Sunday, March 7, 2010

Dia telah pergi kerana Tuhan menginginkannya...



Saya mungkin tidak begitu mengenali beliau sama ada secara peribadi atau rasminya. Tp saya yakin, jika melihat gambarnya atau terserempak dengannya di tengah jalan, saya pasti dapat mengecam raut wajah beliau. Walaupun beliau adalah salah seorang tenaga pengajar dan lebih signifikannya, beliau adalah Ketua Jabatan Mekatronik, Kulliyyah Kejuruteraan UIAM, tempat pengajian saya, namun mungkin disebabkan berlainan jurusan pengkhususan, saya jadi lebih kurang mengenali beliau. Minggu sudah saya mendengar perkhabaran bahawa beliau dimasukkan ke wad PUSRAWI kerana masalah kesihatan yang begitu tidak mengizinkan. Jumaat atau Khamis yang lalu, sahabat2 dr Jabatan Mekatronik mengkhabarkan bhw beliau dimasukkan ke ICU kerana kesihatannya makin merudum. Dan, pd jam 2.30 pagi semalam, saya dikejutkan dengan berita pemergiannya ke rahmatullah. Setiap jiwa pasti merasai mati. Jiwa beliau pergi dlm waktu yg cepat dan tanpa pernah disangka-sangka. Sesungguhnya tiada satu pun jua kuasa mahupun kudrat selain Tuhan yang Maha Agung, dapat menghalang jemputan dan panggilan pemergian ini sedang semuanya telah termaktub sbg janji Tuhan tentang ajal dan kematian seorang hamba Allah yang disayangiNya. Tuhan menginginkan begitu takdir untuk pengakhiran jalan kehidupan beliau dan Tuhan ternyata lebih tahu apa yg terbaik untuk hamba-hambaNya. 


"Bagi setiap umat itu pasti ada ajal datang menjemputnya, sekiranyanya telah datang ajal menjemput mereka, ia tidak akan dilambatkan dan tidak pula dipercepatkan walau sedetik pun” -Surah al-A’raf : 34"


Saya yakin pemergian beliau pasti cukup sukar untuk dihadapi. Pemergian ini bukanlah pemergian biasa. Orang biasa yang pergi kadangkala lambat launnya akan mati dalam ingatan manusia lainnya. Tp beliau ini insan hebat. Kalau tidak di mata manusia biasa yang langsung tidak mengenali beliau, beliau tentu sekali hebat di mata anak-anaknya, mahupun pelajar-pelajarnya. Nama beliau pasti ada belangnya. "Belang" yang beliau tinggalkan adalah belang berjasa, belang berjaya yang pasti akan dikenang-kenang dan diingati sampai bila-bila sepertimana sang macan yang matinya meninggalkan belang yang menjadi buruan manusia.


Dia telah pergi. Urusannya di dunia telah tamat dan dikira selesai. Walaupun perkenalan saya dan beliau disuratkan begini, tp saya tetap bersyukur kerana saya masih mampu belajar drpd Allahyarham lewat karya-karya penulisan beliau di alam maya dan bukannya di kelas-kelas pengajian di kulliyyah. Mudah-mudahan beliau selamat perjalanan di alam sana bersama-sama redha Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Amin, InsyaAllah... Beliau akan tetap dikenang, diingati dan sentiasa disayangi oleh kami yang telah diberi peluang mengenali beliau...Al Fatihah utk Allahyarham Prof Dr Wahyudi Martono.


"Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang bermanfaat, dan Anak soleh yang mendoakan ke atasnya" [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]. 


"Mati itu pasti, Hidup itu InsyaAllah.."

No comments: