Wednesday, August 24, 2011

Bujang dan Ramadhan 1432H

Emm. Emm. Emm. Ini catatan hidup bujang ke berapa ek? Tiga kot nooo..Rasanya lepas ni kne buat list lah. Baru tersusun. (Ceit! semangat betul! Apehal? Haha.)

1432H ni tahun pertama aku jalani Ramadhan dlm mode bujang. Ahhh...ape perasaan? Haaa...~ Mari bayangkan yeh. Bangun pagi (selalunyalah) jam 450am, ke dapur..sahur barang rezeki yg ado. Plg karat pon secawan oat bercampur milo & horlicks. (Hari pertama cuma bersahur segelas air nyata mengundang padah: Pitam dan hampir terjelepuk di dlm bus lewat ptgnya). Lepas sahur (kalau rajin) buatlah solat sunat yg termampu n bce quran. (tp slalu malas je lebih. aiyooo~rugi kan?) Pastu siap2 ke opis, at most 650am kne stat enjin kete. Kalau naik bus, 630 dah kne gerak. Duh! Kerja ofis yg agak2 suam2 kuku dan lemau tp tetap ada kerja jugalah cuma tak serancak selalu. Ding dong, ding dong sana sini eh, tepat jam 430pm. Keluar ofis jam 5pm after solat asar, sampai rumah dlm kul 630pm. Kalau larat, masak. Kalau tak, tibai juga apa yg sng dimakan. Megi? Baru 2x menyantapnya. Bazar ramadhan? Juga baru 2x mengunjunginya.

Teman? ahahaha. Ini soalan cepu cecupak cepuk! Dinding, lantai dan siling la jd teman! Oh, tv jugak! hahaha~ nasib badaaannn... Tp wt lek sudah (muka tabah.humph!). Tapi alhamdulillah, dlm 30 hari Ramadhan ni (inshaAllah) masih sempat lg berbuka bersama teman2 sepejabat (org belanja, wajib dipenuhi jemputannya.sep bajet aku!haha ;p) seperti ini..


Makan ramai-ramai, 18 Ramadhan 1432H.
 dan ini..

RapidKL, AMGD dan ATSB
ini juge..
AMGD Teammates. Ok. Maafkan yg over excited tu. haha

dan ada bbrapa lg tp tak amik gamba pun sbb kak ita tak join same. heee~

Yang terpaling2 ptg, masih lg sempat berbuka puasa bersama keluarga sendiri. Alhamdulillah. Nikmat Ramadhan tu luaaaasss...~ Selamat terus menjalani ibadah puasa yg masih bersisa 5 hari ni. Dan salam 'becoming' HARI RAYA. Mudah2an penutup Ramadhan 1432H dirai dgn syawal yg gumbira. (Soping raya?ah, ala kadar je mcm bujang biase (yg hampir sengkek!)).

p/s:: Encik Bakal Soamey, walaupun memasak tak masuk list sy tahun ni Tuan jgnlah risau. Saya ni champion cook tau! Tapi takde la smpi kalah chef hotel Mandarin Oriental. Haha~

Thursday, August 11, 2011

25.Berhenti.Dan masih terus mengira.

26th next year, InshaAllah. :)
Alhamdulillah. Masih ada peluang lagi dr Tuhan utk meneruskan perjalanan dalam hari2 ke 25 tahun.
Alhamdulillah. Masih diberi kesihatan yg baik utk melalui detik2 tidak terduga dlm tahun ke 25.
Alhamdulillah. Masih ada ruang merasai setiap detik kebahagiaan dan keindahan dlm kehidupan yg dijanjikan Tuhan.
Alhamdulillah. Masih diberi izin Tuhan utk tersenyum melihat hari2 yg berlalu dgn pelbagai corak dan warna dlm mencapai tahun ke 25 ini.
Alhamdulillah. Masih lagi diberi nikmat iman dan merasai keagungan Tuhan dlm setiap detik selepas 25 tahun diizin menghuni dunia sementara ini.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Aku tak minta umur panjang yg tidak ada sudah jika tanpa redhaNya.
Aku tak minta harta banyak melimpah ruah jika tanpa keberkatan.
Aku tak minta bahagia yg tak tergambar jika tiada Dia memimpin jalan.
Aku tak mahu meminta apa-apa jika dgn adanya aku terlepas dr tali Allah.

Memang langit takkan selalu cerah. Tapi jgn lupa malam juga bukan selalu suram. Benar, yg sering dicari mentari dan sinarnya. Tapi bulan bintang juga ada cinta sinar pada malam hadirnya.

