Thursday, January 13, 2011

Ungu Pilihanku

Aku bukanlah pengobsesi terhebat warna biru kundang ni. Pakaian dan barang-barang peribadi aku pun tak adalah sampai semuanya nak dipilih dengan tema warna itu. Tapi sesuatu yg menarik tentang warna ungu ini, sedar atau tidak, pada banyak hal selalunya ia akn beri satu ketenangan dan rasa yakin diri. Lagi pula, bila soal pakaian biasanya ungu lebih rasa 'masuk' pada diri. Kadang-kadang boleh perasan manis je. Hahaha.

Setelah pernah membaca sebuah artikel tentang kajian akan kaitan warna pada emosi manusia beberapa tahun lalu selepas tamatnya zaman persekolahan, aku nekad cari sepasang kurung biru kundang. Setiap kali permulaan (paper pertama) peperiksaan di pusat matrikulasi, kalau rasa macam nervous semacam seboleh mungkin mesti akan cari baju tu utk disarungkan. Entah. Macam terkesan. Sebab mungkin mainan psikologi sdri sbb tahu akan "kebolehan" warna tersebut. Mungkin. Tapi bg aku, mmg berkesan.

Esok, akan ada tarikh penting juga. Bosanlah tanam anggur. Rasa mcm nk try test power nk jadi engineer. ada beran? Hahaha. Jadi rasa-rasa macam nk tarik baju ungu jugalah! Memang dah macam bosan sbb tak byk pilihan. Tp sbb rasa mcm nervous juga, jadi mmg rasa confirm tarik warna tu lah! Hahaha. Tak jadi tarik warna merah sbb Gendut komen, "Buruknya baju kau!" Cis! Baju tu mahal tau. Lain sikit dari baju ungu yg pakai aritu. "Mahal, tapi buruk. Ungulah!" Hahaha. Dah kena sound dgn pengkritik paling ikhlas, jadi tegas dan confirm. Ungu pilihanku!

Oh, sebenarnya itu semua hanya bg kesan sikit je. Selebihnya, rasa yakin diri dan rasa percaya pada Tuhan. Without HIM, we are nothing. Kalau DIA tak izinkan, pakailah warna apa pun nothing will affect you. Kan? Jadi, BISMILLAH. Kalimah itu ringkas, padat dan tuntas. Mulakan! Yeah!

Nah. Baca link ini. Ini cuma sebagai bahan bacaan tambahan. Seperti yg aku katakan tadi, it is all up to you. At least kalau kau rasa warna biru atau oren lebih boleh bg kau rasa confident dan yakin diri, sarung je! tak ada masalah. Hihi

4 comments:

mia sarah hemiza said...

wahhh! aku pun suka ungu!
kalau ko rasa ko comfortable dgn warna tu, memang mencanak naik level of confidence tu! yeah..
yang penting selesa dan bak kata ko, impak warna tu sendiri..

well, gud luck for you.
ramai2 lah kita menjadi engineer, kasi UIA proud, walaupun sampai sekarang aku still tak paham engineer tu ape.. hahaha

FairuzMatori said...

yup! sgt agree! huhu

thanks. nervous dah makin mencanak naik. hahaha. huu~ ramai kawan2 kate engineer tu sama je tarafnya macam kuli yg byk dipergunakan. huhu. tape. sbb ada yg ckp, kalau ada ikhlas semua tu tadek hal! janji rejeki halal. =) *belum boleh bg pndt sdri sbb belum berpengalaman.hihi*

mia sarah hemiza said...

hehe. lebih kurang itu lah. sampai sekrang aku tak paham, ada juga yang bukan degree engineering tp boleh jugak dpt position Engineer. sbb tu aku dah terkompius, apekah maksud engineer sebenanye. ehh takpe2, ko tak payah pening2 skng. Yang penting pegi tido awl, and get ready early tomorrow.

Yes, do your best ok!

FairuzMatori said...

haha. nanti kalau berjaya terobos masuk dunia tu, aku cuba selidik lanjut ek! ngaa~ pelik. tp itulah hakikatnya kan.

ok2. thanks again! aku doakan ko juga baik2 yeh dlm usaha menimba harta bertimbun-timbun! yeah!