Wednesday, December 29, 2010

Andai dia pergi...

Pergi...

Sejenak aku terfikirkan
Dalam jalan hidup yg mungkin panjang ini
Mampukah diri menahan ujian
Menerima takdir
Merelakan sepenuhnya
Andai dia pergi dulu
Aku menangis
Hanya cuma memikirkannya
Membayangkan realitinya pun
sudah cukup memeritkan
Apalagi mendepani realiti kebenarannya
Tuhan... Aku cuma mohon satu
Hilangkan rasa perit ini
Datangkan rela dan redha itu
Kerana antara kami belum ada kisahnya.

Tuesday, December 28, 2010

Flash back

Entah kenapa. Semua bagai mengasak-asak mahu menerjah masuk. Rasa dulu macam dah lupa dah. Tiba-tiba dah nak masuk tahun baru ni semua dok menyibuk nk mengada-ngada buat come back! Haha. Lawak tapi tak de lah berapa nk lawak pun.

Tahun 2011 dah nk masuk dah. Ada baiknya tiba-tiba nk flash back ni kan? Ye lah, balik semula awal tahun 2010 lepas tengok-tengok apa yg dah berlaku, apa yg dah terancang, apa pula yang dah terlaksana. Rasa macam baru semalam je semua benda tu terjadi. Ketawa, menangis, jatuh, bangun, jatuh balik, bangun balik dgn larian... Ahh, terlalu banyak nk di-flash back-kan. Patutlah mengasak-asak perilakunya. Haha.

Ada benda terlalu nak sangat dilupakan. Ada perkara terlalu-lalu nak sgt diingat dan dilalui setiap saat. Ada kejadian yg tersangatlah mahu diulang keterjadiannya. Dan ada juga semestinya peristiwa-peristiwa yg mahu dibiar ia terus sebagai kenangan 2010. 365 hari dalam tahun yg dikira mendewasakan aku yg memang dah patut dikira dewasa ini sesungguhnya teramat manis utk ditinggalkan. Dalam rasa perit, sebenarnya ada manis yg terselit. Apa itu? Mengenal Tuhan dengan sifat redha. Tapi hakikat tetap hakikat. Masa akan terus bergerak. Yg berlalu takkan mungkin dapat dikembalikan. Yang akan datang kena dihadapi dengan kesediaan dan tidak boleh leka. 

Aku mengharapkan 2011 yg lebih cemerlang. Aku membayangkan 2011 yg lebih membahagiakan. Aku mengatur langkah tahun baru dengan lebih rasa kedewasaan. Dan aku menitipkan harapan penuh bermakna semoga setiap saat dalam hari-hari 2011 akan sentiasa ada rahmat Allah melimpahi agar keberkatannya dapat dirasai. Mungkin aku bukanlah manusia yg agresif merancang masa depan dan aku mungkin manusia yg suka mengikut arus yg membawa aku atas pilihan aku sendiri. Kedengaran sangat tidak optimistik kan? Oh, tapi percayalah ada perkara yg perlu dikhabarkan kepada yg lain dan ada perkara yg perlu dikhabarkan hanya pada diri sebagai titik kekuatan dlm setiap ujian yg didatangkan tanpa terduga-duga. Ah, pastinya ada beberapa perancangan arus kehidupan yg dah diolah. Kejayaannya? Semua atas izin Allah S.W.T.

Mungkinkah 2011 akan menjadi satu lagi perjalanan setahun yg penuh tanda tanya? Atau adakah tahun mendatang ini akan menyimpul jawapan pada persoalan dan tanda tanya yg berserakan sepanjang 2010? Sesungguhnya Allah lebih mengetahui akn semua itu. Ajal, jodoh dan rezeki itu adalah rahsia Allah yg nyata. Berusahalah. Dalam setiap usaha, titipkan rasa redha dan syukur. InsyaAllah 2011 akan dirasai lebih baik daripada 2010 ini. Sehingga detik terakhir 2010, mari telusuri bersama jalan-jalan yg telah dilalui dulu. Flash back! Ding!

Friday, December 24, 2010

Masih suka tengok dia.

Haha. Ini kisah admire kat orang. Lama dah mula suka tgk beliau. Boleh kata sejak zaman suka dan dah pandai tengok manusia-manusia berlainan jantina ni. Haaa...~ Lama tak agak-agak tu ek? (Gediks okkeh!) Oh, pertama kali tgk mmg rasa "Oh, baik lah budak nih. Manis pula." Alhamdulillah, ada peluang menghulur salam perkenalan. Alhamdulillah lagi ada beberapa sebab membuatkan aku tambah2 nak over-over get close ngan beliau. Gila! Kes syok sendiri! hahaha~ Tapi tu lah, pada kebanyakan kes admire-admire nih, mana ade org yg admire org ni berani nk confess secara terang kan? Oh, mgkin ada kott. Tapi bukan kes aku! Hahaha~

Sesuatu yg seronok menjadi org yg admire org lain ni ialah apabila kita sentiasa ada sebab utk tersenyum bila mengingatkan apatah lagi melihat beliau. Oh, cukup hanya sekadar gambar. Tak payah nk tgk secara live. Itu dah cukup nk buat pipi pecah-pecah merah. (nampak sangat ada ciri-ciri stalker berjaya kan? Haha. Jangan risau. Aku tak pernah langkah sempadan. InsyaAllah, tidak lagi setakat ini.) Ahaks! Gila over! Kalau jumpa live, aku tak tahu lah apa nak jadik! Memang mencabar kalau aku dah mula rasa nak menggelabah! Hahaha~

Tiba-tiba tambah gedik melampau nk fikir kalau org yg di-admire tu dengan sukarelasenanghatinya kata dia pun admire gak kat kita. Sejak saat kita admire dia. Ooohh... Dunia pasti rasa macam nak terbalik! Golek-golek, terbang-terbang, lari-lari, lompat-lompat.... Tak reti duduk diam! Series! Tak keruan! Hahahaha. Gembirakah itu? Ah! Lagi mau tanya! Hahahaha~

Tapi tu lah. Mungkin kes admire ni hanya akan tinggal kes yg dilupus zaman yg berlalu pergi. Satu hari nanti pada masa hadapan, dia mungkin dah tak tahu ke mana pergi. Cuma yg diketahui dia adalah org yg pernah aku admire. Sebab admire tak semestinya kita sebenarnya dah jatuh schenta kan? Mungkin kita cuma suka tengok dia. Bak kata org, sejuk hati melihat dia. Lebih-lebih pulak kita memang kenal dia dengan watak dia yg menyenangkan. Sama jugak lah macam beliau ni. Apa yg aku pasti sampai hari ini, aku masih suka tengok dia. Masih! Hahaha~ I love to see the smile. Walaupun nampak malu-malu tapi saya tetap fikir dia schweet sangat! Sangat! Wewuuu...~ Terbang.. Terbang..!

Dia memang kachak kan? Admire dia boleh?
Oh, walaupun dalam trailer "The Tourist" En Johnny yg hensem tak hengat tak boleh nak kate hape ni (pada mata aku lah! Ahh, aku yakin ramai juga dah cair nk admire jugak encik hensem tak hengat2 nih!hooo~) kelihatan seperti Tok Moh, Pensyarah kesayangan Dept Mechanical IIUM, saya tetap masih suka JUGA tengok dia. (Sebab aku rasa Tok Moh tu ensem juga walaupun sgt cengih!) Samalah macam kes ni kan? Aku admire dia. Aku suka tengok dia yg mmg selalu nk berlagak macho (ah! memang macho pon. Tak payah nak berlagak2!), tapi bukanlah maksud aku nk sampai berchenta dengan dia kan? Eh, wet-a-menet! Kalau dapat jadi realiti tu yg aku cakap tadi, diri jadi tak keruan! Hahaha. Ok. Bai!

(Resource photo from here)

Wednesday, December 22, 2010

Maybe



I don't want to be the first to let it go,
But I know,
If you have the last hands that I want to hold,
Then I know I've got to let them go,
The only way to really know is to really let it go.

Itu antara yg menangkap perhatian saya tentang lagu ini. Macam bagi satu jawapan. Macam bagi satu kekuatan. Oooh, terasa mmg ada kesan-kesan tercarik sikit2 (aaah, tipu! sebenarnya banyak jugalah kan kesan itu pada diri.) Hahaha. I will, I will oh yes I will let it go. Fly away. Go, go... Shuh...shuh! Haaa~ dah banyak kali kan saya cakap mcm nih. Tapi ntah lah. Semua orang pun tahu bahawa hati yg berbolak-balik ini adalah sentiasa berada di bawah penguasaan dan kekuasaan Allah Ta'ala. Alhamdulillah sekarang semakin teguh. Semakin kukuh. Semakin jelas. Dan apa pun jua, saya serahkan pada Allah juga untuk menentukan bahagian itu utk saya. 

Saya memangnya tak pasti pelepasan ke'let-go'an ini adalah jalan yg sebenarnya atau tidak. Tapi satu kebaikan yg pasti, ia membuat hati saya bebas bergerak dan tidak terikat. Itu hakikat. Makanya jelas, sy dah kurangkan satu maksiat hati. Kan? Kan? Oooh...alhamdulillah. Satu nikmat kehidupan lalu yg sy dah dapat balik! Ya, sy mengaku kdg2 teringat juga tapi sy dah dapat rasakan bahawa ini akan berkurangan dan mungkin juga berlalu pergi akhirnya. If he won't come back again in future pun, saya redha. Ia cuma 'maybe'. Tiada kepastian di situ. Saya tak rasa bahawa ini adalah sesuatu yg worth fighting for lagi. Banyak perkara lagi yg sy perlu fikirkan. 

Enough said. I won't ask for more. I have had enough. Thank you. Satu pun saya tak menyesal atas tindakan lalu itu. Sebab saya banyak pelajari daripadanya. Tanpa tindakan itu, saya tak tahu apa itu kebenaran. Tanpa tindakan itu, saya tak akan tahu apa itu erti berhenti apabila keperluan itu wujud. Aah! Saya ada ramai lagi tangan2 yg bersedia menghulur ketika saya perlukan sokongan utk bertatih, berjalan mahupun berlari. Dan saya tahu tangan2 itulah yg amat layak utk sy bawa terbang bersama. Mungkin bukan tangan miliknya, tp sy dah cukup bertuah dgn anugerah Tuhan yg tak banyak itu tapi sudah cukup menyenangkan. Depan-depan mata saya dah terbukti. I couldn't ask for more as Allah have given me ENOUGH for what I need.

If maybe in future, you really do come back to me. Hahahaha~ sy memang tunggu masa nk gelak kuat2, guling2 macam tenggiling, dan pukul kamu kuat2 sbb sampai hati buat saya sampai macam ni. Kejam okkeh! Dan banyak benda yg akan saya ungkit nanti. Sampai mati! Hahaha~ padan muka kamu! (mode kejam membalas dendam tiba-tiba datang! Hahahaha~)

Ok, bubbye. Setakat masa ini, pergilah jauh-jauh yeh. So long~ Maybe itu adalah mungkin tak pasti! (hahaha, memanglah, ngok!)

Monday, December 13, 2010

My Bestfriend's Wedding

Inilah harinya! 12 Disember 2010. Si busuk sy telah sah menjadi isteri kepada En Akmal Ahmad. Oooh, perjalanan di awal pagi itu memang memihak kepada saya. Alhamdulillah berjaya mensampaikan diri tepat-tepat shj ketika majlis akad nikah hendak dilangsungkan. Selepas dikhabarkan yg majlis akn bermula seawal jam 9 pagi, ketika di Tangkak 11 Disember itu, sy mmg dah pasrah dah kalau tak sempat nk sampai. Ye lah JHY, kuda belang-belang habuk pinjaman abah tu bukanlah mampu sgt nk dipecut umpama "teticopta" doraemon. Lagi pulak, nyawa dan wang kerana saman juga perlu diselamatkan juga kan. Hahaha. Tapi alhamdulillah, mmg rezeki sy utk melihat si busuk ini dalam majlis yg paling bermakna itu. Oh, tahniah busuk dan suami! Kamu mmg schommel! Nah! Ini gambar-gambar sekitar akad nikah. Malas nak edit-edit segala. Jadi terimalah seadanya. Haha

Saat mahu dinikahkan oleh ayahanda.

Usai akad nikahnya. "Dia sah isteriku."

Toet yg busuk. Dia dah kawen!

Salam ini yang pertama tanda taat utk suami.

Hadiah dari suami

Hadiah dari suami (dari jarak dekat)

Oh, dia malu2 asalnya. Ini juga yg pertama utk isteri.

Ummi baru. Restu dipohon.

"Angah, jaga isteri baik2". Ummi ckp kat suami busuk

Busuk bersama ummi dan abah

Eh2, korang mmg chommel!

Dan suwit juge!

Budak gemoks bersama pengantin. (abaikan!dush!)
Alhamdulillah, semua berjalan lancar kelihatannya dan ramai juga sahabat handai yg berjaya ditemui dalam majlis tersebut. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan kekal bahagia hingga ke syurga. Busuk, tahun depan konvo sekali dgn baby yeh! Heee...~



Friday, December 10, 2010

Dia yg tetap akan dirindui

Busuk saya yg disayangi
Ooohh... Malam ini rasa sangat-sangat rindu dengan si busuk nih. 6 tahun berlalu, perkenalan yg dimulai dengan sapaan yg mungkin tak berapa mesra pun daripada saya tapi alhamdulillah akhirnya melahirkan rasa bersahabat yg paling dalam dan bermakna utk saya. Susah senang saya, gelak tangis saya, banyak yg tersimpan bersama si busuk nih. Bila ada masa lapang bermalam bersama, mesti dan sgt pasti mulut takkan berhenti mengomel sampai azan subuh memanggil utk solat.

Kecil, "toet-toet" je kalau tgk zahirnya. Tapi jiwanya besar. Senyumnya manis dan menyenangkan. Semangatnya kental. Kata-katanya perangsang ajaib. Pendapatnya sering membuah bernas. Hadirnya tak pernah membawa sesal. Dalam kenal, selalu diingatkan tentang rasa bertuhan dan itu sangat menenangkan. Itu sangat inspirasi. Itu antara penggerak hidup dan langkahnya kaki.

Masa busuk anta kat epot
Ketika pernah merasa kejauhan, rindu mmg tak dapat nak diungkap. Tapi itu juga yg mengajar utk menghargai. Itu yg mengajar utk menilai diri yg kdg-kdg lupa utk menghadir diri ketika diperlukan. Itu juga yg membenih rasa sayang yg tak rasa ada penghujung. Tak sependapat itu perkara normal. Tapi beza itulah yg mendekatkan.

Masa sama2 dlm kursus kahwin
Setahun yg lalu. Kami sama-sama dalam kursus perkahwinan di Taman Ilmu dan Budi. Alhamdulillah panggilan jodohnya dipermudahkan dan dicepatkan oleh Allah. Dalam beberapa hari dari sekarang (dah boleh start countdown in hours kot skrg. haha) si busuk yg disayangi ini akan menjadi isteri orang. Lelaki yg juga sudah semestinya disayanginya dan dicintainya. Mudah-mudahan kekal jodohnya hingga ke akhir hayat dan bersamanya anak-anak, zuriat yg soleh dan solehah. InsyaAllah, amin. Fasa kehidupan kita mungkin berubah tapi sayang ini takkan hilang, takkan luput. Rindu ini akan tetap bertandang. Terima kasih utk segalanya, busuk! Kamu antara yang terbaik pernah hadir dan akan tetap ada dalam hidup saya. :)

Bakal suami busuk ::gamba dengki::
Ahaaa... Ini bakal suami si busuk ni. En Ngy a.k.a Akmal Isa. Hahaha. Gambar ini memang berniat utk mendengki. Mungkin ini kedengkian terakhir sblm kamu bergelar suami orang. (yeke terakhir?berdoalah yeh! hahaha. Sebenarnya dah korek-korek album program di IIUM, tapi ternyata tak byk simpanan gambar kamu. huhu)

Oh, kepada encik ini. Terima kasih juga kerana banyak juga mengajar sy tentang hidup, berkongsi tanpa lokek tentang ilmu dan pendapat yg memberangsangkan dan bernas juga, menasihati barang mana yg ada silapnya, disusahkan dalam banyak hal dan terima kasih juga kerana mahu berkawan dengan budak garang ni. Semoga masjid yg akan dibina kelak akan ada rahmat dariNya, dapat jadi imam dan pemimpin yg terbaik dan dapat mengemudi dengan penuh yakin, adil dan saksama serta penuh kesabaran.

Jalan ini masih jauh utk ditempuhi
Yaaa, perjalanan ini memang masih jauh bersisa utk dihabiskan ke garisan penamatnya. Busuk, selamat menjadi isteri orang. Sila jangan nakal-nakal dan sila behave yeh. Kamu dah tak boleh poya-poya macam saya lagi lepas nih. (pssst...tapi kalau nk join skali skala lepas dapat izin en suami, boleh aje join semula!haha) Mari berusaha utk cita-cita dan impian kita yeh. Gitar dan piano perlu direalisasikan. Hahaha. Kamu tetap akan sy rindui sampai bila-bila. Oh, hugssss kamu ketat-ketat dan kuat-kuat la busuk!!! ngeeee~ Kita jumpa ahad nanti yeh. Saya akan cuba terpacak awal pagi sebelum majlis nikah kamu nanti. Oh, harap-harap tak sesat. Haaa~ (tak dapat nk dtg lebih awal sbb mak tak ada kat rumah smpai ahad ni. Maaf.)

Tahniah bakal raja sehari, Cik Siti Mu'minah Marjom dan Encik Akmal Ahmad. Barakallahulakuma wabaraka'alaikuma. :)

Saturday, December 4, 2010

Your Call


Tiba-tiba saya teringat lagu ini. About a year and six months ago I was started to love this song. Ketika itu, saya di Adelaide. Lagu-lagu 2ndhand Serenade nih lah yg teman sy hari-hari berseorangan dalam train nk pergi uni sambil sy suka usha budak lelaki comel nk pergi sekolah yg berhampiran dgn UniSA. Huhu~ Rindu pula dgn budak demok bawak beg hijau yg gelebeh2 itu. Masa tu sempat terfikir, org Msia sibuk-sibuk kecoh-kecoh pasal beg berat-berat dakwanya membebankan anak-anak, tp mereka kat Adelaide sy rasa lagi gelebeh kott... Selamba jeh saya tengok dorang gendong beg itu. Huuu~ Saya dulu masa sekolah juga tak kisah pun bawak beg gelebeh-gelebeh sbb kalau tertinggal buku penting pada hari itu, pasti rasa tak best. Silap-silap kena denda diri atas kerusi! huhu~ (ooh, menyimpang jauh lak nih! :p) ^^; 

Berbalik pada "Your Call". For some reason, yes for some reason tonight this song really means something to me. Suddenly I feel like "Your call" really does calling me again. Deep, far away, yet very clear. Macam ada rasa sedikit palpitasi yg indah di situ. (Palpitasi sepatutnya kah indah? Hahaha) Huuu~ Clearly and obviously, it's calling me. ("Your Call" really calls me or me actually feels like calling someone?hahaha~kantoiiii...!) Ooooh... Kenapakah? Tapi bila difikir2kan balik, it's okay. Sometimes, it is good to feel like this. It means I'm still alive! Hahaha. Dan saya sesungguhnya sangat merindui Adelaide ketika ini. Uhuk3~ 8 years to go utk capai target itu! (berniat menyimpangkan tajuk di sini. hik3.) Huuu~ Oh, btw ini lirik lagu "your call" ni yeh...~

Your Call - Secondhand Serenade
Waiting for your call, I'm sick, call I'm angry
call I'm desperate for your voice
Listening to the song we used to sing
In the car, do you remember
Butterfly, Early Summer
It's playing on repeat, Just like when we would meet
Like when we would meet

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight

Stripped and polished, I am new, I am fresh
I am feeling so ambitious, you and me, flesh to flesh
Cause every breath that you will take
when you are sitting next to me
will bring life into my deepest hopes, What's your fantasy?
(What's your, what's your, what's your...)

