Wednesday, March 31, 2010

Met Ultah untuk puteri kesayangan bibik...


Met Ultah buat puteri kesayangan bik yuz yang ke-6 tahun...
Moga2 NURUL INSYIRAH SUHERMAN (tengah) menjadi anak yang solehah dan berjaya kehidupan dunia akhiratmu...
Membesarlah dengan jalur keimanan yang kuat di dalam dadamu, mudah2an kamu dan ibubapa mu serta seluruh keluargamu beroleh rahmat dan redha Tuhanmu...
Sudah kian lama tidak bertemu kamu dan melayani karenah kamu, Bik yuz tetap akan mendoakan yang terbaik utk kamu dan keluarga kita semua...
Jadi budak baik yeh...Jaga mama papa, kakak dan usaid...Bik yuz sentiasa akan tetap sayang kamu semua...Ada kelapangan dan keizinan, kita pasti bertemu lagi..
Sayang dan rindu kamu semua...~

Apakah yang ingin dikhabarkan Tuhan pd kita semua?

Kebelakangan ini, kalau tengok akhbar-akhbar rasmi negara, pasti akan ada banyak kes-kes yang dipaparkan berkisar tentang pembuangan bayi..Terasa nak pecah perut, bergelodak usah cakap lah...Beberapa hari yang lepas, ada kes bayi yang dibuang sampai digonggong anjing...Kebetulan menelek akhbar ketika itu, saya sedang mengunyah makanan...Aaahhh...Faham-faham saja lah apa perasaan itu bila lihat imej yang memperlihatkan sebahagian anggota bayi itu telah 'selamat dibawa lari' anjing tersebut... Bukan niat mahu menghinakan bayi tersebut...ternyata arwah tak pernah bersalah..Dia lahir ke dunia tanpa sempat dia mengenali siapa insan yang mengandungkannya..Insan yang sepatutnya mulia dan tinggi martabatnya..Tapi apa yang berlaku? Sampai begini akhirnya kisah singkat hidup bayi itu...Pagi ini sedang saya membelek akhbar secara atas talian, ada lagi kes bayi yang terpaksa melalui kisah sedihnya..Kali ini janin berusia 4 bulan (lebih kurang) ditemui dalam balang gula-gula!! Apakah?? Imej Paparannya?sila klik sini.. Apa jua pun niat dan tujuan pelaku kejam ini, saya tak rasa perlakuannya boleh diterima. Ini bukanlah niat mahu menghukum awal akan perilaku manusia tersebut..Tapi fikirkanlah ya.. Sedang si ibu kucing pun tahu nak selamatkan anak-anak yang lahirnya dalam satu-satu masa mahu cecah 5 ekor..Inikan pula seorang manusia yg lazimnya hanya melahirkan seorang anak...Naluri keibuan itu ke mana? Ya Tuhan....Apakah yang mahu dikhabarkan pada kami sekalian manusia ini, Tuhan.....?

Dua hari yang lepas, sahabat-sahabat jihad di Moscow mengkhabarkan ada berlaku letupan dari pengebom berani mati di stesen keretapi di sana. Hampir 40 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera. Melihat gambar dari akhbar tempatan ekoran kejadian itu, saya dapat merasakan dan membayangkan bahawa betapa kacau bilaunya keadaan di sana ketika itu. apa yang menarik perhatian saya sekarang ini, natijah slpas kejadian itu, kebanyakan wanita Muslim di sana sedang diancam dan berada dalam kebimbangan kerana dipercayai pengebom berani mati itu adalah dua orang wanita Muslim. Prejudis terhadap wanita bertudung semakin menjadi-jadi di sana. Pelajar-pelajar perubatan di sana ada yang bercerita, ketika di dalam tren dan berjaya mendapat tempat kosong untuk diduduki, seorang wanita yang asalnya telah duduk di sebelahnya terus angkat punggung. Yaa... Saya tak salahkan wanita tersebut... Isu itu masih panas dan sikap sebegitu pasti akan timbul secara automatik. Mereka juga merisaukan keselamatan mereka. Benar, pelajar perempuan tersebut juga terkilan dengan reaksi makcik tersebut kerana merasakan akibat setitik nila, abis semua susu sebelanga sudah dirosakkan... Sekali lagi dunia Islam diancam kesuciannya... Sekali lagi prejudis terhadap Muslimin Muslimat seluruh dunia dipaksa untuk wujud dalam diri setiap manusia di muka bumi ini. Dan sekali lagi, kewajipan bertudung dan menutup aurat dinilai tanpa kefahaman yang sebenar akan kewajipannya...Apakah yang ingin Tuhan khabarkan pada kita semua? Bukalah minda dan tanyalah iman kalian semua... Buat sahabat-sahabat di Moscow yang berjihad di jalan Allah dalam usaha menuntut ilmu, bersabarlah kalian dan jagalah diri baik-baik. Mudah-mudahan isu ini cepat selesai dan tiada lagi kebimbangan itu membelenggu diri kalian...InsyaAllah, amin...

"Dunia semakin banyak isunya...Apakah yang Tuhan ingin sampaikan pada kita semua? Ya Allah, bantulah hamba-hambaMu mempertahankan keimanan ini ya Tuhan..."

Berbicaralah..Jgn sampai badanmu berbalar...

Mulut mmg mudah melempar kata
Kadang sedang terasa 
Diri di pihak benar semua terhamburkan
Tapi perasanlah bahawa ada ketikanya
Dalam menegakkan kebenaran yg diyakini itu
Ada hati yang mungkin terluka
Di mana letak nilai kebenaran jika sampai melukakan?
Namun berbicaralah sbgamana itu hak kamu,
Tp harus diingat,
Usah sampai zahirmu berbalar...~ 

"Depankan akal fikiran sebelum suara kata-katamu..."

Monday, March 29, 2010

Berdebar dan bergembira...

Hari-hari di Taman Ilmu dan Budi semakin menuju ke pengakhirannya. Saya merasakan kedebarannya dan saya kkini sedang berdepan dgn peperangan akhir semester yang sangat-sangat padat di samping persediaan Projek Tahun Akhir saya yang saya rasa amat terkial-kial saya siapkan. Entahlah baga terasa yang saya ini sangat tidak bersemangat untuk menyiapkannya. Padahal saya tahu, tindakan saya ini akn memberi kesan pada kehidupan pelajar lain...Ahhh...terasa sangat kejam.Tp InsyaAllah, saya akn berusaha sehabis baik untuk ini. Mudah-mudahan peperiksaan akhir semester ini dan projek saya itu akan berakhir dengan kesudahan yang baik...

Menunggu panggilan untuk melakukan latihan industri yang menjadi perkara wajib untuk menyelesaikan urusan pelajaran di Taman Ilmu dan budi juga telah membuatkan diri saya terasa sangat berdebar walaupun setiap kali mak abah dan kawan-kawan bertanya di mana saya akan ditempatkan, pasti muka yang yakin itu akan terpamer di wajah...Kononnya mahu berlagak 'kool' lah di saat-saat genting tarikh mulanya latihan industri yang semakin hampir...Jelasnya dan ikhlasnya, saya sangat risau dan berdebar-debar memikirkannya...takut-takut kerana hal ini, saya terpaksa menunda tarikh graduasi saya tahun ini. Namun, Alhamdulillah...muka yakin yang saya buat itu ternyata memberikan khabar gembira kepada saya. Usai menduduki peperiksaan matapelajaran 'CADCAM', di lawan sesawang Engineering Industrial Training Unit (EITU), KOE, saya dikhabarkan telah diterima dan mendapat tawaran latihan industri di Scomi Coach Sdn Bhd, Rawang. Alhamdulillah, ini rezeki saya dan Khai. Dan kini, urusan saya akan bertumpu pada urusan mencari rumah dan mengenalpasti suasana di tempat kerja tersebut. Mudah-mudahan yang baik juga akan berhasil...InsyaAllah.

Insya Allah, jika Tuhan izinkan... Tanggal 11 April 2010 akan menjadi tarikh permulaan kehidupan yang baru untuk kakak saya. Dia bakal dirisik seorang lelaki berasal dari daerah kampung halaman saya di Tangkak itu untuk dijadikan bakal isterinya. Humm, ini pertama kali saya bakal menyaksikan perkahwinan yang dirancang keluarga kedua-dua pihak di dalam keluarga saya sendiri...Mungkin ini satu sejarah yang saya kira saya tidak akn mahu melepaskannya. Diharapkan berkesudahan juga dengan kebaikan dan kebahagiaan. Buat bakal lelaki yang akan merisik dan kakak saya yang bakal dirisik, 'bersedialah dengan keluarga kalian yang baru itu nnt...' hahahaha, kedengaran seperti ugutan kan? Tp tidaklah..itu bukan maksud saya. Menjadi sebahagian entiti dalam sebuah keluarga yang baru bukankah memerlukan komitmen dan persefahaman yang tinggi kan...Ditambah dengan keadaan perkahwinan yang dirncang keluarga dan bukan pilihan sendiri, saya yakin komitmen, kesetiaan, kesabaran dan kesefahaman itu pasti diperlukan dengan lebih banyak kan...Membina keluarga umpama membina sebuah masjid. Tujuannya untuk memberi tempat yang suci bersih untuk ibadah dan mengajak manusia mengimarahkannya. (Perkahwinan itu ibadah dan anak-anak yang hadir bakal menjadi pengisi ruang untuk bersama-sama melaksanakan tanggungjawab ibadah itu). Ahhh...sangat tidak sabar untuk menuju ke tarikh tersebut..(Macamlah saya yang nk dirisik,kan..hihi~) Mudah2an ini juga berakhir dengan kebaikan dan kegembiraan...

Satu lagi khabar kasih penuh kegembiraan saya terima semalam iaitu saya dikhabarkan bahawa sahabat saya juga bakal dirisik pada bulan Jun ini oleh lelaki pilihan hatinya sendiri (merangkap kawan dan kenalan saya juga)...Aaahh...ini juga berita yang sangat menggembirakan dan saya telah lama menunggu saat ini untuk berlaku...Bila tiba masanya, saya akan bercerita lanjut lagi tentang hal ini...InsyaAllah...buat teman yang baik hati itu, saya doakan moga2 semuanya berjalan lancar buat kamu dan keluarga yang bakal dibina. Dua-dua pun sahabat dan kenalan saya..Maka saya bergembira untuk dua-dua belah pihak lah ni...hahahha :)

Ramai sudah bertanya kepada saya apabila semua orang-orang di sekeliling saya telah mula melangkah ke peringkat seterusnya dalam kehidupan mereka (nk kahwin punya kes lah nih), tapi saya kelihatan masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda ke arah itu... Dengan senyuman yang cukup manis, saya berikan untuk mereka yang bertanya itu (termasuklah mak abah, saudara mara dan sahabat handai) lalu berkata, "InsyaAllah...Ada jodohnya nnt, akan saya khabarkan..." Interpretasinya? Saya pulangkan kepada diri masing-masing. Apa yang say tahu dan saya yakini, jika jodoh saya telah hampir, maka telah saya berdoa pada Tuhan untuk dibukakan pintu hati saya dengan penuh keredhaan ketika itu...Lambat atau cepat, itu bukan di bawah bidanag kuasa saya...Bercinta? Entahlah...Saya tidak pasti adakah saya akan melaluinya sebelum masjid dibina atau selepasnya..Yang saya mahukan, biar pembinaan masjid itu bermula dengan jalan dan tempat yang betul...Dan semuanya ini pastilah dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa... =)

"Mudah-mudahan semuan debaran ini berakhir dengan kebaikan..Saya banyak belajar dengan hidup..."




Wednesday, March 24, 2010

Give Thanks....

For the wife who says "it's mee goreng again tonight", because she is home with me and not out gallivanting with someone else.

For the husband who is on the sofa being a couch potato, because he is home with me and not out at the bars drinking or playing poker with his cronies.

For the teenager who is complaining about doing dishes because it means she is at home, not on the street.

For the taxes I pay, because it means I am employed.

For the mess to clean after a party because it means I have been surrounded by friends.

For the clothing that I fit a little too snugly because it means I have enough to eat.

For my shadow that watches me work because it means I am out in the sunshine.

For a lawn that needs mowing, windows that need cleaning, and gutters that need fixing because it means I have a home.

For all the complaining I hear about the government because it means we have freedom of speech.

For the parking spot I found at the far end of the parking lot because it means I am capable of walking and have been blessed with transportation.

For my huge electric bill because it means I am comfortable and happy.

For the lady behind me in class who sings off-key because it means I can hear.

For the pile of laundry and ironing because it means I have clothing to wear.

For the weariness and aching muscles at the end of the day because it means I have been capable of working hard.

For the alarm that goes off in the early morning hours because it means I am alive... 

[taken from; "He who Laughs, Last!" - David Tong (2009)]

Monday, March 22, 2010

Tegarkah?

Mampu apa aku sebagai aku?
Tiap kali terjaga
Diri seperti sudah di hujung nyawa
Apakah kerana terlalu banyak
Urusan tergantung sepanjang jaga
Apakah kerana terlalu sempit
Ruangan otak memikir cara
Atau apakah kerana
Diri sudah hilang rasa peduli?
Tegarkah menjadi insan tidak berperi?
Sedang diri telah cuba memahami
Dan diam ternyata amat menyiksakan.....


"let this tear drops as it wish....sometimes it needs a way out..."

Thursday, March 18, 2010

Jangan bersedih..La tahzan...~

Adik aku yang gendut tak boleh menangis,
Adik aku yang hebat kena bertahan dan kuat,
Adik aku yang bijak perlu sentiasa senyum dan gembira,
Kerana apa?
Kerana aku yang tak gendut ni 
Tak boleh tengok kamu menangis, 
Kerana aku yang sedia hebat ini
Tak mampu melihat kamu menjadi lemah,
Kerana aku yang tidak begitu bijak ini
Tak berdaya melihat kamu bersedih...
Adik aku yang gendut,
Yakinlah bahawa hidup ini
Tuhan jadikan ada pelbagai rupa,
Benar kita akan sentiasa diuji,
Didatangkan kesedihan,
susah hati, 
kesibukan berpanjangan....
Lalu terbit air mata,
kegelisahan,
dan kesuntukan masa...
Tapi adik aku yang hebat,
Untuk apa Tuhan beri semua itu?
Supaya kita semua tahu
Dunia ini DIA yang punya...
Dan DIA sangat mahu kita ingat padaNYA...
Apa akhirnya?
Agar kita sedar,
Hidup ini adalah sesuatu yang terindah...~

Wednesday, March 17, 2010

Parenting (taken from "He Who Laughs,Last!")

Story 1: So Much Hair

A little boy was eating breakfast one morning and got to thinking about things.


"Mommy, Mommy, why doesn't Daddy have very many hairs on his head?" he asked his mother.


"He thinks a lot," replied his mother, pleased with herself for coming up with such a diplomatic explanation for her husband's baldness.


Her son thought for a second and asked, "So, why do you have so much hair?"


Story 2: Burnt Offering

The rule for my children is if they complain about my cooking, they have to cook the next meal.

One busy evening, the skin on the chicken I was roasting got too dark and my nine-year-old son eyed the meat and said glumly, "Burnt chicken again." Looking at me, he quickly blurted, "Just the way I like it!"

Story 3: Cow's Milk

It was a rare treat that little Russel got to drink chocolate milk instead of the regular, unflavored type.

One day, after enjoying a cold glass of chocolate milk, he smacked his lips and with a satisfied look on his face asked, "Mom, does chocolate milk come from brown cows?"

Story 4: Singular vs. Plural

Justin was doing his homework one day. "What's the plural of 'child'?" he read out loud.

Without a beat, his little brother Martyn quipped, "Kids!"

Story 5: Diapers

A young couple expecting their first baby was enthusiastically shopping for diapers in preparation for the arrival of their little one.

Knowing nothing about the diapers, the wife looked at the different sizes available. "Up to 4.5kg...4-6kg...12+kg...16+kg..." she read each label.

Puzzled about which she would buy, the frustrated wife asked her husband, "How am I to know how heavy Baby's poop is going to be?"

Story 6: A Good Father

"A good father is one of the most unsung, unpraised, unnoticed, and yet one of the most valuable assets in our society." - Billy Graham

Story 7: Mother

Your mother is always with you...She's the whisper of the leaves as you walk down the street; she's the smell of bleach in your freshly laundered socks; she's the cool hand on your brow when you're not well. Your mother lives inside your laughter. And she's crystallized in every teardrop.

She's the place you came from, your first home; and she's the map you follow with every step you take. She's your first love and your first heartbreak, and nothing on earth can separate you. Not time, not space...not even death!


Tuesday, March 16, 2010

Baguslah jika begitu...

Tak terlintas mahu mendengki
Tak terasa mahu meruntuh
Tapi dalam hati yang serba rapuh
Terasa seperti kehilangan
Mana arah perjalanan ini?
Mana akhir persimpangan ini?
Kabus tebal ini benar2 menyesakkan
Ditiup lalu terbang tiada...
Jika itu baik bagimu...
Moga teguh kekal kebaikan itu...

Monday, March 15, 2010

Wujudnya membuah senyum


Dia hadir tanpa pernah dipinta
Dia hadir tanpa pernah membuah duka
Dia juga hadir tanpa pernah menghina rasa
Namun penafian bukan lagi jalan terbaik
Walau hati memohon jauh
Terbit rasa berbisik dalam
Menginginkan hadirnya
Cukup sekadar ada
bukan mahu di sisi
Goyahkah diri?
Rasukkah diri?
Apa tempat teguhnya diri?
Ini belum jadi kisah klasik
Kerana wujudnya masih membuah senyum...~

Sunday, March 14, 2010

Pelangi yang indah


Benar cuaca panas sejak kebelakangan ini begitu menggigit rasa. Kerengsaaan dirasa menyelubungi tubuh bila setiap saat tubuh dirasa dibalut bahang haba yang menghangat. Tapi dalam setiap kejadian Tuhan itu pasti ada hikmah akan keterlangsungannya. Petang 14hd Mac 2010, dalam seharian melalui hari yang panas terik apabila Tuhan menjanjikan langit mendung yang membawa titis-titis wap air yang menunggu masa untuk dijatuhkan, Tuhan berikan pelangi yang sangat indah untuk dinikmati hamba-hambaNya yang mahu berhenti sejenak dan berfikir...Jelas, ketengan itu datang tanpa perlu dipaksa. Terima kasih Tuhan... Jelas, Tuhan menyayangi hamba-hambaNya dengan cara yang amat halus utk mereka sedari. Bagi yang sentiasa punya masa dan ruang untuk berfikir, pasti akan sentiasa bersikap syukur walaupun sedang diuji (contohnya dengan kepanasan ini)

