Saya tidak pernah menafikan dalam kehidupan kita sehari-harian pasti ada sahaja ujian dari orang-orang sekeliling kita yang kadangkala sampai kepada rasa kecil hati dan terluka. Baik pada kata-kata, perbuatan, pandangan mahu pun jaluran lintasan hati. Fitnah paling banyak membuatkan manusia sering makan hati dan tidak betah utk segera memaafkan manusia yang sanggup memakan daging saudaranya sendiri. Namun sebagai manusia biasa, yang paling jelas-jelas mempunyai kesalahan dan kelemahan (sedar ataupun di luar kesedaran sendiri) dan tidak langsung punya kuasa hebat untuk menghukum manusia lainnya, seharusnya MAAF itu dengan rela diberikan pada yang benar-benar ikhlas memohon. Ada yang mengatakan: "SORRY: it is easy to say but difficult to take"...Mungkin ada benarnya dengan kenyataan ini sebab secara peribadinya, saya sendiri merupakan manusia yang sangat sukar melupakan sebab bagaimana luka saya yg berparut itu boleh terjadi. Menginjak kedewasaan dan yang jelas usia yang semakin bertambah, saya banyak belajar tentang maaf.
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu, MAAFKANLAH mereka dan POHONKANLAH ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan meraka dlm urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah mesyuarat) maka bertwakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." [Ali Imran:159]
Dipertemukan dgn sepotong ayat dr AlQur'an daripada surah Ali Imran tersebut yang saya perolehi dari sebuah buku titipan seorang teman rapat berjudul "Wahai Ibu, Wahai Ayah" lebih membuatkan saya bersikap terbuka dan belajar untuk menerima kesalahan orang terhadap saya (jika ada) dan memaafkannya. Saya yakin, jika saya dengan ikhlas memaafkan, melupakan bukanlah sesuatu yang mustahil sehinggakan bila tiba saat rakan-rakan mengenang kembali saat terjadinya luka itu, saya benar-benar seperti telah ter"delete" memori tersebut dr ingatan dan kenangan kehidupan saya. Ini mungkin sukar tp ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
Daripada pembacaan saya, jelas saya dihidangkan dengan jawapan yang saya mahukan selama ini. Saya kadangkala terfikir bahawa dalam hati kecil saya, ada ketikanya saya pernah menyalahkan ibu bapa saya atas sesuatu perkara yang kadangkala tidak dapat saya terima utk ia terjadi. Ya, saya bukanlah anak yang baik dan terlalu solehah dan saya tahu saya juga kadangkala tersasar dalam penilaian saya. Tp terima kasih kepada teman baik saya itu yang membuka jalan yang lebih luas utk saya terus teguh dgn pendirian saya terhadap orang tua saya. Sebagai seorang perempuan yang pasti ada niat, impian dan harapan utk berkeluarga dan mempunyai seorang anak, rasionalnya, saya jelas amat faham mengapa orang tua saya bertindak sedemikian rupa. Dan yang paling penting, saya yakin keMAAFan itu telah merubah penilaian saya terhadap mereka. Teringat kata2 emak dan juga seiring dgn kata arwah ibu seorang teman:
"Walau apa pun yang terjadi, orang tua tidak akan boleh menerima apa jua alasan dan cara oleh seorang anak apabila cara mereka mendidik dan membesarkan anak2 dipertikaikan."
Walaupun saya agak tidak bersetuju pada mulanya dgn kenyataan ini kerana merasakan ianya amat egois dan tiada kompromi, tapi akal saya yang waras cuba merasionalkan segalanya dengan meletakkan saya di pihak ibubapa yang telah bertungkus lumus utk memastikan anak2 hidup dan berjaya meneruskan kehidupan mereka. Dan bila mereka telah dewasa, perkataan ini muncul dari mulut mereka: "Semua ini salah ibu."... Situasi ini amat meLUKAkan...itu adalah PASTI...
"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasid seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!" [saifulislam.com, 2010] (klik sini utk baca blog saifulislam ini)
Jangan sampai kebijaksaan kita hari ini yang terhasil dari usaha didikan dan penat lelah ibu bapa membesarkan, mencapai kepada tahap kita menderhakai dan lupa akan jasa mereka. Kelukaan yang kita wujudkan kepada hati orang tua itu adakah bisa kita perolehi kemaafan dan kelupaan (keredhaan lebih tepat) daripada mereka? Usah sombong, kerana kita mungkin juga adalah orang tua bagi anak2 yang sedang dan membesar dan melihat setiap inci perbuatan kita hari ini. Yakinlah, bahawa pintu kebahagiaan itu ada terletak pada hati yang tenang dan redha terhadap Tuhannya.. Dan, MAAF itu membawa kepada terbukanya pintu itu.
Wallahua'lam. "Hidup Sesuatu yang Terindah..."
No comments:
Post a Comment