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight

And I'm tired of being all alone, 
and this solitary moment makes me want to come back home
x4
(I know everything you wanted isn't anything you have)

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight
(I know everything you wanted isn't anything you have)

Aaahhh... Saya rasa saya rindu seseorang lah! Toing2!

Thursday, November 25, 2010

Serunding Daging Sukahati

Tadaaa~ Serunding Daging extra Hot! :p


Kasi close up sikit.


Ini real close up! Menarik kan??hihi~

Yeah! Amacam? Menarikkan? (ahaha~tiba2 rasa macam nk puji diri sendiri lak...gilos!) Ooohh... Anda tidak akan tahu apa perasaannya apabila anda berjaya menyediakan hidangan paling leceh di alam semesta! (aiyaa...lebih2 pulak...! :p )

Serunding daging yg enak bila digandingkan dengan ketupat palas (Walaupun ia tupat palas segera. Beli yg paket. Smpai umah, rebus dan hidang! Hahaha~) memang menepati citarasa yg unggul! Uhhoooo~ mahukan resepinya? Ini sy tibai ikot suka jeh sbb mak (sifu utama sy) pun sudah hampir-hampir lupa resepi sebenarnya. Maka dengan yakinnya, sy kaut segala rempah ratus yg sy agak2 berkaitan lalu dijadikan serunding ini. Ahahha~ rasanya tidak mengecewakan. Percayalah!

Serunding Daging
Bahan-bahannya:
2 kg daging (direbus sampai empuk dengan 2,3 keping asam keping)
Sepaket ketumbar (beli dalam RM2 cukup kott~)
Sedikit jintan manis dan jintan halus
secubit lada hitam dan lada sulah
10 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
2 tangkai serai
sedikit halia, lengkuas dan kunyit
15 helai cili kering
sedikit air asam jawa
2 sudu besar serbuk cili (optional)
satu sudu besar cili flakes (yg ni optional gak.tak nak letak pun tape!)
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.  Ketumbar, jintan2, lada hitam dan lada sulah di-blender kering sampai halus.
2.  Daging yg dah direbus empuk, disiat-siat mengikut urat-uratnya. Kalau mampu bg daging tuh halus mulus, anda memang hebat! Haha~
3.  Start dr bahan bernama bawang merah sampai lah cili kering, di-blender juga dgn air secukupnya sampai lumat.
4.  Tuang minyak dlm kuali. Masukkan bahan no.3 dan tumis sampai naik bau.
5.  Masukkan pula bahan no.1, air asam jawa, serbuk cili, dan cili flakes dan teruskan menumis sampai betul-betul rasa naik minyak. Garam dan gula jangan dilupakan.
6.  Bila dah betul-betul naik minyak, campaklah daging siatan anda tadi.
7.  Gaul rata dengan api yg kecil dan sentiasalah dijaga dan digaul agar tidak hangus! Pastikan serunding anda benar-benar kering supaya ia tahan lama!
8.  Rebus ketupat palas segera mengikut arahan pada paket. Angkat dan toskan.
9.  Sedia dimakan! Nyum3~

Wednesday, November 24, 2010

Bumi Cinta

Belum habis baca lagi tapi rasa menarik ceritanya. Kadang-kadang ketika asyik mahsyuk membaca, rasa macam baca novel karangan RAM lah pulak. Hahaha. Over! Ini bukanlah cerita thriller tapi yg membuatkan sy merasakan bumi Cinta ini umpama karya Ram ialah mungkin kerana gaya bahasanya dan jalan cerita Ayyas (watak utama) yg sangat banyak teruji di Moscow tu. Sesekali terasa seperti membaca ADAM pula. (Terbawa-bawa. Haha)

Kulit buku Bumi Cinta. (Resourse)

Perjuangan Bumi Cinta berkisar pada pencarian kebebasan. Semua orang mencari kebebasan. Pada makna dan rasa kebebasan yg ditafsirkan sendiri. Apa itu bebas? Menjadi kaya berharta tanpa ada sebarang ikatan iman dan kepercayaan? Mampu melakukan apa sahaja tanpa ada sebarang ikatan undang-undang dan hukum? Menjadi terkenal dan diminati ramai orang? Ataupun bebas itu adalah dengan merasa aman dengan rasa berTuhan yg teguh dan kukuh? Atau terbatasnya perbuatan jahat dengan rasa bersalah dan malu terhadap zat Allah yg Maha Agung? 

Apabila disoal tentang, "Apakah mulia sisi Muslim itu apabila ketika solatnya sampai meletakkan diri serendah2nya dengan perilaku sujud?", apa jawapan yg tuntas kepada serangan ini oleh seorang yg bukan Muslim? Apakah rasanya apabila dikhianati oleh manusia lain apabila setelah sekian lama diri menjadi baik dan sentiasa husnuzon walaupun seringkali dalam jaganya mahupun tidurnya sehari-hari diri sendiri yang dihina dicaci hanya kerana imannya yg utuh pada Tuhan nya yg Maha Esa? Dan apakah pantas diri yg lemah pada persoalan nafsu, didepankan dengan "peluang dan ruang" yg sentiasa terbuka utk merasa nikmatnya nafsu dengan membelakangkan Tuhannya?

Manusia, setiap satunya pasti ada bahagian ujian kehidupannya sendiri. Berputar pada paksi keyakinannya, Allah pasti sahaja akan mendatangkan ujian pada tahap kemampuan mahusia itu sendiri. Ya, Allah bukanlah zalim pada hamba-hambaNya. Penyelesaianya, manusia itu sendiri yang perlu menentukannya kerana jalan ke arahnya sentiasa sahaja Allah bukakan utk dipilih. Mahu yg baik atau sebaliknya. Ayyas sendiri terlalu banyak ujian hati, iman, moraliti dan keyakinan didepankan padanya. Sejauh yg saya telusuri, Ayyas cukup ampuh dengan setiap dugaan yg dilaluinya. Iman juga pilihannya. Ya, dia mungkin dijadikan penulis sbg ikon ideal si pelaku watak utama novel ini. Tapi diambil pada sisi yg positif, semua Muslim yg beriman sepatutnya ada kekuatan umpama itu utk terus berdiri teguh pada keimanan yg selama sehari-hari hidupnya syahadah itu diperbaharui. Pokok pangkalnya, ilmu yg berguna.

Haaa~itu antara banyak persoalan-persoalan yg timbul dari Bumi Cinta. Rasa menarik utk dikupas lanjut. Mungkin saya dah terlambat baru nk mula membaca hasil buah tangan habiburrahman ni tp 'it is better late than never' kan? Hihi. Mahu kupasan lanjut, sila dapatkan sendiri Bumi Cinta sebagai koleksi. Menyesal atau puas hati? Itu anda tentukan sendiri. Selamat menbaca! :)

Wednesday, November 10, 2010

Aku nak ketawa.Ini mmg ajaib!

Sebelum apa-apa, baik kamu-kamu baca dulu post dari blog laksamana bentan ini. Klik sini utk baca. Seriously, tiba-tiba lepas sesi beramah mesra dengan member baik dr "jaman" sekolah, ini yg aku jumpa. Dah la lepas sesi penuh "emosi" (emosi lah sgt kan...siap kutuk mengutuk lagi dan ketawa besar2..emosilah kan...~hahaha) dan2 la pulak terbit ubat mujarab utk mendatangkan ketenangan dan ketenteraman jiwa... Nak tahu? Meh consult personally dengan aku. Baaeekkk punya aku bagi nnt! Hahaha~ Siries! Memang nk ketawa, dan ini memang ajaib lah!

Part paling terkesan dalam blog en Laksamana itu, yang ini:

"Well, apabila seseorang yang you all sangat harapkan untuk jatuh cinta tetapi tidak menjadi…of all you know, it is not because of you personally. Maybe you sudah lakukan yang terbaik dalam hidup you tetapi…tiada BAUAN yang serasi, tiada NAFSU semulajadi yang menarik, dan mungkin tiada hormon yang memberitahu OTAK nya yang anda adalah cintanya…

Semua ini tidak dikawal oleh orang yang anda minati itu, tetapi semuanya sudah ada didalam diri masing-masing sejak azali. So, kalau dia tak berminat tu, or dia kata nak ambil masa ke, or dia nak berkawan sahaja tu…that is mean TARIKAN SEMULAJADI itu sebenarnya tidak ada. Jadi, tak perlulah bersedih."

Sedih? Haha~ LOSER gila lah kan sampai nak sedih2 bagai. Tp kecelaruan fikiran tu adalah timbul juga. Huuu~ Ini mungkin hanya suatu kebetulan, tapi kan ke lebih baik kita jgn jadi org yg tak berapa betul, mereng dan sewel sampai nk terfikir itu dan ini yg bukan2, nak sakit kepala tak tentu pasal, nk sakit hati tak kena punca, nk garuk hati dan tiba-tiba nk give up tak semena-mena kerana mende yg sebenarnya simple and under control kite sendiri nih. Seriously, not worth it. Mungkin ada banyak pertimbangan bg sesetengah kes tapi lebih baik fokus pada mende yg lebih bermanfaat dan lebih mendatangkan berfaedah drpd duduk tercanguk memikirkan benda yg tak pernah nk pasti. Come on lah! EGO itu kena dibalas dengan pernyataan LIMIT dan PRIDE. Move on lah! Orang yg perasan lebih2 ni lagilah bahaya okkeh! Jadi, silalah bangun semua dan bergerak! Ayuh!

Chommel dan Kiyut je kan?
Haaa...~ Kalau mampu nk jamin cinta tu sampai ke akhir hayat macam uncle and aunty chommel and kiyut kat gambar nih, teruskanlah. Tapi kalau awal-awal dah dapat macam-macam excuses kau kena hadap, uuhhmmm... Forget it! Berkawan sahaja lebih baik. Itu lebih menarik utk dipertahankan...! Kau mesti tak sanggup hilang kawan yg baik kan? Lebih-lebih lagi kalau dia memang tak pernah lah nk treat kau yg sampai tahap menghina kau kan... Jadi kalau dapat dipertahankan friendship itu, it would be nice. Sbb berkawan ada byk batasnya dan tiada nk sesak2 fikir pasal komitmen! Kan? Kan? Kalau dah memang jodoh kau dgn dia, no worries.. Kau akan jumpa balik dgn dia pada sesi yg lebih nyaman, aman dan damai. Bau, Nafsu dan Otak tu punya kesan mungkin lambat kott. Hahaha~ Tapi percayalah, janji Allah itu pasti!

Friday, November 5, 2010

Ok.Selesai fasa 1!

Alhamdulillah, fasa satu utk menghilangkan masalah itu telah selesai dilaksanakan. Siap ada semua checklist bagai. Haha. Mmg betul2 bersemangat! Good sign, I guess. Mudah2an jika ada rezeki saya di mana2 (dan sy sgt yakin akan itu), akan hadirlah khabar gembira utk saya. Jika tiada, maka tibalah masa utk memperbaiki dan meningkatkan usaha. Tuhan mungkin ada perancangan lebih baik utk saya. Sila jgn putus asa dan putus harap. Dan alhamdulillah juga saya dapat mengatasi rasa kebodohan dan ketidakhebatan itu dgn terlancarnya misi ini!

Berubah?Anda sendiri tentukannya!
(Source of picture: Click Here. A good source of reading.)

Yeah...! Change is all about yourself! Nobody can make any change on you until you decide to do so and move on! Vroom...vroom...~ The engine has cranked with high efficient torque and now it is still running smoothly as desired and I am ready to accelerate my pace... Semangat! Semangat utk hidup! Yuhuuu~

Wednesday, November 3, 2010

Hasil Tekanan Perasaan

Ahaaa...saya tak tahu apa kena pada saya ini... Orang bertekanan perasaan tak akn buat mende macam ni kott... Hahahaha~otak sedikit mereng. Dan hasilnya...taraaaa...~

Kek Lapis Horlicks

Hahahaha~entah angin apa tah yg masuk... Tiba-tiba rasa nk buat kek pulak. Kek paling leceh di alam semesta lak tuh! Tapi yg syoknye, bila dah dipotong dan melihat lapisan-lapisannya.. It's like a soothing therapy, you know! Tak sia-sia sy abiskan 4 jam saya kat dapur!hahaha~

Nak resepi? Hamik nih!


Kek Lapis Horlicks
Bahan-bahan:
2 buku butterchurn (lau nk jimat, guna 1 buttercup 1 butterchurn.hahaha.tinggalkan sikit utk greasing.)
10 biji telur ayam
1 paket (200g) Horlicks
1/2 tin susu pekat
1 gelas gula halus (beh kurg dalam 120g cukup kot)
200g tepung gandum (diayak bersama horlicks)
2 sudu esen vanilla
1 tin kecil seri kaya

Cara membuatnya:
1.   Pukul butter n gula sampai kembang
2.   Dah kembang, masukkan telur ayam yg berbiji2 tuh satu persatu. Gaul rata.
3.   Masukkan esen vanilla, tepung, horlicks, susu pekat dan kaya. Gaul kasi rata2.
4.   Kalau nk wt kaler2 mcm trefik lite nih, bahagikan adunan kepada 3 bhgn. Then curah pewarna ikot sedap hati.huhu~rehatkan sebentar adunan. Get ready to bake!
5.   Grease pembakar (yuz gune 9'x9') dan lapik dgn kertas minyak.
6.   Ambil dalam 3 sudu salah satu adunan berwarna tuh, dan ratakan seluruh loyang.
7.   Bakar dlm ketuhar dgn suhu 180deg Celcius dgn menggunakan api bakaran atas. bakar dlm 12-15 minit.
8.   Lepas kuar dr oven, tepek2kan sikit bagi die mampat. Then layer ngn sedikit butter (sikit je tau!byk2 kang lembik keknye. dalam selapis laluan butter sudah cukup.)
9.   Pastu, masukkan lah layer seterusnya.
10. Ulang langkah 6-9 sampailah selesai.
11. Ready to eat!

**Sekurang-kurangnya saya tak buat kerja bangang dan bodoh time tertekan...Lagi boleh bagi org mkn adelah!hahaha~

Tuesday, November 2, 2010

Masalah itu harus pergi!

Tiba-tiba naik pula semangat tengok status sendiri di mukabuku...freak kan kadang2 saya nih?hahaha~lantak!tp ini umpama ada khabar yg patut dikongsi bersama...

"Betul! Masalah datang dan pergi. Tapi masalah tak pergi macam tu sahaja. Kau xselesaikan betul2, dan kau ingat dia dah pergi padahal kau mengundang masalah baru yg lagi haru! Hamik kau! Ingat boleh lari? Jangan jadi pengecut yg asyik berlari tapi jadilah kau hero sejati yg boleh konfron dgn rasaksa hodoh dan jelik! [Fairuzmatori, 2010]"

Malam ini, saya rasa ada semangat baru yg tidak harus disia-siakan. Saya harus mengaktifkan kebolehan saya yg mmg dah tertanam sejak dahulu. Saya harus mengaktifkan misi paling hebat utk hidup saya mulai malam ini!yeahhh...! Tak mahu menjadi bodoh dan tidak merasa hebat kerana perkara yg buang masa itu! Orang dah mengorak beribu-ribu langkah, kau masih menakuk-nakuk di tempat lama... Seriously! Ini semua tanda-tanda seorang yg LOOOOSER!!! Hah! Hamik kau! Sedar diri tuh sikit! (Monolog diri)

Untuk beberapa ketika dan senggang masa ini, org itu hanya mampu melihat saya dari jauh. Saya benar-benar mahu fokus... We'll meet up again when the time has coming back again. Soon, I promise you it won't take a long time (a very serious long time but it still...a time consuming as to be HEBAT again! No offence!). So long...~

Eksyen Kamen perlu bertindak!

Sunday, October 31, 2010

Sisa-sisa dan cebisan kisah lama

Ahaah...saja mahu meletak potret nostalgik konvokasi 2010 yg lepas. Memang xcukup korum pun potret ini. Tapi saya akan pastikan konvokasi 2012 si gendut itu cukup korumnye...ahaha~insyaAllah... Tuhan juga yg menentukan, kan? =)

Mata bengkak usah ditanya kenapa. =P
Haaa...tengok-tengok saya punya muka serupa siapa?hahaha, ramai kata saya serupa mak tapi sy rasa sy punye muka berada di garis tengah sbb mcm kakak sy lebih pada mak dan si gendut itu sebijik gile dgn abah!hahaha~

Ooohh...ini post mengada-ngada jeh...Tiada yg sangat signifikan nk dikhabarkan...Cuma takut-takut gambar ini hilang, at least boleh trace di alam maya! Hahahaha~ apa punya motif daaa...~

Thursday, October 28, 2010

Apa Nak Jadi?

Sebelum saya merangkak, melangkah dan mungkin berlari lebih jauh elok rasanya kamu-kamu semua baca dahulu link ini yg saya baca dahulu tentangnya di laman Malaysia Kini.

Saya tak tahu apa yg kamu-kamu punya perasaan lepas baca pendedahan itu. Tapi bagi saya yg saya rasa dah cukup matang bg diri saya sebagai manusia utk membuat penilaian, benar-benar sy rasa jantung macam nk meletup! Mungkin ada segelintir anak-anak muda kat Malaysia yg menjadi peminat kipas susah mati artis-artis hollywood, bollywood, korea, jepun dan mana-manalah artis kayu-kayan yg "hebat-hebat" tuh akan merasakan bahawa ETP ini sgt memberi kepuasan dan kegembiraan yg tak terhingga pada mereka. Yelah, lepas2 nih makin keraplah Adam Lambert ke Malaysia, makin galaklah Paramore ke Bukit Jalil, makin hangatlah group-group lelaki jambu dan perempuan berseluar pendek dr Korea menggoyang-lenggok kaki mereka di Kuala Lumpur...Oooh, masakan tak seronok. Kat negara Malaysia yg "aman makmur" ini, mereka sudah mampu ke konsert2 artis2 kayu kayan itu. Yg ni tak kira lagi konsert2 artis Malaysia sendiri..Uuuh...tarik nafas...~ Lagi syok bg mereka, lepas ni dah makin macam2 jenis pub dan spa  mereka2 ini boleh kunjungi utk menghilangkan "stress". Bagus... Bagus... Impian kalian bakal jadi kenyataan! Uuurgghh...tarik nafas lagi...~

Memetik sebuah hadis yg dibawa oleh Ustaz Zaharuddin yg bunyinya: "Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu) dan lorong ke neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu." jadi bagi kes ini? Faham-fahamlah kan... Anda juga manusia berakal seperti saya. Tapi entah mengapa manusia-manusia yang memegang tanggungjawab negara tidak nampak akan hal ini? Aah...mungkin ada kepentingan besar di sebalik agenda pelan rancangan ini. Itu saya tidak pasti walaupun apa yg dibahaskan ini semua utk memacu perkembangan ekonomi negara. Agaknya sudah tak ada cara dan jalan lain agaknya yg boleh difikirkan utk menjana ekonomi negara. Kenapa pilih lorong ke neraka ini? Anak-anak bangsa sendiri mahu dimangsakan? Aahh.. Berhentilah berbicara, bertempik, berkempen menggegar satu dunia soal gejala sosial remaja, buang bayi, "urut batin" di kelab2 dan rumah urut, arak di kalangan remaja, perkosaan dan apa jualah kalau ini yg mahu ditanamkan dalam negara Malaysia yg "aman makmur" ini. Sia-sia Tuhan bg peluang ramadhan dalam bulan Ogos (supaya tiada konsert2 lagho), sia-sia usaha pencegahan maksiat, sia-sia segala usaha mengurangkan kes buang bayi kalau inilah jalan yg dirasakan baik utk negara.

Ibu kasihan dengan anak-anak ibu masa hadapan nanti. Ibu susah hati membayangkan persekitaran anak-anak ibu dan rakan-rakan dalam beberapa tahun mendatang ini. Sedang ibu telah melihat banyak kesannya pada hari ini, ibu tak sanggup utk membayangkan apa yg akan terjadi pada anak-anak ibu nanti. Masa ini, ibu rasa macam mahu shj realisasikan impian seorang ibu yg lain itu yg mahu membina menara tinggi yg ternina di kawasan terpencil dan yg memiliki seekor naga sakti gergasi sbg penjaga di luarnya yg bisa menghambur api berkuasa tinggi, yg memiliki sepasang mata nan merah bengis, jaluran gigi yg menakutkan, bayangan wajah yg menggerunkan dan mampu menghancurkan kuasa-kuasa dan anasir jahat yg berniat merosakkan dan mengusik anak-anak ibu. Ooohhh...hembus nafas. Tapi ibu tahu, itu mustahil. Maka Tuhan... Bantulah kami ya Tuhan. KAsihanilah kami ya Allah. Lindungilah kami ya Allah... Semoga bukan jalan ke neraka itu yg kami pilih... Amin.~

Wednesday, October 27, 2010

Nama itu...

Ya. Nama itu. Sekali ia pernah disebut.
Muka nak buat-buat gagah. Jadi biarkan sahaja.
Kali ni, disebut lagi. Nyata lebih hebat.
Itu tak tambah saing bersama lagi. Aneh. Terancam tiba-tiba.
Rasa macam rendah sangat. Dan tak hebat lagi.
Oooh... Sampai sekarang masih fikir-memikir.
Ini boleh mengundang Mai-Ge-Ren dgn sukahati.
Tak mahu. Tak suka. Jangan fikir dah.
Kamu ada bahagian kamu.
Dia ada bahagian dia.
Empunya nama itu pun ada bahagiannya.
Jadi, marilah bertenang!

** Dayyuum! Susah gila nk bertenang dalam keadaan tak hebat ini!!! Aiyaaaarrkkhh!!! (-_-") **

Monday, October 18, 2010

Never Alone

Entah kenapa..Entah apa rasa...Sekali mendengar yang ini, terus lekat di telinga.Menelusuri baris-baris liriknya, ini serius...Ada sesuatu kekuatan yg tiba-tiba muncul daripada lagu ini...Ya, semua orang pasti pernah rasa keseorangan, sepi, sunyi, ditinggalkan dan tak dipedulikan...Itu perasaan biasa yg manusia biasa pasti biasa rasa..Terutama bila emosi tengah gelong dan rasa diri terumbang-ambinglah kan...Jadi perasaan itu normal...Tapi kan kalau perasaan "loneliness" ini tidak diurus dengan baik, uuuhhh...macam2 perkara boleh berlaku...The worst thing, people might blame God for this written fate on them...oooh, nauzubillah...Itu satu petanda tidak baik...Takut-takut nanti jadi hamba Allah yg tidak bersyukur dan kufur nikmat pula kan...Bahaya itu...Allah tak pernah uji manusia tanpa sebab dan Dia Maha Tahu kemampuan hamba2Nya utk menghadapi sesuatu ujian itu...

Aaaahhh...tipulah kalau saya kata saya "i'm okay with those lonelinesses...always okkey...sbb saya kan yuzterhebat!" Penipu!Baling laut kang, nak?Katalah, cananglah, pukullah beduk kuat mana pun nk beritahu kau habat mana pun...But being a normal person, I cant escape from being too fragile when a giant, hard, unpredictable rock falls down over my shoulder...Haaa~yes, i do cry sometimes when i face the hard times in my life...I do feel like i cant stand tough any longer..And I do feel like to vanish...Vanish.Sound simple huh?As if this would let me set off from those out-of-nowhere giant rock...I know it wont.Never.

Saya cuma percaya satu perkara...Dengan rasa bertuhan, saya harus teruskan langkah kaki saya sebab peluang sentiasa Tuhan buka utk saya hadapi perasaan aneh-yg-tak-berapa-nak-aneh ini...Saya rasa keseorangan (pada masa itu) kerana saya lupa ada insan-insan kesayangan saya yg mungkin tak pernah pun saya tahu kewujudan dia yang sentiasa ada doanya utk kesejahteraan saya...Dan saya harus tahu kekuatan itu yg saya ada utk saya bangun dan bersihkan luka...Dan saya tahu ada insan-insan kesayangan saya juga memerlukan kekuatan ini utk mereka kerana itu dlm sujud saya sehari-hari doa kesejahteraan utk mereka tak pernah saya tinggalkan...

Hard times do come and go.It doesn't matter how many times you fell down or how deep you being hurt.What does matter is how you learnt from it.Keep your smile sweet and sincere, and move on!You never know what Allah has prepare for you to make you smile gratefully.And you may also never know your smile might make others alive!

Live up.Enjoy.And happy listening!


Never Alone - Lady Antebellum (feat. Jim Brickman) 

May the angels protect you 
Trouble neglect you 
And heaven accept you when its time to go home 
May you always have plenty 
The glass never empty 
Know in your belly 
You're never alone 

May your tears come from laughing 
You find friends worth having 
With every year passing 
They mean more than gold 
May you win but stay humble 
Smile more than grumble 
And know when you stumble 
You're never alone 

Chorus:
Never alone 
Never alone 
I'll be in every beat of your heart 
When you face the unknown 
Wherever you fly 
This isn't goodbye 
My love will follow you stay with you 
Baby you're never alone 

Well
I have to be honest 
As much as I wanted 
I'm not gonna promise that the cold winds won't blow 
So when hard times have found you 
And your fears surround you 
Wrap my love around you 
You're never alone 

Chorus 

May the angels protect you 
Trouble neglect you
And heaven accept you when its time to go home 
And when hard times have found you
And your fears surround you 
Wrap my love around you 
You're never alone

Chorus

My love will follow you stay with you 
Baby you're never alone 

Saturday, October 16, 2010

Jangan Ingatkan Aku...

Yang dulu.Yang lalu.Malu.Menyesal.Padan Muka.

Kau suka.Silakan.Tapi aku tak suka.Maaf sahajalah.

Aku faham rasa ini.Jengkel kalau tak suka.Rasanya palsu jelas kalau suka.

Betul.Betul tak tipu.Itu Menyakitkan.Kalau terbongkar.

Lepas ini.Tak buat.Nekad tak buat.Tapi aku tahu siapa aku.Kalau terbuat jugak.Maaf.Masa tu aku tak kisah.Kau suka.Kau tak suka.Aku suka nk buat.

Kau nak kata aku tak malu.Silakan.Kau nak kata aku pipi tersorong.Silakan.Kau nak kata aku apa sahaja.Teruskan.

Satu masa.Bila tak ada.Kau pasti ingat.Dan masa tu.Aku tentu malu diri.Maka, jangan ingatkan aku!

Tuesday, October 12, 2010

Tiada pernah sayang?

Ada janji sebelum bersatu...
Owh, ini mungkin kesan menonton drama bersiri korea...Ini cuma mainan emosi yg berjaya pengarah dan penerbit drama itu timbulkan di kalangan penontonnya...Tapi di sebalik mainan emosi yg mungkin cuma difikirkan dilebih-lebihkan, sedikit sebanyak telah membuatkan saya berfikir...

"Tak pernah sesaat pun saya sayang akan awak." Bagaimana rasanya apabila suami yg disayangi dan dihormati sepanjang tempoh perkahwinan yg sah dan sama-sama suka, tegar mengatakan itu setelah bertahun-tahun berkongsi hidup bersama?Kejam bukan?Saya tak menafikan bahawa benar, hati manusia berbolak balik akan perasaannya sendiri..Tapi tolonglah....Jadilah orang yg boleh menyenangkan orang lain dengan kata-kata kau...Mustahil dalam bertahun-tahun bahtera itu kau layari bersama, tak kan tiada sesaat pun rasa sayang kau utk wanita yg banyak berjasa dan berkorban utk kau?

Mana-mana perempuan pun yg waras dan logik akalnya pasti terguris dgn pernyataan itu. Yang berani dan kuat, akan mampu bangkit sama ada dengan perasaan benci yang meluap-luap dan dendam yg tinggi atau bangun berlari dengan rasa kemaafan yg tulus... Tapi yg lemah, yg rasa diri tak punya apa-apa selain suami "kejam" yg disayangi itu, yg rse diri sebatang kara, saban hari bergenang air mata mengenang nasib diri...Bagi saya, "kammon laaahhh...bangun!sedarlah...!lelaki itu bukan lagi layak menerima kasih sayang anda...banyak kekuatan yg boleh dikumpul...banyak benda yg boleh anda buat selain mengis dan mengenang diri yg dirasa malang..."

Tapi bila masa berlalu,janji itu ke mana?
Oohhh...mungkin ada yg tak setuju dgn pendapat saya...Mungkin mereka akan kata saya tidak faham bagaimana perasaan mereka kerana saya masih bujang...Saya masih belum pernah menerjah dunia rumahtangga...Jadi mereka akan berjegil mata dan meminta dengan keras, "You just stay on your site and shut up!You'll know when you are in!"

Ehem!Terima kasih kerana mengingatkan saya dengan cara itu tapi saya tetap kata maruah wanita itu tinggi...Tak kiralah kau jadi orang yg merampas kebahagiaan wanita lain itu atau kau adalah orang yg menjadi isteri lelaki yg "kejam" itu, kita sama-sama manusia yg dijadikan Tuhan dengan sebab dan tujuan...Apa yg kau bagi, itulah yg akan kau dapat balik...Tuhan itu Maha Adil dan Dia tak akan mensia-siakan hambaNya yang yakin akan kekuasaanNya...Yea, sabar itu perlu...Tapi pada satu tahap kau perlu bertindak, silalah jgn ragu-ragu sbb kau juga punya hak utk dihormati, disayangi dan dihargai..Tapi bukan oleh lelaki bernama suami yang "kejam" itu...InnaAllaha ma'ana... =)

Monday, October 11, 2010

Running Away?

I love the picture from this blog.
Perhaps it is what I want to do
Distance will keep us together
And it always does
I am not denying it
But I do believe
This could be the best
Will always come back home
Because this is where I started
Give me one simple nod
And I run with a simple smile...

Sunday, October 10, 2010

Cutey Lovey Doowey Matryoshka and Shoes

Saya tak tahu bila kegilaan ini timbul..Tapi seriously, mmg saya da mula geram nk ada koleksi matryoshka dan kasut-kasut comel ini...Cuba lihat, ni antara gambar-gambar dua benda kesukaan saya yg saya berjaya pinjam dari laman-laman maya...Don't they look very cute, huh?

Bluewish Matryoshka...ngee~
 Haaa~ini mmg grand lah sbb dlm perut yg doll paling besar, siries byk anak2nya...!ahahaha~cume kaler biru ni mcm xberapa menarik sgt lah...kurang nilai2 classy dan classic yg menjadi keutamaan saya..heee~ Gambar ini saya ambil dr sini

Cutey bluey matryoshka...
Oh-oh-ho...yg ini comel...gambar ini pula sy pinjam dr sini...

Classy and classic...I like!
Ini paling menarik sy rasa...The colours, the facial expressions, everything looks very nice lahaaaiii...~ni yg buat rsa geram sgt2 nih...Saya jumpa kat sini..


Another nice masterpiece..
Dan ini pon comel juga..Saya rasa latarbelakangnya bgnn Russia popular (lupa nama bgnn tu)..Link gambar dr sini

Cannot agree more...it's seriously cute!
Ahaha..ini kegilaan yg comel dan menarik juga..Geram tgk a friend of mine yg ada koleksi mcm ini...Kasut comel ini sy pinjam dari sini...Blog ini pon comel2..silalah tgk...huhu~

ooohh...the very dayyummm like!
Yang ini siries sgt comel...!!aiyaaa...~tgk kat web ini...lagi byk yg comel2!! *lompat2 gumbire tgk mende2 comel*

Ahaha~mungkin ramai yg akan gelak sbb sy yg sgt suke buat muka garang dan ganas ini suka benda2 macam ini... Sesuatu yg menarik ttg matryoshka yg menarik minat saya bukan shj sbb doll ni comel2 jeh...Cerita di sebalik matryoshka itu yg membuatkan sy eager...setiap patung matryoshka ada cerita yg nak disampaikan...Uuuhh...ada matryoshka yg diukir sbb nk cerita tentang turutan presiden sesebuah negara...ada matryoshka yg diukir kerana nk cerita pasal ahli-ahli keluarga...ooohh...mcm2 lah...tu yg menarik tuh!

Pasal kasut-kasut yg comel, sy mula geram bila sy tgk koleksi kawan saya yg cantik2 dan adorebel!aih~tak tahu mcm mana nk gambarkan perasaan gembira n excited tgk kasut-kasut tuh...!tp bg saya, sy lebih suka kasut yg knitted..lagi nmpk kiut sangat!huhu~dulu mase dok oz sempat la sy ade knitted stokin ala2 kasut yg sy pakai tym sejuk2 kat sane...uuuhh..tp sbb da slalu pakai, lunyai dah...tak ada pulak sy bli yg baru utk disimpan...uuuhh~menyesal!hahaha

Jadi bagi siapa2 yg baik hati dan sgt murah hati, kalau ke obesi tuh carilah matryoshka dan knitted kasut2 comel yeh utk sy...!huhu~nk tggu sy dpt gi obesi, lambat lagi kot...tp insyaAllah akan berusaha utk itu!hoooo~

Leave ya'll with peace and love from cutey lovey dowey matryoshka n babyshoes...~ *hugs3*