Thursday, November 25, 2010

Serunding Daging Sukahati

Tadaaa~ Serunding Daging extra Hot! :p


Kasi close up sikit.


Ini real close up! Menarik kan??hihi~

Yeah! Amacam? Menarikkan? (ahaha~tiba2 rasa macam nk puji diri sendiri lak...gilos!) Ooohh... Anda tidak akan tahu apa perasaannya apabila anda berjaya menyediakan hidangan paling leceh di alam semesta! (aiyaa...lebih2 pulak...! :p )

Serunding daging yg enak bila digandingkan dengan ketupat palas (Walaupun ia tupat palas segera. Beli yg paket. Smpai umah, rebus dan hidang! Hahaha~) memang menepati citarasa yg unggul! Uhhoooo~ mahukan resepinya? Ini sy tibai ikot suka jeh sbb mak (sifu utama sy) pun sudah hampir-hampir lupa resepi sebenarnya. Maka dengan yakinnya, sy kaut segala rempah ratus yg sy agak2 berkaitan lalu dijadikan serunding ini. Ahahha~ rasanya tidak mengecewakan. Percayalah!

Serunding Daging
Bahan-bahannya:
2 kg daging (direbus sampai empuk dengan 2,3 keping asam keping)
Sepaket ketumbar (beli dalam RM2 cukup kott~)
Sedikit jintan manis dan jintan halus
secubit lada hitam dan lada sulah
10 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
2 tangkai serai
sedikit halia, lengkuas dan kunyit
15 helai cili kering
sedikit air asam jawa
2 sudu besar serbuk cili (optional)
satu sudu besar cili flakes (yg ni optional gak.tak nak letak pun tape!)
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.  Ketumbar, jintan2, lada hitam dan lada sulah di-blender kering sampai halus.
2.  Daging yg dah direbus empuk, disiat-siat mengikut urat-uratnya. Kalau mampu bg daging tuh halus mulus, anda memang hebat! Haha~
3.  Start dr bahan bernama bawang merah sampai lah cili kering, di-blender juga dgn air secukupnya sampai lumat.
4.  Tuang minyak dlm kuali. Masukkan bahan no.3 dan tumis sampai naik bau.
5.  Masukkan pula bahan no.1, air asam jawa, serbuk cili, dan cili flakes dan teruskan menumis sampai betul-betul rasa naik minyak. Garam dan gula jangan dilupakan.
6.  Bila dah betul-betul naik minyak, campaklah daging siatan anda tadi.
7.  Gaul rata dengan api yg kecil dan sentiasalah dijaga dan digaul agar tidak hangus! Pastikan serunding anda benar-benar kering supaya ia tahan lama!
8.  Rebus ketupat palas segera mengikut arahan pada paket. Angkat dan toskan.
9.  Sedia dimakan! Nyum3~

Wednesday, November 24, 2010

Bumi Cinta

Belum habis baca lagi tapi rasa menarik ceritanya. Kadang-kadang ketika asyik mahsyuk membaca, rasa macam baca novel karangan RAM lah pulak. Hahaha. Over! Ini bukanlah cerita thriller tapi yg membuatkan sy merasakan bumi Cinta ini umpama karya Ram ialah mungkin kerana gaya bahasanya dan jalan cerita Ayyas (watak utama) yg sangat banyak teruji di Moscow tu. Sesekali terasa seperti membaca ADAM pula. (Terbawa-bawa. Haha)

Kulit buku Bumi Cinta. (Resourse)

Perjuangan Bumi Cinta berkisar pada pencarian kebebasan. Semua orang mencari kebebasan. Pada makna dan rasa kebebasan yg ditafsirkan sendiri. Apa itu bebas? Menjadi kaya berharta tanpa ada sebarang ikatan iman dan kepercayaan? Mampu melakukan apa sahaja tanpa ada sebarang ikatan undang-undang dan hukum? Menjadi terkenal dan diminati ramai orang? Ataupun bebas itu adalah dengan merasa aman dengan rasa berTuhan yg teguh dan kukuh? Atau terbatasnya perbuatan jahat dengan rasa bersalah dan malu terhadap zat Allah yg Maha Agung? 

Apabila disoal tentang, "Apakah mulia sisi Muslim itu apabila ketika solatnya sampai meletakkan diri serendah2nya dengan perilaku sujud?", apa jawapan yg tuntas kepada serangan ini oleh seorang yg bukan Muslim? Apakah rasanya apabila dikhianati oleh manusia lain apabila setelah sekian lama diri menjadi baik dan sentiasa husnuzon walaupun seringkali dalam jaganya mahupun tidurnya sehari-hari diri sendiri yang dihina dicaci hanya kerana imannya yg utuh pada Tuhan nya yg Maha Esa? Dan apakah pantas diri yg lemah pada persoalan nafsu, didepankan dengan "peluang dan ruang" yg sentiasa terbuka utk merasa nikmatnya nafsu dengan membelakangkan Tuhannya?

Manusia, setiap satunya pasti ada bahagian ujian kehidupannya sendiri. Berputar pada paksi keyakinannya, Allah pasti sahaja akan mendatangkan ujian pada tahap kemampuan mahusia itu sendiri. Ya, Allah bukanlah zalim pada hamba-hambaNya. Penyelesaianya, manusia itu sendiri yang perlu menentukannya kerana jalan ke arahnya sentiasa sahaja Allah bukakan utk dipilih. Mahu yg baik atau sebaliknya. Ayyas sendiri terlalu banyak ujian hati, iman, moraliti dan keyakinan didepankan padanya. Sejauh yg saya telusuri, Ayyas cukup ampuh dengan setiap dugaan yg dilaluinya. Iman juga pilihannya. Ya, dia mungkin dijadikan penulis sbg ikon ideal si pelaku watak utama novel ini. Tapi diambil pada sisi yg positif, semua Muslim yg beriman sepatutnya ada kekuatan umpama itu utk terus berdiri teguh pada keimanan yg selama sehari-hari hidupnya syahadah itu diperbaharui. Pokok pangkalnya, ilmu yg berguna.

Haaa~itu antara banyak persoalan-persoalan yg timbul dari Bumi Cinta. Rasa menarik utk dikupas lanjut. Mungkin saya dah terlambat baru nk mula membaca hasil buah tangan habiburrahman ni tp 'it is better late than never' kan? Hihi. Mahu kupasan lanjut, sila dapatkan sendiri Bumi Cinta sebagai koleksi. Menyesal atau puas hati? Itu anda tentukan sendiri. Selamat menbaca! :)

Wednesday, November 10, 2010

Aku nak ketawa.Ini mmg ajaib!

Sebelum apa-apa, baik kamu-kamu baca dulu post dari blog laksamana bentan ini. Klik sini utk baca. Seriously, tiba-tiba lepas sesi beramah mesra dengan member baik dr "jaman" sekolah, ini yg aku jumpa. Dah la lepas sesi penuh "emosi" (emosi lah sgt kan...siap kutuk mengutuk lagi dan ketawa besar2..emosilah kan...~hahaha) dan2 la pulak terbit ubat mujarab utk mendatangkan ketenangan dan ketenteraman jiwa... Nak tahu? Meh consult personally dengan aku. Baaeekkk punya aku bagi nnt! Hahaha~ Siries! Memang nk ketawa, dan ini memang ajaib lah!

Part paling terkesan dalam blog en Laksamana itu, yang ini:

"Well, apabila seseorang yang you all sangat harapkan untuk jatuh cinta tetapi tidak menjadi…of all you know, it is not because of you personally. Maybe you sudah lakukan yang terbaik dalam hidup you tetapi…tiada BAUAN yang serasi, tiada NAFSU semulajadi yang menarik, dan mungkin tiada hormon yang memberitahu OTAK nya yang anda adalah cintanya…

Semua ini tidak dikawal oleh orang yang anda minati itu, tetapi semuanya sudah ada didalam diri masing-masing sejak azali. So, kalau dia tak berminat tu, or dia kata nak ambil masa ke, or dia nak berkawan sahaja tu…that is mean TARIKAN SEMULAJADI itu sebenarnya tidak ada. Jadi, tak perlulah bersedih."

