Tuesday, January 4, 2011

Gampang tu apa?

Ini kisah mahu mengingatkan dan mahu diingatkan. Ya kita memang sedia maklum kan yg manusia ni punya perangai yang jelas-jelas ada macam-macam bentuk, rupa dan warnanya. Ada yg menyenangkan sampai tak jemu-jemu nak sentiasa berdamping dengan mereka. Rasa sejuk saja sama ada bila ada bersama atau hanya sekadar ingat akannya. Tapi ada juga yang mashaAllah punya tahap hampeh perangai sampai nk jeling ke dia pun rasa mcm nak terjeluak semua isi perut. Itu baru nk jeling. Kalau dah tertengok betul-betul, mesti rasa dah meletup isi perut. Tak pun dah terbakar habis rentung bersepai sebab rasa panas je hatinya.

Tapi adakah adil kita punya perasaan keterjeluakan itu? Tadi kata dah tahu memang manusia tu macam-macam ragam. Kenapa tak cuba nak menerima? Bukankah secara tak langsung anda pun jelik juga pada perangainya? Dan anda juga antara manusia yg patut dirasa yg macam "dah tak boleh jeling" punya tahap tadi? Sama je lah kan? Cuba fikir.

Semalam aku rasa macam dah bengang gila bila tengok orang yg mendongak langit tak mahu nak menunduk-nunduk lagi. Nak kata tulang tengkuk patah dah terkulai patutnya menunduk je lah kan. Nama pun terkulai. Eh, tapi kalau terkulai ke belakang mendongaklah dia kan? Atau mungkin tulang tengkuknya ada penyendal kot sampai dah tak boleh tunduk. (Oh, apa kau merepek ni yuz?Menggagau-gagau plak kau meraban. Sila fokus!) Masa rasa keterjeluakan tu melanda, sampailah hati aku kata org mcm tu berperangai gampang. (Oh, tak baik kan ckp org camtu. Ini mencarut. Tak baik okkeh! Tak baik.18 SG ni. haih~) Masa marah, mmg akal dah kena tutup dengan syaitan. Blocked habis sampai terfikir yg tak patut-patut. Astaghfirullah....

Bangun pagi, rasa mcm bersalah. Reverse balik apa yg dah diluahkan. Rasa diri lebih hina dari manusia yg dikata gampang semalam. Kenapa? Sebab aku bercakap pasal maaf manusia lain yg mungkin akan jadi sebab kita menggagau tanpa arah, tergantung urusan di akhirat. Terhalang redha Allah sebab berasa besar diri. Marah punya pasal semua tu aku letak pada manusia yg dikata gampang tadi. Dan, bamkebabom! Sekali terasa kalau akulah manusia yg manusia dikata gampang itu tidak mahu maafkan, maka akulah juga yg dah secara automatik jadi golongan yg bakal terhalang urusan di alam barzakh dan di akhirat kelak. Ah! Terkena balik. Hamik kau! Nasib baik masih ada akal yg mampu berfikir. Lepas ni, kena lebih berhati-hati dengan diri. Rasa org lain teruk, padahal at the same time diri sendiri jauh lebih teruk. Oh, lepas ni kena pi minta maaf. Tak mahu terpalit sama jadi manusia gampang itu juga. Sebab tahu betapa annoying-nya bila dirasa kegampangan itu dilihat manusia lain. 

Jalan jangan menongkat langit selalu. Ada masa kena menunduk ke bawah kerana paku berkarat yg bahaya tu yg boleh memungkinkan gangren dan dipotong habis, bukan selalu jatuh dr langit. Tusukannya jelas akan masuk dari bawah (straight to the point) ke tapak kaki sendiri. (Kecuali anda adalah pontianak yg dicari-cari utk dipaku kepalanya. Tam! Lekat! Kompem dari atas! Hahaha~) Ok. Dah kool dah. Mari maafkan manusia itu. Dan belajar dari sekarang utk menerima. Yeah! Anda takkan berkurang walau secebis pun kalau memohon maaf. Anda tak hina secalit pun dengan ikhlas meminta maaf. Untuk dimaafkan atau tidak, terpulang pada dia. Itu hak dia kan. Bahagian kita dah lepas. Allah Maha Mengetahui.

Eh, gampang tu apa? Haha. Anda definisikan sendiri. 

Nenek-cucu yg complicated. Pitcha borrowed from here.

Ingat cerita Gilmore Girls nih? Tahu kan perangai nenek ni mcm mana kan? For sure anak perempuan Lorelai (betul ke eja nama nih? Haha. Bantai!) ni kadang-kadang rasa bengang gila tak boleh nak hangkat je ngn grandma dia ni kan? Tapi tu lah. Manusia macam-macam jenis. Even keluarga sendiri pun kita belum cukup kenal dan boleh menerima sepenuhnya. 


4 comments:

sang pencinta said...

gampang=gambang
haha... jom pi perak~

FairuzMatori said...

gambang is in pahang. satu kaitan dgn perak, pahang berjiran ngn perak.

jom gi kampung pisang!teman malas nk mikior mase depan! hahaha *tadek kaitan lgsg!*

sang pencinta said...

haha... bru tau td, gambang tu kt pahang!
bce suat kabo tgh2 mlm, bite da basi oi~

FairuzMatori said...

kesian okkeh baru tau gambang kat pahang. aiyayai~ ilmu baru ni. tape2. teruskan menuntut ilmu! haha