Babi itu yg juga dipanggil khinzir utk kedengaran lebih sopan, adalah binatang 4 kaki yg berstatus najis mughallazah berhidung "cantik" terletak di depan mukanya nan gebu dan seringkali mengeluarkan bunyi "grok..grok" (instead of meow.meow-sbb die bkn kucin kaaannn~dang!) busuk dan selalu digambarkan tmpt tinggalnya berlumpur dan berbau "segaaaarrrr". Selalu juga digambarkan binatang bernama babi ini adalah sgt gelojoh, gemuk dan mementingkan diri sendiri.
Camna rupanya? Aaahh...kau pandai sampai blog aku ni, kau gugel imej je. kmpem beratur2 gamba babi keluar nanti! nnt musti kamu jumpe babi2 yg digambarkan comel dan adorable walopun die gemuk, senggrok dan memiliki sepasang alat bantu hidu yg tak memerlukan plastik surgeri pon. Hahaha.
Ok. Aku merepek. Tak. Aku tahu sgt tak best utk keluarkan perkataan babi tu dlm masyakat kita. Seolah2 mcm satu taboo dan rasa mcm tak sopan gila bila sebut nama binatang ciptaan Tuhan tu. Kalau tgk dan dgr org yg mulutnya lancar je bermain2 perkataan tu dari mulutnya, pasti dlm kepala kebanyakan kita akan ternganga dan geleng kepala sambil tersenyum kelat. Mungkin akan sampai tahap nk sedekahkan pelempang campur extra flying kick and extra hot back hand je kot pada manusia bermulut 'manis' itu. Kenapa ek nk rasa mcm tu? Ok. Kalau kau bukan org Malaysia dan kau dah terbiasa dgn omputih, slalu kalau dorang sebut F*** atau Bu*****t depan org lain, apa yg akan org lain tu rasa? Haaa~ samalah kesnya dgn Babi ni. (Eh kenapa perlu "bintang2" tu? eja je la cm biasa. Hahaha. Cukup. Jgn bg kotor blog aku. Huuu~ Taboo.)
Tapi tu lah. Kadang2 bila marah, manusia ni lupa kat mana dia letak akalnya yg patut ditunjangkan dgn ilmu dan agama kan. Kau berdegar2 nk kata org lain babi smbil menyumpah seranah dgn campuran bak rojak petis melalui lain2 perkataan tahap hampes berkuasaganda2 tak best didengar, apa sebenarnya kau dapat? Ingat marah boleh hilang? Tak weh. Buat dosa je. Lagi mcm ko simbah minyak kat api org adal ah. Lagi mcm kau undang bala dtg kat kau ada lah. Silap2, lebam bijik mata kau. Lebam je ok lagi weh. Kalau kau mati terus tak sempat nk taubat? Haaa~ nayalah weh!
Jadi, mari sama2 kita belajar menenangkan diri dlm waktu diri diselubungi kemarahan yg meluap2 mcm gunung berapi krakatoa tu. Sila guna ilmu dan agama bg mengelakkan si api kemeluapan itu meletus merebak lantas memusnahkan apa jua benda di sekitarnya. Satu je la aku nk pesan bg peringat kita semua lah nooo... Aku pon kdg2 tergelincir gak mulut ni. Ahaa~ kantoi di situ! Astaghfirullah. Sehari semalam kita tunggang tungging solat siap tambah mcm2 amalan sunat lagi, kalau hubungan sesama manusia pun kita tak pandai nk tackle dan boleh pulak buat "taik" sana sini, ooohhh... Allah tu pun Maha Adil. Mencarilah kita menggagau2 org yg dgn selamba "taik" kita tinggalkan tu sampai semua urusan lain di akhirat tergantung2 sdgkan sepatutnya kita dah sng dah nk terus direct lepas sbb dah rasa mcm terjaga urusan dgn Allah kan..
Tp bukanlah aku nk ckp yg org sembahyang ni pon sama je tak baik dgn yg selambe tinggal solat. Taaakkkk. Tak sama sekali. Kalau cukup solat siap ngn amalan2 sunat lain, mmg dah cukup cantiklah tu kan menyempurnakan tggjwb terhadap Allah. Cumanya nk bg finishing baik punye, biarlah kita pun sama2 jaga hubungan kita sesama manusia. Sedang kita dah tahu yg babi ni termasuk dlm kategori perkataan tak berapa senonoh nk dituturkan pd org lain sbg tanda mengutuk, marah, menyumpah dan sewaktu dgnnya jadi cuba2lah dielakkan. Jgn bikin hati org lain pulak panas dgn kepanasan kita. Ok? Perbaiki diri. Tahan diri drpd perkara2 yg tidak disukai Allah, mudah2an DIA membantu kita berjaya dlm ujian kehidupan di dunia ni. InshaAllah. Amin. "Sabar itu indah". Tapi jgn sabar sgt sampai jadi BODOH dan BENGAP! Orang pijak kepala pon, Sabaaarrrr.. Pergh! Aku pulak panas hati tiba2 tgk org mcm tu! Nabi pun sabar jugak weh tp Baginda sabar tu dgn ilmu dan juga agama. Jom follow Baginda! ^^;