Sebelum ibu diizin bertemu ayah, kamu semua yg ibu bayangkan.Layakkah ibu menjadi pelindung kamu semua. Layakkah ibu memberikan sepenuh kasih syg ibu pd kamu semua. Layakkah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu... Tapi ibu tetap yakin bahawa janji Tuhan itu pasti. Doa ibu tak pernah putus ibu titipkan pd Tuhan utk anak2 ibu. Dan ibu berharap apa yg ibu jaga ibu pertahankan dan ibu tegakkan atas jalan Allah ada dlm redhaNya. Agar ibu tahu kamu semua terpelihara. Sejak dari mulanya.
Setelah ibu bertemu ayah, kamu semua juga yg ibu bayangkan. Dan ibu semakin kuat yakin pada janji Allah bahawa ayah akan jadi pembimbing pelindung dan yg akan sentiasa bersama-sama kita semua menuju ke jalan Allah yg diredhai. Setiap waktu ibu berdoa semoga cinta dan kasih syg ibu kepada ayah yg kami pelihara akan berterusan membuah cinta dan kasih kami kepada kamu semua smpai syurga Ilahi.
Saat ibu mendengar lafaz ijab dan kabul ayah dan wali ibu pada tarikh keramat itu, kamu semua juga yg masih ibu bayangkan. Harapan terus mengiring doa ibu membawa keyakinan ibu yang kuat dan utuh bahawa ayah adalah calon imam terbaik buat ibu dan anak-anak ibu semua. Ibu dan ayah bukanlah manusia sempurna tp ibu dan ayah tetap berusaha membina masjid yg terus hidup diimarahkan dgn segala amalan dan ibadah dlm keredhaan Allah mudah2an mendapat berkat yg berpanjangan agar bila lahirnya kamu semua, sinar iman ada dlm mahligai kasih syg ibu dan ayah utk kita semua.
Apabila sampai waktu kamu semua melihat dunia, maka tiada apa yg dpt ibu gambarkan utk menjelaskan betapa ibu dan ayah bersyukur dgn kehadiran kamu semua atas izin Allah. Melihat kamu membesar hari demi hari merupakan hadiah dan harta paling bernilai yg tiada tolok bandingnya. Biar segunung emas, selautan harta Qarun dtg diberi pd ibu bukan itu yg boleh membeli kamu semua drpd kehidupan ibu dan ayah. Mendidik dan membesarkan kamu bukanlah tugasan mudah namun ibu dan ayah percaya Allah ada bersama-sama kami kerana kamu semua amanah dan anugerah terhebat yg Tuhan kurniakan kepada kami.
Maka ibu titipkan terus doa ibu pada Allah utk putera puteri ibu semoga kamu semua menjadi anak yg soleh dan solehah agar kamu semua kuat dan dipandu iman yg utuh utk menghadapi cabaran kehidupan. Ibu dan ayah mohon maaf seandainya ada antara usaha didikan ibu dan ayah sampai melukakan hati anak-anak ibu semua. Ibu dan ayah mohon maaf sekiranya apa yg ibu dan ayah usahakan utk melindungi dan membimbing kamu semua sampai membuat kamu malu dan marah dgn kelilingmu. Rajuk ibu dan ayah tak panjang. Sungguh. Kerana ibu dan ayah lakukan semua itu kerana Allah. Maka ibu dan ayah mohon pengertian anak-anak ibu semua agar kita terus berada dlm redha Allah.
Jadi, berjanjilah bahawa semua putera puteri ibu dan ayah ini akan terus menjaga iman dan keyakinan pd Tuhan yg Maha Esa. Sampai akhir hayat kalian. Itulah hadiah terbaik buat ayah dan ibu atas rasa cinta kasih dan syg yg Allah itipkan sejak mula dulu. Kerana itu yg akan meneruskan jalur cinta kita semua yg hanya sanya kerana Allah Ta'ala. InshaAllah. Ibu dan ayah sayang dan cinta kamu semua.
p/s: kepada Encik Bakal-Soamey, sila bantu dan sokong sy yeh! Perjalanan ini masih jauh. :)