Awal tengah malam semalam sebelum saya berkeputusan untuk tidur awal, sempat lagi membenarkan mata malayari ruang maya sehingga sy menemui satu gambar yang di"tag" atas nama kawan2 saya.
Topik perbincangannya simple, "bagaimana lelaki dan perempuan dibezakan dr segi complexity nya". Tergelak saya membaca komen2 yang tertulis membincangkan gambar itu...Yang lelaki keep on saying that betapalah lelaki itu simple,mudah dan betapa la perempuan itu sgt complex smpi susah nk faham... Yang perempuan pula keep on saying yg simplenye lelaki tuh la yg menyebabkan lelaki juga sukar nk difahami perempuan...hahaha~saya pon berfikirlah bila usai membaca semua komen tu...Kenapa manusia ni slalu mencari perbezaan yg memang jelas ada? Menagapa tak pernah nk mencari titik persamaan yg dimiliki antara lelaki dan perempuan yeh? Bukankah itu akan menyebabkan setiap individu menghormati dan menghargai kehadiran masing2 kan? Saya telah sampaikan apa yang patut...Buat yg mahu berfikir seperti saya, alhamdulillah...Yang masih mahu mempertahankan kehebatan perbezaan masing2, silakan....Itu hak anda... :)
Dalam misi menyiapkan assignment dr tempat praktikal, skali lagi sy melayari facebook dan 'u noe wut'? Sekali lagi topik gender ini diperdebatkan....kali ini soal poligami..hahaha...sekali lagi...Satu topik yang xkan ade kesudahannya...
Sekali lagi saya tergelak...Berjela ramai manusia yang komen di bwh gambar tersebut...ya, masing2 ada pendapat tersendiri...Untuk topik poligami ini, selagi syariah tidak dilanggar dan keadilan bisa dilaksanakan, maka teruskanlah...Sangat banyak kot contoh keluarga Islam yg berpoligami yang bahagia..Kenapa? Asasnya mudah...Fahami syariah, laksanakan keadilan, dan menghormati satu sama lain...InsyaAllah..Seautu syariat dan sunnah itu bukan sia-sia diwujudkan Tuhan...Ada matlamat dan rahmat yg dibawa terutama bg mereka yg mahu berfkir dn tidak hanya mengikut nafsu...
"Ada manusia yang berbicara untuk menang...Ada juga manusia berbicara untuk menyampaikan...Ada pula manusia yang berbicara kerana mahu berbunyi (mengarut!tiada isi.)...Yang mahu berfikir, itulah yang terbaik...~"