Dalam diri sedang dibelenggu kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan di minggu terakhir semester pembelajaran kali ini, masih teringat akan seorang teman yang sedang bertungkus lumus untuk peperiksaan terbesarnya. Untuk Noor Atieqah Atan dan kawan-kawan seperjuangan di UKM Cheras, saya doakan mudah2an Professional Exam yang akan kalian hadapi mulai esok bakal dapat dilalui dgn cemerlang...Semoga gelaran Dr dipangkal nama kalian semua dapat diiktirafkan..!!Gambatte kudasai!!!

Gambar diambil dari susur gajah menghubungkan Mahallah Halimah dan Asma' UIAM. Pelangi didapati muncul di antara Komples Sukan Wanita UIAM menganjur di belakang Blok B Mahallah Halimah (blok tempat saya menetap sepanjang pengajian). Terima kasih Nur Farhin Matori atas ehsan gambar ini...

Friday, March 12, 2010

Masih Di Sini..


Detik itu terasa sudah tiba
Keyakinan itu pernah dirasa 
Seakan sudah kuat
Keputusan itu hampir pasti dibulatkan
Namun jelas...
Tuhan masih belum mahu mengizinkan
Dan segalanya harus kembali
Bukan kerana berputus asa
Tapi yakin akan janji Tuhannya
Penantian itu akan berterusan
Sehingga waktunya
Ia singgah dan tidak berganjak lagi....

Sanah Helwah, Khai..~


Happy 24th BESAR-day to SITI NOR KHAIRIAH MISRAN..!!

Operation station: Yuz's room (mine, obviously)
Celebration place: Khai's own room
Team of Crime: Zuha, Akmal, Rda, Sabar, Azah, Wanie, Mu'min, Gendoot, Dilla Bajak, Aye, Nab
Date/Time: 11th March 2010, 10++PM

When all the surprises and low budget party was held in the room without any running fan for 10 minutes (roughly) just because to ensure the room stay in dark with the lighting of candles...Fuuuhh..!!~ This might be the last celebration of BESAR-DAY in IIUM Gombak campus, but it will never be the last moment of the sweetest ukhuwah that comes in the presence of HIS love...

All the best for Khai and also to the glamorous, kind-hearted, "ayu-est" friends whom have been together in fighting full heartedly along the journey of sacred battle in The Garden Knowledge And Virtue, Gombak Selangor...Wishing you of having a prosperous and longevity (sounds like McD's commercials huh? :P) with the bless of Allah's love...

Thursday, March 11, 2010

Tahniah adik2 saya..!!






TAHNIAH adik-adik sepupuku berdua..!! NOOR EZYAN SHAMIN (most left) dan NOOR FAZEERA ABDUL JAMIL (front), you guys dah buktikan yang kamu berdua mampu mengubah masa depan dan impian kamu sekeluarga...Secara peribadi, sebagai kakak sepupu kamu, turut berasa bangga dan terharu atas kejayaan yang kalian perolehi...Mudah2an kalian terus maju dalam ujian-ujian dan peperiksaan selepas ini...Perjalanan ini masih jauh, dan jika mahu, kak yuz sentiasa ada untuk kamu...Tapi yakinlah akan kata hati kamu sendiri, sbb dgn itu, kamu akan temui potensi dan daya gerak derap langkah kamu...

Untuk NOOR AZWANI (most right), Selamat Melangkah ke alam perkahwinan 20hb Mac 2010 nnt...Moga kekal jodoh smpai ke akhir hayat dan hidup diredhai Tuhan sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan...Amin, InsyaAllah. Mudah-mudahan bakal dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah yang dapat dibanggakan...Amin...

Next time if we meet again either in kota or tangkak, the special treat will be on me...No worries...~ ^O^ Sayang kalian semua dan ukhuwah ini diharapkan berkekalan smpai bila-bila walaupun ada pelbagai masalah yg mendatang...

Wednesday, March 10, 2010

Yang lawak utk otot...yg sejuk untuk perut...


I'm reading a good and might be the best-to-be-ever book written by former teacher, Mr David Tong... "He Who Laughs, Lasts!"... half of hour reading the book, i really feel that my muscle is getting 'healthier' as i cant stop laughing in every words he wrote the book...the content is so closed in the context of Malaysia culture and it's written naturally...So people, i suggest you really-really-really have to get own this book now (or never) as i do believe "laughter is the best medicine"...!! Thanks Mr David Tong....

Will be looking forward to find the first book of his "Laughter, The Best Malaysian" in future!! ^^; [::laugh and keeping laughing mode::]


And this is my all-time-favourite drink during my meal...iced tea, originated from Mahallah Aminah Cafeteria...ooouhhh~~really looking forward for that cool icy and kaw2 iced tea everyday!!my sister said: "There you go...now u know why all this while i love to order iced tea rite?and are you going to be as big as I am?we'll see...[grinning]"...Aaahhh....i dont even care-lah coz i know this cool-cool icy-icy thing is suit with my stomach!! =P

Tidak mengapa...saya faham...~


Pergi...pergilah menjauh..
Tidak perlu sebarang kata
Mahupun penjelasan
Jika sampai hati sudah berbekas
Rajuk bakal jadi panjang...
Redha pasti masih pada Tuhan
Kerna itu
Kepergian jadi lunas lega hati...


Set me free like those flying birds...

Tuesday, March 9, 2010

International Women's Day

Selepas hampir 24 tahun dilahirkan sebagai seorang berjantina perempuan dan telah datang beberapa menjak dan ketikanya diri diperlukan utk bersifat lebih kewanitaan (lebih dewasa, bicara ringkasnya), baru semalam saya mengetahui bahawa setiap 8hb Mac setiap tahun, dunia sebenarnya telah menyambut Hari Wanita Sedunia sejak dari tahun 1901. Dan menariknya, terdapat beberapa negara yang memberikan cuti umum pada 8Mac setiap tahun bagi menyambut hari yang dikatakan istimewa ini.

