Monday, March 29, 2010

Berdebar dan bergembira...

Hari-hari di Taman Ilmu dan Budi semakin menuju ke pengakhirannya. Saya merasakan kedebarannya dan saya kkini sedang berdepan dgn peperangan akhir semester yang sangat-sangat padat di samping persediaan Projek Tahun Akhir saya yang saya rasa amat terkial-kial saya siapkan. Entahlah baga terasa yang saya ini sangat tidak bersemangat untuk menyiapkannya. Padahal saya tahu, tindakan saya ini akn memberi kesan pada kehidupan pelajar lain...Ahhh...terasa sangat kejam.Tp InsyaAllah, saya akn berusaha sehabis baik untuk ini. Mudah-mudahan peperiksaan akhir semester ini dan projek saya itu akan berakhir dengan kesudahan yang baik...

Menunggu panggilan untuk melakukan latihan industri yang menjadi perkara wajib untuk menyelesaikan urusan pelajaran di Taman Ilmu dan budi juga telah membuatkan diri saya terasa sangat berdebar walaupun setiap kali mak abah dan kawan-kawan bertanya di mana saya akan ditempatkan, pasti muka yang yakin itu akan terpamer di wajah...Kononnya mahu berlagak 'kool' lah di saat-saat genting tarikh mulanya latihan industri yang semakin hampir...Jelasnya dan ikhlasnya, saya sangat risau dan berdebar-debar memikirkannya...takut-takut kerana hal ini, saya terpaksa menunda tarikh graduasi saya tahun ini. Namun, Alhamdulillah...muka yakin yang saya buat itu ternyata memberikan khabar gembira kepada saya. Usai menduduki peperiksaan matapelajaran 'CADCAM', di lawan sesawang Engineering Industrial Training Unit (EITU), KOE, saya dikhabarkan telah diterima dan mendapat tawaran latihan industri di Scomi Coach Sdn Bhd, Rawang. Alhamdulillah, ini rezeki saya dan Khai. Dan kini, urusan saya akan bertumpu pada urusan mencari rumah dan mengenalpasti suasana di tempat kerja tersebut. Mudah-mudahan yang baik juga akan berhasil...InsyaAllah.

Insya Allah, jika Tuhan izinkan... Tanggal 11 April 2010 akan menjadi tarikh permulaan kehidupan yang baru untuk kakak saya. Dia bakal dirisik seorang lelaki berasal dari daerah kampung halaman saya di Tangkak itu untuk dijadikan bakal isterinya. Humm, ini pertama kali saya bakal menyaksikan perkahwinan yang dirancang keluarga kedua-dua pihak di dalam keluarga saya sendiri...Mungkin ini satu sejarah yang saya kira saya tidak akn mahu melepaskannya. Diharapkan berkesudahan juga dengan kebaikan dan kebahagiaan. Buat bakal lelaki yang akan merisik dan kakak saya yang bakal dirisik, 'bersedialah dengan keluarga kalian yang baru itu nnt...' hahahaha, kedengaran seperti ugutan kan? Tp tidaklah..itu bukan maksud saya. Menjadi sebahagian entiti dalam sebuah keluarga yang baru bukankah memerlukan komitmen dan persefahaman yang tinggi kan...Ditambah dengan keadaan perkahwinan yang dirncang keluarga dan bukan pilihan sendiri, saya yakin komitmen, kesetiaan, kesabaran dan kesefahaman itu pasti diperlukan dengan lebih banyak kan...Membina keluarga umpama membina sebuah masjid. Tujuannya untuk memberi tempat yang suci bersih untuk ibadah dan mengajak manusia mengimarahkannya. (Perkahwinan itu ibadah dan anak-anak yang hadir bakal menjadi pengisi ruang untuk bersama-sama melaksanakan tanggungjawab ibadah itu). Ahhh...sangat tidak sabar untuk menuju ke tarikh tersebut..(Macamlah saya yang nk dirisik,kan..hihi~) Mudah2an ini juga berakhir dengan kebaikan dan kegembiraan...

Satu lagi khabar kasih penuh kegembiraan saya terima semalam iaitu saya dikhabarkan bahawa sahabat saya juga bakal dirisik pada bulan Jun ini oleh lelaki pilihan hatinya sendiri (merangkap kawan dan kenalan saya juga)...Aaahh...ini juga berita yang sangat menggembirakan dan saya telah lama menunggu saat ini untuk berlaku...Bila tiba masanya, saya akan bercerita lanjut lagi tentang hal ini...InsyaAllah...buat teman yang baik hati itu, saya doakan moga2 semuanya berjalan lancar buat kamu dan keluarga yang bakal dibina. Dua-dua pun sahabat dan kenalan saya..Maka saya bergembira untuk dua-dua belah pihak lah ni...hahahha :)

Ramai sudah bertanya kepada saya apabila semua orang-orang di sekeliling saya telah mula melangkah ke peringkat seterusnya dalam kehidupan mereka (nk kahwin punya kes lah nih), tapi saya kelihatan masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda ke arah itu... Dengan senyuman yang cukup manis, saya berikan untuk mereka yang bertanya itu (termasuklah mak abah, saudara mara dan sahabat handai) lalu berkata, "InsyaAllah...Ada jodohnya nnt, akan saya khabarkan..." Interpretasinya? Saya pulangkan kepada diri masing-masing. Apa yang say tahu dan saya yakini, jika jodoh saya telah hampir, maka telah saya berdoa pada Tuhan untuk dibukakan pintu hati saya dengan penuh keredhaan ketika itu...Lambat atau cepat, itu bukan di bawah bidanag kuasa saya...Bercinta? Entahlah...Saya tidak pasti adakah saya akan melaluinya sebelum masjid dibina atau selepasnya..Yang saya mahukan, biar pembinaan masjid itu bermula dengan jalan dan tempat yang betul...Dan semuanya ini pastilah dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa... =)

"Mudah-mudahan semuan debaran ini berakhir dengan kebaikan..Saya banyak belajar dengan hidup..."




No comments: