada aku. Setakat ini sekurang2nya aku tahu apa yg aku buat skrg adalah apa yg aku suka nk buat. Memang kdg2 fikir bidang kerja aku mmg tersasar lah dr apa yg dituntu ketika mengaji dulu tp apa ada hal kan... Rezeki Allah ada kat mana2. Sekurang2nya aku tahu at least aku kerja 830am-530pm, cuti melambak2 dan macam2 benefits terpampang depan masa. Yet, yes semua benefits tu tak terasa sgt as aku masih berstatus bujang. In future, inshaAllah dah terjamin dah.

Mengenang kembali gaya hidup bujang ni. Memang aku geleng kepala dan senyum kambing je la. Kalau laki aku tahu lah aku hidup, mcm ni kmpem die tak bg aku hidup bujang lama2! hahaha.bajet tak tahaaaannn! ;p

Mana taknya, cuba bayangkan ekh. Hari2 pergi kije, jam 7 dah kuar rumah. Kdg2 bersarapan kdg2 tak makan apa pun. Tp sbb rasa sarapan tu penting dah mmg wajib skrg aku kaut epal sebijik atlis buat alas perut da jadi pemangkin utk dating ngn dr tan kat opis! hahaha. tengahari tak pernah rajin nk keluar lunch. baik tido kat surau sbb kalau tak, kmpem mata rasa mcm kena pasang tongkat nk bg bukak smpi kul 530! hooo~

Balik kije, tungtang2. Tungting2. biasa dah azan magrb baru lah kaki mula menjejak anak2 tangga rumah sewa. Oh, makannya bila lagi? Takkan epal pg td je. Dah keluar kot pg2 tu kat opis! Huuu~ kalau rajin, belilah apa2 laukotw balik tu. kalau lebih sikit rajin, dptlah nasi panas n bilis telur goreng. Lebih rajin2 lagi, adalah kimchi yg mmg spesel simpan utk jgka pjg! Malas2 sgt mkn cereal n susu je lah! Adoi~ Patu kul 10 dah selamat berlayar.

Kerja2 rumah? hahaha. seminggu skali baru buat! Semuanya! Buat time sabtu yg hari tak kerja. tu pon kalau tak blk kmpg. lau tak, pospon lg seminggu nk buat. Basuh baju, jemur baju, lipat kain, kemas rumah, basuh tandas dan lap2 satu rumah dan melakukan segala jenis kerja2 pembersihan...all in one! Pastu melepek! hahaha

Geleng2 kepala. Tolong yuz. ni bukan gaya hidup sihat bila dah berkeluarga okkeh! anak2 tak lalu oh nk mkn bilis goreng telur ceplok hari2! laki tak sior eh tgk umah tunggang langgang seminggu tak terurus!ngaruk semua org satu rumah!

Hahahaha. ini cuma gaya hidup bujang yg seorang2. kalau ada kawan nk tema, takdelah mcm ni kot. tp biarlah. ini jalan yg aku pilih. aku tahu ini mmg kesannya. so live with it yuz at this particular moment. no big harm lah! Cuma doakanlah aku tak gila berborak dgn dinding hari kan dan tak mereng ajak lantai gelak sama2. huhu~ lonely is my friend but i am coping and use to it. kan org kata, "alah bisa tegal biasa!". ok. gelak2 eksyen kamen! =))

Thursday, April 21, 2011

Mencari hobi baru.

Aku bukan nk mengikut2. Tapi dalam keadaan sekarang aku rasa aku perlu ada hobi baru. Yang boleh buat waktu2 aku terisi. Kalau tidak memberi banyak input pun, sekurang2nya aku rasa aku melakukan sesuatu.

Fotografi dan muzik? Rasanya aku memilih utk mendekati muzik lah. Lebih ekonomi dan lebih hampir dengan jiwa seni aku. Chewah! Perlu kah? Seni lah sangat... Tangan kejung semacam walaupun hati tu mmg ada taman macam2 lah kan. hahaha. Ok. We'll see how it goes then. Abis lari bajet aku blan nih. Aaah... Layankan aje. Bila lagi kan... huuu~

Baiklah. InshaAllah kalau dah muncul direalisasikan step pertama tu, nnt aku hapdet okkeh! Ayuh. Mari menyimpan azam dan berusaha merealisasikannya.

p/s: tadi kat opis sy terlelap and you know what? sy dengar alunan muzik dr alat muzik tuh! aiyaaa~

Monday, April 11, 2011

Hari ini 11 April 2011

15 tahun yg lalu...
Aku tak pernah merasa sgt susah atas takdir itu utk kami.
Aku tak pernah rasa sgt dukacita atas berita itu.
Benar.
Aku mungkin ambil masa bertahun menerima
apa yg Tuhan aturkan utk kami.
Tp bg hati2 kecil dua insan tua yg pd redhanya mereka,
tetap menangis kecil dgn kehilangan itu.
Itu lebih byk membuat aku kuat
Al-fatihah utk arwah Muhammad Syukri bin Matori.