Wednesday, November 24, 2010

Bumi Cinta

Belum habis baca lagi tapi rasa menarik ceritanya. Kadang-kadang ketika asyik mahsyuk membaca, rasa macam baca novel karangan RAM lah pulak. Hahaha. Over! Ini bukanlah cerita thriller tapi yg membuatkan sy merasakan bumi Cinta ini umpama karya Ram ialah mungkin kerana gaya bahasanya dan jalan cerita Ayyas (watak utama) yg sangat banyak teruji di Moscow tu. Sesekali terasa seperti membaca ADAM pula. (Terbawa-bawa. Haha)

Kulit buku Bumi Cinta. (Resourse)

Perjuangan Bumi Cinta berkisar pada pencarian kebebasan. Semua orang mencari kebebasan. Pada makna dan rasa kebebasan yg ditafsirkan sendiri. Apa itu bebas? Menjadi kaya berharta tanpa ada sebarang ikatan iman dan kepercayaan? Mampu melakukan apa sahaja tanpa ada sebarang ikatan undang-undang dan hukum? Menjadi terkenal dan diminati ramai orang? Ataupun bebas itu adalah dengan merasa aman dengan rasa berTuhan yg teguh dan kukuh? Atau terbatasnya perbuatan jahat dengan rasa bersalah dan malu terhadap zat Allah yg Maha Agung? 

Apabila disoal tentang, "Apakah mulia sisi Muslim itu apabila ketika solatnya sampai meletakkan diri serendah2nya dengan perilaku sujud?", apa jawapan yg tuntas kepada serangan ini oleh seorang yg bukan Muslim? Apakah rasanya apabila dikhianati oleh manusia lain apabila setelah sekian lama diri menjadi baik dan sentiasa husnuzon walaupun seringkali dalam jaganya mahupun tidurnya sehari-hari diri sendiri yang dihina dicaci hanya kerana imannya yg utuh pada Tuhan nya yg Maha Esa? Dan apakah pantas diri yg lemah pada persoalan nafsu, didepankan dengan "peluang dan ruang" yg sentiasa terbuka utk merasa nikmatnya nafsu dengan membelakangkan Tuhannya?

Manusia, setiap satunya pasti ada bahagian ujian kehidupannya sendiri. Berputar pada paksi keyakinannya, Allah pasti sahaja akan mendatangkan ujian pada tahap kemampuan mahusia itu sendiri. Ya, Allah bukanlah zalim pada hamba-hambaNya. Penyelesaianya, manusia itu sendiri yang perlu menentukannya kerana jalan ke arahnya sentiasa sahaja Allah bukakan utk dipilih. Mahu yg baik atau sebaliknya. Ayyas sendiri terlalu banyak ujian hati, iman, moraliti dan keyakinan didepankan padanya. Sejauh yg saya telusuri, Ayyas cukup ampuh dengan setiap dugaan yg dilaluinya. Iman juga pilihannya. Ya, dia mungkin dijadikan penulis sbg ikon ideal si pelaku watak utama novel ini. Tapi diambil pada sisi yg positif, semua Muslim yg beriman sepatutnya ada kekuatan umpama itu utk terus berdiri teguh pada keimanan yg selama sehari-hari hidupnya syahadah itu diperbaharui. Pokok pangkalnya, ilmu yg berguna.

Haaa~itu antara banyak persoalan-persoalan yg timbul dari Bumi Cinta. Rasa menarik utk dikupas lanjut. Mungkin saya dah terlambat baru nk mula membaca hasil buah tangan habiburrahman ni tp 'it is better late than never' kan? Hihi. Mahu kupasan lanjut, sila dapatkan sendiri Bumi Cinta sebagai koleksi. Menyesal atau puas hati? Itu anda tentukan sendiri. Selamat menbaca! :)

2 comments:

Shayna Rose said...

akak pun suka sgt dgn hasil air tangan Habiburrahman ni.. yuz pernah baca tak hasil air tangan Faisal Tehrani?? ni blognya, http://tehranifaisal.blogspot.com/

FairuzMatori said...

Ahaaa~da nk abis baca dah BC ini. Semakin sebak pula bila tahu Linor tu siapa. uhuks~ Naskhah Habiburrahman sblm ni pun yuz xx berapa minat sgt. tp xsgka BC sgt lain! :)
Faizal Tehrani? Pernah dgr nama dan pernah nmpk hasil tgnnya di kedai buku tp belum lagi mula membacanya. oh, btw thnx for the link! Menarik! terima kasih!