Tuesday, August 17, 2010

Hukuman tanpa ruang membela diri...


gambar diambil melalui google image yg asalnya dr web ini

Apabila kesalahan diletakkan di atas pundak diri yang masih xmampu nk memikul beratnya lebih2 lagi bg kesalahan yg tiada langsung diberi ruang utk membela diri adalah satu saat di mana terasa dunia seperti amat kejam terhadap diri.

Benar..manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan dan kesalahan...namun, setiap insan punya hak untuk menyuarakan haknya bagi membela dirinya sendiri...menghukum atas dasar "kamu bersalah kerana kamu salah" adalah satu bentuk ketidakadilan yang pasti tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang.

Bila difikir2 balik, kekadang ruang itu pernah wujud tapi respon mutlak yang hanya akan diterima, "ya, saya bersalah." selebihnya utk penjelasan, semua itu hanyalah alasan! Apakah?apakah yang bersalah itu tidak ada langsung ruang utknya menyatakan sebab dan alasan atas tindakannya sendiri...?setidak2nya jika ruang itu diberi sebaiknya, ada sikap redha yang akan wujud atas hukuman yg dijatuhkan.

Ingatlah apabila telah dinafikan hak bersuara itu, kebanyakannya akan cenderung berkeputusan utk berdiam diri dan mungkin kadangkala menerima shj hukuman yg diberikan padanya...kesannya?mari difikir2kan bersama yeh...
bg pihak yg menghukum: Ketidakadilan telah berlaku...anda juga seorang manusia yg punya ruang melakukan kesilapan dan kesalahan..satu hari nnt apabila anda pula dihukum, berhentilah bertanya mengapa anda diperlakukan begitu begini dan berhentilah bertempik menyatakan anda tidak bersalah kerana hari ini anda mungkin telah menzalimi seseorang...

bg pihak yg dihukum:: Silence is golden (blaja term ni dr acap...kredit to him..hahaha.indeed, it is true.) anda berpendapat lebih baik berdiam diri daripada anda bising2 smpi boleh mencetuskan perbalahan...tapi anda harus ingat...xsemua manusia mampu menanggung rasa yg berat itu selama-lamanya...sampai satu tahap, apabila anda meletup, maka ketika itu tunggulah bahawa amarah mampu memusnah kebaikan...

Buruk kan kesannya?lebih buruk jika sampai mencetus dendam..aarrgghh...lagi panjang kisahnya nnt...apa pun jua, bg sy, berilah toleransi pada tempatnya yg benar...berlaku adillah pada mana tempatnya yang hak...benar, sang raja memiliki kuasa pemutus mutlak di dunia ini...tp janji Tuhan itu benar dan yakinlah, apa jua pun tindakan kita walau sebesar zarah, Tuhan dah kata ada bahagian untukknya...sama ada baik ataupun buruk..itu adalah janji yang pasti...