Sunday, March 14, 2010

Pelangi yang indah


Benar cuaca panas sejak kebelakangan ini begitu menggigit rasa. Kerengsaaan dirasa menyelubungi tubuh bila setiap saat tubuh dirasa dibalut bahang haba yang menghangat. Tapi dalam setiap kejadian Tuhan itu pasti ada hikmah akan keterlangsungannya. Petang 14hd Mac 2010, dalam seharian melalui hari yang panas terik apabila Tuhan menjanjikan langit mendung yang membawa titis-titis wap air yang menunggu masa untuk dijatuhkan, Tuhan berikan pelangi yang sangat indah untuk dinikmati hamba-hambaNya yang mahu berhenti sejenak dan berfikir...Jelas, ketengan itu datang tanpa perlu dipaksa. Terima kasih Tuhan... Jelas, Tuhan menyayangi hamba-hambaNya dengan cara yang amat halus utk mereka sedari. Bagi yang sentiasa punya masa dan ruang untuk berfikir, pasti akan sentiasa bersikap syukur walaupun sedang diuji (contohnya dengan kepanasan ini)

Dalam diri sedang dibelenggu kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan di minggu terakhir semester pembelajaran kali ini, masih teringat akan seorang teman yang sedang bertungkus lumus untuk peperiksaan terbesarnya. Untuk Noor Atieqah Atan dan kawan-kawan seperjuangan di UKM Cheras, saya doakan mudah2an Professional Exam yang akan kalian hadapi mulai esok bakal dapat dilalui dgn cemerlang...Semoga gelaran Dr dipangkal nama kalian semua dapat diiktirafkan..!!Gambatte kudasai!!!

Gambar diambil dari susur gajah menghubungkan Mahallah Halimah dan Asma' UIAM. Pelangi didapati muncul di antara Komples Sukan Wanita UIAM menganjur di belakang Blok B Mahallah Halimah (blok tempat saya menetap sepanjang pengajian). Terima kasih Nur Farhin Matori atas ehsan gambar ini...

No comments: