Saturday, May 22, 2010

Kaki membengkak kerana lebah..

Setelah sekian lama cik2 dan encik2 lebah bertandang ke rumah kami pd setiap subuh hari, hari ini mereka semua bertandang pd petang hari kami pulang dr tmpt kerja dan bersedia utk mkn malam yg serba kebujangan...Rancangan masakan pd ptg td dijalankan tnpa langsung menghiraukan sang lebah2an yg byk dtg menghurung lampu kalimantang di atas dapur rumah kerana yakin mereka tidak akan menyerang spt hari2 sebelumnya...

Ternyata telahan kali ini meleset dan nyata juga sang lebah2an itu semua dlm keadaan mereng, kelam kabut, atau marah mungkin apabila kediaman syurgawi mereka dikacau asap putih tebal hasil semburan jabatan kesihatan bg membasmi satu lagi makhluk Tuhan berbadan belang...

Kesannya?uuuh...hampir 8 das serangan diterima dan kaki kiri yg menerima das plg hebat membengkak pd malam ini...uuuhhh...~ [dn sakit juge..huk3~]tp hero kene berlagak kool...hero kene slalu chill...maka mana2 minyak yg dirasakan bersesuaian, menjadilah bahan penting utk disapu di tmpt kejadian bg menyurutkan bgkak dan rse bisa2 sikit itu...

Tahu x apa yg saya fikirkan natijah drpd serangan berdas2 ini? Pertama, saya menjadi semakin yakin bahawa siapa jua atau apa pun juga yg bernyawa apabila dirasakan haknya, penguasaannya dan keharmoniannya yg dibina terasa digugah tnpa keseganan, maka bersiap sedialah pihak yg membuat kegugahan itu..Yang lebih hebatnya, bukan pihak itu shj akan menjadi sasaran...Yang tidak bersalah juga akn berketempiasan..uuuhhh...~sarang lebah jgn dikacau, kelak kakimu yg membengkak...nasib baik kaki...kalau mulut?mata?idung?ooohhh...sgt mengharukan!hahahahaa =))

Menariknya, macam2 petua lah yg saya dapat bila sengatan ini berlaku ke atas saya...Ada seorang teman mengatakan cecair perut lebah yg berwarna kuning likat itu mampu meredakan rasa bisa pd tmpat sengatan itu apabila disapukan di tmpt yang hak...Ada pula seorang sahabat yang menyatakan bahawa elok tmpat yg menjadi sasaran peluru berpandu tersebut di'salai' berhampiran api [tnpa menyebabkan sbrg kebalaran terjadi], bagi mengurangkan rsa bisanya...oh-oh-ho...kedua2nya saya x mencuba lagi...tp jika sehingga pg esok ketika sy sdg mahu menikmati bubur kacang bertotolan dgn roti gardenia, rase bise dan kebengkakan ini masih wujud, maka antara keduanya akan saya pilih...aduuuhhh...~

Tambah menarik lagi, walaupun saya berdepan cabaran cik2 dan encik2 lebah yg seakan2 melakukan amukan bersengatan, misi memasak pd ptg itu utk mkn malam berjaya dilaksanakan dgn jayanya dan dengan kejayaan juge lauk2nya habis disentap rakan2 taulan serumah [termasuk diri sendiri..!hahaha~]

Jadi sengatan kesakitan terhadap orang yg hebat dan sentiasa mampu berlagak kool ini telah mampu membuatkan saya berfikir dan menambah ilmu...Terima kasih, Tuhan...Alhamdulillah...

"Carilah hikmat dlm setiap kejadian Tuhanmu...~"

No comments: