Monday, March 8, 2010

My Sister's Keeper

Lebih setahun yang lalu, ketika saya mengambil keputusan untuk memiliki sebuah novel bertajuk "The Memory Keeper's Daughter" yang ditulis oleh Kim Edwards, saya merasakan bahawa pemilihan saya itu amat tepat kerana apa yang saya dapati novel tersebut nyata memiliki nilai-nilai yang boleh dijadikan panduan dan pedoman. Untuk ulasan novel tersebut dan filemnya, mungkin akan saya lampirkan dalam "post" yang lain. Sebenarnya, dalam membelek novel tersebut, saya juge terpandang akan satu novel yang menggunakan perkataan "keeper" juga, tp akibat kekangan kewangan, maka niat memiliki "the second keeper" terpaksa dilupakan.

Semalam, ketika diri sepatutnya sibuk mempersiapkan diri untuk ujian di fakulti bagi subjek "Engine Design", jam 12 tengah malam tiba-tiba hati sangat terpanggil untuk menonton satu filem daripada beberapa filem yang berjaya di'cilok' dari adik bongsu saya. Dan akhirnya, diri nekad utk menonton filem bertajuk "My Sister's Keeper" dan jelas di akhir tontonan saya, filem tersebut ternyata berjaya menyentuh perasaan dan emosi saya yang sepatutnya tenang utk ujian keesokan paginya. [kadangkala otak juga perlu berehat, bukan? :)]

Apa yang dapat saya ulaskan di sini ialah bagaimana satu keluarga sebenarnya boleh bersatu dalam acuan dan jalannya yang tersendiri. Seperti biasa, seorang ibu yang penyayang dan tahu akan tujuan dan tanggungjawabnya pada keluarga iaitu anak-anak dan suaminya, pasti sahaja akan melakukan apa jua ikhtiar dan usaha jalan penyelesaian untuk memberi yang terbaik kepada setiap orang yang disayanginya. Sara Fitzgerald nyata telah berusaha dengan segala kudratnya sampai mengorbankan kerjaya guamannya semata-mata untuk memastikan anaknya Kate yang menghidapi leukimia mendapat rawatan yang sempurna dan bertahan untuk terus hidup. Anna Fitzgerald, adik bongsu Kate yang dilahirkan melalui kejuruteraan biologi ditakdirkan hadir ke dunia dengan matlamat asalnya sebagai penderma padan bagi menyelamatkan nyawa Kate yang saban tahun semakin dimakan kanser dlm dirinya. Suami Sara ternyata merupakan suami yang sangat memahami Sara dan sepanjang perjalanan hidup keluarganya, dia telah menjadi pendukung terkuat Sara dalam mempertahankan kebahagiaan dan keharmonian keluarganya. 

Bermula dgn berita kanser dalam tubuh Kate, dan konflik masalah Dyslexia [klik sini untuk info ringkas] anak lelaki yang lambat didiagnos lantaran terlalu menumpukan pada Kate dan klimaksnya, apabila Anna menggunakan khidmat peguam untuk kes pro bono bagi menyaman ibubapanya atas tuduhan mempergunakan dirinya (tanpa kerelaannya) untuk merawat kakaknya. Ternyata Sara sangat kecewa dengan keputusan Anna dan perkara ini sedikit sebanyak membuatkan dia terfikir adakah benar tindakan dan keputusan beliau selama ini yang secara kasarnya disebut sebagai mempergunakan Anna dlm beberapa sesi rawatan pemulihan Kate sejak Anna baru sahaja dilahirkan. Apa yang mengagumkan saya, apabila keluarga ini memberikan ruang yang secukupnya bagi seorang anak untuk menjelaskan setiap keputusan yang anak itu ambil dan bukan semata-mata menggunaka kuasa veto ibu dan ayah. "When we said she got the table, then she deserve the table". Ini merupakan contoh untuk mendidik anak-anak yang saya rasa sangat baik bagi membolehkan persefahaman dapat dicapai dalam sesuatu konflik keluarga.

Kate sebagai remaja perempuan biasa ternyata memiliki naluri keperempuanan seperti gadis-gadis lain di mana dia juga mahu untuk bersosial, berteman, berkawan dan berdandan. Kesan kemoterapi yang telah menggugurkan setiap helai rambutnya pernah membuatkan dia rasa terlalu rendah diri sehingga menganggap dirinya: "I never look beautiful, but I'm freak!" (ini bukan dialognya sebenar. Tapi maksud penyampaiannya saya percaya tetap sama). Dan yang menakjubkan, Sara langsung usai mendengar Kate berkata begitu, dia mengambil keputusan membotakkan kepalanya semata-mata mahu menaikkan kembali semangat Kate yang semakin luntur. Itu pengorbanan...Itu salah satu kesanggupan seorang ibu dalam menyatakan sayangnya kpd si anak. Dan itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat mahupun dipaksa-paksa.

Menginjak kepada pengenduran klimaks, pengarah menyuntik elemen yang penting dalam setiap usaha yang telah dilakukan sang ibu. "Learn how to stop and let it go" (belajar untuk berhenti dan melepaskan). Kate ternyata lebih memahami dirinya dan keupayaannya untuk terus berjuang atau berhenti setakat itu. Tindakan Anna menyaman Sara dan suaminya sebenarnya adalah atas permintaan Kate yang yakin sudah bersedia untuk menghentikan rawatan leukimianya yang nyata menurut pandangan doktor peribadinya, peluang kesembuhan semakin tipis. Dan apabila hakikat diketahui semasa perbicaraan berlangsung, Sara dan seluruh ahli keluarganya terpaksa secara rela (walaupun berat hati) melepaskan Kate pergi dengan caranya dan pilihannya sendiri. Sara ternyata sangat kejap akan pendiriannya kerana dia yakin kasih sayangnya terhadap anak-anak tak pernah luntur. Dan akhirnya Kate pergi sambil mendakap ibu kesayangannya. "I hope for miracle to happen to her, but she just stop breathing.." (Olahan dialog Sara pada malam terakhir bersama Kate di hospital)


"When I know it is time for me to go, please set me free without any condition...Believe me, I'm not giving up my life, but I just want you to move on..."

2 comments:

Anonymous said...

eh ini sudah tahap spoiler ni..aaa...tidak..plz put spoiler alert nex time ok..

p/s:u hav been stalked
-stalker.

FairuzMatori said...

hahahaha. ok.ok. ini spoiler. alert. alert. ;pppp