Dan pada hari semalam sedang diri baru mengetahui akan wujudnya hari istimewa utk wanita ini, saya menyaksikan satu peristiwa yang saya lihat di mana wanita masih lagi diperlakukan sebagai golongan yang lemah dan bisa ditindas. Mungkin penghakiman saya agak tidak adil bagi lelaki tersebut tanpa mengetahui sebab musabab pertengkaran dan kekasaran yang berlaku semalam. Tp apa yang saya dapat hubungkaitkan di sini, dalam semangat-semangat sambutan hari istimewa itu, masih ada segelintir manusia yang mempunyai mentaliti yang mungkin kurang melihat kemampuan wanita utk bergerak lebih jauh. Bukankah itu juga satu bentuk ketidakadilan utk seorang wanita?Secara peribadi, saya tidak meminta wanita diagung-agungkan tanpa kepangkalan dan kesebaban yang munasabah. Tapi cukuplah mereka dihormati dan hatinya dijaga tnpa disakiti. Islam sendiri meletakkan wanita pada satu kedudukan yang tinggi dan sepatutnya. Maka sebagai Muslim yang yakin akan kebenaran imannya, maka saya rasa mereka juga perlu menzahirkan apa yang Islam sarankan itu.

Pernah seorang teman mengeluarkan satu kenyataan kepada saya: "Women are too precious, too special and they are also priceless. But, most of them do not know how to keep them in that position." jika dipandang pada sudut yang emosi, tentu sahaja sebagai perempuan, kenyataan ini pasti menyakitkan hati seolah-olah teman saya itu mahu menyatakan perempuan tak tahu menjaga keistimewaan yang wujud dlm diri wanita. Tp bila dipandang pada sudut positif, dia sebenarnya mahu menyatakan bahawa jalan menjaga keistimewaan itu sgt payah tp ia bukanlah mustahil..Jika seorang perempuan mampu melaksanakan, maka jelaslah dia lebih istimewa daripada yang biasanya... Maruah...ya, maruah...Itu yang membezakan perempuan yang terbaik dengan yang lainnya...Bagaimana menjaganya? Tepuklah dada, tanyalah iman... :)

Selamat Hari Wanita untuk semua...Positifnya, hari seperti ini baik utk mengingatkan semua pihak akn kewujudan dan keistimewaan wanita seantero dunia... Tp sebaiknya penghormatan dan penghargaan untuk seorang wanita sepatutnya diberikan setiap masa kerana percayalah, "If a women gets those respect and appreciation as it suppose to be, she'll give u all it takes to make u smile and live..." 

Monday, March 8, 2010

My Sister's Keeper

Lebih setahun yang lalu, ketika saya mengambil keputusan untuk memiliki sebuah novel bertajuk "The Memory Keeper's Daughter" yang ditulis oleh Kim Edwards, saya merasakan bahawa pemilihan saya itu amat tepat kerana apa yang saya dapati novel tersebut nyata memiliki nilai-nilai yang boleh dijadikan panduan dan pedoman. Untuk ulasan novel tersebut dan filemnya, mungkin akan saya lampirkan dalam "post" yang lain. Sebenarnya, dalam membelek novel tersebut, saya juge terpandang akan satu novel yang menggunakan perkataan "keeper" juga, tp akibat kekangan kewangan, maka niat memiliki "the second keeper" terpaksa dilupakan.

Semalam, ketika diri sepatutnya sibuk mempersiapkan diri untuk ujian di fakulti bagi subjek "Engine Design", jam 12 tengah malam tiba-tiba hati sangat terpanggil untuk menonton satu filem daripada beberapa filem yang berjaya di'cilok' dari adik bongsu saya. Dan akhirnya, diri nekad utk menonton filem bertajuk "My Sister's Keeper" dan jelas di akhir tontonan saya, filem tersebut ternyata berjaya menyentuh perasaan dan emosi saya yang sepatutnya tenang utk ujian keesokan paginya. [kadangkala otak juga perlu berehat, bukan? :)]

Apa yang dapat saya ulaskan di sini ialah bagaimana satu keluarga sebenarnya boleh bersatu dalam acuan dan jalannya yang tersendiri. Seperti biasa, seorang ibu yang penyayang dan tahu akan tujuan dan tanggungjawabnya pada keluarga iaitu anak-anak dan suaminya, pasti sahaja akan melakukan apa jua ikhtiar dan usaha jalan penyelesaian untuk memberi yang terbaik kepada setiap orang yang disayanginya. Sara Fitzgerald nyata telah berusaha dengan segala kudratnya sampai mengorbankan kerjaya guamannya semata-mata untuk memastikan anaknya Kate yang menghidapi leukimia mendapat rawatan yang sempurna dan bertahan untuk terus hidup. Anna Fitzgerald, adik bongsu Kate yang dilahirkan melalui kejuruteraan biologi ditakdirkan hadir ke dunia dengan matlamat asalnya sebagai penderma padan bagi menyelamatkan nyawa Kate yang saban tahun semakin dimakan kanser dlm dirinya. Suami Sara ternyata merupakan suami yang sangat memahami Sara dan sepanjang perjalanan hidup keluarganya, dia telah menjadi pendukung terkuat Sara dalam mempertahankan kebahagiaan dan keharmonian keluarganya. 

Bermula dgn berita kanser dalam tubuh Kate, dan konflik masalah Dyslexia [klik sini untuk info ringkas] anak lelaki yang lambat didiagnos lantaran terlalu menumpukan pada Kate dan klimaksnya, apabila Anna menggunakan khidmat peguam untuk kes pro bono bagi menyaman ibubapanya atas tuduhan mempergunakan dirinya (tanpa kerelaannya) untuk merawat kakaknya. Ternyata Sara sangat kecewa dengan keputusan Anna dan perkara ini sedikit sebanyak membuatkan dia terfikir adakah benar tindakan dan keputusan beliau selama ini yang secara kasarnya disebut sebagai mempergunakan Anna dlm beberapa sesi rawatan pemulihan Kate sejak Anna baru sahaja dilahirkan. Apa yang mengagumkan saya, apabila keluarga ini memberikan ruang yang secukupnya bagi seorang anak untuk menjelaskan setiap keputusan yang anak itu ambil dan bukan semata-mata menggunaka kuasa veto ibu dan ayah. "When we said she got the table, then she deserve the table". Ini merupakan contoh untuk mendidik anak-anak yang saya rasa sangat baik bagi membolehkan persefahaman dapat dicapai dalam sesuatu konflik keluarga.

Kate sebagai remaja perempuan biasa ternyata memiliki naluri keperempuanan seperti gadis-gadis lain di mana dia juga mahu untuk bersosial, berteman, berkawan dan berdandan. Kesan kemoterapi yang telah menggugurkan setiap helai rambutnya pernah membuatkan dia rasa terlalu rendah diri sehingga menganggap dirinya: "I never look beautiful, but I'm freak!" (ini bukan dialognya sebenar. Tapi maksud penyampaiannya saya percaya tetap sama). Dan yang menakjubkan, Sara langsung usai mendengar Kate berkata begitu, dia mengambil keputusan membotakkan kepalanya semata-mata mahu menaikkan kembali semangat Kate yang semakin luntur. Itu pengorbanan...Itu salah satu kesanggupan seorang ibu dalam menyatakan sayangnya kpd si anak. Dan itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat mahupun dipaksa-paksa.

Menginjak kepada pengenduran klimaks, pengarah menyuntik elemen yang penting dalam setiap usaha yang telah dilakukan sang ibu. "Learn how to stop and let it go" (belajar untuk berhenti dan melepaskan). Kate ternyata lebih memahami dirinya dan keupayaannya untuk terus berjuang atau berhenti setakat itu. Tindakan Anna menyaman Sara dan suaminya sebenarnya adalah atas permintaan Kate yang yakin sudah bersedia untuk menghentikan rawatan leukimianya yang nyata menurut pandangan doktor peribadinya, peluang kesembuhan semakin tipis. Dan apabila hakikat diketahui semasa perbicaraan berlangsung, Sara dan seluruh ahli keluarganya terpaksa secara rela (walaupun berat hati) melepaskan Kate pergi dengan caranya dan pilihannya sendiri. Sara ternyata sangat kejap akan pendiriannya kerana dia yakin kasih sayangnya terhadap anak-anak tak pernah luntur. Dan akhirnya Kate pergi sambil mendakap ibu kesayangannya. "I hope for miracle to happen to her, but she just stop breathing.." (Olahan dialog Sara pada malam terakhir bersama Kate di hospital)


"When I know it is time for me to go, please set me free without any condition...Believe me, I'm not giving up my life, but I just want you to move on..."

Sunday, March 7, 2010

Memaafkan bakal membuka pintu kebahagiaan...

Saya tidak pernah menafikan dalam kehidupan kita sehari-harian pasti ada sahaja ujian dari orang-orang sekeliling kita yang kadangkala sampai kepada rasa kecil hati dan terluka. Baik pada kata-kata, perbuatan, pandangan mahu pun jaluran lintasan hati. Fitnah paling banyak membuatkan manusia sering makan hati dan tidak betah utk segera memaafkan manusia yang sanggup memakan daging saudaranya sendiri. Namun sebagai manusia biasa, yang paling jelas-jelas mempunyai kesalahan dan kelemahan (sedar ataupun di luar kesedaran sendiri) dan tidak langsung punya kuasa hebat untuk menghukum manusia lainnya, seharusnya MAAF itu dengan rela diberikan pada yang benar-benar ikhlas memohon. Ada yang mengatakan: "SORRY: it is easy to say but difficult to take"...Mungkin ada benarnya dengan kenyataan ini sebab secara peribadinya, saya sendiri merupakan manusia yang sangat sukar melupakan sebab bagaimana luka saya yg berparut itu boleh terjadi. Menginjak kedewasaan dan yang jelas usia yang semakin bertambah, saya banyak belajar tentang maaf. 

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu, MAAFKANLAH mereka dan POHONKANLAH ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan meraka dlm urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah mesyuarat) maka bertwakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." [Ali Imran:159]

Dipertemukan dgn sepotong ayat dr AlQur'an daripada surah Ali Imran tersebut yang saya perolehi dari sebuah buku titipan seorang teman rapat berjudul "Wahai Ibu, Wahai Ayah" lebih membuatkan saya bersikap terbuka dan belajar untuk menerima kesalahan orang terhadap saya (jika ada) dan memaafkannya. Saya yakin, jika saya dengan ikhlas memaafkan, melupakan bukanlah sesuatu yang mustahil sehinggakan bila tiba saat rakan-rakan mengenang kembali saat terjadinya luka itu, saya benar-benar seperti telah ter"delete" memori tersebut dr ingatan dan kenangan kehidupan saya. Ini mungkin sukar tp ia bukanlah sesuatu yang mustahil.


Daripada pembacaan saya, jelas saya dihidangkan dengan jawapan yang saya mahukan selama ini. Saya kadangkala terfikir bahawa dalam hati kecil saya, ada ketikanya saya pernah menyalahkan ibu bapa saya atas sesuatu perkara yang kadangkala tidak dapat saya terima utk ia terjadi. Ya, saya bukanlah anak yang baik dan terlalu solehah dan saya tahu saya juga kadangkala tersasar dalam penilaian saya. Tp terima kasih kepada  teman baik saya itu yang membuka jalan yang lebih luas utk saya terus teguh dgn pendirian saya terhadap orang tua saya. Sebagai seorang perempuan yang pasti ada niat, impian dan harapan utk berkeluarga dan mempunyai seorang anak, rasionalnya, saya jelas amat faham mengapa orang tua saya bertindak sedemikian rupa. Dan yang paling penting, saya yakin keMAAFan itu telah merubah penilaian saya terhadap mereka. Teringat kata2 emak dan juga seiring dgn kata arwah ibu seorang teman:

"Walau apa pun yang terjadi, orang tua tidak akan boleh menerima apa jua alasan dan cara oleh seorang anak apabila cara mereka mendidik dan membesarkan anak2 dipertikaikan."

