::Ini sambungan catatan hidup bujang::
Sebulan dua kebelakangan ini mmg perasan bahawa kesusutan itu berlaku. In two weeks, i lost 4kgs. Tension? Tertekan? Aaahhh... Hidup tanpa tekanan samalah mcm makanan tanpa garam. Yg jarang ketemu pasti sedar kesusutan itu. Dan bibir hanya menguntum senyum dan berseloroh, "Yes. Diet sy menjadi." (nampak sgt regime diet yg plg berkesan pd sy ialah letakkan diri dlm stress. Cukup seminggu dua and...walllaaaah!) Ok. Not funny.
Ini masuk bulan ke5 diari hidup bujan sejak dimulakan. Ternyata dua bulan kebelakangan ini mmg satu ujian pd keimanan aku terhadap takdir qada' dan qadar Tuhan. Aku merancang dan aku gagal. Aku mempertahan dan aku tewas. Aku berdiri dan aku jatuh terjelepuk juga. Dan lama juga aku diam terduduk sehingga terasa diri sudah tidak mahu bergerak walaupun tahu kemampuan itu masih ada.
Pada satu saat (dan beberapa saat jugalah sebenarnya) aku rasa mcm benar kata org lebih baik menyukai, menyayangi pd org yg suka dan syg pd kita. Ketika itu kuat sgt terasa benarnya ungkapan itu. Tp alhamdulillah, istighfar panjang aku. Akal ini masih berfungsi. Ingat lagi tak bahawa Allah bg kita ruang kesilapan supaya kita dapat merasai Allah itu ada dan menghargai diri. Yang paling penting menghargai rasa cinta dan kasih syg Allah pada kita.
Aku tidak terlalu sedih kerana lelaki itu. Dan aku juga tidak terlalu marah pd entiti lelaki itu. Malah aku bersyukur dia akhirnya tahu hendaknya dan dia jujur pada aku. Sakitnya lebih terasa kerana aku terlupa bahawa doa aku yg selama ini aku panjatkan pd-Nya sdg dimakbulkan. Setiap kali. Banyak kali. Allah kata TIDAK kepada aku. Tapi hati yg berbolak balik ini seringkali melawan, YA! Dan Allah tidak marah padaku. Allah kata lagi TIDAK, Fairuz... Walau berkali2 aku menafikan dan DIA tetap juga memandu diri aku supaya tak tersasar. Dan hari ini, aku rasakan natijah kekhilafan itu.Tapi Allah masih lagi menyalurkan sayangNya pada aku... Subhanallah... Ini penyesalan terbesar aku, Tuhan. Maafkan aku, ya Allah.
Bagai anak kecil yg menangis mengadu kesakitan apabila ditegah drpd memanjat tempat tinggi. Bila jatuh, sakitnya ditagih belas ibubapanya. Dan ibubapanya akan segera dtg memeluk hangat dan memberikan ketenangan yg tidak tergambar..
Bujangnya aku suka makan. Susutnya bujang ini tanda kelam hidupnya bukan dietnya. Percayalah diet bujang ini tak pernah menjadi kecuali hidup bujangnya kusut masai! Ahaaaa..~
p/s:: Wahai Encik Bakal-Soamey, sy bahagia sy akan gemuk tau. Jadi ayuh gemuk sama2 dgn saya! Wahai Putraputri Bakal-Anak-Ibu, Jom makan! hahaha