Sedih? Haha~ LOSER gila lah kan sampai nak sedih2 bagai. Tp kecelaruan fikiran tu adalah timbul juga. Huuu~ Ini mungkin hanya suatu kebetulan, tapi kan ke lebih baik kita jgn jadi org yg tak berapa betul, mereng dan sewel sampai nk terfikir itu dan ini yg bukan2, nak sakit kepala tak tentu pasal, nk sakit hati tak kena punca, nk garuk hati dan tiba-tiba nk give up tak semena-mena kerana mende yg sebenarnya simple and under control kite sendiri nih. Seriously, not worth it. Mungkin ada banyak pertimbangan bg sesetengah kes tapi lebih baik fokus pada mende yg lebih bermanfaat dan lebih mendatangkan berfaedah drpd duduk tercanguk memikirkan benda yg tak pernah nk pasti. Come on lah! EGO itu kena dibalas dengan pernyataan LIMIT dan PRIDE. Move on lah! Orang yg perasan lebih2 ni lagilah bahaya okkeh! Jadi, silalah bangun semua dan bergerak! Ayuh!

Chommel dan Kiyut je kan?
Haaa...~ Kalau mampu nk jamin cinta tu sampai ke akhir hayat macam uncle and aunty chommel and kiyut kat gambar nih, teruskanlah. Tapi kalau awal-awal dah dapat macam-macam excuses kau kena hadap, uuhhmmm... Forget it! Berkawan sahaja lebih baik. Itu lebih menarik utk dipertahankan...! Kau mesti tak sanggup hilang kawan yg baik kan? Lebih-lebih lagi kalau dia memang tak pernah lah nk treat kau yg sampai tahap menghina kau kan... Jadi kalau dapat dipertahankan friendship itu, it would be nice. Sbb berkawan ada byk batasnya dan tiada nk sesak2 fikir pasal komitmen! Kan? Kan? Kalau dah memang jodoh kau dgn dia, no worries.. Kau akan jumpa balik dgn dia pada sesi yg lebih nyaman, aman dan damai. Bau, Nafsu dan Otak tu punya kesan mungkin lambat kott. Hahaha~ Tapi percayalah, janji Allah itu pasti!

Friday, November 5, 2010

Ok.Selesai fasa 1!

Alhamdulillah, fasa satu utk menghilangkan masalah itu telah selesai dilaksanakan. Siap ada semua checklist bagai. Haha. Mmg betul2 bersemangat! Good sign, I guess. Mudah2an jika ada rezeki saya di mana2 (dan sy sgt yakin akan itu), akan hadirlah khabar gembira utk saya. Jika tiada, maka tibalah masa utk memperbaiki dan meningkatkan usaha. Tuhan mungkin ada perancangan lebih baik utk saya. Sila jgn putus asa dan putus harap. Dan alhamdulillah juga saya dapat mengatasi rasa kebodohan dan ketidakhebatan itu dgn terlancarnya misi ini!

Berubah?Anda sendiri tentukannya!
(Source of picture: Click Here. A good source of reading.)

Yeah...! Change is all about yourself! Nobody can make any change on you until you decide to do so and move on! Vroom...vroom...~ The engine has cranked with high efficient torque and now it is still running smoothly as desired and I am ready to accelerate my pace... Semangat! Semangat utk hidup! Yuhuuu~

Wednesday, November 3, 2010

Hasil Tekanan Perasaan

Ahaaa...saya tak tahu apa kena pada saya ini... Orang bertekanan perasaan tak akn buat mende macam ni kott... Hahahaha~otak sedikit mereng. Dan hasilnya...taraaaa...~

Kek Lapis Horlicks

Hahahaha~entah angin apa tah yg masuk... Tiba-tiba rasa nk buat kek pulak. Kek paling leceh di alam semesta lak tuh! Tapi yg syoknye, bila dah dipotong dan melihat lapisan-lapisannya.. It's like a soothing therapy, you know! Tak sia-sia sy abiskan 4 jam saya kat dapur!hahaha~

Nak resepi? Hamik nih!


Kek Lapis Horlicks
Bahan-bahan:
2 buku butterchurn (lau nk jimat, guna 1 buttercup 1 butterchurn.hahaha.tinggalkan sikit utk greasing.)
10 biji telur ayam
1 paket (200g) Horlicks
1/2 tin susu pekat
1 gelas gula halus (beh kurg dalam 120g cukup kot)
200g tepung gandum (diayak bersama horlicks)
2 sudu esen vanilla
1 tin kecil seri kaya

Cara membuatnya:
1.   Pukul butter n gula sampai kembang
2.   Dah kembang, masukkan telur ayam yg berbiji2 tuh satu persatu. Gaul rata.
3.   Masukkan esen vanilla, tepung, horlicks, susu pekat dan kaya. Gaul kasi rata2.
4.   Kalau nk wt kaler2 mcm trefik lite nih, bahagikan adunan kepada 3 bhgn. Then curah pewarna ikot sedap hati.huhu~rehatkan sebentar adunan. Get ready to bake!
5.   Grease pembakar (yuz gune 9'x9') dan lapik dgn kertas minyak.
6.   Ambil dalam 3 sudu salah satu adunan berwarna tuh, dan ratakan seluruh loyang.
7.   Bakar dlm ketuhar dgn suhu 180deg Celcius dgn menggunakan api bakaran atas. bakar dlm 12-15 minit.
8.   Lepas kuar dr oven, tepek2kan sikit bagi die mampat. Then layer ngn sedikit butter (sikit je tau!byk2 kang lembik keknye. dalam selapis laluan butter sudah cukup.)
9.   Pastu, masukkan lah layer seterusnya.
10. Ulang langkah 6-9 sampailah selesai.
11. Ready to eat!

**Sekurang-kurangnya saya tak buat kerja bangang dan bodoh time tertekan...Lagi boleh bagi org mkn adelah!hahaha~

Tuesday, November 2, 2010

Masalah itu harus pergi!

Tiba-tiba naik pula semangat tengok status sendiri di mukabuku...freak kan kadang2 saya nih?hahaha~lantak!tp ini umpama ada khabar yg patut dikongsi bersama...

"Betul! Masalah datang dan pergi. Tapi masalah tak pergi macam tu sahaja. Kau xselesaikan betul2, dan kau ingat dia dah pergi padahal kau mengundang masalah baru yg lagi haru! Hamik kau! Ingat boleh lari? Jangan jadi pengecut yg asyik berlari tapi jadilah kau hero sejati yg boleh konfron dgn rasaksa hodoh dan jelik! [Fairuzmatori, 2010]"

Malam ini, saya rasa ada semangat baru yg tidak harus disia-siakan. Saya harus mengaktifkan kebolehan saya yg mmg dah tertanam sejak dahulu. Saya harus mengaktifkan misi paling hebat utk hidup saya mulai malam ini!yeahhh...! Tak mahu menjadi bodoh dan tidak merasa hebat kerana perkara yg buang masa itu! Orang dah mengorak beribu-ribu langkah, kau masih menakuk-nakuk di tempat lama... Seriously! Ini semua tanda-tanda seorang yg LOOOOSER!!! Hah! Hamik kau! Sedar diri tuh sikit! (Monolog diri)

Untuk beberapa ketika dan senggang masa ini, org itu hanya mampu melihat saya dari jauh. Saya benar-benar mahu fokus... We'll meet up again when the time has coming back again. Soon, I promise you it won't take a long time (a very serious long time but it still...a time consuming as to be HEBAT again! No offence!). So long...~

Eksyen Kamen perlu bertindak!