Walaupun saya agak tidak bersetuju pada mulanya dgn kenyataan ini kerana merasakan ianya amat egois dan tiada kompromi, tapi akal saya yang waras cuba merasionalkan segalanya dengan meletakkan saya di pihak ibubapa yang telah bertungkus lumus utk memastikan anak2 hidup dan berjaya meneruskan kehidupan mereka. Dan bila mereka telah dewasa, perkataan ini muncul dari mulut mereka: "Semua ini salah ibu."... Situasi ini amat meLUKAkan...itu adalah PASTI... 

"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasid seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!" [saifulislam.com, 2010] (klik sini utk baca blog saifulislam ini)

Jangan sampai kebijaksaan kita hari ini yang terhasil dari usaha didikan dan penat lelah ibu bapa membesarkan, mencapai kepada tahap kita menderhakai dan lupa akan jasa mereka. Kelukaan yang kita wujudkan kepada hati orang tua itu adakah bisa kita perolehi kemaafan dan kelupaan (keredhaan lebih tepat) daripada mereka? Usah sombong, kerana kita mungkin juga adalah orang tua bagi anak2 yang sedang dan membesar dan melihat setiap inci perbuatan kita hari ini. Yakinlah, bahawa pintu kebahagiaan itu ada terletak pada hati yang tenang dan redha terhadap Tuhannya.. Dan, MAAF itu membawa kepada terbukanya pintu itu.

Wallahua'lam. "Hidup Sesuatu yang Terindah..."








Dia telah pergi kerana Tuhan menginginkannya...



Saya mungkin tidak begitu mengenali beliau sama ada secara peribadi atau rasminya. Tp saya yakin, jika melihat gambarnya atau terserempak dengannya di tengah jalan, saya pasti dapat mengecam raut wajah beliau. Walaupun beliau adalah salah seorang tenaga pengajar dan lebih signifikannya, beliau adalah Ketua Jabatan Mekatronik, Kulliyyah Kejuruteraan UIAM, tempat pengajian saya, namun mungkin disebabkan berlainan jurusan pengkhususan, saya jadi lebih kurang mengenali beliau. Minggu sudah saya mendengar perkhabaran bahawa beliau dimasukkan ke wad PUSRAWI kerana masalah kesihatan yang begitu tidak mengizinkan. Jumaat atau Khamis yang lalu, sahabat2 dr Jabatan Mekatronik mengkhabarkan bhw beliau dimasukkan ke ICU kerana kesihatannya makin merudum. Dan, pd jam 2.30 pagi semalam, saya dikejutkan dengan berita pemergiannya ke rahmatullah. Setiap jiwa pasti merasai mati. Jiwa beliau pergi dlm waktu yg cepat dan tanpa pernah disangka-sangka. Sesungguhnya tiada satu pun jua kuasa mahupun kudrat selain Tuhan yang Maha Agung, dapat menghalang jemputan dan panggilan pemergian ini sedang semuanya telah termaktub sbg janji Tuhan tentang ajal dan kematian seorang hamba Allah yang disayangiNya. Tuhan menginginkan begitu takdir untuk pengakhiran jalan kehidupan beliau dan Tuhan ternyata lebih tahu apa yg terbaik untuk hamba-hambaNya. 


"Bagi setiap umat itu pasti ada ajal datang menjemputnya, sekiranyanya telah datang ajal menjemput mereka, ia tidak akan dilambatkan dan tidak pula dipercepatkan walau sedetik pun” -Surah al-A’raf : 34"


Saya yakin pemergian beliau pasti cukup sukar untuk dihadapi. Pemergian ini bukanlah pemergian biasa. Orang biasa yang pergi kadangkala lambat launnya akan mati dalam ingatan manusia lainnya. Tp beliau ini insan hebat. Kalau tidak di mata manusia biasa yang langsung tidak mengenali beliau, beliau tentu sekali hebat di mata anak-anaknya, mahupun pelajar-pelajarnya. Nama beliau pasti ada belangnya. "Belang" yang beliau tinggalkan adalah belang berjasa, belang berjaya yang pasti akan dikenang-kenang dan diingati sampai bila-bila sepertimana sang macan yang matinya meninggalkan belang yang menjadi buruan manusia.


Dia telah pergi. Urusannya di dunia telah tamat dan dikira selesai. Walaupun perkenalan saya dan beliau disuratkan begini, tp saya tetap bersyukur kerana saya masih mampu belajar drpd Allahyarham lewat karya-karya penulisan beliau di alam maya dan bukannya di kelas-kelas pengajian di kulliyyah. Mudah-mudahan beliau selamat perjalanan di alam sana bersama-sama redha Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin, InsyaAllah... Beliau akan tetap dikenang, diingati dan sentiasa disayangi oleh kami yang telah diberi peluang mengenali beliau...Al Fatihah utk Allahyarham Prof Dr Wahyudi Martono.


"Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang bermanfaat, dan Anak soleh yang mendoakan ke atasnya" [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]. 


"Mati itu pasti, Hidup itu InsyaAllah.."

Thursday, March 4, 2010

Mintalah...Dapat atau tidak?




Selalu manusia sering mengeluh bila apa yang dihajati tidak dapat dikecapi... Apa yang didoakan selama ini kelihatan Tuhan tidak mahu menunaikan... Tp selalu juga ada orang yg berkata, Tuhan tidak selalunya memberi apa yang kita mahu... Tp DIA akan beri kita apa yang kita perlu... Mengenal pasti akan kemahuan, keinginan dan keperluan tentunya terlalu luas perbincangannya... Saya sendiri kadangkala jadi keliru akan apa yang saya mahukan, inginkan atau apa yang saya perlukan...


Jelas dan nyata, setiap manusia pasti setiap hari menuturkan "aku mahu makan itulah", "aku nak jadi begini", "aku ingin sangat-sangat nk jadi kaya", "habis belajar, aku nak kerja kat syarikat itu"...banyak lagi yg manusia rangka dan impi2kan utk kehidupannya masa depannya...DOA...jalan yg sgt mujarab dan sgt mudah dilakukan selepas berusaha menuju kepada apa jua bentuk mahu, ingin, dan perlu itu... Tuhan sendiri kata, mintalah padaNya nescaya Dia akan makbulkan...(tak dapat diingat pula dr potongan ayat yang mana...maaf)..tp itu lh..Kadangkala manusia ini jadi sangat tamak dan sangat tidak sabar...Yg Tuhan mahu makbulkan itu bukan selalunya "on the spot" bole dapat... Kalau da minta (a.k.a DOA) tp usahanya entah ke mana?bagaimana permintaan itu mahu dimakbulkan? Bagaimana Tuhan nak berikan apa yang dipinta itu...Apakah bola itu akan dtg bergolek dengan sendirinya, dan daun yang pipih itu bisa terbang melayang tanpa angin yang menolaknya?Tidak mungkin sama sekali..Itu semua pasti perlu akan usaha utk mobilitinya...

