Selalunya saya memilih untuk bertindak sendiri walaupun dalam kebanyakan hal, saya akui kdgkala saya adalah seorang yg penakut dan pengecut (aahh..bahasa sebenarnya mungkin terlalu malu tak bertempat).
Selalunya saya memilih untuk mengambil keputusan saya sendiri atas keyakinan saya telah mampu menimbang baik buruk keputusan saya dan saya sudah bersedia untuk menghadapinya sama ada baik atau buruk...
Selalunya saya akn memilih untuk menyelesaikan masalah saya sendiri tanpa membabitkan org lain terutama sahabat2 baik saya mahupun ahli keluarga saya. Bukan saya sombong dan tidak mahu ditolong...Tapi saya cuma mahu menjadi insan yang bertggjwb akan setiap tindak tanduk saya.
Selalunya apabila masalah saya semakin rumit, saya akui, saya akn menjadi seorang yang "ignorant" dan mgkin lari dr mslh saya itu...Tidak lagi mengambil kisah akan kesan2 yang mungkin terjadi...Benar, saya tahu sikap ini sgt tidak baik...Dan, alhamdulillah, selalunya saya pasti akhirnya akan kembali untuk menyelesaikannya...It is just a matter of time... :)
Tapi, apa yang terjadi selalunya...Bantuan seringkali tiba tnpa diminta...Bantuan seringkali datang walaupun saya seringkali sgt susah meluahkan kata untuk memohon pertolongan drpd orang lain...Lantas, termenung saya dan duduk sejenak memikirkan mengapa ini terjadi...
Adakah Tuhan mahu memberitahu saya, "Tidak salah jika kamu memohon pertolongan. Asalkan benar caranya dan berhemah cara mintanya..."
Adakah Tuhan mahu memberitahu saya, "Ada insan lain yang perlu tahu akan setiap tindak tanduk kamu terutama mak abah dan org2 tersayang kamu...Mereka berhak untuk tahu..."
Adakah Tuhan mungkin mahu memberitahu saya, "Inilah caranya Tuhan membantu hamba2Nya...Bantuan seringkali dtg tnpa disgka2.. Agar apabila kamu diuji lagi, yakinlah Tuhan ada bersama kamu sentiasa.."
Ooohh...lantas saya berkonklusi...Tuhan sayangkan saya...Orang2 yang menyayangi saya terutama mak abah saya, keluarga saya dan sahabat2 baik saya juga sygkan saya dan sgt memahami saya...Benar..Itu adalah sesuatu yang jelas dan nyata... Walaupun tanpa kata (permintaan "tolong"), mereka sanggup juga bersusah untuk saya...Saya tahu hakikat itu dan kerana itu, saya memilih utk tidak menyusahkan...
Saya berniat tidak mahu menyusahkan orang sbb saya tidak mahu kehadiran saya mendatangkan beban kepada sesiapa. Saya tidak mahu orang lain menjd jelak dan mgkin jelik terhadap sy yg meminta2... Saya tidak mahu kewujudan akn kesusahan saya menjd sebab org lain menjadi susah juga... (ah-ah-ah...ayat saya dah berbelit2... =P)
Pada yang sanggup dan telah bersusah untuk saya, maaf saya mohon kerana saya akhirnya "termenyusahkan" kamu semua... Maka, dgn ini, saya menawarkan diri saya untuk disusahkan kembali agar rasa bersalah saya dpt dikurangkan... Terimalah tawaran penyusahan saya ini tnpa keraguan... Tapi, awal2 saya mohon maaf jika penyusahan yg saya tawarkan ini kdgkala ada batasnya kerana saya juga manusia biasa...
"Apabila ada yang sanggup bersusah untuk seseorang, SAYANGkah yang mahu ditunjukkan? Kerana ada yang mengatakan - Seseorang itu tidak akn betah membiarkan org yg diSAYANGinya berada dlm kesusahan... Dgn kemampuan yg ada, dia pasti akn mencuba..."
No comments:
Post a Comment