Terima kasih kepada yg masih mengingati dan mendoakan. Semoga terus doa itu dipanjangkan pada jalan hidupnya kalian semua. Amin. Kerana Allah, aku sayang kalian. InshaAllah.

Tuesday, August 9, 2011

Sutera Bidadari

Sutera Bidadari. Isteri juga yg tetap akan dikenang. Pd isteri ada cinta yg dalam yg sukar terungkapkan. Seolah ada satu jalinan halus yg menghubungkan antara dua hati biarpun jasad pernah dipisahkan dgn kematian.

Kekuatan iman yg benar2 ampuh dan mantap tidak akan mampu melencongkan matlamat menegakkan kebenaran yg jelas dr Allah, Pencipta dan Penguasa yg Maha Agung. Biar banyak kejahatan yg dtg tanpa henti berniat mematikan iman dr diri seorang mu'min, asas keyakinan pada al-Khaliq dan sikap rendah diri mengatasi segalanya.

Manusia datang dan pergi. Lelaki dan wanita sering ditakdirkan pertemuannya pd masa yg terizin Tuhan. Dan begitu juga takdir Cinta sesama insan. Tapi yang pasti hati dan ikhlasnya diri menerima dan memberi cinta takkan pernah boleh dipaksa kerana itu aturan yg rahsianya ada pada diri, si dia dan Allah sebagai penjaganya.

Dan cinta Allah tetap menjadi hanya sa-nya yg menjanjikan ketenangan dan kedamaian. :)

Ahaaa...~ mahu tahu lanjut, sila dptkan satu sbg koleksi anda!

Muke Depan: Bajet pujaan lelaki lah ni. Hahaha ;)


Mati itu Pasti, Hidup InsyaAllah.

Alhamdulillah. Tahun ini Ramadhan datang lagi. Kesempatan masih diberi utk menyambutnya. Malam pertama tarawikh didirikan, ada satu perasaan aneh menyinggah hati. Apakah ini tanda Allah sedang marah pada aku yg selalu sgt lupa leka dan tidak mengambil endah? Apakah ini tanda Allah mahu memberi amaran padaku bahawa sudah sekian lama Dia memberi rasa senang dlm setiap detik kehidupan aku tp syukurnya tak pernah nampak?


MATI. Tiba-tiba meremang bulu roma memikirkannya. Pagi Ramadhan pertama, usai solat subuh dan mahu bersiap diri ke tmpt kerja seolah2 tilam bujang tempat pembaringanku memanggil utk menatapnya. Kenapa? Apa kau nak beritahu? “Kalau pada satu saat Allah mencabut nyawamu dan kau keseorangan di atas badanku ini. Apakah kau sanggup membayangkan keadaan jasadmu terbiar dan terbujur kaku tanpa siapa mengetahui?”

Ramadhan ke2, melawati laman blog seorang pendidik di IIUM dikhabarkan pula seorang saudara Islam dari Afrika ditemui mati di kamar asrama tempat tinggalnya. Seminggu selepas Allah memerintahkan Izrail menziarahinya, barulah jasad beliau ditemui. (Lihat sini utk sambungan bacaan) Berseorangan Allahyarham tu di asramanya.

AllahuAkbar! Sentap jantung! Menggigil badan. Kalau itu nanti pengakhiran hidup aku, apakah aku sanggup melaluinya? Tidak. Ahaih, utk membayangkannya pn sudah cukup membuat badan bergementar. Dan saat kematian itu tersangat aku takuti saat ini. Dengan dosa yg gunung tingginya, dengan kesalahan yg belum terampun, dengan amalan yg belum cukup banyak tersedia dan hakikat aku diam berseorangan di rumah itu. Apakah aku mampu menghadap Tuhan ketika ini? Tidak.

Mati itu pasti, hidup inshaAllah. Benar. Aku sedar hakikat itu. Tapi aku mohon padaMu ya Tuhan. Kau berilah aku pengakhiran yg baik. Kau jadikanlah pengakhiran bukan suatu beban kepada manusia lain di sekelilingku. Kau jadikanlah juga kematianku sbg suatu yg tidak mengaibkan pada aku dan keluargaku. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Sebagai peringatan bersama. Mari susun plan tindakan Ramadhan 1432H. Tingkatkan amal ibadah, berikan kemaafan, salurkan sumbangan dan lakukan pembersihan diri. Sebulan. Pejam celik. Sekejap akan berlalu. Semoga plan tindakan Ramadhan dapat berterusan diamalkan sehingga saat nyawa diambil kembali oleh yg Maha Berkuasa.

“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga.” (Ar-Rahman: 46)