Jadi, usaha yang didampingkan bersama doa dan permintaan itu tadi adalah kunci kemanisan yang Tuhan janjikan atas pemberianNya...Lambat atau cepat kemakbulan doa itu, ada ukurannya...ikhlaskah?sungguh-sungguhkah?istiqamahkah?yakinkah?Itu antara penguat akan permintaan itu dimakbulkan...Tuhan jelas2 tidak akan mensia-siakan hamba-hambaNya yang benar-benar meminta padaNya...Perancangan Tuhan itu sangat halus dalam pengertiannya...sbb DIA Maha Tahu apa yang hambaNya perlu utk kehidupannya...jadi, mintalah apa sahaj drpd Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...InsyaAllah, DIA maha Mendengar dan Maha Pemberi Nikmat...Dapat atau tidak, yakinlah bahawa ada yang keprluan lebih baik drpd apa yang kita mahukan itu...Wallahu a'lam...

p/s:: Rule dlm kehidupan yang saya amalkan sangat mudah dan ringkas...jika mahu sesuatu drpd saya, katakan sahaja dgn cara yang betul dan beradab sebab sy tak bisa membaca kata hati manusia...Jika saya mampu memberikannya, Insyaallah saya takkan teragak2 utk menghulurkannya...dapat atau pun tidak, itu soal ke2... :)

Anak perempuan dan abahnya...

">

Kredit dan terima kasih saya yang tak terhingga kepada seorang sahabat baik yg sangat2 saya sayangi, cik Noor Atieqah Atan kerana memberikan link tersebut kepada saya saat diri kurang berperasa.

Hampir 24 tahun lalu, saya mula mengenali dan hari demi hari saya semakin kuat menyayangi lelaki itu. Bait2 katanya tidak pernah kedengaran kasar, tingkah perbuatannya tidak pernah menunjukkan keangkuhan, setiap butir bicara nasihatnya walaupun tidak kelihatan jelas ditujukan secara soreh utk anak2 perempuannya, tetapi pada diri saya yg sudah lama mengagumi beliau, itulah cara terbaik beliau berkata setuju dengan kebenaran dan menegah pada kebatilan. Sesuatu yang sangat saya kagumi tentang beliau adalah akan tahap kesabaran yang mampu beliau tunjukkan atas setiap masalah dan dugaan yang menimpa kehidupan beliau. Walaupun sakit, walaupun perit, senyuman dan gurauan beliau amat2 saya kagumi dan seringkali saya rindui. Kehidupan kadangkala saya lihat begitu tidak adil dan tidak menyebelahi beliau. Saya kadang2 rasa bahawa beliau yang bergelar "abah" itu terlalu banyak dilukai. Tapi, jawapan yang saya dgr dari abah saat diri sangat mahu dan ingin tahu atas dasar apa kekuatan abah itu, beliau menjawab (walaupun bukan secara soreh..abah sememangnya sangat perahsia), "abah sayang keluarga abah. Abah tak pernah minta apa2 atas balasan kasih sayang abah. Abah cuma mahu keluarga abah tersenyum bersama abah."

Dia lelaki terbaik dalam hidup saya. Dia lelaki yang sangat memahami dan menghormati orang2 sekelilingnya. Saya banyak belajar tentang "khabar kasih" ini daripada beliau...Terima kasih, abah...Dia sangat sabar dan tabah dgn ranjau kehidupan yang dituliskan untuknya. Abah saya tetap hebat di mata saya walaupun ada insan yang mula menilai abah saya pada sisi yg negatif...Katalah apa shj tentang abah saya, saya tetap sayang abah saya...Saya tetap mahu terus lihat abah saya ketawa,senyum, melawak dan rasa gembira seperti biasa...Melihat air mata lelakinya jatuh,itu benar2 telah membuatkan hati perempuan saya terusik dan sayu...Dia juga mahu dihormati dan disayangi...Itu saya pasti! Dan saya akan tetap sayang abah saya sampai ke akhirat..."I love you,abah".. (i wish i could say it out loud...T_T)

Terima kasih, abah kerana menyayangi saya dan yang lain2...emak saya sangat2 bertuah bersuamikan seorang lelaki yang sy panggil "abah" ini...

cubaan pertama..


Assalamualaikum w.b.t...

Ini mungkin cubaan kali pertama untuk menjinak2kan diri dengan blog...Kadang2 saya rasa cubaan ini hanyalah sesuatu langkah yang sia-sia dan membuang masa. Tp dalam hati kecil saya, saya seperti sangat-sangat mahu berkongsi rasa dan khabar kasih yang saya terima dengan izin Tuhan saya melalui jalan takdir kehidupan yang dibenarkan untuk saya harungi dengan cara dan rentak yang saya tentukan sendiri. Saya yakin, selama saya masih merasa kehadiran Tuhan dalam setiap inci langkah kaki saya dan degup jantung saya, jelas saya mengharapkan khabar kasih yang saya terima itu bukan sahaja mampu membimbing saya ke jalan yang Tuhan redhai malah saya mahu ia juga mampu memberi kebaikan kepada orang-orang yang mahu mengambil sesuatu pengajaran mahupun teuladan daripadanya...insyaAllah...

Izinkan dan doakan saya konsisten dalam menzahirkan niat yang saya kira baik ini dengan jalan yang terpampang di alam maya ini. Saya mohon diri ini istiqamah dan mampu memberikongsikan (gabungjalin perkataan yang mungkin tidak pernah wujud dlm kamus dewan tapi saya rasa ada maksudnya yang bisa difahami) khabar kasih dr Tuhan yg Maha Esa kepada sesiapa yang diizin sampai ke halaman ini...AMIN...~

"Hidup Adalah Sesuatu yang Terindah..." :)