Wednesday, September 28, 2011

Cebis-Cebus Bercerita

1. Kacang Sempalit
Ah. Pelik sungguh nama. Terus teringat perkataan jawa yg Gendut sebut masa raya aritu; sempelat (maknanya comot2 tak kemas) tah betul jawa tah tak. Tak pernah nye aku dgr! hahaha

Kacang nama asing ni aku 1st time jumpe masa otw gi Mines nak jumpe kawan2 last week. Kt dlm kete, dah gelak2 sbb terus terbayang aksi si Gendut dgn sempelatnya. hahaha. Pastu dlm jem2 mse mgu terakhir syawal tu, so smpatlah snap gambar van yg membawa kacang sempalit ni. (oih.kalau pules trafek ensem nmpk, agak2 kne saman tak?aha.takde pon pulesnye.ngeee~ *kurg keimanan betul!*)

Kacang Goreng Sempalit.
Dengan semangat inquiry yg tinggi, maka sy pun membuang masa lah utk meminta bantuan en gugel bg mengetahui apakah sbb kacang goreng itu dinamakan sebegitu canggih. Nah. Baca sini utk tahu lanjut. Haaa... Berdasarkan entry tersebut dan bbrapa penemuan lain, maka tahulah aku bhw Sempalit tu adalah nama tempat (kot) di Raub, Pahang. Nak cari sejarah di sebalik nama sempalit tu? Ah. Lain kali lah. Dah jumpa kang, nnt ai hapdet okkeh! huuu~

2. Saya Kacak?
Taklah. Saya cantik dan ayulah. Manade kacaaakkkk...hek! Dulu masa muda remaja zaman2 masih perlu pegi skola, mak kata aku punya perangai macam jantan. (ganasnye bunyik!hahaha.layankan je) Sbb semua pon BOLEH bg aku. Tagas kata org. Lemah lembutnya kurang. Sungai, paya, parit, kebun getah, pokok mangga, rambutan, langsat semua aku redah. Lombong je tak jumpe tym tu. Luka kudis toksah cite lah. Layan je sume. Masa main bola utk kejohanan skolah pon, pantang kne jentik. Abislah pihak lawan tu aku rempuh. Biarlah tak berapa berlemak, tp jgn main lah dgn siku dan kaki aku. (ceh!mcmlah hebat sgt bunyi kan...wek!)

Lepas arwah abg aku meninggal pun, mak kata aku punya perangai byk ikot arwah. Kire mak menguatkan lg lah yg aku ade perangai2 lelaki semulajadi. (Heh...Apakah?angkat2 kening.) Time mula keluar rumah utk melanjutkan pelajaran (chewah.mcm cerita gadis kg yg gigih kan?wek!), mak abah dgn sng hati lepaskan aku berdiri di atas kaki sendiri yg lebar dan lepek ni. Huuu~actually, takdelah sng ati sgt. Nama pun ank pmpn, kmpem lah risau mesti ade. Tp lebih mempercayailah.

Lantaran itu, aku pon berfikir2. Lama belek2 muke, buat aksi2 pastu tacap2 sikit dpan cermin pada suatu hari tu. Pastu... *ching3!* "A'ah la.ada sikit2 muka lelaki. oh-em-geeee!" Last week, adik aku a.k.a Gendut tu knon2 jd artis lah melakar potret (lah sgt!) aku mse tgh tgk tv. Lantas die bersuara, "Ni bukan cantik. Ni kacak." *puk!* hamik ko! Tak syg mulut! Bak meh sini tgk!


Ni bukan kacak. Cantik pun bukan. Ni tua kerepot! Cis!
Hampeh punya Gendut! Nampak sgt kau tgn kayu! Hish! Ala. Takpelah. Kacak ke cantik ke. Laki ke pmpuan ke. Ni namanya ciptaan Tuhan. Syukurlah yg diberi ni alhamdulillah sempurna dan masih belum ada kecacatan apa2 atau kekurangupayaannya. Eh, tp sies sy tidak KACAK, tp CANTIK dan AYU! (ahahaha. Masih tak boleh terima hakikat ke?wek!). Chop3x! Kacak=cantik dlm bhs sarawak lah. Haaa~ok2. terima dah terima. Hihihihihi..~

3. Puasa 6: Ultimate Rayaaaa!!
Heh! Dah 30 syawal, baru nk celebrate ultimate raya? Eh, maaf. 29 syawal dah setel okkeh! Konon2 nk buat smbal kcg smlm mkn ngn ns impit sedaplah nye oooi! Pastu sbb malas dan memikirkan makan pun sorang2 jd terus posponlah. Lagi pun, arini ade Prasarana's Eid Celebration. Haaa~ raya kat Seri Pacific Hotel lah. Hebat tak? Hebat tak punya ultimate raya tahun ni? Hehe. Alhamdulillah. Ok. Lepas ni smbg pose ganti okkeh. Kang dah hujg2, lupe tak sempat sia2 je!

ok. bai. cukup cebis-cebus. bai. assalamualaikum!

Monday, September 26, 2011

30 Hari Mencari Cinta.

Siapa tahu itu yg dicari
Siapa tahu itu yg ditunggu
Siapa tahu itu yg terbaik
Siapa tahu itu juga yg terindah
utk dikhabarkan
Bismillahirrahmanirrahim
Biar mula ada Allah dengannya
Mudah2an Dia tunjukkan jalan...Amin.

p/s: Misi mencari dalam redha Allah. InshaAllah. (mode: seram sejuk.)

Friday, September 23, 2011

Gagal yg Ditempah.


Siap highlight bulat merah tu...!
  
What else to say? Try again next time (perhaps). Kecewa? InshaAllah tak sbb sendiri yg tempah tiket kegagalan ini. Ahahaha. Dah2. Sambung koje! =) Eh, kejap. JPA cmne? Ahaha. Tu pikir esok lah! Bai. Yang berjaya, selamat berkhidmat kepada negara. Eh, salah2. Selamat menjalani ujian seterusnya. Bila ada rezeki lulus, biar jd pekerja gomen yg berhemah! YOSH!

Thursday, September 22, 2011

Love Note.

"I have sent you love note. Did you received it?"

Ah. Gilo. Ini post senget namanya! Abaikan. Ok. Bai.

Lebih baik menumpukan perhatian pd hidup di depan skrg daripada mengejar pd hidup yg belum tentu adanya. Sekurang2nya kehidupan yg didepani skrg menjanjikan kehidupan masa depan. Yang belum pasti itu tentu saja bersifat sementara. Merancang bukan tak boleh. Tapi biar realistik dan sentiasa ada keyakinan pada Allah yg utuh! Sekian, terima kasih. Sila datang lagi. Assalamualaikum!

Tuesday, September 20, 2011

Jual ikan?

Kalau di pejabat, kita boleh berlainan pendapat dan mungkin sampai naik tegang2 urat tengkuk urat muka dengan rakan sekerja ataupun bos sendiri utk menegakkan pendapat masing2. “Saya resign. Buat la sendiri!”

Kalau di rumah, kita boleh bermasam muka dan berkecil hati dengan pendapat dan tatacara ibubapa kita yg pd hemat pemikiran kita sendiri tidak memahami keadaan, keperluan dan kemahuan kita sbg anak mereka sendiri. “Ah, dia sahaja yg betul!”

Kalau soal rumahtangga, laki bini pun boleh bercakar2an bertumbukterajang sampai berpaling sorang ke timur dan sorang ke barat semata-mata kehendak isteri utk membeli sebuah kabinet baru yg mahu dipenuhi telah dihalang sekeras2nya oleh suami yg pada hematnya yg dirasakan yg terbaik bhw kabinet tersebut tak patut masuk dlm list keperluan rumah. “Saya nak kabinet tu lah! Nak!”

Kalau dengan adik-beradik, kita boleh sampai berdendam tak bertegur sapa bertahun2 dengan saudara sendiri atas sebab2 kecil kerana mempertahankan hak yg dirasakan hak itu mmg adalah haknya yg mutlak dan tak boleh disentuh sesiapa waima saudaranya yg lahir satu rahim dgnnya. “Tanah ni mmg aku punya! Atas nama aku. Over my dead body!” Uik. Pandai terus berbahasa Inggeris. Haaa~

Hem, apatah lagi kalau dgn kawan2 mahupun jiran tetangga. Pantang terpercik setitik air siraman bunga ke lantai laman rumah, habis diungkit semua air longkang, air basuhan, air mata air (eh masuk ak ke?) dan segala mcm air yg pernah masuk (tak sengaja pun) dlm rumah kita. Pantang terambil pensel sebatang yg tak dipulang2, abis semua ilmu dikongsi dulu masa exam final semester diungkit abis2an. Silap2 boleh hilang nyawa kalau dah yg dikacau tu isteri sendiri. Opps! Itu terlebih sudah.

Marahnya pada org2 tu semua macam tak siapa pun nak faham! Penat tau marah ni! Jantung rasa tak reti berhenti. (mmg la.kalau berhenti, kne pggil imam dn org kampung solatkan lah!haaa) Huh. (Ok. Kool down balik. Mari sambung cerita utama.)

Keperluan, kemahuan, keinginan semua tu ada dlm diri setiap manusia. Sbb dlm hidup ni, semua org ada matlamat dan impian yg nak sgt dicapai sblm mati. Ada org yg jenis: “Tak kira apa cara sekalipun, I want it done!”. Ada org yg jenis: “Yea2. Dia kan ketua keluarga, dia ade superiority. Dialah menang. Dialah betul.” Ada juga jenis org: “Ini hari kau. Esok kne balik kat kau, lantak aku nk tolong!” Yg lg hebat, jenis org ni: “Allah tu kan Maha Adil. Sabar itu cantik.” (dlm hati org lain, tgklah smpi mane sabar kau boleh pergi.)

Ah, bukan mudah utk sampai tahap manusia yg terakhir tu. Yang sabarnya tinggi dan hanya yakin sepenuhnya dengan janji Tuhan. 99.99% manusia definitely dan sure pastilah akn bertukar menjadi penjual ikan (selfish) semata2 mahu memastikan matlamat kehidupan yg telah dirancang sebaik2nya (pd hematnya lah!) dapat dipenuhi sblm mata tertutup. Tapi lupakah manusia (mmg lupa lah tu), bahawa matlamat kehidupan di dunia ni kan utk redha Allah dan mengumpul bekal sebanyak mungkin utk kehidupan akhirat kelak. Habis dah semua org nk di”jual ikan”kannya, tentu2lah ada hati yg terusik, terguris, terluka dan mengundang marah dan ketidakredhaan manusia lainnya. Dah kalau manusia tak maafkan kesalahan dan kekhilafan kita, bayang shj lah nasib di akhirat kelak. Tergantung2 urusan di sana tah ke mana harus menghala. Syurga ke aku, neraka ke aku?

Kata puan Martinelli Hashim dlm tulisannya, “Semakin berilmu, semakin tawadhu’.” Klik sini utk baca lanjut. Kalaulah manusia tu boleh kurangkan aktiviti men-jual ikan-nya dan cuba memahami keperluan kehendak kemahuan org lain, kan ke dunia akn kurang manusia2 yg sakit jantung yg stress sbb asyik tahan marah tak puas hati je memanjang. Kalaulah manusia tu boleh tahan sabar sikit dan berubah kepada kebaikan dgn melihat sesuatu ketidaksefahaman dan ketegangan urat yg berlaku mungkin berpunca drpd silap sendiri, kan ke dunia akan jadi lebih aman dengan memaafkan dan berkasih syg antara satu sama lain.

Pokoknya sbg Muslim, solat itu kena dijaga. Dlm kuliah ramadhan lepas, dikhabarkan dan diingatkan bhw solat itu pendinding dan pembersih jiwa. Apa yg didindingkan? Muslim mu’min yg menjaga solatnya seharusnya dgn solatnya itu akan mampu mendinding diri drpd melakukan perkara2 mungkar dan meningkat kesabaran dlm diri. Apa yg dibersihkan? Jiwa yg rosak yg penuh amarah, hasad, riak, tamak dan sewaktu dgnnya. Solat itu kan melatih diri utk malu di depan Tuhan. Malu itu kan imam yg akan memimpin diri menjadi mu’min yg terbaik.

InshaAllah. Mari tukar kerja. Jangan asyik sibuk jual ikan je. Buat malu je jual ikan kalau yg dijual tu semuanya busuk2 belaka.

Wednesday, September 14, 2011

Lalong's Becoming Day-to-Remember!

Ah. Macam mimpi. Harinya hampir tiba. Tp ni bukanlah hari penamat zaman kebujangannya yg sebenar. Mostly dah hampir2 ke garisan penamatlah.

Rasanya mcm baru je kami semua habis skolah. Sepertinya baru jap tadi tukar seragam sekolah yg busuk masham tu.
Rasanya mcm baru je kami berdua menghabiskan tahun2 penuh cabaran di menara yg katanya bergading2. Bukan baru jap td ke kami berdua lari2 tepi tasik maryam, bakar lilin malam2 utk ulangkaji pelajaran, masak2 tnpa kebenaran di hostel dan makan seperiuk bersama (literally seperiuk.hirup terus dr periuk tau!), dan nanges tawe same2 melalui hari2 pencarian gading di menara itu?
Aih. Rasa juga mcm baru jejap tadi kami borak2 psl rncgn masa depan, kahwin, suami, anak, rumah, yg suke yg tak berapa suke ttg setiap kemungkinan hari2 mendatang.
Besar dah rupanya kami semua. Tahniah (in advance) la yeh, lalong. Nnt reunion kat umah ko 17hb Sept. ni. hehuuu~

Didoakan semoga semuanya berjalan lancar dan ikatan yg ingin dimeterai kekal utuh ampuh dan tidak dpt dipisahkan sehingga hujung nyawa.


Selamat-Bakal-Menjadi-Tunangan Orang, Cik-Bakal-jadi Puan Lalong!


Monday, September 12, 2011

Biar Kecil Sempit tapi Harus Menyenangkan.

(Sambungan catatan hidup bujang.)
Rumah. Tujuannya ada sbg tempat berlindung dan perlu menyenangkan. Ah, lepas berbulan2 kotak kecil itu tidak didekorubah, weekend lepas operasi berlangsung. Resdung. Ya Allah. Itu mmg aku tewas. Dua hari cukup menyeksakan. Kesannya, isnin pergi ke pejabat dgn kulit di bhgn idung kering kontang mcm tanah gersang kekurangan air di musim kemarau dan kulit muka di sekitarnya juge menjelikkan. Ah. Tak kisah. Nanti baiklah tu. Yang ptg, rumah sudah jauh lebih bersih, kemas dan berbau segar. Oih, kalau mak mentua nk mai tym ni pon ai tak kesah dan berhidung kembang! hahahaha.

Rumah Bujang. Tak perlu besar. Biar kecil sempit, tak apa. Yg ada di dalam, biar sekadar yg mencukupi tak perlu lebih2. Ukur semua kne ikut tebal isi poket sendiri. Seorang walau dlm ruang yg sempit kecil, tetap akan rasa LUAAAS sangat. Masih kosong. Tapi kalau temannya ada walau seorang, alhamdulillah dah melengkapi dan berbaloi semua kerja2 mengdekorubah.

Transformasi itu perlu. Semangat menjadi transformer bkn mudah didapati. Once it comes, grab it and do it full-heartedly. Eh, kenapa mcm nk tiru program transformasi negara je ni? Ahaha. Bolehlah kott.

p/s: Bakal anak2 ibu, jgn risau. Nanti ibu pasti rajin mendekorubah. Tapi siapa buat sepah, tahulah nasib masing2. Hahaha. Tarik muka umpama Mak Dara @ Ibu mertuaku 1962. Humph! (Tak ingat cerita apa? Klik kat link tu. Kalau tak ingat gak, babai je la. Bayang je la muke ai yg dah sedia garang ni. Hah!)

Tuesday, September 6, 2011

Adakah Ini Mimpi?

"Saya rasa macam mimpi. Saya keliru. Kenapa tiba2 ramai orang? Saya mimpi. Bila bangun, dia pasti di sisi." Tapi apabila terjaga....(Senyap).

Sayu hati sy mendengar kata2 salah seorang sahabat terbaik saya. Dia insan penyabar. Dia insan paling murah senyuman dan paling susah marah. Dia perempuan yg sgt cekal dan sering mampu menyenangkan semua yg berada di sekelilingnya. Tp malam pada 3 September 2011 lepas, saat bahang Syawal 1432H masih dirasai dan dirai di seluruh dunia, dia mengadu dlm esak tangis. "Yuz, mak dah tak ada."

Berada dlm ketidakpercayaan dan masih terkejut, sy cuba menenangkan beliau tp hati gagal menahan sebak dan pilu. Ibundanya telah tiada. Ibunya yg baru 3 bulan sblm itu sy temui di mjlis perkahwinan kakak sy telah pergi menghadap Illahi. Sepanjang pengetahuan sy, Allahyarhamah seorang yg sgt kuat, tegas, sentiasa menjadi rujukan anak2 tercinta dan sgt menyenangkan apabila berbual dgnnya. Namun, Allah lebih menyayangi beliau. "Allah sayangkan mak yuz. Allah nak mak berehat. Mak penat, Yuz."

Pd hari pengkebumian Arwah, sy sempat menziarah. Dan shbt sy itu masih lagi dgn riak wajah ketenangannya. Walaupun hatinya ternyata pedih dan sedih dlm kepayahan menerima pemergian insan tersayang, dia kekal cekal demi ayah, adik2 dan orang lain yg memerlukannya.

Dan pada lewat ptg usai pengkebumian arwah, sahabat sy menghubungi sy dan berkata, "Azah baru bgn tidur. Azah ingat td semua cuma mimpi... (senyap)." Allahuakbar. Berat dugaan ini ya Tuhan. Aku mohon Kau berilah kekuatan pd dia dan seluruh ahli keluarganya utk mereka menerima ketentuanMu ini, Ya Allah.

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Suryati binti Dalimin. Ibunda kepada Norzahriah binti Mukibah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org2 solihin. Al-Fatihah.